Tanah Magis Malagemalai (Edit)

By wanstony

7.9K 935 295

Mona, seorang gadis muda yang terpaksa memimpin sepasukan askar pemberontak bernama Revolusi setelah kematian... More

prolog
bab 1
bab 2
bab 3
bab 4
bab 5
bab 6
bab 7
bab 8
bab 9
bab 11
bab 12
bab 13
bab 14
bab 15
bab 16
bab 17
bab 18
bab 19
bab 20
bab 21
bab 22
selingan bersama penulis dan sebotol minute maid pulpy
bab 23
bab 24
bab 25
penghargaan
bab 26
bab 27
bab 28
bab 29
bab 30
bab 31
bab 32
bab 33
bab 34
bab 35
bab 36
bab 37
bab 38
bab 39
bab 40
bab 41
bab 42

bab 10

166 23 0
By wanstony

Kubu Kelembai, Wilayah Barat

MATAHARI ketika itu berdiri tegak di atas kepala. Membias rasa bahang yang memeritkan. Andrew berdiri tenang dengan sebelah tangan dalam kocek seluar di atas pentas kecil. Betul berhadapan barisan Askar Maut yang mencecah sepuluh ribu askar di dataran luas berbentuk segi empat sama. Berlantai batu marmar dan dilindungi tembok batu setinggi tiga meter.

Hampir sebulan berlalu selepas pertempuran antara pemberontak dan Askar Maut di Tanah Terbiar. Andrew sukses dalam mengumpul dan merawat askar yang terselamat tempoh hari. Walaupun bilangannya sangat sedikit. Dengan bantuan Valdire dan pengaruhnya sebagai bekas orang kanan Mergastua. Ribuan askar berjaya dikumpul dalam masa tidak sampai sebulan. Dia turut menambah bilangan askar di kubu Barat yang sebelum ini di bawah jagaan Kelembai sebagai langkah berjaga. Kini, Kelembai berada di istana sejak dua minggu lalu dan Andrew telah diperintahkan untuk mengawal bahagian pertahanan wilayah barat.

Riak Andrew kelihatan bersahaja walaupun cuaca panas terik. Askar-askar yang berdiri tegak dijemur bawah cahaya matahari dibasahi keringat pada wajah mereka. Setiap daripada mereka hanya mampu menahan panas. Jika ketua berpanas bersama, mengapa tidak mereka.

"Macam yang kamu semua tahu, aku ialah Andrew. Pembawa panji Raja Sirius dalam operasi pembersihan manusia-manusia bodoh yang berani memberontak terhadap kerajaan tuanku, Raja Sirius." Andrew mundar-mandir ke kiri dan kanan sambil menilik satu-persatu wajah askarnya.

Andrew seorang yang berprinsip. Prinsipnya cuma satu, kau tak akan berada di atas tanpa ada yang menyokong dari bawah. Demi menjaga prinsipnya, dia menjaga kebajikan seluruh askarnya dengan baik walaupun latihan yang diberikan boleh dikatakan 'keras' berbanding biasa.

"Hmm aku pun tak tahu nak cakap apa lagi. Semuanya bakal diterangkan oleh setiap ketua pasukan. Tapi, sekali lagi aku ingin pesan kepada kau semua. Empat hari.. Empat hari dari sekarang kita akan bertempur dengan pemberontak di hujung wilayah sana. Aku mahu kau semua berani! Jangan takut! Tetak sahaja manusia yang menghalang kemaraan kamu! Jangan beri peluang! Kasi cincang!" tutur Andrew sambil melibas angin dengan lengannya.

Setelah hampir beberapa minit berucap dan menaikkan semangat askar-askarnya, seorang askar lengkap dengan perisai besi berkawad sehingga hadapan barisan askar. Dengan lantang, askar tersebut mengeluar arahan barisan askar keluar dari dataran. Derapan langkah berat yang seragam mengundang senyum pada bibir Andrew yang khusyuk memandang kelompok askarnya berkawad melepasi pagar besar dan menuju padang latihan.

