Tanah Magis Malagemalai (Edit)

By wanstony

7.9K 935 295

Mona, seorang gadis muda yang terpaksa memimpin sepasukan askar pemberontak bernama Revolusi setelah kematian... More

prolog
bab 1
bab 2
bab 3
bab 4
bab 5
bab 6
bab 7
bab 8
bab 9
bab 10
bab 11
bab 12
bab 13
bab 14
bab 15
bab 16
bab 17
bab 18
bab 19
bab 20
bab 21
bab 22
selingan bersama penulis dan sebotol minute maid pulpy
bab 23
bab 24
bab 25
penghargaan
bab 26
bab 27
bab 28
bab 29
bab 31
bab 32
bab 33
bab 34
bab 35
bab 36
bab 37
bab 38
bab 39
bab 40
bab 41
bab 42

bab 30

124 16 2
By wanstony

Muda ketika itu sedang ralit membaca sebuah jurnal yang membicarakan tentang gerakan-gerakan dan mantera magis. Dia dikejutkan dengan munculnya sebuah bulatan cahaya di udara. Namun, terkejutnya tidak lama kerana dia kenal benar dengan bulatan cahaya itu malah tidak menghiraukan Roar yang menjengah keluar dengan muka Muda sambil tersengih.

Setelah berbasa-basi, Muda kembali fokus kepada bacaannya. Roar pula mati kutu. Dia bosan, sebab itu dia datang ke sini untuk berbual-bual dengan Muda. Tapi, Muda pula sibuk membaca buku.

"Wei Muda, kau nak jumpa adik kau?" tanya Roar yang sedang duduk memandang luar di tingkap bilik.

"Adik? Apa yang kau mengarut ni Roar?" Muda di atas katil menyoal semula dengan riak berkerut.

Roar menoleh. "Kau tunggu je. Nanti adik kau sampai," ujarnya.

"Aku mana ada adik. Aku hidup sebatang kara. Bapak aku dah mati, mak aku pun sama. Yang aku ada cuma kak Mona dengan kawan-kawan aku," tingkah Muda.

"Apa yang kau cakap tu betul. Tapi percayalah yang kau sebenarnya ada adik. Perempuan tau, bukan lelaki,"

Roar bangun dan berjalan menuju katil. Dia baring di sebelah Muda yang sedang bersila.

"Kau nak tipu aku pun beragaklah Roar. Kak Mona tak pernah cerita pasal aku ada adik. Takkan aku nak percaya cakap kau,"

"Ada sebab kenapa takde seorang pun di sini yang tahu kau ada adik melainkan aku, dan beberapa orang di atas sana,"

Riak Muda semakin pelik. "Apa maksud kau dengan beberapa orang di atas sana?" soalnya.

"Mereka antara penyimpan rahsia besar yang sengaja diselindungkan dari kau,"

"Rahsia besar?"

Roar bangkit seraya bersila berhadapan Muda. "Rahsia yang kau akan tahu nanti," jawabnya dengan penuh teka-teki.

"Kau ni berbelit-belitlah. Kejap adik, kejap rahsia. Mana satu betul ni?"

"Dua-dua betul. Cuma masa yang akan menentukan kebenarannya,"

Muda mendengus dan meneruskan pembacaannya. Namun fokusnya kepada buku tersebut semakin hilang. Malah hal tentang adik perempuan dan rahsia besar yang diberitahu Roar sebentar tadi mula merajai pemikirannya. Dia memanggil Roar. Roar yang sudah baring semula menaikkan kepala.

"Betulke apa yang kau cakap tadi?" soal Muda meminta kepastian.

"Iya, Muda. Kau ada seorang adik perempuan dan dia sedang menuju ke sini. Kau jangan ingat aku tipu kau, dekat depan kau sekarang ialah saksi yang telah menyaksikan hampir keseluruhan sejarah Malagemalai yang tertulis dalam buku yang orang buat rujukan," Roar meyakinkan Muda. "Aku dah ada sejak zaman ahli sihir wujud lagi," tambahnya lagi.

Muda terangguk-angguk. Dia semakin percaya dengan kata-kata Roar walaupun tidak sepenuhnya. "Kau rasa adik aku lawa tak?" soalan bodoh terpacul dari mulut Muda.

Dalam posisi berbaring, Roar menjawab. "Dahulu masa aku jadi penjaga ibu kau. Aku selalu menyamar dengan rupa parasnya. Macam aku jadi kau. Masa tu, berduyun lelaki miang cuba mengurat, nak belanja makan lah, ajak kahwin. Sampai askar maut sendiri pun cuba nasib kau tahu. Tapi, aku tak layan sebab ibu kau seorang yang 'mahal'. Jadi, dengan kacukan bapak kau dan ibu kau, kemungkinan besar adik kau cantik," jawab Roar berdasarkan kajian yang pernah dilakukan dahulu.

