︵‿ Chapter 49 ‿︵

2K 89 6
                                    

Adriana memandang sekeliling bangunan yang kosong ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Adriana memandang sekeliling bangunan yang kosong ini. Tangannya yang terikat di belakang itu membataskan pergerakannya. Mahu sahaja dia merungkaikan ikatan itu tetapi dia tiada benda tajam dengannya sekarang ini.

Tanpa sedar, Adriana mengeluh. Bosan sungguh duduk di sini. Tiada apa-apa pun yang boleh buat.

Ktak!

Pintu yang dikuak dari luar itu menyebabkan Adriana berpaling. Saat matanya bertembung dengan mata hitam dingin itu, riak wajahnya juga menegang sama sebelum dia berpaling ke tempat lain.

"Hello, my lady." Senyuman Leo semakin bertambah apabila melihat isteri musuhnya itu hanya membiarkannya seolah-olah berkata sendiri.

Impressive.

"Where's your husband? Isn't he gonna be your savior?" Adriana tahu. Leo ingin memprovoknya. Supaya dia menjadi semakin lemah dan lemah. Tetapi, Leo silap. Dia lupa sesuatu.

Suaminya itu bukan kelemahan Adriana. Malah, dia adalah kekuatan untuk dia teruskan hidup. Dan Leo takkan sesekali faham perkara itu.

Mereka fikir wanita adalah lemah, bukan? Then, let them think about their opinion. Cause we don't care about their opinion.

"Just get out rather than hurting my eyes." Senyuman di bibir Leo terpadam. Laju dia mendekati tubuh itu lalu tudung Adriana ditarik kasar. Belum sempat Adriana mahu bertindak apa-apa, rambut itu pula yang menjadi sasaran untuk dia tarik dengan kuat.

"Argh!!" Adriana mengerang sakit. Rambutnya yang ditarik itu terasa ingin cabut sahaja dari kepala. Namun, dia gagahkan juga untuk melawan tatapan seronok Leo itu.

"You are hurt and still looking at me with those eyes. Aren't you afraid of me?" Adriana ketawa sinis mendengarnya. Terus dia meludah ke tepi lalu melawan tatapan itu dengan pandangan yang dingin.

"Afraid of you? Never." Leo mengetap rahang. Entah mengapa tetapi ayat itu sungguh mencabar ego lelakinya. Kerana tidak tahan lagi, dia menghantukkan kuat kepala itu ke dinding. Kuat. Dapat dia mendengar suara itu melepaskan erangan itu.

Lama dia buat begitu sehingga dia berhenti dan kembali memandang wajah Adriana yang sudah penuh dengan darah yang keluar dari kepala dan hidung itu.

"How about now?" Adriana ketawa lagi walaupun tubuhnya terasa ingin rebah sahaja sekarang ini. Lemah. Dia perlukan air tetapi dia tak akan sesekali tunjuk dia lemah di hadapan lelaki durjana ini.

"I said never. Are you having problems with your hearing? Or... is it your brain?" Mata Leo terpejam erat. Laju tubuh itu dilepaskan. Tanpa dipinta, kakinya naik memukul kasar badan yang lemah itu.

THE KING : RAYYAN DARWISH Where stories live. Discover now