︵‿ Chapter 44 ‿︵

2.2K 99 2
                                    

Sudah dua minggu Adriana ditahan was, akhirnya wanita itu dibenarkan untuk pulang ke rumah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sudah dua minggu Adriana ditahan was, akhirnya wanita itu dibenarkan untuk pulang ke rumah. Namun begitu, luka tikaman masih lagi sedang dirawat jadi awal-awal lagi doktor sudah pesan supaya lebih berhati-hati. Tambahan pula, Adriana dalam fasa berpantang.

Adriana diam merenung wajah suaminya yang leka melipat dan memasukkan segala keperluan Adriana. Ditilik wajah suaminya itu dengan penuh minat sekali.

"Abang, can I ask you a question?" Rayyan berpaling ke arah Adriana. Senyuman terhias di bibir sambil menganggukkan kepala.

"Sure. Anything for you, sweety." Manis betul Rayyan menjawab persoalannya itu. Membuatkan pipi Adriana terasa berbahang sekejap namun dia masih lagi menatap wajah itu.

"Kenapa yang lain tak pernah datang jenguk Mia?" Terhenti segala perbuatan Adriana. Rayyan kembali memandang wajah Adriana yang penuh dengan tanda tanya itu.

"Kenapa?" Serius suara itu bertanya semula kepada isterinya.

Cepat-cepat Adriana menggelengkan kepala. Wajah suaminya ditatap bersama dengan senyuman manis di bibir.

"Tanya aje. Sebab dia minggu ni kita tak ada pelawat kecuali Aliana dan James," jujur Adriana. Memang betul pun. Untuk masa dua minggu ini, dia tidak menerima banyak sangat pelawat terutama daripada Riyas dan Maryam padahal mereka berdualah yang paling rapat dengan keluarga ini.

Kadangkala Adriana terfikir, tahu ke tidak Maryam tentang berita kegugurannya itu.

Alhamdulillah, sekarang emosi Adriana sudah semakin pulih. Tak adalah meratapi sangat pemergian anak kecilnya itu. Adriana sudah menerima hakikat bahawa tak semua benda kita boleh miliki. Semuanya juga berterima kasih kepada Rayyan, suaminya.

Untuk masa dua minggu ini, Rayyan tidak pernah mengabaikan Adriana. Masuk pejabat pun tak. Bila ditanya, dia kata kerja tak banyak. Komputer pun tak nampak dia pegang! Memang Rayyan mahu berikan semua perhatiannya kepada wanita itu. Mungkin dia takut bahawa Adriana akan bertindak di luar jangkaan semasa ketiadaannya atau Rayyan ragu-ragu untuk membiarkan Adriana keseorangan walaupun ada Aliana yang tolong jaga.

Adriana pandang wajah Rayyan dengan harapan bahawa Rayyan akan menjawab pertanyaan dia itu.

"Sebab abang tak bagi."

"Hah?!" Terkejut lalu terbangun Adriana mendengar jawapan selamba daripada suaminya itu. Tetapi, Rayyan terus bangun dari duduk lalu memegang tangannya. Memaksa Adriana duduk. Takut luka tikaman itu boleh terbuka semula kut.

"Kenapa pulak?" tanya Adriana. Dahinya berkerut seketika. Akan tetapi, Rayyan hanya beriak selamba. Macam tak ada apa-apa yang berlaku. Lantas Adriana bangun dari duduknya.

"Sit." Sepatah sahaja arahan Rayyan itu. Patuh. Adriana duduk juga walaupun bibir dah memuncung juga bila kena marah.

Rayyan tahan bibir dari senyum. Dia bangun lalu mengambil tempat di sebelah Adriana. Tangan itu dipegang dan dielus. Lembut anak matanya berpandangan dengan anak mata isterinya itu. Sehingga naik memerah pipi Adriana. Dia mahu pandang ke tempat lain tapi sentuhan pada dagunya itu membuatkan pergerakan Adriana menjadi terhad.

THE KING : RAYYAN DARWISH Where stories live. Discover now