Jika Dia Untukku [COMPLETED]

بواسطة _ariamoon

20.2K 431 29

[DALAM PROSES EDITING] Jannatul Haura telah mengambil keputusan menutup rapat pintu hatinya kepada mana-mana... المزيد

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
BAB 60
BAB 61
BAB 62
BAB 63
BAB 64
BAB 65
BAB 66
BAB 67
BAB 68
BAB 69
BAB 70
BAB 71
BAB 72
BAB 73
BAB 74
Bab 75
BAB 76
BAB 77
BAB 78
BAB 79
BAB 80
BAB 81
BAB 82
BAB 83
BAB 84
BAB 85
BAB 86
BAB 88
BAB 89
BAB 90
BAB 91
BAB 92
BAB 93
BAB 94
BAB 95
BAB 96
BAB 97
BAB 98
BAB 99
BAB 100
BAB 101
BAB 102
EPILOG

BAB 87

157 2 0
بواسطة _ariamoon

Haura duduk di birai katil sambil memandang ke luar jendela dari bilik wadnya. Langit yang biru tersergam indah di depannya ditatap kosong. Mutiara jernih tidak berhenti mengalir keluar dari tubir matanya. Puan Hafizah yang baru masuk ke dalam bilik tersebut sekadar memerhati kelakuan anaknya itu.

          "Haura, ibu ada bawakan makanan kegemaran kamu ni. Jom kita makan sama-sama." Ujar Puan Hafizah cuba memancing perhatian anaknya itu. Namun Haura diam tidak berkutik. Dia langsung tidak menghiraukan panggilan ibunya itu.

Setelah tiada sebarang respon dari anaknya itu Puan Hafizah melepaskan keluh pendek. Perlahan-lahan dia menghampiri anaknya itu. Bahu Haura disentuh lembut. Tersentak dengan kehadiran ibunya itu Haura segera menyeka air mata yang membasahi pipinya itu.

          "Kamu okay ke tak ni?" Tanya Puan Hafizah pendek. Haura menganggukkan kepalanya.

          "Ibu ada bawa makanan kegemaran kamu, jom kita makan sama-sama." Sekali lagi Puan Hafizah mempelawa anaknya itu untuk makan namun ditolak mentah-mentah oleh Haura. Wanita itu menggelengkan kepalanya.

          "Janganlah macam ni, dah dua hari kamu tak nak makan. Ibu risaulah. Jamahlah sikit makanan tu." Tambah Puan Hafizah lagi.

          "Haura tak ada seleralah ibu." Balas Haura pendek. Puan Hafizah mengeluh perlahan.

Kemalangan yang menimpa diri Haura dan Mikael telah membuatkan mereka berdua tidak sedarkan diri. Sehari selepas kemalangan tersebut barulah Haura sedar tetapi Mikael masih lagi dalam keadaan koma.

Sejurus sahaja Haura sedarkan diri dia terus mencari Mikael. Tidak henti-henti dia bertanyakan keadaan tunangnya itu. Encik Zamzuri dan Puan Hafizah cuba merahsiakan perkara itu dari pengetahuan Haura. Puas ibu dan ayahnya memujuk namun dia tetap juga berkeras untuk bertemu dengan lelaki itu. Nama Mikael tidak lekang dari bibirnya.

Namun apabila dia melihat keadaan tunangnya itu terbaring kaku di atas katil, Haura tidak dapat mengawal emosinya. Dia tidak henti-henti menyalahkan dirinya atas apa yang sudah terjadi pada lelaki itu. Sejak dari itu Haura sering termenung sendirian. Dia memencilkan dirinya di dalam bilik wad tersebut. Makan minum juga tidak mahu dijamahnya.

          "Ibu faham Haura risaukan Mikael tapi kamu tak boleh nak siksa diri kamu macam ni. Ibu pasti dia pun tak suka tengok keadaan kamu macam ni." Puan Hafizah membuka bicara setelah diam untuk beberapa ketika.

Mendengar sahaja kata-kata yang keluar dari mulut ibunya itu Haura sekali lagi mengalirkan airmata. Tangisnya mula kedengaran. Sudah tidak dapat dibendung lagi kesedihannya itu. Puan Hafizah memeluk erat tubuh anaknya itu sambil menepuk lembut belakang Haura bagi menenangkannya.

