︵‿ Chapter 9 ‿︵

4.5K 233 5
                                    

Adriana tersenyum apabila angin pantai itu menampar hangat permukaan wajahnya

Hoppsan! Denna bild följer inte våra riktliner för innehåll. Försök att ta bort den eller ladda upp en annan bild för att fortsätta.

Adriana tersenyum apabila angin pantai itu menampar hangat permukaan wajahnya. Suka apabila dia disapa oleh si angin.

Betullah tu bila orang kata tengok laut pun boleh hilangkan stress. Sebab bila Adriana tengok laut pun, bebannya seakan diangkat dan terbang bersama-sama dengan si angin.

Haih. Indahnya hidup jika seperti angin. Bolehlah pergi kat mana-mana sahaja tanpa merisaukan apa-apa. Adriana terus pukul kepala sendiri selepas itu.

"Hmm. Tulah. Fikir bukan-bukan lagi," gumam Adriana perlahan pada dirinya sebelum kembali merenung air laut yang kebiruan itu.

Sedang leka Adriana merenung pemandangan, matanya tertacap pada susuk tubuh yang tegap sedang duduk di atas bangku bersebelahan dengannya. Tercengang Adriana mahupun pemilik susuk tubuh itu.

"Eh, tuan buat apa kat sini?" soal Adriana kalut. Laju dia berdiri dari duduk tetapi sentuhan yang sedang memegang lengannya itu menariknya untuk kembali duduk. Adriana terkaku seketika.

Walaupun berlapik dengan kain fabrik, tetapi dia masih lagi boleh rasa tangan kasar itu. Hangat.

"Duduk je diam-diam. Hari ni aku tak ada mood nak melawak. Just... stay quiet for a while." Adriana mengangguk setuju lalu dia labuhkan punggung di atas bangku dengan kedudukan yang lebih selesa berbanding tadi.

Sunyi. Sepi. Masing-masing menghayati pemandangan di hadapannya pada waktu ini. Masing-masing melayan perasaan sendiri.

Hening.

"Awak suka pantai ke?" tanya Adriana. Panggilan 'tuan' tadi sudahpun tukar dek kerana majikannya yang tidak mahu dipanggil sebegitu.

Rayyan senyum tipis. Kepalanya diangguk perlahan.

"Of course. It's breathtaking and calming at the same time," balas Rayyan bersahaja tetapi matanya masih lagi menatap pantai itu.

Adriana meng'ooh'kan sebelum dia bertanya lagi. Entah kenapa tetapi hatinya dapat merasakan bahawa Rayyan memerlukan teman sekarang ini. Memerlukan seseorang untuk membuka mulut. Untuk berkongsi masalah.

"Why do you like sea so much?" tanya Adriana. Seperti Rayyan, matanya juga turut memandang laut itu. Hanha mulut sahaja yang berbicara.

"Because of the color, blue. It makes me feel save. And comforting of course. Other than that, it's the sound of the wave. It's like telling you that things will worked up and relax." Adriana berdiam diri mendengar jawapan itu.

Melihatkan Adriana yang diam, Rayyan pusing kepalanya menghadap Adriana. Mulutnya terbuka sedikit. Mahu bertanya sesuatu.

"What about you? Why do you like sea so much?" soal Rayyan pula. Mata sudah beralih ke arah Adriana yang tidak lepas memandang laut itu.

"My mother once told me to adore sea. Because, sea is the calmest place other than you get pahala if you just look at it." Ringkas sahaja jawapan Adriana tetapi cukup memberitahu semua perkara.

"You're going to be okay." Adriana alihkan pandangan ke arah Rayyan pula. Bibirnya mengukir senyuman manis. Cukup manis.

"Because you're strong to endure it. You're already endure all the things alone. But, if you feel tired, don't hesitate to share it to someone that you loved the most. Because we're human. Not God. We can't do it ourselves."

•••

Rayyan merenung sahaja syiling bilik yang berwarna putih itu. Percayalah, otaknya sudah dibawa ke tempat lain. Dia sedang mengelamun sekarang ini.

Teringat balik kata-kata yang dilemparkan oleh gadis itu membuatkan Rayyan sedar.

Dia tidak perlu untuk menghadap masalah ini berseorangan. Walau apapun, Rayyan tetap memerlukan bahu untuk bersandar. Betullah cakap gadis itu. Dia bukan Tuhan.

Rayyan senyum dalam diam. Tetapi selepas itu, ketawanya meletus jua.

Bunyi telefon berdering itu menyentakkan Rayyan dari lamunan. Pantas Rayyan berkalih pada telefon yang berada di meja night stand itu. Wajahnya bertukar dingin. Tanpa sedar, senyuman sinis terukir di bibir.

"You..." Rayyan ketawa sinis. Tangannya naik meraup wajah.

Yusri
- I've got it. The one who attack you.

Rayyan membalas mesej itu dengan hanya 'okey' sahaja. Kemudian, telefon itu ditutup.

Rayyan membaringkan tubuhnya di atas katil. Matanya dipejam rapat bersama dengan tangan yang diletakkan di atas dahi.

Tenang. Rayyan suka akan situasi ini. Situasi yang tenang sahaja. Tetapi, sesiapa pun tidak tahu apa yang difikirkan oleh Rayyan pada waktu ini.

"Dah mati tu mati sahajalah. Haih, kan dah susahkan aku nak bersihkan sisa darah kau ni," gumam Rayyan perlahan. Barangkali melepaskan geram pada datuknya.

Datuknya memang antara kumpulan mafia yang terkenal dahulu. Tetapi, Rayyan tetap tidak suka. Kerana datuknya terkenal hanya dengan nama merosakkan masa depan kanak-kanak. Dan datuknya juga adalah salah satu punca kematian si ibu.

"I hate you." Dan perkara itu diulang beberapa kali sehingga lena datang menjemputnya.

Apa yang Rayyan tahu, dia perlu tamatkan perbalahan ini secepat mungkin. Dia tidak mahu orang lain turut terkorban di dalam perkara seperti ini. Cukuplah hanya dia dan adik-beradik merasai keperitan dahulu. Dia tidak mahu orang lain merasainya.

Pada malam itu, Rayyan tidur tanpa sebarang gangguan. Seakan puas apabila dapat melepaskan geram walaupun hanya melalui perkataan sahaja.

Itupun sudah cukup baginya.

︵‿︵‿୨♡୧‿︵‿︵

︵‿︵‿୨♡୧‿︵‿︵

Hoppsan! Denna bild följer inte våra riktliner för innehåll. Försök att ta bort den eller ladda upp en annan bild för att fortsätta.
THE KING : RAYYAN DARWISH Där berättelser lever. Upptäck nu