Tanah Magis Malagemalai (Edit)

By wanstony

7.9K 935 295

Mona, seorang gadis muda yang terpaksa memimpin sepasukan askar pemberontak bernama Revolusi setelah kematian... More

bab 1
bab 2
bab 3
bab 4
bab 5
bab 6
bab 7
bab 8
bab 9
bab 10
bab 11
bab 12
bab 13
bab 14
bab 15
bab 16
bab 17
bab 18
bab 19
bab 20
bab 21
bab 22
selingan bersama penulis dan sebotol minute maid pulpy
bab 23
bab 24
bab 25
penghargaan
bab 26
bab 27
bab 28
bab 29
bab 30
bab 31
bab 32
bab 33
bab 34
bab 35
bab 36
bab 37
bab 38
bab 39
bab 40
bab 41
bab 42

prolog

845 79 47
By wanstony

1134 T.P, Malagemalai

RUANG angkasa penuh hitam gelap. Sepi, kosong, tanpa kerdipan bintang dek terhalang gugusan awan hitam. Pancaran-pancaran kilat menerangi alam semesta sesaat. Diselangi dentuman guruh memecah kesunyian malam. Deruan angin bertiup deras, menampar dedaunan sehingga tertanggal. Gulungan badai kian rakus memukul dinding rumah-rumah penduduk yang berselindung sambil memohon agar badai ini pantas berlalu.

Sejalur pancaran kilat memanjang dari langit menjunam tanah dengan kelajuan cahaya. Menerangi keadaan hutan yang samar dalam kegelapan bersama dentuman kasar yang menggegarkan.

Di dalam kegelapan hutan, bunyi derapan berat kuda yang dipacu laju serta suara jerkahan manusia sayup kedengaran di antara celahan pepohon besar yang tumbuh melata di lantai hutan. Suara-suara itu keras dan tidak berhenti. Malah ianya semakin mendekat.

Derapan langkah kuda masih laju. Sesusuk tubuh berjubah yang mengawal pacuan kudanya dengan baik dalam mengelak dahan serta akar yang berselirat pada lantai hutan. Untuk sebentar dia menoleh belakang, meninjau pengawal berkuda yang masih setia mengejar sambil mengarahnya untuk berhenti.

"Berhenti Hayyat! Kau takkan boleh lari jauh!!"

"Raja Sirius pasti akan buru kau!!"

Hayyat yang terlindung di sebalik jubah kelabu terus memacu laju ke tengah hutan. Sehingga tiba di satu kawasan lapang yang tidak dilindungi sebarang pepohon hutan. Dia sempat meneliti sepintas lalu, sebelum berhenti.

Sepuluh pengawal yang mengejar turut berhenti mendadak di belakang. Hayyat melompat turun lalu membisikkan sesuatu pada kuda tersebut. Kuda tersebut mendengus sambil menghentak kaki seolah memprotes. Hayyat terus membelai sambil bersentuhan dahi sesama mereka. Untuk seketika kuda tersebut mendengus sebelum berlari meninggalkannya.

"Nampaknya kau sudah tahu bahawa malam ini adalah pengakhiran buat kau," tutur salah seorang daripada kelompok tersebut lalu ketawa besar.

Hayyat mendiamkan diri. Kekal berdiri dalam posisi membelakangkan kelompok manusia yang sentiasa mengambil peluang untuk mencabut nyawanya. Cahaya merah memancar pada telapak tangan kiri lalu memanjang menjadi sebilah pedang cahaya.

"Lepas bunuh pemberontak ini. Kamu semua boleh sambung berseronok semu-"

Pancaran kilat dan dentuman guruh langsung mematikan percakapan lelaki seperti ketua dengan baju perisai dan topi besi yang melindungi tubuhnya. Anak buah di belakang turut terkaku seketika.

Selajur itu, beberapa titisan air jernih mula menghempas tanah. Untuk seketika si pengejar tetap terkaku. Hayyat tetap berada dalam posisi yang sama. Hujan beransur lebat dan terus lebat mencurahkan isinya yang tersimpan. Langsung membasahi tanah dan melopakkan daratan. Alam seperti tahu bahawa tanah ini bakal tercemar dengan darah manusia yang saling bertingkah sesama sendiri.

"Tunggu apa lagi! Nyahkan si bangsat itu!" arah si ketua dengan bengis.

Lima dari sepuluh pengawal mara bersama kuda tunggangan. Mereka berkobar-kobar ingin menewaskan musuh yang membelakangi mereka.

