︵‿ Chapter 16 ‿︵

3.9K 182 5
                                    

Rayyan hanya memerhati sahaja isterinya yang sedang mengemas koleksi novel itu

Oops! Ang larawang ito ay hindi sumusunod sa aming mga alituntunin sa nilalaman. Upang magpatuloy sa pag-publish, subukan itong alisin o mag-upload ng bago.

Rayyan hanya memerhati sahaja isterinya yang sedang mengemas koleksi novel itu. Fokus sahaja isterinya itu mengemas sampai kehadiran Rayyan pun dia tidak perasan.

Rayyan mendengus perlahan.

"Awak sayang mana, Mia. Abang atau novel kesayangan awak tu?" Adriana tergamam apabila ada satu suara yang datang menyergahnya dengan soalan yang tak berapa masuk akal itu.

Pantas Adriana berpaling tubuh ke belakang. Bibirnya tersenyum nipis tatkala wajah masam Rayyan pada ketika itu berada di depan mata.

"Duduk sini." Adriana menepuk tempat di sebelah.

Akur. Rayyan mengambil tempat di sebelah Adriana.

Suasana diam buat seketika. Adriana pandang Rayyan. Rayyan pandang Adriana. Lama suasana sepi sehingga Adriana membuka mulut.

"Nak tahu tak kenapa orang suka baca novel?" Rayyan mengerutkan dahi. Tidak faham dengan soalan itu. Dia menggelengkan kepala.

"Tak," balasnya.

Adriana senyum lagi. Kepalanya direhatkan pada dada bidang lelaki itu. Suaminya juga pasrah sahaja.

"Because it could be their way to escape reality. To get out of their own cruel world." Adriana membalas.

"Tapi, nak tahu tak kenapa orang sedih bila baca novel?" Rayyan angkat sebelah kening. Aik? Tadi kata suka, lepastu sedih pula.

Rayyan menggelengkan kepalanya lagi sekali. Patuh akan soalan itu.

"Because they know that they could never be like in the book. They could never find a man who accepts all of her flaws, treat her like a queen and stay loyal to her even after she died," jelas Adriana.

Rayyan pula setia sahaja mendengar penjelasan isterinya itu. Matanya turun mencari anak mata Adriana. Apabila anak mata mereka bertembung, Rayyan mengukir satu senyuman manis.

"How about me, then?" Entah kenapa ringan sahaja mulut Rayyan ingin bertanyakan hal itu kepada Adriana.

"Urmm..." Adriana mengetuk bibir sendiri. Seakan sedang berfikir. Tetapi kemudiannya dia memeluk leher Rayyan secara tiba-tiba menyebabkan Rayyan tersentak.

"Who knows." Rayyan mencebik. Itu sahaja jawapan yang dia bagi. Punyalah Rayyan ada hadapan tinggi tapi itu saja yang dia jawab?

"Me or your fictional, ma reine?" Sekali lagi soalan itu ditanyakan kepada Adriana.

Adriana ketawa kecil. Lucu bila melihat wajah bengang Rayyan. Ya. Bengang sebab soalannya tidak terjawab tetapi disoal dengan soalan lain pula. Dan yang pentingnya, jawapan itu menunjukkan yang dia suka fictional lebih dari suami sendiri!

THE KING : RAYYAN DARWISH Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon