︵‿ Chapter 47 ‿︵

2.2K 93 13
                                    

"Assalamualaikum puan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Assalamualaikum puan." Terkejut Adriana apabila dia buka sahaja pintu. Susuk tubuh Yusri dan Nasuha sudah berada di depan mata. Lantas, dia memeriksa tubuh badan Yusri dan Nasuha. Luluh hatinya apabila melihat kesan lebam di mata dan bibir kiri wanita itu.

"Ya Allah! Siapa buat awak ni?" Mahu mengalir air mata Adriana tatkala wajah cantik Nasuha kini sudah penuh dengan lebam-labam yang bertukar kepada keungguan itu.

Nasuha tersenyum manis. Lagi-lagi bila melihat air mata yang sudah keluar di pipi Adriana itu. Dia turut mengalirkan air mata.

"Tak ada apa-apa pun puan."

"Kesian awak! Mesti sakit. Ya Allah." Laju tubuh Nasuha itu dibawa masuk ke dalam dakapan miliknya. Pada mulanya, Nasuha nampak terkedu tetapi selepas itu dia mula merehatkan kepala di bahu Adriana. Tenang hatinya dengan tingkah laku Adriana yang amat menyayanginya ini.

Yusri yang berada di situ hanya menjadi pemerhati. Dia pun tak ingin mahu masuk campur. Biarkan kedua-dua itu melayan perasaan sendiri.

Dalam hatinya, dia sungguh gembira apabila tuan besarnya itu dapat memaafkan mereka berdua. Sungguh, apabila dia dapat tahu tentang Nasuha merupakan pengkhianat itu, Yusri rasa terpanar. Tidak percaya dengan apa yang Nasuha katakan itu.

Akan tetapi, itu bukan tiket untuk dia terus membenci Nasuha. Sebaliknya, dia yang mengikut Nasuha ke mana sahaja dia berada. Sampai menangis budak tu dibuatnya kerana rasa serba salah. Tidak henti dia meminta maaf.

Bibir Yusri mengukir senyum manis. Suka dia melihat senyuman di bibir Nasuha itu kembali. Seksa dia selama dua minggu ini kerana tidak langsung mendapat senyuman itu malah asyik mendengar tanggisan serba salah sahaja.

"Maafkan saya puan. Maafkan saya," Nasuha meminta maaf. Teresak-esak dia menangis di hadapan Adriana.

Adriana turut terdiam sama mendengar kata-kata itu tetapi selepas itu dia memegang pipi mulus wanita itu. Bibirnya tersenyum sambil tangannya ligat mengelap air mata yang membasahi wajah itu.

"Shh. Bukan salah awak. Saya kenal awak. Awak takkan buat sesuatu tanpa sebab," jawab Adriana. Bibirnya tersenyum manis kepada Nasuha.

Buat seketika, Nasuha menangis lagi. Dia serba salah apabila melihat wajah Adriana. Meskipun dia berbuat begitu ada sebabnya namun dia rasa serba salah juga. Kerana pengkhianatannya berakhir dengan derita seseorang. Seperti orang itu telah menggantikan tempatnya. Tempat yang sepatutnya dia yang kena... kini berganti dengan orang lain.

"Maafkan saya puan," rayunya. Kepala ditundukkan ke bawah.

Adriana tersenyum manis.

"Harini saya ada masak special untuk korang semua. Nak makan sama-sama tak? Mesti kau orang berdua ni lapar." Automatik Yusri angkat muka mendengar perkataan makan itu.

Dia mahu berkata ya tetapi niat itu terbantut apabila Nasuha memusingkan tubuh lalu merenung tajam ke arahnya. Dan Yusri tahu akan hal itu.

Amaran. Itu adalah amaran buatnya. Terus Yusri mengecilkan diri di belakang Nasuha. Dia takut dengan Nasuha tetapi dalam masa yang sama, dia juga menyorok di belakang Nasuha. Pelik, bukan?

THE KING : RAYYAN DARWISH Where stories live. Discover now