Jika Dia Untukku [COMPLETED]

็”ฑ _ariamoon

20.7K 432 29

[DALAM PROSES EDITING] Jannatul Haura telah mengambil keputusan menutup rapat pintu hatinya kepada mana-mana... ๆ›ดๅคš

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
BAB 60
BAB 61
BAB 62
BAB 63
BAB 64
BAB 65
BAB 66
BAB 67
BAB 68
BAB 69
BAB 70
BAB 71
BAB 72
BAB 73
BAB 74
Bab 75
BAB 76
BAB 77
BAB 78
BAB 79
BAB 80
BAB 81
BAB 82
BAB 83
BAB 84
BAB 85
BAB 86
BAB 87
BAB 88
BAB 89
BAB 90
BAB 91
BAB 92
BAB 93
BAB 94
BAB 95
BAB 96
BAB 97
BAB 98
BAB 99
BAB 100
BAB 101
BAB 102
EPILOG

BAB 54

177 8 2
็”ฑ _ariamoon

Mikael melangkah keluar dari perut lif dan berjalan menuju ke biliknya. Ketika dia melepasi bilik pantri dia ternampak Haura yang tertunduk lemah di sisi Laila. Di matanya kelihatan seperti Laila sedang memeriksa keadaan Haura.

Suri pula memandang ke arah kedua wanita itu sambil tersenyum sinis. Mikael dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena, lebih-lebih lagi apabila dia melihat senyuman tawar yang terukir di bibir Haura. Mikael berkerut. Entah mengapa hatinya berasa amat runsing.

          "En-Encik Mikael." tergagap-gagap Suri menyapanya. Dia memang sengaja berdiri di situ untuk menghalang wanita itu dari keluar dari bilik tersebut.

Mikael memandang Suri dengan pandangan yang dingin. Pandangannya kemudian beralih pula kepada Haura yang dilihat cuba berselindung di sebalik tubuh Laila seolah-olah ingin mengelak darinya. Laila pula sudah mula tidak tentu arah dengan kehadiran Mikael di situ.

          "Memang sah ada perkara yang berlaku dekat sini." bisik Mikael di dalam hati.

          "A-apa yang encik buat dekat sini?" soal Suri. Namun Mikael tidak menghiraukan pertanyaan tersebut.

Suri yang tercegat di hadapannya bagai tidak wujud di situ. Wanita itu menggenggam kuat kedua tangannya menahan rasa marah di dada. Mikael kemudian menyuruh Haura untuk kembali ke biliknya untuk membincangkan sesuatu.

Tanpa mengeluarkan sepatah kata, Haura terus berjalan keluar dari bilik pantri tersebut. Setiap langkah yang di ambil oleh Haura diperhatikan oleh Mikael sehinggalah wanita itu hilang dari pandangannya.

Setelah itu dia mengarahkan pula Suri dan Laila untuk kembali menjalankan tugas masing-masing. Kini tinggallah Mikael sendirian.

Tap! Tap! Tap!

Satu per satu langkah kecil di ambil oleh Mikael memasuki ke dalam bilik pantri. Bau aroma kopi yang sedari tadi singgah di hidungnya menjadi semakin kuat. Matanya meliar di segenap ruang tersebut.

Tiba-tiba pandangannya terkunci pada sepasang gelas air yang tergolek di atas meja. Dia segera mendekati meja tersebut. Mikael kemudian menyentuh salah satu gelas yang masih terdapat sisa air di dalamnya menggunakan belakang tangan.

          "Masih suam lagi." bisiknya perlahan. Kemudian dia memerhatikan tumpahan air yang mengalir dari atas atas meja menitik ke lantai. Mujur sahaja dia tidak terpijak air tersebut.

          "Apa yang dah jadi dekat sini? Dia orang berdua tu bergomol ke? Tapi tak ada nampak tanda-tanda macam tu pun kecuali gelas ni" bisiknya lagi. Hatinya berasa sungguh tidak tenang. Sekali imbas, gaya Mikael tidak ubah seperti seorang detektif yang sedang menyiasat di lokasi jenayah.

Tidak mahu berprasangka buruk, Mikael cepat-cepat menyingkirkan tanggapan tersebut dari fikirannya. Dia kemudian mengambil kedua gelas itu lalu diletakkan ke dalam sinki.

Tiba-tiba dia ternampak sebuah buku nota kepunyaan Haura yang terletak elok di atas kabinet berdekatan dengan sinki tersebut. Mikael mencapai buku itu lalu mula melangkah keluar.

Namun Mikael menghentikan langkahnya buat seketika apabila dia terasa seperti kakinya seperti telah terpijak sesuatu. Mikael tunduk ke lantai lalu melihat apakah yang sedang berada di bawah tapak kakinya itu.

