︵‿ Chapter 18 ‿︵

1K 29 0
                                    

Bunyi lif itu berbunyi sebelum pintu lif itu terbuka dengan sendiri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bunyi lif itu berbunyi sebelum pintu lif itu terbuka dengan sendiri. Rayyan melangkah keluar dari lif itu diiringi dengan Aliana di belakang. Wajahnya dingin tak terkata ketika itu.

Mereka berjalan sehinggalah Rayyan berhenti betul-betul di hadapan satu tempat itu. Dengan semangat, pintu itu dibuka. Terpampang wajah dua orang lelaki yang terikat pada kerusi.

"Dah puas tidur?" Laju mereka angkat kepala memandang gerangan suara itu. Membulat mata mereka melihat wajah Rayyan sekarang ini. Air liur ditelan kesat.

Dia... takut dengan lelaki di hadapannya ini.

Bibir Rayyan menyenget sedikit. Kerusi di hadapan lelaki itu diduduki olehnya.

"Aku tak buat apa-apa pun dekat kau. Jangan risau. Lepas ni memang aku serahkan kau dekat polis je. Sebab apa? Sebab aku malas. But, I still need to know the reason, do I?" Mereka berdua diam. Bulu roma sudah menegak. Takut.

"Tahu pula takut. Masa buat kerja bodoh tu tak fikir pula. Tapi tak apa, sebab manusia akan sedar bila dia buat sesuatu kesalahan yang tidak boleh diputarkan semula, am I right?" Dan sekali lagi, tiada balasan dari kedua-dua orang lelaki itu. Mereka angkat pandang bawah sahaja.

Suasana sepi seketika. Rayyan pandang wajah kedua lelaki itu bersilih ganti. Orang penakut macam ni pun boleh lagi buat kerja gila.

Nampak sangat si tuan itu tak ambil peranan langsung akan orangnya sendiri. Rayyan mendecit memikirkan hal itu.

"Who ordered you to do this thing?" Rayyan sudah mula kepada mod soal siasat. Dia sudah tak mahu berikan muka lagi kepada orang yang sudah memijak kepalanya.

"Kevin." Rayyan menganggukkan kepala. Dia faham apa yang dikatakan oleh mereka ini.

Cis, memang Si Kevin ni obses sangat ke dengan aku ni hah? Sampai macam ni dibuatnya.

"Take them away." Serentak itu, tubuh mereka diheret kasar oleh beberapa orang yang memakai baju serba hitam. Rayuan daripada mereka itu tidak dihiraukan. Rayyan memejam mata. Mahu berfikir.

"Master, what is your next plan?" Aliana bertanya kepada Rayyan.

Rayyan diam. Sebelum kelopak matanya itu dibuka semula. Bibirnya mengukir senyuman sinis.

"Nothing. Just do nothing until it comes to us."

︵‿︵‿୨♡୧‿︵‿︵

Kevin merengus tidak puas hati. Semua benda kaca di dalam pejabat itu dibaling geram oleh Kevin. Urat-urat jelas kelihatan di dahi dan kawasan leher.

THE KING : RAYYAN DARWISH Where stories live. Discover now