"Alah, kau tengok je lah muka aku ni. Handsome ke tidak? Kalau kau cakap tak, maksudnya kau kutuk muka kau sendiri. Kahkahkahkah," sambung Roar lagi.

Muda rasa malas nak layan Roar dan malas nak membaca. Dia pun baring di sebelah penjaganya dan cuba melelapkan mata. Tapi tak boleh. Sudahnya dia meminta Roar bercerita tentang maknya. Tanpa fikir panjang, Roar pun bersetuju untuk bercerita. Tapi awal-awal lagi dia sudah ingatkan kepada Muda yang kisah ini sangat panjang dan mampu mengalirkan air mata. Kalau menangis jangan salahkan dia.

Dalam keterujaan, Muda hanya mengangguk laju.

○○○

Saga bersama-sama Mawar dan Lord berdiri di dalam bulatan dengan mulut Lord terkumat-kamit membaca mantera. Wajah Mawar berseri-seri kerana hari ini dia dapat bertemu abangnya yang sangat dirindui. Hari yang telah dinantikan olehnya selama ini dengan sabar telah tiba.

Sfera biru terhasil dari bacaan mantera Lord. Kemudian ianya mula berputar di sekeliling mereka bertiga dan terapung di udara sebelum lesap bersama tiga susuk di dalamnya.

Selang berapa ketika, mereka muncul di Tanah Malagemalai, atau lebih tepat di atas sebuah bukit. Saga mendepakan tangan sambil menyedut udara yang sudah terlalu lama tidak dirasai olehnya. Sudah belasan tahun rasanya. Dia memandang kiri dan kanan. Pemandangan hijau melata dan sebuah kota bersaiz kecil menjadi santapan mata.

"Sungguh aku rindu dengan tanah ini. Tanah kelahiran aku," getusnya.

"Aku pun dah lama tak turun ke sini," ujar Lord.

Saga berpaling melihat Lord. "Agak-agak berapa tahun tu?" soalnya.

"Aku rasa dalam puluhan tahun,"

"Lama betul tu,"

Perbualan mereka disampuk oleh Mawar yang sudah tidak sabar bertemu abangnya. Lalu mereka bertiga meneruskan perjalanan menuju kem pertahanan Gambit.

..

Muda menangis teresak-esak, begitu juga dengan Roar yang asyik menggosok hidungnya yang meleleh hingus.

"Sebab tu lah aku tak nak cerita. Aku pun menangis kau tahu," ujar Roar.

"Sumpah, aku tak pernah kenal orang setabah mak. Macam-macam dugaan yang perlu dihadapinya untuk selamatkan aku," ujar Muda pula.

"Takpelah Muda. Sekarang ini pun kedua ibu bapa kau sudah tenang di sana,"

"Tapi, aku tak sempat nak jumpa mereka," ujar Muda lagi sebelum kembali teresak dan berpelukan dengan Roar.

Mona yang melalui di hadapan bilik Muda terkejut dengan bunyi esakan yang agak kuat. Hatinya dijentik perasaan kurang enak. Dia memulas tombol pintu seiring menolak daun pintu dengan perlahan.

"Kau okay tak Muda?" soal Mona ketika memandang Muda sedang berpelukan dengan seseorang.

Namun, riaknya berubah terkejut apabila seseorang itu berwajah sama seperti Muda. Langsung tidak ada perbezaan melainkan anak mata mereka.

"Aku okay je kak. Sedih ni dengar cerita pasal mak aku," jawab Muda tanpa menyedari riak Mona yang masih terkejut.

"I-itu si-siapa?" soal Mona tergagap.

"Siapa?" soal Muda yang sedang mengelap hidungnya.

"Ya-yang kat sebelah kau tu?"

"Oh. Ini Roar, penjaga aku. Ingat tak masa aku kena kurung dalam ruangan magis dulu? Pastu dalam tu hancur. Ha, dia ni lah yang buat,"

Mona terangguk-angguk mengingati kejadian dua bulan lepas. Tapi dia masih tidak berpuas hati mengapa wajah penjaga Muda sama dengan Muda sendiri. Dan kenapa Muda memanggilnya penjaga?

"Akak masuklah, aku ceritakan dari awal siapa dia ni,"

Maka, bermulalah sebuah cerita panjang tentang Roar yang sebenarnya penjaga kepada setiap waris pilihan diraja. Waris yang mewarisi kuasa unggul, kuasanya akan dipantau dan dikunci oleh Roar sehingga cukup tempoh 18 tahun, baru kuasa unggul diraja akan dilepaskan secara berperingkat.

Tiada siapa yang tahu asal-usul sebenar Roar. Malah Roar sendiri cuba mengelak untuk menjawab jika soalan ini diaju. Apa yang diketahui, Roar asalnya cahaya. Cahaya apa? Itu yang menjadi persoalan setiap waris. Malah Raja Merah dan Puteri Mawar pun tidak mengetahui tentangnya.

