︵‿ Chapter 21 ‿︵

3.4K 165 1
                                    

Bam!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bam!

"Puan muda!" Yusri dan Nasuha bergegas mendapatkan puan mudanya itu. Tubuh itu terus dicari manakala Aliana pula memerhati sekeliling dahulu.

Mengucap panjang Yusri apabila melihat keadaan Adriana yang keletihan itu. Peluh memercik di dahi, ada luka di tangan dan beberapa luka kecil di bahagian muka.

Dengan pantas, Nasuha mendapatkan Adriana. Lengan itu dipimpin.

"Puan muda! Puan okey tak?" tanya Nasuha berbaur nada risau. Yusri pula hanya diam di tepi. Nak sentuh pun tak boleh. Jadi, lebih baik jika dia diam sekejap.

"Saya... saya okey." Adriana mengerutkan dahi apabila terasa pedih pada lengan akibat daripada terkena pisau itu.

Nasib baik tak berapa kritikal sangat. Cuma perlu beberapa jahitan sahaja.

"Suami saya mana?" tanya Adriana pula. Matanya memandang Nasuha dan Yusri bersilih ganti.

Yusri dan Nasuha turut berpandangan buat satu sama lain untuk seketika. Tak tahu mahu beri jawapan apa untuk puan mudanya itu.

"Dia kat mana?" Mereka mula menumpukan perhatian pada Adriana mula. Air liur ditelan apabila suara itu mula dingin dan mendatar.

Yusri bawa tangan naik menggaru leher yang tidak gatal.

"Dia... err... dia-"

"Dia pun kena serang. Sama seperti puan muda." Tercengang mereka berdua apabila ada suara lain yang terlebih dahulu menyampuk.

Bos besar dah masuk campur!

Mata Adriana membulat mendengar jawapan itu.

"Habistu dia macam mana tu? Okey ke tak?" Bertubi-tubi soalan yang keluar dari bibir wanita itu.

Aliana senyum tipis. Hanya sekejap sahaja sebelum wajahnya kembali dingin.

"Jangan risau puan. Dia bos saya. Saya kenal dia. Takkan dia sesekali kalah macam ni sahaja." Adriana diam. Lalu dia menghela nafas lega.

Betullah tu. Rayyan Darwish kut. Ingat dia boleh jatuh sesuka hati sahaja ke. Nope. Itu bukan dia kalau macam tu.

"How about we treat your wounds first?" Adriana menganggukkan kepala. Tubuhnya dipapah oleh Nasuha. Memang sampai tahap kaki pun dah lembik.

How do you expect a woman fighting with eight men right there?

"Bawa dia orang pergi tempat biasa," arah Aliana kepada Yusri memandang Yusri rasa tiada kerja yang boleh dia buat.

Adriana tu perempuan. Takkanlah dia nak dukung pula, kan?

Yusri angguk faham. Dia memanggil lagi lima orang anak buah Rayyan untuk tolong mengangkatnya sama-sama.

THE KING : RAYYAN DARWISH Where stories live. Discover now