︵‿ Chapter 31 ‿︵

3K 139 0
                                    

Sudah beberapa kali Adriana memuntahkan semula isi perutnya itu di mangkuk tandas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sudah beberapa kali Adriana memuntahkan semula isi perutnya itu di mangkuk tandas. Tekaknya berasa sungguh perit pada waktu ini. Sisa air mata yang terkeluar itu dibiarkan sahaja. Adriana menundukkan kepala apabila dia rasa mahu muntah lagi.

"Sayang?" Adriana hanya diam sahaja apabila terdapat satu suara yang sedang memanggil namanya itu. Dia sudah tidak terdaya mahu bercakap lagi. Dia sudah lelah duduk di sini selama tiga puluh minit lamanya.

"Sayang!" Dapat Adriana rasakan suara itu semakin mendekat dengan riak wajah yang risau. Terus sahaja Rayyan melulu ke arah Adriana. Rambut ikal mayang wanita itu diletak di belakang. Kemudian, dia menepuk lembut badan belakang wanita itu.

"K... Kenapa abang bangun?" tanya Adriana. Lembik terus seluruh tubuhnya pada waktu itu. Menandakan yang dia sudah betul-betul lelah untuk memuntahkan isi perut.

Adriana berlalu di singki dengan bantuan Rayyan. Mulut dikumur-kumur dengan menggunakan Listerine sebelum wanita itu membasuh mulut. Tetapi, kaki terus lembik apabila hendak melangkah setapak.

Rayyan yang melihat keadaan itu mula jatuh kasihan pada isterinya. Lantas, dia mendukung tubuh kecil itu dengan penuh berhati-hati sekali dan diletakkan di atas katil.

"Masih mual lagi ke?" tanya Rayyan ramah. Nada suara jelas menunjukkan yang dia memang mengambil kisah tentang si isteri.

Mendengarkan soalan itu, tiba-tiba sahaja air mata menjadi murah. Hati terasa sebak. Terus dia mengalirkan air mata di hadapan lelaki itu. Kalut Rayyan dibuatnya.

"Sayang, kenapa ni? Sakit sangat ke? Nak pergi hospital?" Bertubi-tubi soalan diajukan pada Adriana. Tetapi, Rayyan diam bila Adriana menggelengkan kepala.

"Ma... Maaf," ujar suara itu tersedu-sedan.

"Ma... Maaf sebab bangunkan abang. Kesian abang. Ma... Maaf sangat-sangat." Luluh hati Rayyan mendengar kata-kata si isteri yang kelihatan serba salah itu. Terus sahaja dia memeluk erat tubuh itu.

"Shh. It's not your fault, sweety. It's not your fault. Stop crying, okey? Abang sentiasa ada untuk sayang. So, you don't need to feel bad." Penuh lembut Rayyan memujuk isterinya itu. Takut jika isterinya itu makin dilanda emosi.

Agak lama juga Rayyan menenangkan Rayyan sehingga emosi wanita itu sudah sedikit stabil meskipun ada sedikit riak bersalah pada wajahnya itu.

"Baring. Abang sapu minyak," arah Rayyan. Lembut nada suaranya.

Patuh. Adriana baringkan tubuh. Berkerut dahinya apabila tekak terasa sungguh perit tetapi dia tahan sahaja.

THE KING : RAYYAN DARWISH Where stories live. Discover now