︵‿ Chapter 23 ‿︵

3.5K 157 4
                                    

Rayyan berjalan memasuki bangunan agam itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Rayyan berjalan memasuki bangunan agam itu. Riak wajahnya serius dari tadi.

"Tuan." Dia memberhentikan langkahnya apabila Aliana betul-betul berhenti di hadapan. Wajah pun masih lagi dingin.

"Diorang kat mana?" tanya Rayyan mendatar. Serius wajahnya menatap wajah Aliana itu.

"Downstairs." Rayyan menganggukkan kepala.

Dia terus pergi ke tingkat bawah sekali. Memang geram betul dengan perangai musuhnya yang semakin menjadi-jadi ini. Memang tak tahulah mahu cakap apa sekarang.

Sampai saja di tingkat bawah sekali, tumbukan padu dihinggap pada rahang lelaki yang menyerang isterinya itu.

"Tuan!" jerit Aliana. Mahu menyedarkan Rayyan daripada dunia sendiri. Takut jika majikannya itu bertindak agresif.

Nafas Rayyan menderu. Sedaya-upaya dia beristigfar di dalam hati. Tak mahu menumbuk wajah lelaki itu sehingga boleh membawa maut. Rayyan pandang lelaki itu tajam.

"Coward," komen Rayyan. Dingin. Masih lagi dingin.

Kevin yang dengar suara dingin itu gerun. Tadi dia rasa tumbukan Rayyan pun boleh tahan padu. Takut dia untuk berhadapan dengan Rayyan.

Ini ke sebabnya tuan dia tak mahu masuk campur dalam urusan ini? Kerana dia tahu Rayyan orangnya macam mana? Dan, Kevin dijadikan sebagai kambing hitam semata-mata saja? Mula terbit perasaan kesal di dalam dirinya.

"Terus masukkan dalam penjara aje. Aku nak tengok muka dia pun tak boleh." Rayyan terus angkat kaki. Biarkan saja Kevin dan orang-orangnya itu diangkut oleh orang Rayyan. Dia sudah pasrah sudah pada waktu ini.

Rayyan pula diam saja sepanjang dia berjalan ke pejabat di tingkat atas. Tapi, ketahuilah bahawa otak dia sekarang ini memang rasa macam nak meletup. Mujur saja isterinya itu sudahpun belajar seni pertahanan.

Kalau tidak? Mungkin dia akan kehilangan orang tercinta buat selamanya. Dan hanha memikirkan itu buat dadanya rasa sesak dan penuh dengan duka.

Masuk saja ke dalam pejabat, wajah James sudah dahulu masuk mata. Kalini, ekspresi wajahnya tidak terlalu serius. Cuma lebih kepada mendatar saja. Lagi-lagi tengok budak sengal ni.

"What's up bro. Okey ke tak tu?" tegur James dengan nada bermain. Memang saja datang sini untuk 'bermain' dengan mood Rayyan. Tahu member tu tengah dalam fasa bad mood sekarang ini.

"Kau datang kenapa?" Rayyan menjeling wajah James yang mencebik itu. Ingat dia kisah sangat ke? Kerusi pejabat itu terus Rayyan labuhkan punggung. Dia bersandar pada kerusi itu. Mata dipejam sekejap.

THE KING : RAYYAN DARWISH Where stories live. Discover now