"Empat hari lagi kau semua akan terkubur," ujar Andrew sambil memandang genggaman penumbuknya.

Kota Shinsin, Wilayah Timur

SESUSUK tubuh berkerudung hitam separas peha dan bertopeng separas hidung, memecut laju dan melompat dari satu bangunan ke bangunan. Dengan mudah dia melompat dan mengelak daripada hadangan yang mengganggu dengan skil parkour. Kelajuan ditambah sebelum berhenti.

Sebuah bebola lutsinar muncul mengelilinginya. Lalu serta-merta menembus masuk permukaan bumbung sehingga memasuki ke dalam ruangan yang dipenuhi puluhan manusia berpakaian serba hitam sama sepertinya. Semua mata serentak memandang dengan riak tidak puas hati.

Topeng dibuka. Seorang pemuda beriak selamba membalas dengan sengihan. Dia mengatur langkah dengan tenang. Perasaan takut tidak wujud di dalam hati pemuda itu.

"Kau lambat Cargas," tegur seorang wanita dari meja hadapan.

"Sorry Kak Lian, ramai Askar Maut perhati tadi." Lelaki tersebut memberi alasan.

Cargas membuka kerudung lalu disangkut pada belakang kerusinya. Di sebelahnya, seorang lelaki tegap sedang berpeluk tubuh sambil menghadap Lian yang duduk pada bucu meja.

"Okay, semua dah ada. Kita teruskan perbincangan." Sekilas Lian memerhatikan semua penghuni dan berdiri tegak.

"Aku sudah beberapa kali berhubung dengan wakil dari kumpulan Gerakan Guling yang berpangkalan di hujung wilayah Barat. Berdasarkan apa yang aku perolehi, mereka pernah menewaskan seorang kesatria kegelapan, iaitu Erman Grey ketika percubaan untuk menangkap ketua mereka, Gambit. Selain itu, mereka juga banyak memenangi siri pertempuran yang dilancarkan." Kertas pada tangan ditilik sekali lagi.

Disebabkan ketua mereka terdiam, penghuni bilik mula bercakap-cakap tentang kehebatan pemberontak di barat yang sedikit sebanyak mengagumkan mereka. Bukan calang-calang manusia mampu membunuh kesatria kegelapan.

"Silent. Selama ini, aku hanya berhubung dengan pasukann-pasukan pemberontak sekitar secara rahsia. Kali ini, aku mahu kita menjalinkan hubungan dengan Gerakan Guling dalam misi merampas Kota Gemilang. All right, nama-nama yang aku sebutkan, ditugaskan menjadi wakil kumpulan bertemu Gambit untuk menerangkan keinginan kita."

Semua penghuni mengangguk dengan penjelasan wanita itu. Lian mengambil nafas.

"Cargas."

"What? Kenapa aku kena pergi?" riak Cargas bertukar kecewa.

"Tak ada alasan." Lian menggoyangkan jari telujuknya. Cargas hanya mampu melepaskan keluhan berat dengan wajah tidak puas hati.

"Feng dan Dao-yu," sambung Lian. Cargas semakin mencebik sambil memeluk tubuh.

Seorang pemuda di bahagian kanan bilik berdiri dengan tangan dalam kocek sebelum diikuti gadis berambut biru dan berkaca mata bulat. Lian mengerling sekilas dua susuk yang berdiri.

"Akhir sekali, Kong," tuturnya.

Lelaki berbadan tegap dan besar di satu sudut menjadi tumpuan semua penghuni bilik. Matanya menikam Lian seraya bangun.

"Esok awal pagi, kamu berempat akan mulakan perjalanan."

"Baik!" serentak keempat-empat susuk itu menjawab.

FAJAR masih belum menyinsing, kedinginan masih lagi mencengkam tulang. Mereka bertiga berdiri berhampiran pedati yang ditambat dua ekor caballus. Kong di hadapan sekadar menghisap rokok. Feng di satu sudut, mencangkung menahan kantuk. Cargas pula asyik mengomel tentang kelewatan Dao-yu.