Tidak lama kemudian, mereka dikejutkan dengan suara Molot yang memanggil nama Muda dan Mona berulang kali. Roar menghasilkan bulatan cahaya sebelum melompat masuk dan lesap. Dia sempat berjanji akan datang lagi pada masa akan datang.

Tok, tok, tok

Mona membuka daun pintu. Terjengul muka Molot.

"Muda. Ada orang nak jumpa kau," ujar Molot.

"Siapa?"

"Aku tak tahu. Tapi dia cakap dia adik kau,"

Muda terpempan seraya melompat turun dari katil. Jadi benarlah apa yang dikatakan Roar perihal adiknya. Dia terus lolos dari bilik.

"Dia ada kat dewan!" laung Molot dari belakang.

Muda terus berlari sehingga ke luar rumah dan terus memecut menuju dewan kem seperti yang diperkatakan Molot. Hatinya berdebar laju seiring lariannya kian pantas. Dalam kepala Muda hanya memikirkan apa yang akan berlaku nanti. Adakah dia dapat menerima adiknya yang baru muncul? Apakah reaksi yang akan diterima olehnya saat adiknya bertemu dia? Adakah mereka dapat hidup bersama sebagai keluarga?

Persoalan-persoalan itu hilang ketika tibanya di dewan, dia terus menyerbu masuk ke dalam, membuatkan semua mata memandangnya yang sedang termengah-mengah. Anak matanya melilau memandang setiap wajah yang berada di situ. Ada Gambit, Ilmuwan Zain, panglima Qodi, Badang, Muda Kasturi dan Jakal. Semuanya dia kenal melainkan tiga susuk yang tidak pernah dilihat olehnya.

"Mana adik aku?" soalnya mendatar. Padahal di dalam hatinya sudah tidak keruan.

Seorang gadis yang tidak dikenali tiba-tiba bangun dan berlari ke arahnya. Muda terpempan. Dia hanya melihat gadis itu berlari sebelum berhenti di hadapannya dengan tangisan yang ditahan-tahan.

"Saya adik abang," ujar gadis itu sebelum memeluk Muda dengan erat.

"Betul kau adik aku?" Muda tidak membalas pelukan. Tangannya pegun di sisi badan.

Mawar hanya mengangguk di dalam pelukan. Tangisannya semakin galak mengisi ruang dewan. Perasaan Muda bercampur baur antara gembira, keliru dan sebak. Dia memandang Gambit, kemudian Jakal, kedua-dua lelaki itu menganggukkan kepala. Memberi jawapan kepada Muda yang menagih penjelasan daripada kekeliruan ini dengan anggukan kepala sahaja.

Perlahan-lahan dia menyentuh dagu Mawar supaya mendongak. Dia membelek sebentar wajah gadis itu. Benar, wajah mereka hampir seiras, terutamanya di bahagian kening dan mulut. Tanpa isyarat, Muda langsung memeluk erat Mawar. Selama ini dia menyangkakan hidupnya sebatang kara. Tapi, kini dia sudah ada adik dan tanggungjawab untuk melindungi adiknya kini berada di atas bahunya. Rindunya kepada mak dilepaskan kepada Mawar.

Mereka yang berada di dewan melepaskan satu perasaan lega, terutamanya Lord dan Saga. Mereka kini sudah menyempurnakan permintaan mendiang Puteri Mawar yang merupakan ibu kandung Muda dan Mawar.

Muda melepaskan pelukan. Dia memandang muka gadis di hadapannya. "Apa nama kau?" soalnya.

"Mawar," jawab Mawar.

"Macam nama mak,"

"Memang sengaja mak buat begini, supaya kita tak melupakan dia walaupun tak sempat merasa kasih sayang seorang ibu,"

Muda tersenyum lantas memegang tangan Mawar. "Mari, aku tunjukkan sesuatu," ujarnya sebelum berlari keluar dari dewan bersama Mawar.

Mereka yang berada di dalam dewan hanya terpinga memandang dua beradik tersebut. Namun tidak berniat untuk menghalang malah berpandangan sesama mereka sebelum ketawa.

Manakala Muda dan Mawar terus berlari menuju satu kawasan dengan penuh gelak-tawa. Hati Muda berbunga riang. Sudah lama dia tidak merasa seronok sebegini. Begitu juga dengan Mawar, hatinya menjerit keseronokan kerana Muda telah menerimanya sebagai adik. Jauh di dasar hati, dia berterima kasih kepada tuhan.

Continue Reading

You'll Also Like

396K 4.7K 40
Dikurniakan badan yang berotot sehingga membuat para wanita kagum dengannya, itu sedikit membuat Zafar bangga akan tubuhnya. Bekerja sebagai kuli dia...
64.8K 549 7
duniaku yg penuh dgn dugaan
427K 1K 17
Mula mula
217K 1.2K 15
Hye korang... Now aku nak share semula satu cerita best yang aku selalu baca dari dulu lagi... Tapi aku pun x tahu laa cerita ni kejap ada kejap xda...