          "Haura takut ibu. Haura takut sangat kalau Haura dah tak dapat jumpa Mikael lagi. Semua ni salah Haura. Kalaulah malam tu Haura dengar cakap dia perkara ni tak akan jadi. Semuanya berpunca daripada Haura ibu. Haura yang buat Mikael terlantar dekat katil tu." Luah Haura sambil menangis teresak-esak.

Puan Hafizah turut berasa sebak melihat keadaan anaknya itu. Matanya juga mulai berkaca. Dia kemudian meleraikan pelukannya itu. Airmata yang mengalir laju di pipi anaknya itu diseka dengan lembut. Wajah Haura direnungnya lama.

          "Ibu faham sangat perasaan kamu tu tapi kamu janganlah berterusan salahkan diri kamu macam ni. Segala apa yang berlaku semuanya sudah ketentuan takdir. Siapa kita nak melawan qada dan qadar Allah. Sekarang ni kita banyakkan berdoa semoga Mikael lekas sedar." Balas Puan Hafizah. Sedaya upaya dia cuba untuk menenangkan anaknya itu.

*****

Tut! Tut! Tut!

Bunyi mesin perkakas di dalam bilik wad itu membingitkan telinga Mikael. Dia lalu membuka matanya perlahan-lahan tapi dia berasa sedikit bingung apabila melihat satu persekitaran yang sangat asing bagi dirinya.

          "Aku dekat mana ni?" Bisik Mikael di dalam hati.

Bebola matanya mula ligat menari memerhatikan sekeliling. Matanya kemudian menangkap kelibat Datin Norlie yang sedang duduk di sofa sambil berbual dengan Dato' Rizal sambil tangannya tidak duduk diam mengupas kulit buah. Mikael tersenyum nipis apabila melihat wajah kedua orang tuanya itu.

Beberapa ketika kemudian Datin Norlie bangkit dari kerusinya untuk pergi membuang sisa kulit buah-buahan yang dikupasnya sebentar tadi. Meskipun dia berjalan merentasi katil Mikael namun dia masih lagi tidak sedar bahawa anaknya itu telah mula membuka matanya.

        “Mama...” Panggil Mikael lemah. Sayup-sayup panggilan itu singgah di telinga Datin Norlie. Dia segera berpaling ke arah Mikael yang sedang terlantar di atas katil. Perlahan-lahan dia melangkah menghampiri anaknya itu.

Di saat dia melihat mata Mikael yang berkedip memandang ke arahnya Datin Norlie tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya itu.

        “Abang! Mari sini cepat. Alhamdulillah kamu dah sedar sayang.” Datin Norlie meninggikan suara memanggil suaminya. Dato Rizal segera bangkit dari kerusi dan menuju ke katil yang di diami Mikael. Datin Norlie mengusap serta mencium kepala anaknya itu berkali-kali dengan penuh kasih sayang. Mulutnya pula tidak berhenti mengucapkan kalimah syukur.

Mikael cuba untuk mengangkat tubuhnya namun tidak berdaya. Tubuhnya terasa sangat lemah dan kepalanya juga terasa berat sekali. Mikael berkerut. Kepalanya tiba-tiba sahaja berdenyut. Dia kemudian menyentuh bahagian kepalanya yang masih berbalut itu. Air mukanya mula berubah.

          "Mika kamu tu belum sembuh lagi, jangan banyak bergerak." Ujar Dato' Rizal bagi menenangkan anaknya yang mula kelihatan panik itu.

       “Apa yang dah jadi ni mama, papa? Macam mana Mika boleh ada dekat sini?” soal Mikael bingung. Matanya silih berganti memandang wajah ibu dan bapanya itu.

Datin Norlie dan Dato' Rizal saling berpandangan sesama sendiri. Mereka berdua agak terkejut dengan pertanyaan dari Mikael itu.

       “Mika tak ingat ke apa yang dah berlaku?” soal Datin Norlie kembali sambil memegang tangan Mikael lalu digosok lembut. Mikael berfikir sejenak sebelum menggelengkan kepalanya.

Sekali lagi Dato' Rizal dan Datin Norlie saling berbalas pandang. Merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan anak lelakinya itu Dato' Rizal mengambil keputusan untuk tidak memberitahu apa-apa kepada Mikael sehingga dia mendapatkan pengesahan dari pihak doktor.

