THE KING : RAYYAN DARWISH

Από Awiyyn

167K 7.7K 273

#1 Under The Ravenes Series •The king never bow to anyone except her. Tak pernah terlintas di dalam minda Ad... Περισσότερα

BAB 1
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
EPILOG

BAB 2

5.5K 313 11
Από Awiyyn

"Haa kenapa?" tanya Adriana sebaik sahaja berjumpa dengan sahabat miliknya Maryam. Berkerut wajahnya melihat reaksi Maryam pada waktu itu. Macam resah semacam je.

Tanpa dipinta, Maryam memegang erat tangan Adriana. Terkejut gadis itu dibuatnya.

"Kau ni kenapa?" tanya Adriana perlahan sambil menatap Maryam penuh curiga. Kening sebelah diangkat. Pelik dengan tingkah laku sahabatnya yang satu ini.

"Tolong aku please..." Semakin berkerut dahi Adriana. Perlahan-lahan tangan yang digenggam oleh Maryam itu ditarik. Adriana berdehem. Cuba untuk tidak rasa awkward dengan yang dialami olehnya ini.

"Tolong apa?" Adriana merenung wajah Maryam. Seketika sebelum dia membulatkan matanya. Tangannya naik menutup mulut sendiri.

"K–kau mengandung ke Maryam?"

PAP!

Mengaduh sakit Adriana dibuatnya apabila dipukul kasar oleh Maryam. Automatik wajah Maryam dipandang tajam.

"Sakitlah! Dahtu kau lambat sangat bagitahu jadi aku buatlah andaian aku sendiri," ujar Adriana tidak puas hati. Bibirnya tercebik seketika.

Maryam ketawa melihat gelagat Adriana sebelum dia menggelengkan kepala.

"Aku kena pergi kampung selama enam bulan. Sebab nenek aku sakit." Adriana terdiam seketika. Terhenti usapan pada bahunya itu. Matanya hanya memandang wajah Maryam.

Maryam menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum menyambung semula.

"Tapi aku ada kerja. And kerja ni lain sedikit. Kalau kau tolong take over sekejap boleh tak?" Membulat mata Adriana saat mendengar bicara itu. Riak wajah juga turut berubah kepada excited. Sebab sebelum ni kerja part time je. Tak pernah lagi kerja yang betul-betul punya kerja ini.

Sebab? Tak ada sebab. Cuma Adriana suka saja kerja part time ini. Tapi teringin jugalah nak kerja yang lama punya.

"Jangan risau. Enam bulan je," pujuk Maryam. Wajahnya dibuat simpati. Cuba untuk meraih cinta dari Adriana untuk menerima pertolongan itu.

Adriana berdiam diri buat seketika. Masih lagi berbelah bahagi mahu tolong atau tidak. Macam mahu tolong tapi macam penat pula.

Adriana mengeluh sebelum dia angkat wajahnya kembali. Matanya merenung anak mata milik Maryam.

"Aku nak dengar dulu. Kena kerja sebagai apa sebernanya?" tanya Adriana. Dia tidak mahu bertindak melulu dahulu.

Nanti main terima tiba-tiba kena kerja sebagai benda yang kita tak pandai lakukan pula. Kang dah checkmate kat situ.

Maryam berdehem seketika.

"Babysitter je. Itupun seorang." Dan fikiran Adriana mula merawang ke tempat lain. Cuba bayangkan dirinya menjadi seorang pengasuh.

Tak tahulah nak cakap apa sekarang ni. Macam tak seronok je. Lagi complicated je adalah. Tapi...dapat duit kut. Lagi-lagi Adriana yang sangat memerlukan dana pada waktu ini.

Adriana mengeluh di dalam hati. Tak apalah. Boleh lah belajar jaga anak sendiri nanti. Ceh, gatal ea kau!

"Boleh lah." Mata Maryam pada ketika itu serta-merta bersinar. Wajahnya tampak begitu teruja.

"Betul ni? Tak ada patah balik tau," tanya Maryam lagi mahukan kepastian. Tiber je nanti nak kerja kata tak boleh pula.

Nanti kita pula yang kena marah dengan bos. Padahal tak buat salah pun. Hurm.