Seperti pasrah dengan ajal yang mendekat, Hayyat tidak berkutik walau seinci ketika dirinya dipagar dengan pengawal dalam bentuk bulatan yang mengelilingi. Mereka menafikan sebarang peluang untuknya melepaskan diri. Pintu untuk melarikan telah tertutup. Hayyat terpagar. Seorang pengawal lekas menyerbu sambil menaikkan pedang setinggi udara.

Hayyat memejam mata lalu menunduk. Serentak, libasan pedang daripada pengawal sekadar melepasi belakang kepala. Dia merendahkan tubuh lalu melompat melepasi kepala lawan. Sempat memerhati ke bawah, kepada lima pengawal yang terdongak dek tindakan tidak dijangka itu.

Salah satu pengawal berdiri di atas kuda dan menujah tubuhnya kepada Hayyat. Niatnya mahu membunuh lelaki tersebut, namun dalam sekelip mata kepalanya dahulu terpisah dari badan. Darah merah menyimbah muka sekutu. Tubuh pengawal tersebut menghempas tanah.

Hayyat mendarat di atas kuda mangsa pedangnya. Empat lagi pengawal dirasuk histeria lalu menyerbu sambil menghayun pedang. Dia menghentak kaki pada punggung kuda agar berlari menjauhi pengawal. Tetakan dan libasan pedang sekadar membelah angin.

Dengan satu tolakan kaki, Hayyat menyerbu kepada lawannya. Baki empat pengawal turut meluru arah bertentangan. Sekelip mata Hayyat bertukar menjadi pemangsa. Desingan pedang mematikan jeritan-jeritan manusia, diganti dengan bunyi sesuatu mengempas tanah. Darah pekat yang mengalir, bergabung bersama hujan yang membanjiri tanah. Dia menghampiri saki-baki pengawal yang terkaku, meninggalkan mayat-mayat tanpa kepala yang bergelimpangan di belakang.

"Kau tahu aku siapa. Tapi guna budak hingusan untuk tangkap aku. Itu.. memang silap besar." Hayyat menaikkan kepala, menampakkan mata putihnya. Serentak dentuman guruh memeranjatkan semua pengawal.

Baki pengawal yang tadinya yakin mereka sudah menang bertukar gerun. Lima daripada mereka dibunuh seperti lalat yang tidak menjadi kudis buat si pemangsa.

"Alan. Kau balik, panggil yang lain," arah si ketua dengan resah. Pedang dikeluarkan, diikuti tiga pengawal yang berbaki.

Alan sempat memandang seorang askar yang merupakan kawan sekampungnya sejak kecil. Dengan berat hati dia berlalu pergi sambil memecut laju.

"Tak sempat." Seperti dirasuk, Hayyat menyeringai serentak meluru bersama percikan kilat pada belakang tubuh.

"Huarghhhh!" Pengawal tersebut turut meluru bersama jerkahan yang kononnya mampu menaikan semangat. Padahal cuba melindungi ketakutan yang mencengkam.

Bunyi desingan pedang, percikan darah serta suara lolongan sakit kedengaran jelas di cuping telinga Alan. Badannya mengeletar. Bukan kerana sejuk yang menggigit, tapi ketakutan yang melampau. Disangkakan kemenangan sudah berada di pihak mereka sejak awal. Tapi, tidak. Anak mata kepalanya menyaksikan musuh dengan mudah menumbangkan lima askar elit tanpa sebarang masalah. Akalnya buntu, itu askar elit. Dia, baru sahaja dua bulan diserap ke dalam Askar Maut. Bermain pedang pun biasa-biasa sahaja.

'Jangan ikut nafsu dunia kamu Alan! Dalam dunia ini ada banyak lagi perkara yang mampu membahagiakan'. Nasihat ibunya bermain semula di kotak memori. Jujur, dia menyesal. Cakap rakannya diikuti, kata-kata manusia yang melahirkannya. Diingkari, demi memenuhi tuntutan nafsu.

Alan menghentikan kuda secara mendadak. Matanya terjegil. Mulutnya terketar-ketar seiring badannya mengeletar seperti terkena penyakit saraf. Hayyat di dalam hujan lebat bersama jubah yang dipenuhi percikan darah mengacu pedang di genggaman kiri kepada Alan.

"Kau. Mengapa kau sanggup ikut panji yang telah memberi kau sengsara?"

Alan tidak mampu menjawab. Bibirnya terkunci ketakutan.

"Kita mempunyai matlamat yang berbeza. Membenarkan kau hidup, sama sahaja dengan memancung aku. Jika kau dilahirkan semula, pilihlah jalan yang membawa sinar kepada manusia lain." Hayyat langsung meluru. Alan terkaku.

Namun, segalanya bergerak dengan perlahan seperti masa sedang diperlahankan.