          "Sekarang ni kamu rehat dulu nanti mama panggilkan doktor. Lepas tu baru kita berbual." Balas Datin Norlie. Riak wajahnya yang kelihatan bimbang itu cuba disorokkan dari dilihat oleh Mikael.

Datin Norlie kemudian mula menapak untuk keluar. Sempat dia memberi isyarat mata kepada suaminya untuk keluar bersama. Dato' Rizal yang memahami isyarat tersebut mengekori isterinya itu ke arah pintu keluar. Datin Norlie kelihatan sangat resah. Usai sahaja suaminya menutup rapat pintu bilik tersebut dia segera mencapai tangan suaminya itu.

          "Abang, anak kita tu okay ke tak? Kenapa dia tak ingat pasal kejadian tu? Anak kita tu dah hilang ingatan ke?" Tanya Datin Norlie  cemas. Dia benar-benar risaukan keadaan anaknya itu.

          "Ish, kenapa awak cakap macam tu Nor. Kata-kata tu ibarat satu doa tau. Awak nak sangat ke Mikael tu hilang ingatan?" Balas Dato' Rizal yang agak terkejut dengan kata-kata yang meluncur keluar dari mulut isterinya itu. Datin Norlie terdiam buat seketika.

         "Macam-macam dugaan yang menimpa anak kita tu bang. Nor bukan apa, Nor cuma dah tak sanggup nak tengok anak kita tu menderita." Balas Datin Norlie perlahan.

          "Saya faham perasaan awak tu tapi tak bolehlah kita berfikiran negatif. Saya sangat yakin Mikael tu tak apa-apa. Buktinya dia masih kenal yang kita berdua ni papa dan mama dia. Jadi tak mungkin dia hilang ingatan."

          "Cukuplah sekali Nor saksikan penderitaan anak kita tu. Nor risau kesihatan mental dia akan terjejas semula. Dia baru je nak sembuh dari luka lamanya itu."

          "Kalau awak risaukan keadaan anak awak tu apa kata awak pergi panggil doktor untuk datang check keadaan anak kita ni. Lepas tu baru kita akan tahu apa status kesihatan dia yang sebenar." Datin Norlie menganggukkan kepalanya. Dia kemudian terus berlalu pergi. Dato' Rizal pula kembali kepada Mikael.

Tanpa mereka sedar ada telinga yang sedang mencuri dengar perbualan mereka sebentar tadi. Rissa yang bersiri di sebalik dinding diam tidak berkutik.

          "Mikael hilang ingatan?" Bisiknya di dalam hati.

*****

Rissa berdiri di hadapan pintu bilik wad buat seketika. Dia melihat tag nama yang tertera di luar bilik tersebut. Nama Haura terpapar di muka pintu. Dia menarik nafas yang panjang sebelum menguak pintu bilik tersebut.

Perlahan-lahan kakinya melangkah masuk. Matanya meliar mencari kelibat manusia di dalam bilik tersebut. Namun satu batang hidung pun tidak kelihatan. Dia cuba memanggil nama Haura beberapa kali namun tiada jawapan. Rissa mula mencari di setiap ruang bilik ternyata kosong.

          "Mana pula perempuan ni pergi. Satu hal pula aku nak kena pergi cari dia." Desis hati Rissa. Dia berasa bengang kerana rancangan yang telah diatur dalam kepalanya bakal gagal.

Pada saat itu juga tiba-tiba dia terdengar bunyi flush dari dalam bilik air. Pada mulanya dia agak terperanjat. Setelah itu perlahan-lahan riak terkejutnya itu hilang. Hujung bibirnya terangkat sinis. Namun apabila wajah Puan Hafizah yang kelihatan keluar dari tandas tersebut wajah Rissa bertukar kelat.

          "Maaf cik cari siapa ye?" Tanya Puan Hafizah serius apabila melihat Rissa yang tegak berdiri di hadapannya.

          "H-Haura." Jawab Rissa sedikit gagap.

          "Oh kawan Haura ye. Terima kasih sudi datang jenguk dia dekat sini." Balas Puan Hafizah mesra. Dia kemudian berjalan ke arah katil anaknya itu.

          "Haura, kawan kamu datang ni kenapa....." Tidak sempat Puan Hafizah menghabiskan kata-katanya itu. Matanya terbuntang luas apabila hanya melihat katil yang kosong di hadapannya. Rissa yang mengekori dari belakang hanya mendiamkan diri.

