︵‿ Chapter 50 ‿︵

2.1K 88 7
                                    

Beberapa senjata api diambil sebelum dia masukkan ke dalam poket seluar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Beberapa senjata api diambil sebelum dia masukkan ke dalam poket seluar. Serius sahaja wajahnya melakukan kerja itu. Membuatkan semua orang di sekelilingnya itu kecut perut.

Dia dapat pesanan itu. Pesanan yang dihantar melalui Yusri dan Nasuha.

'He will come.'

Rayyan memejamkan mata. Dia tak akan sesekali memaafkan diri sendiri jika ada apa-apa yang berlaku pada isterinya. Cukuplah sekali sahaja dia hampir hilang isterinya itu. Dia tak mahu hilang sekali lagi.

Not again.

"Semua dah ready?" tanya Rayyan garang sambil matanya menikam satu persatu wajah anak buahnya di dalam bilik bawah tanah ini.

"Walau apapun yang terjadi, pastikan kita dapat pulang dengan kemenangan bukan dengan kekecewaan. Faham?" Nada itu perlahan tetapi tegas. Perlahan tetapi dingin.

Itulah perwatakan majikannya itu. Dia tak perlu untuk menaikkan nada suara hanya untuk mendapatkan perhatian semua orang. Cukup untuk dia mengeluarkan bunyi sahaja dan tak sampai seminit, mereka sudah ambil perhatian.

Rayyan terus pergi meninggalkan mereka bersama Yusri untuk memberikan penerangan dengan lebih lanjut. Laju dia menuju ke James yang sedang menatap laptopnya itu.

"Dah dapat locate ke?" tanya Rayyan sebaik sahaja dia mendekati James.

James menganggukkan kepalanya.

"Dah. Tunggu tiga puluh minit je. Lepastu kita dah boleh detect." Rayyan menepuk bahu James. Berpuas hati dengan jawapan yang dia dapat daripada lelaki itu. Semestinya James tidak pernah sesekali mengecewakannya.

Rayyan cuba untuk tenangkan dirinya sendiri. Dia berharap sangat bahawa isterinya itu tidak apa-apa. Dia that. Isterinya itu kuat.

"Just a moment." Telefon dikeluarkan dari kocek seluar. Bibir seseorang itu didail olehnya sebelum telefon itu dilekapkan pada telinga.

Tit.. tit...

"Helo?" Rayyan senyum ringkas buat seketika. Kemudian, dia kembali kepada wajah asalnya. Dingin. Namun, dia lega kerana dapat dengar suara lunak itu.

"Yusri dengan Nasuha macam mana?" tanya Rayyan tanpa menjawab sapaan itu. Terus dia pergi kepada topik utama dia menelefon gadis itu.

"Jahat betul kau ni. Salam adik kau pun kau tak nak jawab lag-"

"Assalamualaikum. Yusri dengan Nasuha macam mana? Okey tak?" bidas Rayyan laju tanpa sempat gadis itu menghabiskan ayat. Dia tak mahu mendengar bebelan itu.

THE KING : RAYYAN DARWISH Where stories live. Discover now