Tanah Magis Malagemalai (Edit)

By wanstony

7.9K 935 295

Mona, seorang gadis muda yang terpaksa memimpin sepasukan askar pemberontak bernama Revolusi setelah kematian... More

prolog
bab 1
bab 2
bab 3
bab 4
bab 5
bab 6
bab 7
bab 8
bab 9
bab 10
bab 11
bab 12
bab 14
bab 15
bab 16
bab 17
bab 18
bab 19
bab 20
bab 21
bab 22
selingan bersama penulis dan sebotol minute maid pulpy
bab 23
bab 24
bab 25
penghargaan
bab 26
bab 27
bab 28
bab 29
bab 30
bab 31
bab 32
bab 33
bab 34
bab 35
bab 36
bab 37
bab 38
bab 39
bab 40
bab 41
bab 42

bab 13

164 20 2
By wanstony

KELOPAK mata Dao-yu terpejam rapat di sebelah Kong yang sudah mengambil-alih semula tugasnya daripada Cargas. Kong sekadar mengikut arahan daripada Dao-yu bagi melarikan diri daripada dijejak.

"Lagi dua puluh kilometer, kita akan sampai," tutur Dao-yu.

"Aku ingat dekat lagi, jauh rupanya markas si Gambit ni," keluh Cargas yang sedang baring dibumbung pedati. Dia memandang gunung diselaputi salji dikejauhan.

"Itu Gunung Rao kan?" soalnya lagi. Kong di bawah hanya mengiakan.

"Kong, Cargas, ada yang menghampiri kita!" tutur Dao-yu bernada memberi amaran.

Perjalanan yang sedari tadi tenang bertukar kacau. Satu ledakan kuat di hadapan caballus membuat haiwan tersebut mula hilang kawalan. Meronta-ronta sambil berdengus kasar. Tindakan Kong membuka engsel kekuda yang ditambat pada haiwan tersebut menyelamatkan mereka. Jika tidak, pasti akan ada yang tercedera sekiranya dipacu haiwan gila.

Setelah pasti keadaan selamat. Kong melompat turun dan membantu Dao-yu turun dari pedati. Diikuti Cargas yang melompat lalu tertoleh kiri dan kanan. Feng keluar dari pedati dengan riak hairan.

"Apa benda tadi?" soal Feng, Cargas menaikkan bahu.

"Baring!" Kong merempuh ketiga-tiga rakannya sehingga jatuh menghempas tanah. Selajur satu serangan cahaya hijau tepat mengenai pedati sebelum meledak. Sekaligus menghancurkan kenderaan yang dinaiki mereka berempat.

Kong menghasil magis pelindung hemi sfera di atas mereka. Serpihan kayu pedati sekadar menghentam pelindung. Dada Dao-yu berombak laju dengan kejadian yang berlaku di hadapan mata. Kalau mereka lewat sedikit sahaja turun dari pedati, pasti maut sudah datang menjemput. Pelindung dilesapkan Kong seraya bangkit berdiri. Diikuti Cargas dan Feng. Dao-yu dibantu Feng untuk bangun secara perlahan-lahan. Rasa terkejut masih berbekas.

"Ss-siapa yang serang kita?" soal Dao-yu yang sedikit mengeletar.

Serangan hijau menerpa lagi. Kong menaikkan tangan serentak pelindung lutsinar terhasil dari gerakan tangannya. Letupan kuat menghasilkan retakan pada permukaan pelindung. Dia melesapkan pelindung seraya melangkah.

"Jangan jadi bacul. Keluar!" jerkah Kong dengan bebola angin di hasilkan pada telapak tangan.

Tidak membuang masa, dua individu misteri mendarat secara kasar di hadapan mereka bersama deruan angin kencang. Tanah retak seribu lalu pecah menjadi blok-blok batu kecil. Kepulan debu mula menutupi kawasan sekitar. 

Kong tetap berdiri tegak, berwaspada dengan sebarang tindakan. Matanya tajam memincing kepulan asap. Cargas mengeluarkan dua pedangnya. Dao-yu kelihatan teragak, barangkali masih terkejut. Feng macam biasa, tangan dalam kocek.

Beberapa sfera hijau meluru keluar dari kepulan asap dengan kelajuan penuh. Kong melepaskan bebola-bebola angin menuju serangan musuh. Bebola angin menyerap sfera hijau sebelum dibawa terbang tinggi lalu kedengaran bunyi letupan berkali-kali di udara. Kepulan asap semakin hilang. Dua susuk di hadapan semakin jelas identitinya. Kong sedikit tersentak. Cargas turut tersentak lalu menutup muka dengan topeng.