          "Aunty minta maaf, Haura keluar ambil angin agaknya. Maklumlah asyik terperuk di dalam bilik ni kadang-kadang rasa lemas juga." Ujar Puan Hafizah yang sedikit ralat dengan ketiadaan anaknya itu.

          "Tak apalah aunty, tak ada rezeki I nak melawat dia. Nanti I datang lain kali je." Balas Rissa sebelum melangkah keluar dari bilik tersebut. Puan Hafizah sekadar memerhatikan wanita itu berlalu pergi.

Satu persatu langkah yang di ambil Rissa penuh dengan amarah. Berang kerana rancangan masih belum terlaksana.

          " Dan-dan mak dia pula yang keluar dari tandas tu." getus hari Rissa lagi.

Namun Rissa memperlahankan langkahnya apabila dia melihat satu sosok yang sedang berjalan dari arah yang bertentangan dengannya. Rasa amarahnya juga makin memudar.

          "Jannatul Haura." Tegurnya ringkas.

Langkah Haura mati pada saat namanya dipanggil. Dia mengangkat wajahnya memandang ke arah suara tersebut. Tiada secalit senyuman yang terukir diwajahnya pada ketika itu.

          "We need to talk." Ujar Rissa pendek. Haura sekadar menjeling ke arah wanita itu. Riaknya kosong dan tiada sebarang kata yang keluar dari mulutnya. Tanpa menghiraukan permintaan Rissa itu Haura menyambung kembali perjalanannya.

          "I nak cakap pasal Mikael." Terdengar sahaja nama tersebut keluar dari mulut Rissa sekali lagi langkah Haura mati. Perlahan-lahan dia berpaling ke arah wanita itu.

Melihat respon yang diberikan oleh Haura itu membuatkan Rissa tersenyum sinis. Rancangannya sudahpun dimulakan.

*****

Setelah selesai memeriksa keadaan Mikael doktor yang merawatnya meminta Dato' Rizal dan Datin Norlie untuk datang ke biliknya. Mereka berdua saling berpandangan sebelum berlalu pergi.

Mikael yang terbaring di atas katil itu sekadar melihat ibu dan bapanya keluar. Kini dia sendirian di dalam bilik tersebut. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan dirinya. Lebih-lebih lagi setelah melihat reaksi ibunya itu.

Mikael cuba memerah otak untuk mengingati kejadian yang telah menimpa dirinya itu namun semuanya hampa. Makin dia fikir makin berat rasa kepalanya itu. Lalu dia mengalihkan pandangan ke luar jendela bilik wadnya.

Sedang Mikael mengelamun sendirian tiba-tiba pintu biliknya dikuak dengan kuat. Hampir terbangun dia dari baringnya. Dek rads terkejut itu juga kepalanya kembali terasa berdenyut. Mikael berkerut kesakitan. Matanya terkatup rapat menahan sakit.

Tap! Tap!

Bunyi tapak kaki yang menapak semakin lama semakin jelas terdengar dicuping telinganya. Hal itu membuatkan Mikael celik perlahan-lahan. Dia melihat sosok seorang wanita yang tangan kirinya beranduh berdiri tidak jauh dari dirinya. Mikael merenung wanita itu lama.

Sekali lagi Mikael berkerut. Kali ini kerana dia kebingungan. Namun dia mulai cemas apabila tangis wanita itu mula pecah. Tangis syukur setelah melihat lelaki itu telah 'hidup' kembali.  Haura menutup mukanya dengan tangan kanan. Esakkannya kian kuat kedengaran.

Mikael mula tidak tentu arah tetapi tiada sepatah kata yang mampu dia ungkapkan. Dia hanya membiarkan sahaja wanita itu melepaskan tangisnya. Setelah beberapa ketika barulah Haura mengangkat wajahnya. Mukanya yang sebentar tadi basahi dengan air mata dikeringkan dengan menggunakan lengan bajunya. Wajah Mikael ditatap lama.

Haura mula menapak menghampiri lelaki itu. Dia sedar riak yang diberikan oleh Mikael sangat janggal dimatanya. Jantungnya mula berdegup dengan kencang. Bukan itu reaksi yang dinantikan olehnya selama beberapa hari ini. Tiba di sisi katil Haura terus duduk di kerusi yang tersedia di situ.

