︵‿ Chapter 3 ‿︵

5.3K 279 11
                                    

Adriana ternganga sekejap melihat bangunan agam di hadapannya sekarang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Adriana ternganga sekejap melihat bangunan agam di hadapannya sekarang. Wah, tak sangka inilah syarikat yang akan dia bakal kerja.

"Dah, tak payah nak nganga sangat. Kejap lagi kalau lalat masuk aku tak tahu." Automatik Adriana menjeling orang di sebelah. Tajam jelingan itu. Maryam ketawa kecil. Sudah masak sangat dengan perangai Adriana ini. Dia sudah berkawan lebih dari dua tahun. Tipu kalau perangai Adriana masih lagi tidak diketahui.

"Ravenes," gumam Adriana perlahan. Matanya masih lagi memandang bangunan itu. Dia kenal bangunan ini. Bangunan yang sering menjadi mulut orang ramai. Tapi tak sangka yang dia dapat juga berdiri di hadapan bangunan ini.

Ravenes. Siapa sahaja yang tidak kenal. Syarikat yang mengeluarkan perkhidmatan bodyguard yang terkenal. Kebanyakan semua yang mengambil pengawal dekat syarikat ini semuanya Dato', celebrity, jutawan dan sebagainya. Bayaran bukan murah-murah punya. Tapi tengok juga pengawal dia. Tubuh tegap, otot, menguasai semua seni pertahanan. Tak apalah. Tak dapat CEO tak apa, pekerja dia pun dah hot!

"Kau sampai bila nak tenung je? Jom masuk," ajak Maryam kasar seraya menarik lengan Adriana untuk masuk ke dalam bangunan itu. Dah member tu asyik tengok je. Sampai minggu depan pun tak lepas tenung lagi. Mengstress.

Adriana hanya akur apabila ditarik oleh Maryam. Kakinya mengikut sahaja langkah Maryam dengan berhati-hati. Matanya pandang ke hadapan. Anak matanya melihat sahaja Maryam yang sedang menekan butang lif. Tertelan air liur apabila butang lif yang paling atas sekali ditekan. Bapak tinggi gila. Naya je kalau jatuh, terus mati katak.

"Jom." Tautan di tangan itu dilepaskan oleh Maryam. Adriana pula diam. Masih lagi mengikut langkah Maryam sambil matanya melilau sekeliling. Sekali-sekala dia melopong. Mewah betul interior dekat tingkat ni. Belum tengok lagi tingkat lain. Ni je pun dah mewah. Sampai sahaja di hadapan pejabat itu, Adriana telan air liur. Agak takut untuk bersemuka dengan bosnya itu.

"Aku...apa aku perlu buat?" tanya Adriana lalu merenung wajah Maryam. Dapat Maryam lihat ketakutan pada riak wajah itu. Barangkali nervous sebab baru kali pertama berjumpa dengan Mr. CEO itu. Maryam mengukir senyuman. Cuba untuk menghilangkan rasa takut yang dialami oleh kawan baiknya itu.

"Stay calm. Kalau takut sangat, tunduk saja kepala." Adriana mengangguk faham setelah mendengar nasihat yang diberikan oleh sahabat baiknya itu. Patuh.

"Yes, what can I do to help you?" tanya si secretary Mr. CEO sebaik sahaja mereka sudah masuk kawasan pejabat utama. Maryam hanya beriak selamba manakala Adriana pula menundukkan kepalanya ke bawah.

"I have an appointment with Mr. Rayyan. Tell him that the new babysitter is here with us. He'll know then," tutur Maryam dengan slang Bahasa Inggerisnya. Kagum Adriana dengan ability Maryam. Baguslah tu. Dia gunakan dengan cara yang baik. Adriana pandang Maryam. Walaupun hanya bekerja sebagai babysitter, tapi gaya dia macam wanita bekerjaya pun ada.

"Pandang apa?" Adriana mencebik apabila disergah kasar oleh Maryam. Bibirnya automatik termuncung ke depan. Sakit hati dengan perangai Maryam ini.

"Jangan buat macam tu. Kang nanti jadi itik, aku tak nak tanggungjawab." Dan lagi sekali, Adriana mencebik. Tangannya naik memukul manja lengan Maryam. Dapat dia dengar suara lunak itu mengaduh sakit sedikit.

"Padan muka!-"

"You can come in." Serentak itu, tubuh Adriana masuk terlebih dahulu tanpa menunggu Maryam. Haa padan muka-

Gulp.

Hatinya berdetak kuat tatkala susuk tubuh lelaki yang sedang memakai cermin mata sedang duduk sambil melihat komputer di atas mejanya. Terbit rasa menyesal di dalam diri Adriana. Rasa menyesal pula sebab dia main masuk saja. Tapi tak apalah. Reda sajalah. Dah masuk dah pun.

Tergamam. Itu yang Rayyan rasakan setelah melihat wajah itu namun riak wajah masih lagi dikawal. Tak mahu tunjuk. Tapi serius wajah itu lain. Jantungnya mula berdegup laju. Cepat-cepat Rayyan beristigfar di dalam hati. Cuba menenangkan diri.

"Tuan?" Rayyan pantas toleh ke arah Maryam di tepi gadis itu. Wajahnya masih lagi ketat. Maryam pula pandang wajah Rayyan dengan tanda tanya. Dalam hati berlagu hairan dengan sikap majikannya. Dah kenapa?

"Nama?"

"Mia Adriana binti-"

"Ni dia." Adriana menarik nafas sedalam-dalamnya apabila dibidas oleh jejaka itu. Biadap! Huh, nasib baik kau ni pembawa duit. Kalau tak memang dah lama aku berlawan mulut tau! Sabar je lah Adriana.

Adriana merenung kertas yang berada di atas meja itu. Kertas itu dicapai sebelum ditilik. Dahinya berkerut hairan tatkala dia baca isi surat tersebut. Apa benda ni?

"Itu...kontrak. Kontrak enam bulan." Ceh, enam bulan je pun mesti kena ada kontrak eh? Tapi Adriana hanha berdiam diri sahaja.

Adriana diam.

"Err...untuk?" tanya Adriana perlahan. Tangannya naik garu leher yang tidak gatal. Tak faham. Kenapa pula kena ada kontrak bagai ni. Orang lain semua terus bayar je. Over betul!

"Untuk pastikan awak boleh saman saya kalau saya tipu." Tercengang Adriana dibuatnya. Bukan ke kalau nak tipu tu kena diam-diam je. Ni scammer jenis apa ni?! Pelik dan seram pun ada.

Melihat Adriana yang tercengang sendiri itu buat Rayyan senyum sinis. Tengok muka pun tahu. Entah apalah yang difikirkan oleh gadis itu.

"Just signed the contract. This will be enough to pay the price. In case I'm running away. Because words are never enough. A piece of paper can make everyone believe rather than words," jelas Rayyan panjang lebar. Geli hatinya melihat Adriana meng'ooh'kan perkara itu.

Selesai baca, Adriana mencapai pen di atas meja itu sebelum dia menanda tangan. Dia puas hati sahaja. Baca pun dah. Apa lagi. Sebab Adriana tak sabar mahu bekerja di sini adalah kerana duit. Fuh, gaji dia mantap gila! Geram kita tengok.

"Dah." Perlahan suara Adriana menyapa gegendang telinga Rayyan. Rayyan senyum manis.


︵‿︵‿୨♡୧‿︵‿︵

Sian tersidai lama ye

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sian tersidai lama ye. Alolo. Jangan marah oteh? Nah, gula-gula untuk anda!

THE KING : RAYYAN DARWISH Where stories live. Discover now