"Ini yang malas kalau ada perempuan, mesti lambat. Mandi lambat, nak siap lambat, makan lambat. Haih. Apa yang cepatlah," omel Cargas.

Kong di sebelah sekadar mendiamkan diri sambil menghembuskan asap rokok ke atas, Feng berdiri agak jauh kerana tidak tahan mendengar bebelan Cargas. Sudahlah dia mengantuk.

"Ni lagi sorang. Belum apa-apa dah menguap. Mana semangat kau? Mana?" tegur Cargas.

"Bisinglah kau ni, dari tadi asyik membebel. Dah macam mak-mak," bidas Feng. Telinganya terasa berdesing mendengar suara Cargas.

"Memanglah aku bising. Kita rancang semalam nak gerak awal pagi, bukan pagi macam ni. Tengok, matahari pun dah nak terbit."

"Kau fikir kau seorang yang tunggu si Dao-yu? Aku dengan Kong tak?"

"Masalah sekarang bukan siapa yang kena tunggu siapa. Tapi siapa yang berjanji kena tepati. Jangan jadi si pemungkir janji!"

Feng malas nak bertekak dengan Cargas. Dia pasti akan tewas kalau bertikam lidah dengan pemuda itu. Cuma Lian dan Qiang yang mampu mendiamkan Cargas dengan renungan tajam. Atau ada keajaiban yang berlaku. Setelah berapa ketika yang dipenuhi dengan suara bebelan Cargas, Dao-yu tiba dengan sebuah beg pakaian sambil tersenyum lebar.

"Jom!" ujar Dao-yu bersemangat.

"Kepala hotak kau jom, jom. Dah berapa lama kitorang tunggu kau. Dah macam sayur kangkung aku dekat sini." Cargas menunjal dahi Dao-yu sehingga terundur gadis itu. Dia mendekati pedati dan melompat masuk ke dalamnya.

Dao-yu yang terpinga-pinga, ditegur Kong supaya membawa beg ke belakang pedati.

"Beg besar-besar ni kau nak pergi mana Dao-yu?" soal Kong sambil meletakkan beg pakaian yang agak berat di ruang belakang.

"Saya perempuan, kena bawa banyak barang. Nanti, tak susah," balas Dao-yu dengan suara comelnya.

Cargas dan Feng duduk senyap di dalam pedati. Kong menjengulkan kepala dari pintu.

"Ha Cargas. Tak bebel lagi?" Kong tersenyum sinis.

"Malas. Si pemungkir janji dah sampai," balas Cargas. Dingin.

Kong membantu Dao-yu memanjat naik pedati. Bibir munggil gadis itu menguntum senyuman manis. Dia mengucap terima kasih sebelum duduk di sebelah Feng. Kong berlalu dan melompat ke tempat duduk hadapan. Dengan sekali nafas, dia merentap perlahan tali sebelum pedati mula bergerak.

Istana Seri Gelam

DALAM balairung Istana Seri Gelam, Raja Sirius bersemayam di atas singgahsana. Riak wajahnya tegang memandang empat susuk di hadapan. Valdire, Kelembai, Algojo, dan Xara melutut satu kaki di dalam satu barisan memanjang menghadap raja mereka.

"Kamu semua tahu kenapa beta panggil datang menghadap?" soal Raja Sirius.

"Ampun tuanku, kami berempat tidak mengetahui apakah hajat tuanku memanggil kami." Algojo merendahkan kepalanya.

"Beta mahu bertanya perihal kuasa magis alam. Sudah ditemui atau belum?" soalnya lagi.

"Perihal itu, tuanku jangan bimbang. Mata-mata patik sedang menjalankan pencarian di merata kawasan. Seperti yang tuanku tahu, pemilik kuasa ini tiada di Malagemalai. Jadi kami perlukan sedikit masa," jawab Vardile.

"Tak apa lah. Kuasa beta sendiri sudah cukup kuat untuk menghalang bajingan-bajingan itu dari mara ke sini."