          "Mikael dah hilang ingatan!"

Bergema di kepalanya kata-kata yang diungkapkan oleh Rissa kepadanya sebentar tadi. Wanita itu memberitahu bahawa Mikael telah mula sedarkan diri tetapi dia langsung tiada ingatan tentang kejadian yang telah menimpa dirinya. Namun Haura tidak percaya dengan kata-kata Rissa itu. Dia tahu wanita itu sengaja mereka-reka cerita demi memisahkan mereka berdua.

Untuk beberapa ketika Mikael dan Haura saling berbalas pandang. Tiada satu kata yang keluar dari bibir mereka berdua. Haura mula terasa sebak. Matanya yang baru sahaja kering mula berkaca kembali.

          "S-saya minta maaf. Disebabkan saya awak jadi macam ni." Tutur Haura perlahan. Suaranya agak tenggelam timbul dek rasa sebak yang penuh di dada.

Sekali lagi tangisnya pecah. Dia membenamkan wajahnya pada birai katil. Mikael membuntangkan matanya. Namun pada masa yang sama hatinya sangat sayu melihat wanita di sisinya itu. Perlahan-lahan Mikael menggerakkan tangannya lalu mengusap lembut kepala Haura. Hatinya sungguh resah melihat wanita itu menangis di hadapannya.

Haura langsung tidak terkejut malah dia merasakan sangat tenang berada di sisi tunangnya itu. Dia benar-benar bersyukur melihat keadaan Mikael yang baik-baik sahaja. Dia kemudian mengangkat mukanya memandang tepat ke mata lelaki itu. Tangan Mikael yang masih di kepalanya digapai lembut lalu digenggamnya erat.

          "Terima kasih sebab terus kuat." Tutur Haura lagi. Mikael tersenyum nipis sambil menganggukkan kepalanya.

          "Terima kasih juga sebab ada dekat sini dengan saya. Tapi.... siapa awak? Kita kenal ke?" Balas Mikael dengan riak yang sedikit bingung.

Senyuman yang terukir dibibir Haura sebentar tadi hilang serta-merta setelah mendengar pertanyaan yang diajukan oleh Mikael itu. Haura tercengang. Dia memandang Mikael dengan wajah yang sangat terkejut. Matanya terbuntang luas. Namun apabila dia melihat raut wajah lelaki itu yang kebingungan perlahan-lahan dia melepaskan genggaman tangannya.

Kini dia sedar, memang benar apa yang disampaikan oleh Rissa kepadanya tadi. Gara-gara kecelakaan yang menimpa mereka berdua Mikael telah hilang ingatan. Paling mengguris hatinya adalah apabila lelaki itu langsung tiada ingatan tentang dirinya. Dada Haura semakin deras berombak. Matanya mula berkedip laju.

          "S-saya minta maaf saya tak sengaja. Mungkin saya terlalu mengikut emosi. Saya minta diri dulu." Ucap Haura sebelum bergegas keluar dari bilik tersebut. Mikael sekadar memandang wanita yang semakin menghilangkan dari pandangannya itu.

Tangannya diletakkan di dadanya. Entah kenapa jantungnya berdegup dengan kencang sekali. Dia merasakan ada satu perasaan yang sangat aneh di dalam hatinya. Tidak semena-mena airmata mengalir keluar dari tubir matanya. Merasakan ada cecair yang mula membasahi pipinya itu Mikael segera menyekanya. Dia merenung jari-jemarinya yang telah dibasahi dengan airmata itu.

          "Aku........ menangis?" tutur Mikael perlahan.

واصل القراءة

ستعجبك أيضاً

35.3K 4.1K 15
RAAIF MATEEN | RAIHANA MIKAILA Peluang tak pernah wujud untuk manusia sejelek dia. Peluang tak pernah hadir untuk manusia yang tak sempurna seperti d...
1M 31.4K 69
Irdina Gadis yang berasal dari Kedah dan bakal berkhidmat sebagai doktor pelatih di Shah Alam Medical Centre. Dia sama seperti perempuan lain mengimp...
1.5M 49.6K 66
Afiq Khairul X Ain Solehah. Mereka berdua diibaratkan seperti kucing dan tikus. Sejak kecil sehingga meningkat dewasa, mereka berdua tidak pernah '...
849K 34.4K 95
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...