Adriana mengangguk setuju.

"Ya. Betul. Aku setuju."


•••

Rayyan mengangkat sebelah kening apabila dengan tiba-tiba sahaja Maryam datang ke tempat kerjanya. Terus dokumen penting itu ditolak tepi dahulu. Badannya bersandar pada kerusi pejabat itu.

"So, kenapa tiba-tiba datang ni? Tak bagitahu pun?" tanya Rayyan dengan nada suara yang biasa.

Maryam menundukkan kepala.

"Saya...ada nak bagitahu tuan sesuatu," balas gadis itu.

Rayyan berkerut hairan. Pelik pula dengan pengasuh Si Riyas ni.

"Bagitahu apa?" Serentak itu, Maryam gigit seketika bibir bawahnya. Nafas ditarik sekejap. Tidaklah takut manapun.

"Saya kena balik kampung minggu depan. Lepas enam bulan baru saya balik." Terdiam Rayyan mendengarnya. Otaknya masih lagi cuba untuk memproses kata-kata itu.

"Tapi...jangan risau. Sebab saya dah ada pengganti dah," jelas Maryam lagi. Tidak mahu menyusahkan majikannya sendiri yang memang berlambak dengan kerja.

Rayyan diam. Masih lagi menanti percakapan daripada Maryam. Lagi.

"Boleh. Tapi nanti kena buat kontrak dengan dia," kata Rayyan. Dia memang okay saja. Janji pengasuh itu tahu nak buat kerja dia.

Maryam senyum. Kepalanya diangguk.

"Esok saya bawa dia ke sini ya tuan?" soal Maryam. Kalini kepala sudah diangkat semula. Tadi tu tunduk sebab tak nak tahu reaksi Rayyan sahaja. Tapi tengok macam dah okay.

Dia pun okay sajalah.

"Okay. Make sure datang ya. Jangan tak ingat pula. Lepastu main pergi ke kampung awak tu. Lagi satu hal saya kena cari mana Cik Maryam duduk nanti," seloroh Rayyan berbaur nada gurauan.

Maryam ketawa kecil mendengarnya. Memang betul Rayyan mempunyai suaranya yang agak gerun untuk didekati tetapi personaliti Rayyan tidaklah terlalu gerun sangat.

Cuma mukanya sahaja. Hahah!

"Baik tuan. Saya akan pastikan yang saya ingat ya," jawab Maryam sambil tersengih kecil. Wajah tuannya itu masigagi ditatap.

Rayyan ukir senyum ringkas sebelum dia menganggukkan kepala.

"Err...kalau tak ada apa-apa, saya keluar dululah." Maryam menundukkan kepala sebelum dia berlalu ke arah pintu. Tombol pintu itu dicapai lalu dipusingkan.

Meninggalkan Rayyan bersendirian di dalam pejabat sendiri. Rayyan pula mengelamun seketika.

Memikirkan tentang pengasuh baru itu.


•••

To be continued...

Συνέχεια Ανάγνωσης

Θα σας αρέσει επίσης

C | Separate Love✔️ Από mine

Μυστήριο / Τρόμου/ Θρίλερ

241K 13.4K 29
Love series 1 Faiq Qaiser × Tania Arrisa "Aku tahu kau dekat sini, dah lama aku perhatikan kau" - Faiq Qaiser "Tolong lepaskan saya, saya tak pernah...
440K 20.9K 58
"Dia tak akan balik pada kau." "Aku sanggup tunggu dia selama yang aku mampu." ULYANA SOPHIA merupakan satu-satunya cahaya mata dari keluarga itu. Di...
95.9K 11.2K 24
𝐌𝐢𝐧𝐞'𝐬 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝑫𝒂𝒚𝒚𝒂𝒏'𝒔 : 𝑴𝒚 𝒏𝒂𝒖𝒈𝒉𝒕𝒚 𝒘𝒊𝒇𝒆 "Nayla suka awak dari kecil lagi." "Nayla nak jadi isteri awak." Dia gadis...
1.4M 46.1K 66
Afiq Khairul X Ain Solehah. Mereka berdua diibaratkan seperti kucing dan tikus. Sejak kecil sehingga meningkat dewasa, mereka berdua tidak pernah '...