"Kau berdua rupanya yang mengikuti kami. Apa yang kau mahu?" soal Kong dengan suara parau.

Xara dan Algojo tersenyum sinis. Tidak menjawab pertanyaan, Algojo melompat lalu ghaib. Dia muncul di hadapan Kong yang tiada riak takut atau terkejut di wajahnya. Belum sempat Algojo menyerang dengan pedangnya, satu tumbukan padu terasa mengenai perut sehingga melepaskan lingkaran pada belakang tubuh.

Algojo tersedak. Matanya membulat luas memandang Kong yang bengis. Sesaat kemudian dia terus terjunam laju menghentam beberapa batang pokok sehingga patah dua.

"Kau berdua jangan berani halang aku." ujar Kong tegas dengan anak matanya mencerlung tajam melihat Xara. "Cakap dekat pak cik kau. Tak lama lagi, dia dan tuannya akan tumpas," gertaknya tanpa perasaan takut.

Riak Xara berubah. Dia merasa tekanan kuasa Kong meningkat secara mendadak. Deruan angin bertambah kencang seiring tanah bergegar ibarat dilanda gempa bumi.

"Kalau kau masih berdegil nak halang aku saat ini. Bersedialah untuk menghadap kekuatan ini." Anak mata hitam Kong hilang menjadi putih sepenuhnya.

Kong mengangkat sebelah kaki lalu dihempas kuat sehingga menghasilkan rekahan besar menuju Xara yang hanya ternganga seperti patung. Algojo tiba dengan pantas, dia sempat menyambar Xara daripada terjerumus masuk ke dalam rekahan tanah. Sekilas normanya mengerling Kong yang ternyata bukan sembarangan orang serta Cargas. Jari telunjuk diaju kepada pemuda bertopeng itu sebelum menghilangkan diri.

Dalam kekalutan itu, Kong mematikan serangannya secara berperingkat. Deruan angin kian perlahan. Tanah mula bercantum semula. Anak matanya bertukar normal tatkala keadaan menjadi sediakala semula. Dia berpaling ke belakang.

"Korang semua okay?"

Cargas sudah membuka topeng, wajahnya agak terkejut dengan apa yang disaksikan. Feng dan Dao-yu hnaya mampu mengangguk kerana masih terkejut dengan kekuatan Kong yang selama ini disangka setaraf mereka.

DI satu kawasan.

"Kau apehal? Tiba-tiba jadi patung," soal Algojo ketika mereka berdua muncul di atas sebuah bangunan.

"Dia tahu aku anak saudara Vardile," jawab Xara.

Algojo menoleh memandang Xara. "Siapa?" soalnya pendek.

"K-kong."

"Takkan sebab tu kau boleh terkejut sampai jadi patung,"

"T-tak. Tapi kuasa dia... a-aku dapat rasa kuasa magisnya setanding Valdire." Xara kelihatan gusar. Tangannya menggeletar.

Algojo mengeluh dan terduduk. "Kalau kau dah cakap macam tu, lebih baik kita berundur," usulnya dan dipersetujui Xara yang jauh berbeza daripada biasa.

KONG, Cargas, Feng dan Dao-yu meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki. Caballus hilang entah ke mana. Pedati hancur. Jika masih elok pun belum tentu ianya membantu.

"Aku rasa, kita dalam bahaya." Cargas yang dari tadi diam, membuka mulut. Namun mengundang pelik rakan-rakannya.

"Maksud kau?" soal Feng.

"Kenapa kesatria Askar Maut tiba-tiba serang kita? Aku yakin yang maklumat sulit ini sudah bocor. Disebabkan itu mereka tahu lokasi kita sebelum menggempur secara mengejut." Cargas menyimpul tekaannya.

"Atau tugas mereka sebenarnya untuk menghapuskan pengkhianat di kalangan mereka." Kong mengusul setelah lama diam.

Cargas seperti tersedak. Kong nampak perubahan itu.

"Aku mahu kau semua jujur dengan aku. Siapa di sini ada ambil tugasan untuk berlakon sebagai Askar Maut?" soal Kong tanpa berdalih.

Feng dan Dao-yu menafikan. Mereka cuma askar elit biasa, tiada kena mengena dalam unit risikan. Tapi tidak Cargas. Dia menikam tajam mata Kong. Sebagai perisik, ragu-ragu dan syak wasangka sentiasa didahulukan walaupun terhadap ahli kumpulan sendiri. Dengan itu, dia bersedia untuk melakukan perkara yang diluar jangkauan. Membunuh, contohnya.