Alan hanya memerhati dengan linangan air mata bercampur hujan. Dia cuba pasrah dalam tidak rela itu. Iya, ini jalan yang dipilihnya. Bukankah, mati itu berlaku kepada setiap mahluk? Cuma cara dan sebab kematian yang membezakan mereka. Sepatutnya dia sedar. Memilih untuk menjadi askar, adalah meletakkan nyawanya selangkah hampir dengan kematian. Alan mendongak. Merenung langit hitam. Dia terima ketentuan takdir yang telah tertulis buatnya sejak lahir dengan rela.

Hayyat semakin hampir. Dia meloncat dalam pergerakan paling perlahan. Suasana menjadi terlalu hening, titisan hujan seperti pegun. Alan sempat melirik kepada manusia yang bakal mencabut nyawanya.

'Beginikan cara aku mati? Kenapa semuanya perlahan? Ah, banyak lagi yang ingin aku capai. Ibu... Alan minta maaf.'

Keadaan bertukar normal. Dengan laju, pedang melepasi leher Alan yang terpejam. Hayyat mendarat dengan membelakangkan mangsa pedangnya. Kepala Alan perlahan-lahan tergelincir dari badan. Tergolek jatuh di atas peha sebelum mencium tanah. Darah membuak keluar dengan banyak dan bertakung di bawah. Jasad tanpa kepala itu menyenget sebelum perlahan-lahan terjatuh di lopak darah sendiri.

"Sirius. Aku bersumpah diatas nama Raja Merah. Kau akan aku tumpaskan."

Hayyat yang dirasuk kemarahan tiba-tiba tersentak. Dia mendongak sebelum berlari meredah titisan lebat hujan.

'Mawar!'

PADA waktu yang sama.

Titisan hujan masih lebat. Ruang dalam sebuah rumah kayu, dipenuhi bunyi hentaman air seakan dibaling ribuan batu secara serentak.

Di dalam bilik. Seorang wanita terbaring di atas katil bermandi keringat dan berhempas-pulas berusaha melahirkan zuriat sulungnya. Mulutnya terjerit sakit. Jemari runcingnya menggenggam erat cadar katil sehingga berkeronyok. Cuba menahan sakit yang tidak mampu terluah dari kata-kata.

"Teran lagi tuan puteri. Hamba sudah nampak kepalanya," tutur mak bidan di antara peha wanita itu.

"Arghhh! Arghhhh! Sa-sakit mak bidan. Erhhh." Kembang-kempis hidung wanita itu menyedut oksigen. Membekal udara agar kekal bernafas demi menyelesaikan cabaran paling besar buat para ibu.

"Tahan Puteri Mawar. Teran kuat lagi."

Puteri Mawar menghela nafas. Kemudian meneran dengan seluruh kudrat yang masih berbaki. Kesakitan yang menyucuk tidak dipedulikan. Yang penting anak di dalam kandungannya dapat melihat dunia ini. Itulah puncak kebahagiaan buat pasangan suami isteri. Namun perlakuannya terhenti sekali lagi. Dia tidak mampu menahan keperitan yang maha menyakitkan. Ingin sahaja dia berputus asa. Tapi, tidak.

Keadaan bertukar sepi. Puteri Mawar memejam mata sambil menarik nafas. Ditahan sebentar sebelum dikeluarkan secara teratur. Mak bidan berkata sesuatu. Puteri Mawar tersenyum kelat sambil mengangguk. Liur direngkuh melepasi tekak yang terasa berpasir. Sekali lagi dia menarik nafas sedalamnya.

Di tahan.

Sesaat, dua saat, tiga saat. Dihembus keluar secara beransur. Sempat wanita cantik itu memandang seraut wajah mak bidan yang tetap tenang. Mak bidan tersenyum nipis lalu terangguk kecil. Seakan satu isyarat, Puteri Mawar langsung meneran dengan sepenuh kekuatan seorang wanita. Urat timbul di dahi. Anak matanya menampakkan kesakitan yang terlalu azab. Segaris air jernih mengalir dari tubir mata dan perlahan-lahan menitis ke cadar putih lalu mengembang seperti titisan warna pada kanvas lukisan.

'Untuk kita, kanda Hayyat.'

Sejurus itu, satu aura maha kuat langsung meletus. Bercambah seperti cahaya terang yang menyimbah setiap insan di tanah luas Malagemalai. Setiap penduduk di pelusuk negara terhenti perlakuannya sambil mendongak memandang langit. Yang hampir terlelap, terjaga tatkala digempur perasaan yang meremangkan bulu roma. Tanah besar mula riuh. Mereka tertanya-tanya akan fenomena luar biasa ini.

