︵‿ Chapter 15 ‿︵

4.1K 188 2
                                    

Kaki panjangnya diatur ke dapur

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kaki panjangnya diatur ke dapur. Lepas solat subuh tadi, Rayyan terus sahaja tidur sekejap. Penat semalam pun tak habis lagi. Adriana pula sudah keluar bilik dahulu entah ke mana.

Rayyan melilau sekeliling. Tiba sahaja di dapur, deria baunya disapa dengan bau yang sangat harum. Yang boleh membuatkan perut tidak berhenti menyanyi.

Rayyan terus memboloskan diri ke dapur.

"Masak apa tu?" Pertanyaan itu menyentakkan Adriana dari dunia sendiri. Laju dia menoleh ke kebelakang. Bibir tersenyum manis apabila wajah Rayyan sudah ada di depan mata.

Tadi, dia serba salah mahu mengejutkan Rayyan dari tidur. Tahu yang suaminya itu masih lagi penat. Oleh sebab itu, dia hanya keluar dari bilik dengan senyap dan berlalu ke dapur.

Rayyan mengintai sedikit masakan yang dimasak oleh Adriana itu. Dahinya berkerut seketika.

"Sayang masak bihun sup?" tanya Rayyan. Matanya sudah beralih ke arah Adriana.

Adriana senyum lalu menganggukkan kepalanya.

"Haah. Bihun sup. Kenapa? Abang tak suka ke?" Tersenyum Rayyan apabila Adriana menggelarkan dirinya sebagai abang. Berbunga rasa hati mendengarnya.

"Suka. Especially when it's cooked by you." Adriana senyum malu. Ceh, dah kahwin terus ayat sweet dia tu kalau diabetes tau! Kita yang takut bila berhadapan dengan dia nanti.

"Dah. Pergi sana cepat. Saya nak hidang. Pergi duduk," arah Adriana lembut. Fokusnya kembali ditumpukan pada masakan di hadapannya sekarang ini.

"Ada apa-apa yang nak apa tolong tak?" soal Rayyan. Matanya masih lagi memandang wajah Adriana. Meminta kepastian.

Adriana berfikir sekejap sebelum dia menggelengkan kepala sebagai jawapan. Lantas, Adriana membuka mulut.

"Tak payah. Sikit je ni. Yang lain semua dah terhidang," balas Adriana kepada Rayyan tetapi matanya masih lagi tertumpu pada masakan itu.

Hanya seketika sahaja apabila tangan kekar milik suaminya itu memaut dagu Adriana. Sentuhan itu lembut. Tidak kasar tetapi mampu membuat Adriana tertanya-tanya. Matanya terkelip-kelip memandang wajah bersih itu.

"Look at me when you answered, ma reine. I need your eyes too. Not your mouth." Adriana kemam bibirnya rapat. Matanya sedaya-upaya cuba untuk memandang tempat lain tetapi sentuhan di dagunya itu menghalangnya dari berbuat demikian.

Dengan perlahan, Adriana menganggukkan kepalanya lagi. Kuat betul dugaan untuk tahan diri dari ketawa.

"Good girl." Rayyan senyum puas. Pautan dagu tadi dilepaskan kemudian kepala isterinya itu diusap lembut.

Tersenyum malu Adriana apabila dirinya secara tiba-tiba dilakukan seperti budak kecil. Tapi... dia suka. Eheheh.

"Abang duduk dulu ya, sayang? Nanti ada apa-apa panggil, okey?" soal Rayyan. Matanya memandang sahaja mata si isteri yang berkelip-kelip itu.

Geram dengan perangai Adriana semenjak kahwin ini. Baru dia lihat sisi Adriana yang satu ini. Kalau tak, hmm tak dapat nak tengok.

"Baik abang," balas Adriana lembut.

"Eyes, ma reine." Adriana tersentak seketika lalu matanya memandang lembut anak mata suaminya itu.

Rayyan senyum. Suka apabila Adriana mendengar arahannya.

"Good ma reine," puji Rayyan. Punggung kemudiannya dilabuhkan di atas kerusi meja makan itu. Matanya tidak lepas dari melihat Adriana yang sedang menghidangkan makanan itu. Nampak sangat isterinya itu tekun sampai Rayyan tenung dia pun tak nampak.

Adriana pula sedang menahan diri dari pandang Rayyan semula. Nanti kantoi pula kita tengok muka dia waktu nak hidangkan makanan.

"Dah! Makanan dah siap!" Dengan lagak gembiranya, Adriana meletakkan hidangkan terakhir di atas meja itu dengan penuh teruja sekali. Tetapi, riak wajah itu serta-merta tukar apabila bertentang mata dengan Rayyan.

Pantas Adriana berdeham.

"Ehem! Jom makan," pelawa Adriana. Seperti Rayyan, punggungnya juga dilabuhkan di atas kerusi bersebelahan dengan Rayyan.

Kita tak main depan-depan ni. Kena sebelah-sebelah. Barulah best sikit.

︵‿︵‿୨♡୧‿︵‿︵

"Abang, kan Mia kata tak payah buat?" Puas Adriana menegah suaminya itu dari mencuci pinggan, tetap juga Rayyan mahu buat.

"Tak apalah. Kesian sayang. Lagipun, apalah sangat seorang suami ni basuh pinggan daripada seorang isteri yang bersungguh-sungguh masak untuknya, kan?" Rayyan melirik sekejap Adriana di sebelah. Senyuman manis diberikan kepada Adriana.

Dia tahu Adriana penat memasak. Sebab itulah dia tolong buatkan.

"Lepasni, awak masak, abang basuh. Okey ma reine?" Adriana menahan diri dari tersenyum. Berkupu-kupu dalam perutnya ini.

"Betul ke ni okey? Mia boleh je buat sendiri," tanya Adriana meminta kepastian. Betul. Dia memang tak kisah pun kalau buat sendiri.

Rayyan terus menggeleng. Tidak setuju dengan isterinya.

"A big no, ma reine. Let's play it fair and square. Awak masak, abang basuh. Barulah adil. Takkanlah abang nak goyang kaki je duduk rumah, Mia?" tegah Rayyan sambil mengukir senyuman.

Adriana senyum. Kemudian, dia menganggukkan kecil. Bibirnya juga tersenyum sama. Membalas senyuman itu.

"If you say so." Rayyan senyum. Tangannya naik mengelus lembut pipi itu sebelum bibirnya mendarat ke pipi tembam itu. Rayyan senyum.

"Good girl, aren't you?" Adriana menganggukkan kepalanya. Pipinya sudah mula bertukar warna. Tetapi, terus sahaja rasa ingin meletup apabila mendengar ketawa daripada jejaka itu.

Adriana laju menekup pipinya sendiri.

"Dah! Mia nak mandi!"

"Babe! Wait for me."

︵‿︵‿୨♡୧‿︵‿︵

︵‿︵‿୨♡୧‿︵‿︵

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
THE KING : RAYYAN DARWISH Where stories live. Discover now