"Apa yang kau tahu tentang Organisasi Tawan, Kong?" Cargas menanti jawapan daripada lelaki tegap itu. Bibirnya bergerak-gerak. Seperti hendak berbicara. Tapi, tidak terluah.

"Aku rasa, baik kau jujur sahaja." Kong tetap dengan pendiriannya.

Cargas mencebik. Sinis.

Tanpa sebarang isyarat. Sesusuk tubuh tegap mendarat di hadapan mereka. Merencat Cargas dan Kong yang hendak menyelesaikan permasalahan.

"Bala apa lagi ni?" Cargas mengeluh. Menghasilkan pedang. Namun, pergerakannya terhenti. Dia memandang Kong yang sedang menahan bahunya sambil menggeleng.

"Kalian siapa? Sungguh berani masuk lingkungan kawasan aku." Suara parau lelaki kedengaran dari kepulan asap tipis itu.

"Kami berempat adalah utusan dari Kota Shinsin. Kau siapa?" Kong tertacap pada sesusuk lelaki melangkah dengan penuh karisma seperti seorang ketua. Berani, tidak gentar. Walaupun keseorangan.

"Aku Gambit."

Keadaan jeda seketika waktu. Mereka berlima bertentang mata. Kong mula melangkah menghampiri Gambit yang hendak membuka langkah.

"Sabar, Gambit kamu bukan musuh. Aku, Kong. Pengiring konvoi ini."

Kong menghulur tangan sebagai salam perkenalan. Dengan ragu-ragu Gambit menyambut. Gadis berkaca mata mendekati. Gambit terundur sambil menaikkan tangan paras dada. Bersiaga.

Dao-yu terbejat perlakuannya. Dia tersengih, lalu menunduk 30 darjah. "Saya Dao-yu," ucapnya sambil tersenyum mesra. Gambit turut menyapa. Namun tetap bersiaga.

"Aku Feng." Lelaki berkulit cerah dan bermata sepet mengangkat tangan.

"Aku pula, Cargas," ucap Cargas dingin. Gambit membalas dengan anggukan.

"Sebenarnya, kami berempat adalah utusan daripada Kota Shinsin yang bernaung di bawah Organisasi Tawan, dipimpin oleh Lian." terang Kong dengan jujur.

Gambit termenung sebentar. "Organisasi Tawan... Hmm, Lian aku tak pasti siapa. Kalau jeneral Qiang aku kenal. Dia yang bawa aku pusing satu Shinsin dulu, kenalkan aku dengan ramai orang dekat sana. Bagaimana dia sekarang, sihat?" soalnya.

"Qiang sihat-sihat saja," jawab Kong.

Gambit bertanya tujuan mereka. Kong menerangkan segalanya dari awal, sejak menerima misi dari Lian. Menghadapi ujian di Hutan Mistik. Kemudian diserang hendap oleh Xara dan Algojo sehingga terpaksa meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki selama beberapa jam sebelum bertemu Gambit di sini.

Pengasas Gerakan Guling itu tertawa perlahan. Dari jauh, disangkakan musuh yang datang kerana bunyi letupan kedengaran di kawasan berhampiran. Rupanya sekutu yang ingin bergabung dengannya sedang bertempur.

"Mari ke kem aku. Kamu semua ada kristal teleportkan?" soal Gambit.

Kong dan yang lain-lain mengangguk.

Sekelip mata, kelima-lima susuk terus ghaib. Deruan angin menimpa rumput dan dedaunan disekitar. Dalam waktu yang singkat, mereka telah tiba di hadapan kem. Gambit mempelawa tetamunya masuk. Pagar besar dibuka dari dalam oleh askar yang berkawal.

'Boleh tahan juga kem dia ni, besar pun besar,' getus Kong di dalam hati sambil melilau memandang segala fasiliti di dalam kem pertahanan Guling. Dalam kiraannya, ada ratusan buah rumah yang dibina di dalam beberapa barisan. Sebuah dewan besar serta beberapa padang latihan di mana terdapat askar yang sedang berlatih di situ.

Mereka berlima menuju salah sebuah rumah tidak berpenghuni. Gambit membuka pintu rumah dan mempelawa tetamunya masuk. Beberapa ketika kemudian, dia keluar dari rumah dan menuju belakang kem. Kini, dia perlu bertemu Mona seperti mana permintaan wanita itu pada tengah hari tadi.

GAMBIT dan Mona beriringan menyelusuri tepian sungai sambil berbual. Biasan campuran cahaya merah dan oren menjadikan lukisan kanvas semula jadi itu terlalu indah. Persis perlakuan manja Mona yang tidak pernah ditunjuk kepada sesiapa hatta Molot. Di pihak Gambit pula, dia tergagap-gagap ketika Mona menjeling manja atau melentokkan kepala pada bahunya. Sesekali menghembus perlahan nafas pada lehernya. Mona semakin ligat mengusik. Gambit yang bertambah merah wajahnya.

