︵‿ Chapter 8 ‿︵

4.7K 234 10
                                    

Mata yang terpejam tadi sudah tercelik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mata yang terpejam tadi sudah tercelik. Adriana menguap seketika sebelum dia bangun. Tubuhnya yang terasa sedikit lenguh itu diregangkan sedikit. Sedap apabila bunyi tulang itu sudahpun kedengaran.

Sepi sahaja Adriana memandang pemandangan yang ada di hadapannya ini. Barangkali dia penat kerana tidur lewat malam tadi. Tetapi dia perlu gagahkan jua kerana ada bayi yang perlu dijaga.

Usai mandi, Adriana menapak ke ruang ramu. Persekitaran ruang tamu yang agak bersepah sedikit dikemas. Memang kerja Adrianalah. Sebab bayi tu mana boleh main, kan? Logiklah sikit. Aish!

Selesai mengemas rumah, Adriana melangkah ke ruang dapur pula. Mahu sediakan sarapan sebelum dia memulakan kerjanya. Sekali-sekala Adriana menguap dek kerana bosan bercampur dengan ngantuk. Memang belum hilang lagi ni. Tak apalah. Malam nanti tidur awal. Apa susah.

TING!! TONG!!

Bunyi loceng berbunyi itu menyentakkan Adriana. Dengan pantas, Adriana mencapai tudung yang tersangkut di belakang pintu biliknya. Langkah diatur ke arah pintu besar itu. Cepat dan tangkas. Tombol pintu dicapai dan dibuka. Terpampang wajah Dhea yang tersenyum itu.

"Assalamualaikum." Dhea memberi salam lalu berjabat tangan dengan Adriana.

"Waalaikumussalam," balas Adriana lalu tersenyum. Matanya mengerling wajah lena Almira yang sedang digendong oleh Dhea itu.

Adriana senyum. Mungkin kerana sudah menjadi pengasuh selama dua minggu dah. Jadi, wajah Almira itu kadangkala dapat menghilangkan rasa bosan dan stress Adriana. Dia pun tak tahu kenapa dia boleh ada macam tu pula.

"Hello Almira. Kita jumpa lagi." Ceria sahaja Adriana menyapa Almira sekaligus bertukar tangan dengan Dhea. Dhea senyum ringkas. Tangannya sebelum duit tiga keping sepuluh ringgit lalu diberikan kepada Adriana.

"Eh, apa ni?" tanya Adriana bersama dengan wajah yang berkerut. Tak mengerti apa yang mahu Dhea sampaikan.

"Nah, duit untuk awak. Belilah makanan ke apa. Tak banyak pun." Cepat-cepat Adriana tolak duit itu semula. Wajah gelisah ditayangkan kepada Dhea.

"Eh, tak apalah! Susah-susah je. Tuan Rayyan bayar gaji saya pun dah lumayan," tolak Adriana lembut berbaur nada rendah diri. Tetapi memang betul pun. Rayyan pun sudah beri gaji yang buat mata terbeliak. Nampak macam susah sangat je bila ditambah lagi walaupun nilainya tak sebesar gaji itu.

"Eh, tak apalah. Sikit je ni. Ambillah. Yang gaji tu lain. Yang ni memang ikhlas dari saya." Adriana menghela nafas kecil. Teragak-agak tangannya mengambil duit itu. Tetapi selepas itu dia membulatkan mata apabila Dhea terus memberikan duit itu.

"Saya pergi dulu ya." Tanpa memberikan Adriana seminit untuk bercakap, pantas sahaja Dhea keluar dari perkarangan rumah itu.

Adriana menghantar pemergian Dhea melalui ekor mata. Apabila tubuh itu menghilang, pandangannya beralih kepada duit yang diberi oleh Dhea tadi. Terharu sebernanya Adriana rasa.

Bunyi bayi merengek itu memadamkan lamunan Adriana. Laju dia berkalih ke arah Almira. Senyuman manis terbit di bibirnya. Mata Almira sekarang dah bulat betul. Mesti ikut maknya ni. Cantik sahaja.

"Jom kita masuk ya," ujar Adriana. Tangannya mencapai grill pintu lalu dikunci. Takutlah nanti ada apa-apa jadi ke.

︵‿︵‿୨♡୧‿︵‿︵

"Siapa serang kau semalam?" tanya Riyas sambil tenang duduk di atas sofa pejabat itu. Matanya mengerling ke arah Rayyan yang sibuk menaip sesuatu di papan keyboardnya itu. Tekun mata itu menatap komputer. Seolah perkara itu tidak memberikan kesan langsung kepadanya.

"Entah. Aku pun tak tahu." Ringkas sahaja jawapan Rayyan sambil angkat bahu. Matanya kembali fokus pada komputer di hadapannya.

Riyas mendecit kecil.

"Enemy atok dulu kan?" Terus terhenti perbuatan Rayyan yang sedang menaip itu. Matanya tajam menikam wajah tenang abang kembarnya itu. Tanpa sedar, penumbuk digenggam erat tetapi wajahnya masih lagi beriak tenang.

"Entahlah. Maybe yes. I don't know. It's been three years since he died." Betul. Tiga tahun yang lalu, Almondo, iaitu datuk kepada Rayyan dan Riyas mati, kerja mafia sudah tidak lagi dibuat.

Sebab? Rayyan tak nak lagi masa depannya terjejas. Cukuplah dia adik-beradik dahulu kena seksa teruk dari kecil semasa latihan. Dia tak mahu perkara itu berlaku lagi pada bakal anak-anaknya mahupun budak kecil yang menjadi sasaran.

Riyas mengeluh tanpa sedar. Redup matanya memandang wajah tenang Rayyan itu. Tahu sangat adiknya itu tidak berapa okey.

Riyas bangun dari duduk. Kaki panjangnya melangkah ke arah pintu. Tombol pintu dipegang. Tanpa dipinta, Riyas pantas keluar dari situ. Tetapi, sempat dia titipkan pesanan buat si adik.

"Lepaskan, Rayyan. Jangan simpan je. Benda ni bukan salah kau. Bukan kau seorang je kena galas beban ni. Aku pun ada untuk kau." Dapat dia lihat wajah Rayyan bagai terkedu buat seketika sebelum Riyas bergerak keluar dari pejabat itu.

Rayyan diam. Dia melepaskan keluhan ringkas. Rambutnya diraup ke kebelakang.

︵‿︵‿୨♡୧‿︵‿︵

︵‿︵‿୨♡୧‿︵‿︵

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
THE KING : RAYYAN DARWISH Where stories live. Discover now