︵‿ Chapter 36 ‿︵

3K 146 0
                                    

"I suspected that we have traitors in our community but don't worry

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"I suspected that we have traitors in our community but don't worry. We will find out who that was."

Bam!!!

Ternaik bahu Riyas dan James apabila Rayyan menghentak kasar mejanya itu. Mujur sahaja meja itu tidak pecah kerana bukan diperbuat dari kaca.

Diam. Hanya kedengaran nafas lelaki itu menderu laju akibat amarah yang berleluasa di dada. Satu sahaja benda yang kumpulan ini tidak boleh terima.

Pengkhianat. Mereka benci pengkhianat.

"Cari diorang sampai dapat. Even if we need to hire some expert, find them." Keras suara itu melontarkan arahan. Setiap bicara itu dikata dengan jelas. Aura dingin itu membuatkan satu pejabat ini berasa gerun.

"Don't worry. I'll make sure to catch the person. You can count on me," balas James tenang. Kemudian, dia angkat kaki dan terus keluar dari situ. Tak mahu untuk melengahkan kerja yang sudah diberi.

Suasana hening sekali lagi apabila tinggal mereka berdua di dalam pejabat ini. Riyas mengeluh, dia angkat kaki lalu mendekati kembarnya itu. Bahu lelaki itu ditepuk lembut.

"Sudah. Tenangkan diri kau dulu. Jangan marah-marah sangat. Aku suggest kat kau pergilah balik. Tenangkan fikiran sana." Rayyan diam. Dia masih lagi berbelah dua.

Melihatkan wajah abang kembarnya itu, Riyas sekali lagi berkata, "Jangan risau. Untuk hari ni, aku uruskan Ravenes. You... go and rest. It seems like this is long enough to make you feel exhausted. Go take a rest."

Mahu tidak mahu, Rayyan akur jua dengan kata-kata adik kembarnya itu. Mungkin duduk di rumah dapat menenangkan fikiran yang bercelaru dalam otak.

He needs a rest. A release.

︵‿︵‿୨♡୧‿︵‿︵

Adriana mengerutkan dahi apabila kereta suaminya masuk dalam kawasan rumah. Aik? Awalnya suaminya itu balik? Biasanya dia balik petang tetapi sekarang ni tengahari dah balik.

Tetapi wanita itu hanya diam tidak berkutik saat Rayyan keluar yang rambut yang kusut-masai itu. Dia tahu sesuatu. Suaminya berada dalam keadaan yang tidak stabil sekarang ini. Lantas dia mengukir senyuman manis. Tangan didepa ke arah Rayyan.

"Welcome to home sweet home!" Langkah Rayyan terhenti seketika apabila terdengar suara itu. Senyum lucu dia melihat isterinya sekarang ini yang mendepakan tangan. Terus dia masuk ke dalam pelukan itu. Haruman manis di tubuh itu buatkan Rayyan rasa tenang. Lagi-lagi bila ada usapan lembut pada badan belakang.

"Something happened, right?" Mata Rayyan terbuka semula. Pelukan itu dilepaskan. Rayyan hanya diam sahaja tetapi jelas mata itu menunjukkan riak terkelu.

THE KING : RAYYAN DARWISH Where stories live. Discover now