"Asal senyap je?" Mona mendongak memandang Gambit dengan wajah yang mampu mencairkan hati sebelum menggigit hujung bibirnya.

Gambit merengkuh liur. Lidahnya kelu serta-merta dek usikan nakal anak bekas ketuanya. Perlakuan Mona seakan telah berjaya menggugat prinsip hidup Gambit yang selama ini sangat jitu.

"Err.. er.. tak tahu nak cakap apa. Lagipun pute-" Gambit terhenti ketika Mona menjeling tajam kerana hampir tersasul menyebut puteri.

Mona tiba-tiba tertawa kecil sambil menutup mulut. Gambit pula masih berkeadaan sama. Tengahari tadi, Mona telah menghantar pesanan menggunakan Drako supaya bertemunya di sini. Gambit tidak dapat menangkap motif sebenar di sebalik pertemuan yang jarang-jarang berlaku di antara mereka. Boleh sahaja Mona datang berjumpanya di menara kawalan atau di pusat kawalan kem. Tapi, mengapa mengambil pilihan berjumpa di kawasan yang agak jauh dari kem.

"Gambit. Kenapa dahulu kau keluar daripada Revolusi?" soal Mona dengan nada sayu.

Gambit kelihatan tersentak. Dia mula merangka jawapan yang sudah lama disiapkan jika terdapat individu yang mengaju pertanyaan begitu.

"Sebab pertama, aku nak tawan semula kota kelahiran aku. Kota yang penah menjadi tempat aku membesar, bermain dan..." Gambit melontar pandangan kepada aliran sungai jernih yang menampakkan dasarnya. "Semuanya hancur sekelip mata. Keluarga aku, kawan-kawan aku, semuanya tinggalkan aku. Aku.. rindukan mereka. Tapi, sampai sekarang, impian aku masih kekal menjadi impian kerana aku terlalu lemah." Hampir sahaja air hangat mengalir dari tubir mata lelaki itu, namun sempat diseka lalu kembali dengan riak biasanya. Sungguh dia tewas dengan kenangan peritnya.

Gambit tersentak kecil ketika jemarinya dielus perlahan oleh Mona yang semakin rapat pada lengannya. Dia menggamit wajah Mona yang tidak dinafikan mampu menarik mata mana-mana lelaki untuk menoleh dua kali. Jujur, hatinya ada menyimpan satu perasaan kepada Mona. Ada waktunya Mona juga seakan menunjukkan tanda-tanda bahawa perasaannya tidak bertepuk sebelah tangan. Tapi, dia enggan melayan perasaannya kerana mahu memberi fokus yang penuh terhadap impian sejak kecil. Disebabkan itu, sudah banyak kali dia melukakan hati sendiri dengan membuat keputusan yang sangat tidak berpihak kepadanya.

Jari-jari runcing Mona masih bertaut. Rapat seakan tidak mahu terlerai. Kemudian, Gambit tersedar sesuatu. Apakah motif pertemuan ini ada kena mengena dengan perasaan mereka? Adakah Mona sengaja mengajak bertemu di sini untuk meluahkan isi hati yang bersarang tanpa pengetahuan orang lain? Bertalu-talu soalan timbul di benak Gambit sehingga menyesakkan fikiran. Keluhan perlahan terhembus keluar tanpa sedar.

Mona menyedari keluhan berat Gambit. Dia mengerling, lelaki itu seakan gelisah walaupun seraut wajahnya kelihatan tenang. Tautan jemari mereka terlerai perlahan. Gambit menilik seraut wajah anggun yang dihiasi fragmen-fragmen biasan cahaya matahari terbenam. Ya, masa ketika itu berlalu sangat perlahan. Seolah tuhan sengaja melambat detik waktu agar dia dapat menyemat memori ini sebaik mungkin di kotak hati.

Mona tersenyum nipis lalu bangkit berdiri. Sempat anak matanya mengerling Gambit sebelum melangkah. Gambit tersedar daripada lamunan, dia bingkas bangun lalu mengejar Mona yang sudah jauh beberapa langkah ke hadapan.

"Gambit. Nanti habis semua benda ni, kita duduk dekat wilayah Emas nak? Aku tahu satu tempat cantik, namanya Balik Pulau." Mona bersuara lalu memandang Gambit.