          "Butang apa pulak ni? Butang baju ke?" tutur Mikael sendirian. Dia kemudian mengutip butang tersebut lalu memasukkannya ke dalam kocek seluar.

*****

Haura duduk di sofa sambil merapikan penampilannya. Sebolehnya dia ingin menutup segala kesan luka dan lebam yang terdapat pada anggota badannya sebelum dilihat oleh Mikael. Sesekali dia meniup lecur kecil di tangannya akibat terkena air kopi panas.

          "Kurang asam betul si Suri tu. Berani dia tampar pipi aku yang mulus lagi gebu ni. Kalau tinggal parut dekat pipi ni jatuhlah saham aku nanti."

          "Nasib kau baik sangat hari ni Suri, kalau tak dah cacat kau aku kerjakan." Haura mengomel sendirian sambil mengusap pipinya. Dia menilik wajahnya menggunakan kamera pada telefon bimbitnya.  Kesan merah dek tamparan itu masih kelihatan meskipun rasa sakitnya sudah mula berkurang.

Ikutkan hati ingin saja dia melawan tindakan yang dilakukan oleh Suri itu tetapi dia tidak mahu memperbesarkan perkara tersebut. Haura tahu jika dia turut menggunakan kekerasan ianya pasti akan menjadi buah mulut serta menjadi satu masalah yang besar buat syarikat ini. Sepertimana yang telah terjadi kepada dirinya beberapa bulan yang lalu.

Beberapa ketika kemudian pintu bilik di tolak dari luar. Sosok lelaki berbadan tegap memasuki ruang pejabat. Haruman Dior Sauvage turut menghiasi ruang. Haura berdiri dan segera menoleh kerana dia tahu Mikael sudah pun tiba. Lelaki itu berjalan terus ke mejanya. Perlahan-lahan Haura turut membuka langkah menghampiri Mikael.

          "Nah, ni buku kau kan?" tutur Mikael sambil menghulurkan buku yang dijumpainya di bilik pantri.

          "Oh, ha'ah. Terima kasih." balas Haura pendek. Suasana jeda seketika.

          "Ada apa awak panggil saya ni? Nak bincang pasal apa?" tanya Haura tanpa memandang ke wajah Mikael. Sesekali dia mengusap rambutnya supaya menutupi wajah. Dia risau jika lelaki itu ternampak kesan merah dipipinya itu. Mikael merenung memandang Haura.

          "Apa something yang jadi ke dekat pantri tadi?" Mikael mula mengajukan soalan. Haura agak terkejut dengan soalan tersebut  tetapi dia sudah dapat menjangkakannya. Lambat atau cepat Mikael tetap akan bertanya tentang perkara itu.

          "Apa maksud awak?" soal Haura kembali. Dia berpura-pura tidak tahu.

          "Kau tak payah nak tipu aku la. Aku tahu yang kau bergaduh dengan Suri kan?" mata Haura terbuntang luas.

           "Mana awak tahu?" perlahan suara Haura membalas.

           "Come on lah Haura, gelas dekat pantri tu tak akan jatuh tergolek dengan sendiri kalau tak ada orang yang usik." balas Mikael. Haura tertawa kecil.

          "Fuhhh, lega. Aku ingatkan dia nampak kejadian tadi. Kalau Mikael nampak apa yang Suri buat pada aku tadi, tak mungkin dia akan setenang ni. Silap haribulan si Suri tu pun dah kena buang dari sini." bisik Haura di dalam hati. Tanpa dia sedar, senyuman nakal terukir dibibirnya.

Mikael berkerut. Dia tidak menjangkakan reaksi yang sebegitu daripada Haura. Perlahan-lahan Mikael menyeluk ke dalam kocek seluarnya lalu mengeluarkan sebiji butang yang dijumpainya tadi.

          "Ni apa benda pulak?" soal Mikael lagi. Haura menilik dengan penuh minat butang yang ada di telapak tangan Mikael itu.

          "Butang apa ni? Baju awak tercabut butang ke? Meh sini saya jahitkan." balas Haura selamba sambil mengambil butang itu dari tangan Mikael. Mikael hilang kata.

          "Kenapa macam familiar je butang ni. Dekat mana aku tengok sebelum ni ek?" bisik Haura di dalam hati. Tangannya ligat membelek butang tersebut.

Tiba-tiba Haura membuntangkan mata. Ada sesuatu yang terlintas difikirkannya. Tanpa berfikir panjang dia segera memeriksa pergelangan bajunya. Ternyata salah satu butang yang terdapat di pergelangan baju sebelah kanannya telah hilang.