'Uwekk uwekk!' Tangisan bayi memecah keriuhan titisan hujan sehingga didengari setiap penduduk kampung berhampiran hutan yang tercari-cari punca tangisan tersebut. Mereka terpinga-pinga dalam selimut persoalan.

Puteri Mawar terbaring lemah. Dadanya berombak perlahan dengan mata terpejam. Sungguh sakit proses melahirkan zuriat. Namun, kepuasan selepas itu hanya mereka yang pernah merasai sahaja tahu perasaan itu. Gembira, sakit, sebak, syukur. Semuanya bergabung menjadi satu.

"Lelaki tuan puteri."

Tali pusat dipotong. Bidan yang menyambut kelahiran, menatang bayi sihat itu ke sebuah bekas berisi air suam. Darah yang melekat dibersihkan dan dikeringkan dengan sehelai tuala kapas. Lalu diserahkan kepada Puteri Mawar yang kelesuan. Dia tersenyum nipis menyambut bayi bogel itu. Perasaan gembira dizahirkan dengan linangan air mata pada pipinya. Bayi lelaki yang masih merengek, dicuit hidungnya. 'Sama macam ayah dia.' getus hati kecilnya.

Di luar bilik, tiga susuk sedang menunggu seseorang di ruang tamu. Seorang lelaki dewasa mundar-mandir di ruangan kecil itu seperti dirundung masalah besar. Risau, resah, buntu. Itu yang kelihatan pada wajahnya tatkala berulang-alik dari pintu rumah dan set sofa.

"Mana Hayyat ni?" Dia menoleh kepada pintu rumah. Kemudian bermundar-mandir semula.

"Sabar Lord Asdtal. Sebentar lagi dia pasti akan pulang."

Asdtal berpaling kepada lelaki muda yang duduk tenang di sofa. Dia mengeluh sebelum kembali dengan perlakuannya.

"Masa-masa genting begini pun dia tak ada. Suami jenis apa dia tu? Kalau aku kena begini, sudah lama aku minta berpisah," luah seorang wanita berjubah hijau. Dia membuang pandangan ke luar tingkap dengan wajah mencuka.

"Jangan berprasangka begitu Theretia. Jika Puteri Mawar boleh faham akan peranan suaminya, kenapa tidak kita? Kita sendiri tahu Hayyat bukan berfoya-foya di luar. Jangan terlampau ikut sangat emosi kau," bidas Asdtal tegas.

"Suami mana tak sayangkan isteri? Tipulah kalau Hayyat tak nak balik," celah lelaki muda dari sofa tanpa memalingkan wajah.

"Hayyat tahukan isterinya sedang mengandung. Sudah beranak pula tu. Sepatutnya dia perlu ada bersama Puteri Mawar tatkala berjuang melahirkan keturunannya. Bukan sibuk dengan urusan di luar. Lelaki apakah itu."

"Theretia!" tegah Asdtal. Jauh lebih tegas dari tadi.

Serentak pintu dibuka seseorang dari luar. Hayyat melangkah masuk dengan pakaian basah dan penuh darah. Dia menoleh kepada Asdtal dengan risau.

"Mana Mawar?" soalnya cemas.

Tanpa banyak cakap, mereka berdua beriringan menuju belakang rumah.

Theretia merengkuh liur. Kata-katanya sebentar tadi seperti tidak sepadan dengan kondisi Hayyat. Lelaki itu sepertinya telah melalui sesuatu yang buruk sebelum tiba ke sini.

"Kan aku dah cakap. Dan kau, Theretia. Ubahlah perangai. Kau hampir mencapai taraf Ilmuwan. Sepatutnya benda macam ini kau boleh fikir. Takkan kau mahu dikutuk Ilmuwan beremosi?" perli lelaki muda di sofa sebelum bangkit menuju pintu rumah.

Theretia sekadar memendam rasa. Hendak membalas, dia terasa sebal. Lagipun mulutnya yang terlalu lancang.

"Kau hendak ke mana, Saga?" tegur Asdtal yang tiba semula di ruang tamu.

"Balik Kota Awan. Hayyat pun sudah pulang," jelas lelaki muda itu.

"Sabarlah sebentar. Hujan masih lebat di luar. Kau tak mahu tengok cucu saudara kau?" Asdtal cuba memujuk. Saga sekadar tersenyum nipis. Dia menggeleng tanda tidak berminat.

"Aku hendak tengoknya setelah dia besar kelak. Kirim salam kepada Hayyat. Dan beritahu Mawar supaya jaga cucu Merah elok-elok. Aku nak dia jadi kuat. Nanti boleh sparring dengan aku," terangnya.

