︵‿ Chapter 4 ‿︵

5.2K 275 13
                                    

Adriana tersenyum riang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Adriana tersenyum riang. Suka apabila akhirnya dia dapat kerja. Seronok rupanya kerja tetap ni. Tak payah fikir dah cari kerja part time lagi.

"Eleh. Senyum-senyum pula orang tu." Automatik Adriana menjeling ke sebelah. Wajah selamba Maryam dipandang tajam. Riak wajah itu selamba sahaja merosakkan mood yang sedang gembira pada waktu ini.

"Senyum pun salah," gumam Adriana perlahan lalu dia mencebik kecil mendengarnya. Telinga dapat menangkap bunyi suara lunak itu ketawa. Suka melihat tingkah laku Adriana.

TIT!

Adriana pantas mengambil telefon di dalam beg miliknya itu apabila bunyi deringan dan vibrate telefon itu menyapa gegendang telinga. Senyuman manisnya perlahan-lahan memudar sebelum Adriana menghela nafas kecil. Laju dia seret ikon itu lalu meminta diri buat seketika.

"Assalamualaikum-"

"Kenapa kau tak balas Whatsapp aku?" tanya Fakir, abang keduanya itu. Adriana mengeluh di dalam hati. Betapa susahnya hidup dengan orang ni. Stress sebab asyik kena tekan sahaja.

"Adik interview kerja tadi," balas Adriana lembut. Biarpun kesabaran semakin menipis, Adriana tetap memilih untuk berlembut dahulu. Tak mahulah dia jadi adik yang derhaka pula. Walaupun dia memang hampir jadi akibat hilang sabar kadangkala.

"Aku nak duit." Adriana diam. Perkara seperti ini memang selalu dikaitkan ke? Tangannya naik memicit dahi yang terasa pening. Inilah akibatnya kalau selalu sangat fikirkan masalah. Ingatkan boleh lari tetapi tak boleh juga.

"Adik tak ada duit," jujur Adriana tegas. Dahinya berkerut tatkala suara itu ketawa. Sabar Adriana. Sabar. Jangan hilang diri kau dulu...

"Oh, ye ke? Kalau macam tu, juallah badan. Apa susah."

Okey nice! Kita memang dah tak boleh nak sabar lagi dah.

"Abang tu Islam. Tetapi cakap dekat adik sendiri macam tu. Hmm, baguslah sangat."

One!

"Kau biadap eh dengan aku?"

"Dah tu takkanlah nak tunaikan pula? Kita pun tak boleh patuh pada pemimpin kalau dia suruh kita buat dosa."

Two!

"Wah, buka kuliah pula? Jangan nak acar bagus sangatlah."

"Of course! Adik tak pernah kata adik ni bagus. Sebab adik ni bukan Tuhan. Dosa banyak lagi. Tetapi tak ke suruh adik sendiri jual badan tu dikira dosa besar juga?"

Three! Yes! Puas hati Adriana dapat kenakan abangnya sendiri. Puas tidak terhingga. Baru sahaja dia mahu menjawab lagi, kedengaran talian di sana sudah diputuskan terlebih dahulu. Adriana pandang skrin telefon yang sudah gelap itu. Tanpa sedar, bibirnya menguntum senyuman sinis.

"Yes!" Adriana terlompat gembira. Entah kenapa tetapi hatinya sungguh riang pada waktu ini. Tak tahu daripada peristiwa mana. Sama ada peristiwa dapat kerja ataupun peristiwa smash abang sendiri.

Gila bukan?

︵‿︵‿୨♡୧‿︵‿︵

"Assalamualaikum." Adriana dengan perlahan menapak masuk ke dalam rumahnya itu setelah mengucapkan salam. Dahinya berkerut tatkala suasana rumah ini gelap. Maknanya tiada langsung kewujudan seseorang di dalam rumah ini.

Tetapi... Mana roommatenya? Setahu Adriana teman serumahnya itu pasti akan pulang lebih awal daripada Adriana. Adriana mengerutkan dahi sambil matanya melilau sekeliling. Tetapi selepas itu dia angkat bahu. Biarlah. Mungkin dia pulang lewat hari ini.

Adriana terus memboloskan diri ke dalam bilik tidurnya sendiri. Pintu bilik ditutup rapat. Tangannya naik mencapai tuala yang tersangkut di tempatnya itu sebelum dia masuk ke dalam bilik mandi. Mahu bersihkan diri.

Hampir tujuh minit, Adriana sudah keluar berpakaian dengan tangan yang naik mengelap rambutnya yang basah itu.

TING TING!

Adriana pantas menoleh ke arah telefon yang berdering. Tanpa melengahkan masa, laju sahaja Adriana mencapai telefon itu. Ikon hijau ditekan.

Maryam
-(Location has been shared)
-Assalamualaikum. Ni location kau tu tau. Tapi, pergi pejabat dulu baru pergi tempat ni.
-Kau boleh buat kan?

Adriana senyum manis melihat mesej yang baru diberi oleh Maryam itu. Haih, kawannya ini dah macam ibu dah. Terlalu protective!

Me
-Baik.

Dan send! Telefon itu kemudiannya ditutup semula. Laju Adriana rebahkan tubuh di atas katilnya itu.

"Hurm...sedapnya dapat baring!" gumam Adriana. Matanya dipejam erat. Barangkali kantuk sudah menguasai dirinya itu.

Lena.

Tak sabar esok nak kerja.

︵‿︵‿୨♡୧‿︵‿︵

Kesian betul awok semua kena tinggal ye

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kesian betul awok semua kena tinggal ye. One free chapter! Enjoy!

THE KING : RAYYAN DARWISH Where stories live. Discover now