Petunjuk yang diberi Mona membuat langkah serta seluruh pergerakan tubuh Gambit terhenti. Dia terpana. Agakannya sebentar tadi ternyata tepat. Sudah cukup hatinya dipenuhi belahan luka. Kini, dia mahu bahagia.

Gambit membalas renungan Mona yang mengharap jawapan menggembirakan. Tanpa ragu, di langsung menyentuh dagu Mona dengan ibu jari dan jari telunjuk agar mendongak memandang tepat ke arahnya. Ditenung wajah Mona dengan serius. Giliran Mona pula kemerahan wajahnya apabila ditatap sebegitu.

"Mona. Aku janji, selepas semua ini aku yang akan bawa kau pergi sana. Di sana, kita akan buat rumah kecil betul tepi pantai. Sudah ada anak, rumah tu kita lebarkan lagi. Tambah bilik sampai cukup anak kita membesar. Kemudian kita dapat cucu. Tapi, kita dah tua. Mungkin aku dah tak sekacak sekarang," tuturnya dengan wajah terpancar sinar harapan.

"Anak-anak.." Mona ketawa menutup mulut. Gambit langsung meraih sebelah tangan Mona dan melutut satu kaki.

"Sudikah kau jadi peneman di kala rambut hitamku semakin memutih? Ketika hero dan heroin kita semakin membesar, sudikah kau berada di sampingku dalam mendidik dan mengasuh mereka? Mona.. sudikah kau menjadi pelangi yang mengubati setelah badai berlalu? Menjadi hembusan bayu yang lembut melilit tubuh? Dan menjadi fajar yang menerangi kesuraman hati ini dengan cahaya cintamu?" tutur Gambit romantis. Wanita itu tertunduk malu menyembunyikan wajahnya yang kemerahan. Namun, masih dapat dilihat oleh Gambit.

"Aku sebenarnya tak pandai nak romantik sangat. Ini pun aku terdengar apa yang Molot cakap masa dia practice depan cermin masa tu." Gambit berwajah polos. Dia kembali berdiri berhadapan Mona. Menggaru kepala yang tidak gatal.

Mona menaikkan kepala dengan mata terpejam. Tawanya meletus. Dia menyembam wajahnya di dada Gambit sambil terhinggut-hinggut ketawa. Patutlah dia macam pernah dengar ayat ni. Ayat ini yang digunakan Molot sewaktu memujuk Ayu dua malam lepas.

"Errr. Mona, kau sudi ke tak?"

Mona mendongak lalu menjarakkan badannya. Pandangan matanya seperti memukau Gambit agar membuntuti langkahnya. Jemari mereka tetap bertaut. Mona kemudiannya berpaling. Mengisyaratkan Gambit supaya berhenti.

"Nak tahu jawapan. Tangkap aku.." Mona sempat melirik senyuman penuh makna sebelum berlari.

Gambit termangu. Dia seperti berada di awangan. 'Benarkah ini berlaku?' bisiknya lalu mendongak memandang langit oren.

"Gambit.." Suara Mona yang kedengaran lembut menggamit Gambit untuk menoleh. Mona dengan dua jarinya mengisyaratkan lelaki itu supaya menghampiri.

"Nak kena tangkap sangatkan. Heheh, ini Gambitlah." Deruan angin terhasil tatkala Gambit meluru laju kepada Mona. Tapi, Mona sempat mengelak dan lesap dari pandangan sebelum muncul berhampiran.

"Opss. Lupa nak cakap. Bukan senang nak tangkap aku ya sayang."

Mona tertawa manja lalu menepuk bahu Gambit sebelum cuba melarikan diri, namun terlambat kerana Gambit sempat menggenggam pergelangan tangannya.

"Mona, kau terlupa sesuatu yang penting. Aku seorang pemburu yang cekap."

Disaksikan waktu senja, kicauan burung, serta aliran sungai yang tenang. Dua hati yang saling berkasih dalam diam telah bersatu jiwa. Sebuah kisah percintaan tertulis di antara mereka. Gambit dan Mona bersumpah setia akan terus bersama selamanya. Hanya ajal yang mampu memisahkan mereka semenjak itu.

Continue Reading

You'll Also Like

109K 776 8
duniaku yg penuh dgn dugaan
160K 16.9K 186
Lily dan Lyle pasangan kembar tak seiras hidup di zaman moden.Mereka adalah pelajar universiti medical yang popular dengan kecantikan dan ketampanan...
2K 22 5
kisah menceritakan tentang kehidupan aku yang pertama kali kena batang orang lain
261K 2.2K 15
"Hafizi atau lebih senang dikenali sbg Zee.." Kisah seorang driver lori straight yang sudah berkahwin tetapi masih belum ada rezeki untuk memiliki ca...