︵‿ Chapter 20 ‿︵

3.4K 179 3
                                    

Adriana mengerutkan dahi apabila rumahnya sepi dan sunyi sahaja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Adriana mengerutkan dahi apabila rumahnya sepi dan sunyi sahaja. Dia pelik. Biasanya tak macam ni.

Dengan pantas, Adriana keluar dari bilik. Dia menuruni tangga satu persatu. Adriana melihat sekeliling. Ya. Gelap sahaja rumah ini. Padahal dia juga buka lampu dah in case suaminya balik tengah malam.

"Hello, sweety." Terus Adriana pandang belakang. Serius matanya menatap wajah itu.

Kevin mengerutkan dahi. Tapi selepas itu dia senyum sinis.

"You don't seem surprised by my presence. Perhaps, you already knew me, my lady?" teka Kevin. Jelas muka Adriana itu tiada perasaan langsung.

"Buat apa kat sini?" tanya Adriana. Tiada masa untuk berbual kosong dengan lelaki di hadapannya ini.

Kevin semakin maju ke hadapan dan Adriana juga semakin berundur. Kemudian, dia memandang kiri dan kanan Kevin yang penuh dengan anak buah Kevin itu. Terbit satu senyuman di bibir.

"Eight men just because of a girl? Seriously man? Lemahnya," kutuk Adriana selamba. Dia senyum jahat dalam hati melihat ekspresi wajah Kevin juga turut berubah. Matanya menjeling tangan lelaki itu yang digenggam erat.

Pasti lelaki itu sentap.

"Well, you're quite the headache. That's why." Tahu lelaki itu tiada alasan lagi untuk cari sebab perkara itu memang betul.

Adriana menjeling seketika pintu biliknya di tingkat atas itu. Malang sekali, telefonnya ada di dalam bilik.

Adriana mengeluh. Nasib baik dia siap-siap pakai tudung dekat atas tadi kerana hati kuat mengatakan bahawa ada orang di bawah.

'Fikir, fikir, fikir.'

Adriana mula tersedar yang dia ada bawa sepucuk pistol di celah pinggangnya kerana itu memang arahan suaminya itu untuk sentiasa bawa tak kira di mana tempat sahaja.

Tapi, itu bukan masa yang tepat. Kalau dibuatnya mereka semua ni boleh hidup balik? Membazir peluru sahaja.

Adriana diam.

Melihatkan Adriana yang diam tidak berkutik itu, Kevin mengukir senyuman sinis.

"Get her!" Adriana terus mengayunkan tumbukan padu pada wajah lelaki yang hendak mendekatinya itu. Kemudian, dia menendang kuat perut lelaki yang kedua pula.

Apabila terasa lelaki ketiga semakin menghampiri Adriana terus mengelak tumbukan padu lelaki itu sebelum dia menendang kasar lutut lelaki itu. Mengerang sakit lelaki itu dibuatnya.

Apabila merasa lelaki keempat mahu menumbuknya lagi, Adriana pantas memegang lengan lelaki itu.

"Not so fast." Adriana senyum sinis lalu mematahkan siku lelaki itu. Kemudian, kakinya naik menumbuk rahang lelaki itu.

THE KING : RAYYAN DARWISH Where stories live. Discover now