Asdtal tidak mampu membalas. Ketegasan dalam sifat humor lelaki muda ini sama dengan abang kandung beliau, Raja Merah. Saga bersalaman dan berpelukan dengan Asdtal. Setelah itu, dia berlalu pergi. Meninggalkan rumah yang telah berlakunya satu peristiwa bersejarah buat negara Malagemalai.

Saga berjalan tenang meredah hujan tanpa dibasahi walaupun sedikit. Dia mengukir senyuman nipis sebelum mendongak. 'Bagi kami masa Merah. Aku akan pastikan cucu kau menjadi pemimpin teragung Malagemalai satu hari nanti. Aura dia... jauh lebih kuat.'

Di dalam bilik Puteri Mawar melahirkan anaknya.

"Tampan sungguh anak ini. Macam ayahnya juga."

Puteri Mawar ketawa perlahan di sebelah Hayyat. Jelas kelihatan raut wajahnya yang lesu. Seluruh tenaga dikerah demi melahirkan permata mereka. Namun, tetap juga dia tersenyum menyambut kepulangan suami tercinta dan melayan celoteh lelaki yang mengisi ruang hatinya.

"Sayang," panggil Hayyat.

"Iya kanda," sahut Puteri Mawar. Kepala dilentokkan pada bahu suaminya.

"Terima kasih."

Sejurus itu, satu kucupan hangat terasa pada rambut Puteri Mawar.

"Muda..." gumam Puteri Mawar antara dengar tak dengar.

"Apa dia sayang?" soal Hayyat.

"Anak kita, namanya Muda. Kanda bersetuju?"

"Apa pula tidak. Memang nama itu yang kita berdua mahu."

Hayyat mengucup dahi Puteri Mawar dan meminta buah hatinya berehat. Muda dikendong menuju ruang tamu. Dengan senyuman lebar dia menghampri Asdtal yang keseorangan. Anak sulungnya diperkenalkan kepada lelaki yang banyak membantu mereka suami isteri setelah kemangkatan ayahanda Puteri Mawar pada perang epik lepas.

Asdtal menyambut Muda yang dihulur kepadanya. Dia tersenyum dalam mengalirkan air mata. Dia sudah menganggap Puteri Mawar seperti anaknya, kelahiran bayi ini adalah satu khabar gembira buatnya.

"Tuan boleh lindungi isteri dan anak saya sepanjang pemergian ini?"

"Boleh Hayyat. Aku akan jaga Puteri Mawar dan Muda dengan seluruh kudrat. Oiden kami akan sentiasa melindungi keturunan kamu."

Asdtal menyelak sedikit tuala putih yang menutupi dada Muda. Dia tersentak lalu mendongak memandang Hayyat dengan riak tidak percaya. Hayyat hanya mengangguk sambil tersenyum pahit. Dia mendukung semula Muda. Sebelum masuk ke dalam bilik, dia mengucap terima kasih kepada Asdtal.

"Muda. Hidup kau mungkin tidak seindah yang diimpikan. Tapi percayalah, ayah dan ibunda akan sentiasa ada untuk melindungi kamu." bisik Hayyat sambil berpelukan dengan Puteri Mawar sehingga bersentuh dahi mereka.

"Dan, jika kami tiada untuk melindungi kamu. Membesarlah dengan baik dan penuhi ramalan yang telah ditetapkan kepada kamu."

Hari itu, seorang bayi yang bakal menggegar Malagemalai telah lahir ke dunia. Tanah yang telah dicengkam kegelapan, bakal dibersihkan oleh anak ini kelak. Pejuang-pejuang sudah bersiap. Menantikan tarikh keramat yang bakal menentukan nasib mereka sebagai pendatang di tanah sendiri atau pejuang yang memerdekakan tanah bertuah ini.

Continue Reading

You'll Also Like

177K 2.6K 26
Konflik di mana pelbagai dugaan juga godaan yang mendatangi Sarjan Mus sebelumnya membuatkan dia lebih bersikap neutral dalam kehidupannya. Pada awal...
361K 3.5K 21
Kisah ini adalah hanya rekaan sebagai hiburan para lgbt.Jika anda tidak menyukai ruangan ini boleh pergi ke page lain.Segala kesamaan nama,watak dala...
147K 6.5K 63
[KARYA PERTAMA] Apakah nasib si gadis yang bernama Nur Miesyaira Huda... Aira yang hanya dianggap sebagai beban untuk keluarganya cuba untuk mencari...
1.7M 35.6K 40
| 2020 | 18+ PREVIU 35 BAB NOVEL | PDF CRIME ACTION ROMANCE