Mereka berempat mengangguk, mengakui kehebatan magis gelap milik Raja Sirius.

"Bagaimana persiapan di barat?"

"Berjalan lancar seperti yang dirancangkan. Andrew sudah bersedia kali ini," jawab Valdire dengan yakin.

"Bagus. TAPI INGAT! Jika serangan kali ini pun tewas, biar beta sendiri yang pergi pancung mereka semua! Beta tak mahu dengar khabar kurang baik dari kalian." Suara Raja Sirius mengendur, tapi berbaur ugutan.

"Menurut titah, tuanku!"

Hutan Mistik, Wilayah Timur

KONG menggendarai pedati dengan perlahan memasuki kawasan Hutan Mistik. Dari jauh ia kelihatan berkabus dan suram. Terkenal dengan kewujudan pelbagai beast dan mahluk jadian yang kejam. Ramai manusia yang telah masuk dalam hutan ini, namun hanya beberapa kerat sahaja yang berjaya keluar. Kebanyakannya hilang.

Mereka berempat memilih laluan ini kerana ianya laluan paling dekat dan selamat daripada Askar Maut menuju wilayah Barat. Jika menggunakan laluan biasa, kemungkinan tiga atau empat hari lagi baru tiba. Dengan laluan ini, memakan masa hanya satu hari setengah sahaja termasuk berehat.

"Asal la kita tak boleh guna kristal teleport?" Cargas menoleh memandang luar.

"Well, kita semuakan dah tahu kenapa," ujar Dao-yu.

"Ye tahu, kak Lian dah cakap semalam. Kita buat misi luar wilayah. Sebarang penggunaan kristal teleport tanpa keizinan pihak Askar Maut, akan menimbulkan masalah kepada kita, terutamanya dia sendiri," potong Cargas lalu menaikkan matanya dengan riak menyampah.

Feng sekadar melihat dua susuk yang asyik berbalas kata-kata sejak Cargas sedar dari tidurnya sebentar tadi.

"Lagi pun, untuk teleport kita mesti ada satu hubungan yang kuat dari sana. Contoh macam kawan atau tugu.."

"Diamlah!"

Dao-yu tersentak dengan tengkingan Cargas.

"Wei rileklah." Feng cuba meredakan. Walaupun cubaannya sekadar sia-sia.

Cargas mendengus kasar sambil tetap memandang luar.

'Tok! Tok! Tok!' Feng berpusing seraya menarik penutup kayu yang diketuk.

"Nak regangkan otot tak? Cargas.. jom lepaskan marah kau. Ada bahan ni." ujar Kong dari celahan ruangan yang menampakkan separuh wajahnya.

Serentak itu gerakan pedati semakin perlahan dan berhenti. Cargas melompat keluar dan mendarat di atas tanah. Dia mendongak, ratusan gorgon terlebih awal mengambil langkah untuk mengelilingi pedati mereka. Dao-yu dan Feng turun dari pedati sambil menoleh-noleh.

"Cis, ini mata-mata iblis." Cargas menghasilkan bulatan magis pada tangan serentak itu dia menarik keluar dua bilah pedang merah.

Dao-yu menggerakkan telapak tangan kiri, muncul dao besar yang terdapat ukiran naga pada bilahnya. Feng pula selamba dengan tangan dalam kocek.

"Sinilah bangkai! Kau ingat aku takut!" jerkah Cargas.

Kong tidak berkata apa terus melompat setinggi udara. Enam biji bebola angin muncul di hadapan lalu dilempar menuju pelbagai arah. Sambil menjunam ke bawah, ratusan gorgon diserang dengan libasan angin. Tiupan angin kencang menderu laju menerbangkan debu-debu dan bau darah segar yang terhasil dari puluhan badan gorgon yang terbelah dua atau hancur ketika serangan Kong mengenai mereka.