           "Macam mana aku boleh tak perasan ni." Haura mengetap bibir sambil mengerutkan mukanya. Otaknya mula ligat memikirkan alasan.

          "Oh ya, tadi awak cakap nak bincang sesuatu dengan saya, kan? Pasal apa?" Haura cuba menukar topik.

          "Tak, sekarang ni yang kau bercakap dengan aku sambil tunduk ke lantai tu dah kenapa? Ada muka aku ke dekat situ? Ke kau dah jemu hadap muka aku tiap hari?" soal Mikael kembali.

Kelakuan Haura yang terlihat pelik itu telah menimbulkan satu tanda tanya di hati Mikael. Haura mula rasa gelisah. Semakin lama dia berada di situ semakin banyak pertanyaan yang akan diajukan kepadanya.

           "Saya minta maaf banyak-banyak. Kalau awak tak ada apa yang nak dibincangkan saya minta diri dulu." ujar Haura mengundurkan diri untuk keluar dari bilik tersebut.

Haura kini sudah tidak lagi duduk satu bilik dengan Mikael kerana meja kerjanya telah pun siap di ubahsuai. Meja tersebut berada betul-betul di hadapan pintu bilik Mikael.

Haura mula membuka langkah untuk keluar, namun sepantas kilat Mikael mencapai tangan Haura untuk menghalang wanita itu dari meninggalkannya.

          "Auuu!” Serentak dengan itu Haura mengaduh kesakitan kerana Mikael telah terpegang pada kesan lecur di tangannya itu. Mikael segera melepaskan genggaman tangannya. Haura pula dengan cepat menyorokkan tangannya itu ke belakang.

          "Kenapa dengan tangan kau tu? Bak sini aku tengok." soal Mikael serius. Dia benar-benar ingin tahu apa yang tidak kena dengan tangan wanita di hadapannya itu.

          "Ma-mana ada apa-apa. Tangan saya okay je." kelentong Haura. Mikael tidak berpuas hati dengan jawapan Haura itu. Dia kemudian menarik kasar tangan wanita itu lalu melihat ada satu kesan lecuran pada tangan tersebut.

          "Melecur teruk macam ni kau cakap tak ada apa?" Mikael mula meninggikan suaranya.

          "Sikit je ni. Lepas saya sapu ubat kejap lagi okay la nanti." balas Haura sambil menarik perlahan tangannya.

          "Siapa yang buat kau macam ni? Suri kan?" Mikael sudah mula naik berang.

          "Tak, bukan dia. Saya yang terlanggar dia masa nak bawa air kopi tu pada Kak Laila. Disebabkan perlanggaran kecil itulah air tertumpah dan terkena pada tangan saya. Bukan Suri yang buat." Haura cuba menenangkan Mikael. Risau jika lelaki itu pergi menyerang Suri.

          "Kenapa kau nak backup sangat perempuan tu. Kalau betul dia dah cederakan kau bagitahu ajelah. Supaya tak ada pekerja lain yang akan jadi mangsa dia lagi." panjang lebar Mikael membebel pada Haura. Wanita itu terdiam. Ada benarnya kata-kata Mikael itu.

          "Apa lagi yang dia dah buat pada kau?" tanya Mikael lagi sambil kedua tangannya diletakkan pada bahu Haura. Di pusingnya wanita itu beberapa kali. Haura terdiam dalam kebingungan.

Rambut Haura yang menutupi separuh wajahnya berterbangan sehingga menampakkan kesan merah pada pipinya. Haura sedikit pelik apabila Mikael tiba-tiba sahaja menjadi kaku bak patung. Dengan penuh berhati-hati Mikael membawa tangannya menyentuh pipi tersebut.

Haura terbeliak. Bagai ada arus elektrik yang mengalir di dalam tubuhnya, Haura dengan pantas telah menepis tangan lelaki itu. Mikael sangat terkejut. Tiba-tiba sahaja emosinya mula memberontak.

          "Pipi tu... Kenapa dengan pipi kau tu! Kau bagitahu aku sekarang!” soal Mikael dengan bengis. Haura terkesiap. Pada masa yang sama hatinya turut terasa sakit apabila Mikael menengkingnya sebegitu rupa.

          "Ya! Memang Suri ada pukul saya, tampar saya dan cekik saya. Rasa lemas tu hanya tuhan je yang tahu. Macam dah nak mati!" balas Haura lantang. Mikael terdiam.

          "Dan lagi satu, benda tu tak ada kaitan pun dengan awak. Kenapa awak yang lebih-lebih sekarang ni?" tambah Haura sambil memandang tepat ke mata Mikael.

