︵‿ Chapter 39 ‿︵

2.7K 112 3
                                    

"Pick up the phone, sweetie, pick up the phone please

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

"Pick up the phone, sweetie, pick up the phone please." Berkali-kali Rayyan merayu pada Tuhan supaya isterinya itu menjawab panggilannya. Tetapi, hampa. Satu pun panggilan tidak terjawab langsung.

Perasaan risau mula menghurung dirinya. Dadanya sudah berubah rentak. Takut. Dia takut sekarang ini.

"James, her location?" Rayyan mengalihkan pandangan ke arah James yang masih merenung skrin komputer itu. Serius wajah James menghadap komputer.

"Still tracking." Allah, mana awak sayang? Rayyan beristigfar di dalam hati. Dia cuba untuk tenangkan diri.

"Done. I'll send it to you ASAP." Rayyan menganggukkan kepala. Kereta Mercedes itu dipandu olehnya. Tiga kereta ikut dari belakang. Manakala, yang menunggang motor iaitu Aliana itu sudah jalan terlebih dahulu.

Melakukan tugasnya dengan baik.

Stret...

"Shit." Rayyan mencarut perlahan apabila ada beberapa kereta hitam yang menghalang laluannya. Dashboard kereta dibuka lalu pistol Beretta 92 diambil. Peluru dimasukkan ke dalam pistol.

Earpiece dihidupkan.

"Aliana, you go first. We have something to take care."

"Aye." Aliana terus melajukan kelajuan motornya itu.

"Guys, shall we have some fun?" Bibir Rayyan menyenget sinis lantas dia keluar dari kereta mewahnya itu.

Matanya ligat memandang satu persatu wajah beberapa orang serba hitam itu. Senjata yang mereka pegang itu Rayyan jeling. Nampaknya, akan ada mandian darah di sini.

Tak lama selepas itu, Riyas dan James muncul dengan senjata dan sarung tangan yang sudahpun tersarung kemas. Tubuhnya pula dikenakan dengan bulletproof jaket. Di dalam jaket itu, mereka hanya memakai t-shirt hitam sahaja.

"Your boss cross the line too much this time. Maybe I could teach you some lesson, I guess?" bisik Rayyan keras. Masih lagi boleh didengari oleh James dan Riyas.

"Relax. They're just dogs who followed their owner's command. Don't be so harsh on them." Tenang Riyas berkata kepada abang kembarnya itu. Dia menjeling sekilas wajah abang kembarnya yang semakin dihanyut oleh kemarahan itu.

"You want trouble? Let me give you trouble then."

︵‿︵‿୨♡୧‿︵‿︵

Adriana mengerutkan dahi apabila dia sudah tiba di satu lokasi yang telah dihantar oleh kakak iparnya itu. Bukanlah apa, tapi macam pelik semacam aje.

"Puan, betul ke ini rumahnya?" Aiva bertanya. Kening yang tidak gatal itu digaru. Dia pun pelik melihat keadaan rumah yang macam lama semacam aje.

THE KING : RAYYAN DARWISH Donde viven las historias. Descúbrelo ahora