Cargas berlari menuju kepada gorgon yang cuba menumbuknya. Namun tersasar. Dia menggunakan tangan gorgon sebagai jambatan ke belakang badan mahluk hodoh itu. Dua mata pedangnya ditikam pada tengkuk sehingga tembus di kerongkong gorgon. Gorgon mula kehilangan nafas, mengelitik dan jatuh menghempas tanah. Cargas sempat melompat balik kuang, menjauhi. Dia lesap dan muncul di hadapan gorgon lain dengan dua pedang dijulang. Wajah yang membengis ditutup topeng yang tersengih.

Dao-yu berdiri menghadap puluhan beast yang sedang menyeringai. Matanya sekadar mengerling tajam kepada gorgon yang berpusu-pusu ke arahnya. Dia mula melangkah. Menuju arah bertentangan kelompok gorgon dengan tenang. Tiada secolet takut pada wajahnya.

'Blink.'

Dao-yu terapung di atas angin. Mengangkat dao. Gorgon meluru kepadanya dengan laju.

'Blink.'

Aturan langkah Dao-yu sungguh tenang membelakangi puluhan Gorgon yang masih berlari. Perlahan-lahan, separuh badan mereka mula mengelongsor jatuh lalu menghempas tanah. Rintihan sakit, bunyi hempasan yang seragam serta darah merah yang membuak keluar tidak dihiraukan gadis itu. Tanpa menoleh belakang, Dao-yu hilang dari pandangan.

Feng melompat-lompat dan berputar di udara bagi menafikan serangan bertali arus daripada puluhan gorgon. Dia berundur jauh ke belakang. Pandangan dicerlung kepada kelompok gorgon yang sedang berlari ke arahnya. Dia tersentak memandang Cargas yang tiba-tiba muncul dan melibas pedang kepada salah satu gorgon sebelum menjarakkan diri kerana tersedar itu adalah mangsa Feng.

Feng hanya merenung Cargas menghilangkan diri. Dia melompat dan mulai terapung. Fokusnya kini kembali kepada gorgon yang masih berpusu-pusu. Tangan kiri di angkat separas bahu dengan genggaman erat. Lurus tegak ke arah gorgon.

"Mati."

Telapak tangan di buka. Kelihatan beberapa bulatan serta lubang hitam di tengah telapak tangan. Lubang tersebut terbuka. Lantas nengeluarkan suara jeritan nyaring serta menghasilkan pusaran angin seperti vakum. Tanpa belas ia menyedut sekawanan gorgon masuk ke dalamnya. Beberapa gorgon cuba melarikan diri dengan mencakar tanah agar tidak tersedut. Namun, tetap juga mereka menerima nasib yang sama seperti kawanan lain; disedut masuk ke dalam lohong hitam yang menjanjikan kesengsaraan di dimensi lain.

Pusaran angin hilang tatkala Feng mengatup telapak tangannya dan mendarat. Dia tersentak kecil dengan kehadiran sesuatu.

Bunyi ratusan derapan tapak kaki menarik perhatian Feng. Dalam sekelip mata, bilangan gorgon mendadak dengan tiba-tiba. Mereka menyeringai mengelilingi Feng dalam bulatan. Feng bersedia dengan aura hitam menyaluti tangannya. Dia melirik tajam. Gorgon mula menerkam

"Huh... Mati."

Jerkahan gorgon serta jeritan nyaring menguasai suasana sebelum bertukar senyap.

Continue Reading

You'll Also Like

MAMA SYA By

Fantasy

10.4K 63 7
Aku diajar oleh mama sya dan mist lia
154K 6.7K 63
[KARYA PERTAMA] Apakah nasib si gadis yang bernama Nur Miesyaira Huda... Aira yang hanya dianggap sebagai beban untuk keluarganya cuba untuk mencari...
1.9M 4.3K 24
Sebuah kisah isteri ke arah cuckold
2.9K 6 1
Cerita tentang seorang perempuan bernama Sara yang di ugut oleh boss di tempat kerja nya yang obses terhadap ketiak untuk memuaskan nafsu seksnya yan...