          "Sebab aku risaukan kau!" bergema suara Mikael di segenap ruang biliknya. Haura terkedu.

          "Tengok keadaan kau yang macam ni, hati aku rasa sakit sangat. Kau tahu tak...." ujar Mikael perlahan.

          "Awak ingat saya suka ke bila diperlakukan macam tu? Saya terpaksa. Saya tak nak jadi bahan umpatan orang lain. Dan saya juga tak nak disebabkan kes saya ni, satu company kena tanggung akibatnya." tambah Haura lagi panjang lebar.

          "Tapi perempuan tu tetap kena di ajar. Siapa bagi kebenaran pada dia untuk pukul-pukul orang macam ni? Aku tak kira, aku nak pergi jumpa dia sekarang jugak." Mikael bergegas menuju ke muka pintu.

Serentak dengan itu, Haura segera mencapai tangan Mikael untuk menghalangnya dari keluar.

          "Awak, please.... Jangan keruhkan lagi keadaan." ujar Haura lembut. Namun pegangan tangannya itu telah direntap kasar oleh Mikael. Lelaki itu masih juga berkeras untuk bertemu dengan Suri.

Haura juga tidak berputus asa. Dia berlari lalu berdiri di hadapan pintu bagi menghalang lelaki itu dari keluar.

          "Tolong ke tepi....." ujar Mikael.

          "No! Saya tak akan berganjak selagi awak tak janji dengan saya yang awak tak akan pergi jumpa dengan Suri." balas Haura. Mikael berdengus marah.

          "Aku tak ada masa nak bergurau dengan kau. Ke tepi sekarang!" tajam matanya memandang Haura. Tanpa sedikit rasa gentar Haura melawan renungan itu.

          "Dan saya pun tak bergurau jugak. Keluar la kalau berani." cabar Haura.

          "Jangan sampai aku berlaku kasar dengan kau. Ke tepi!” Marah Mikael menyuruh Haura tidak mengganggu jalannya.

          "Awak nak buat apa? Nak pukul saya? Tumbuk saya? Maknanya sama level jelah awak dengan si Suri tu. Kaki pukul!" balas Haura. Namun kata-kata wanita itu terlalu menusuk ke hati Mikael. Terbit rasa sakit yang tak bisa diungkapkan dengan kata-kata.

          "Arghhhhh!” jerit Mikael sambil menghayunkan buku limanya. Haura menutup rapat kedua belah matanya.

Pukkkkk!

Pukulan tersebut singgah di dinding konkrit di biliknya. Tangannya menggigil dek rasa marah yang begitu kuat. Wajahnya juga telah menjadi merah padam. Mikael memandang wajah Haura yang agak rapat dengannya itu buat seketika. Di renungnya lama kesan tamparan yang ada dipipi wanita itu. Mikael kemudian dengan perlahan menjauhkan dirinya dari Haura.

Setelah menanti buat beberapa ketika, pukulan tersebut masih belum singgah. Haura membuka matanya perlahan-lahan. Mikael masih lagi berdiri di situ tanpa bicara. Haura perasan wajah lelaki itu telah berubah menjadi sugul.

          "Keterlaluan sangat ke aku cakap tadi?" bisik Haura sendirian. Dia mula diselubungi rasa bersalah setelah melihat keadaan Mikael.

           "Kau boleh balik ke tempat kau. Aku tak ada apa lagi yang nak dibincangkan dengan kau...." tutur Mikael lemah. Kini dia tidak lagi memandang Haura di hadapannya. Mikael hanya menunduk ke lantai.

          "A-awak.... Saya minta ....." Haura cuba untuk meminta maaf tetapi kata-kata itu di cantas laju oleh Mikael.

           "Tolong keluar sekarang! Aku tak nak tengok muka kau dekat sini." usir Mikael sambil berpatah kembali ke mejanya. Meskipun lembut sahaja tutur katanya tetapi tetap tajam sehingga menusuk di kalbu.

Dengan langkah yang berat, Haura berjalan keluar meninggalkan Mikael sendirian.

็ปง็ปญ้˜…่ฏป

You'll Also Like

4.9M 240K 61
In editing process! Meskipun dibesarkan dalam keluarga yang dihormati, Haura Mikayla tidak pernah diajar oleh Dato' Azham dan Datin Suhaila mengenai...
89.9K 8.6K 45
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
609K 24.1K 81
[COMPLETE] Kehilangan kedua ibu bapanya buatkan Razia rasa hidupnya sudah pun seperti di ambang neraka. Tapi siapa yang menyangka, tiga hari setelah...
516K 24.9K 75
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...