︵‿ Chapter 19 ‿︵

309 16 0
                                    

Bunyi telefon berdering itu menyentakkan Adriana

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bunyi telefon berdering itu menyentakkan Adriana. Pantas dia pergi ke ruang tamu dan ikon hijau diseret dan dilekapkan pada telinga.

"Assalamualaikum akak!" Adriana senyum manis mendengar suara itu. Sudah lama dia tidak mendengar suara merdu itu. Suara adiknya, Maya Adrisa.

"Waalaikumussalam. Adik kat sana macam mana? Sihat?" Adriana bertanya khabar. Suka dia mendengar suara gembira adiknya itu.

"Sihat, alhamdulillah! Akak pula macam mana? Sihat? Suami akak pula? Sihat?" Adriana menggelengkan kepala dengan soalan adiknya.

"One at a time, adik. Alhamdulillah, akak sihat sejahtera kat sini. Suami akak juga sihat," balas Adriana. Tersenyum manis dia. Suka betul bila dapat cakap dengan adik sendiri.

"Dia masih kacau akak lagi ke?" Adriana terdiam. Mulutnya bagai terkunci. Tak tahu nak jawab apa dekat adiknya itu.

"Tak. Tak lagi dah lepas akak kahwin," Adriana berkata jujur. Memang betul pun. Abang-abangnya sudah tidak lagi kacau. Dan dia pun bersyukur apabila tiada sebarang gangguan.

"Tapi, akak pun curious kenapa dia tak kacau akak dah."

︵‿︵‿୨♡୧‿︵‿︵

"What should we do, master?" Rayyan terdiam. Tangannya mengetuk meja kaca itu. Sebelah tangan lagi memegang kepala sendiri. Matanya dipejam seketika.

Dia tahu, ada yang memerhati sekarang ini. Itu yang dia memang tahu. Dan dia juga tahu, ada pihak yang tak berapa puas hati dengan kejayaan yang dimiliki pada waktu ini.

Siapa sangka, anak mafia tiba-tiba dah berhenti dan membuka agensi bodyguard sahaja? Tiada siapa pun dapat jangka. Tentulah mereka rasa bosan, kan?

"Bosan sangat ya?" Rayyan mengumam kecil.

"Pardon?" Aliana mengerutkan dahi. Tidak dapat tangkap apa yang dikatakan oleh Rayyan.

Tetapi, hatinya hairan apabila dengan tiba-tiba sahaja Rayyan ketawa lantang. Kalau orang lain, mungkin mereka sudah takut sekarang ini.

"What is on your mind, master?" Aliana masih lagi bertanya. Berani.

Rayyan angkat muka memandang wajah Aliana itu. Tanpa dipinta, senyuman sinis terukir di bibir.

"They're bored right now. So, let's give them some fun, shall we?"

Saat itu, mata Rayyan berubah dingin. Dan Aliana juga tahu apa yang dimaksudkan dengan kata-kata itu.

THE KING : RAYYAN DARWISH Where stories live. Discover now