︵‿ Chapter 43 ‿︵

2.2K 113 4
                                    

Adriana membuka perlahan kelopak matanya

Rất tiếc! Hình ảnh này không tuân theo hướng dẫn nội dung. Để tiếp tục đăng tải, vui lòng xóa hoặc tải lên một hình ảnh khác.

Adriana membuka perlahan kelopak matanya. Sinar cahaya yang memasuki kornea mata itu membuatkan penglihatan Adriana menjadi silau serta-merta. Namun, penglihatan itu menjadi kurang silau apabila ada satu tangan yang menghalang cahaya itu daripada masuk sedikit dengan langsir.

Bagai terkena renjatan elektrik tubuh itu apabila terasa ada usapan lembut pada pipinya. Sentuhan itu hangat sahaja.

Dan kemudian, segala memori-memori sebelum dia jatuh dalam lena kembali berputar di kepala. Adriana memegang tangan itu erat.

"How's the baby?" tanya suara lunak itu serak basah akibat terlalu lama tidur.

Dapat dia mendengar keluhan daripada pemilik tangan itu. Adriana berpaling. Dia melihat wajah Rayyan yang tampak serba-salah. Ada lingkaran hitam di bawah matanya. Cukup untuk memberitahu Adriana bahawa lelaki itu tidak cukup tidur.

Dengan lemah, Rayyan menggeleng. Tetapi gelengan itu mampu membuat separuh daripada nyawa Adriana terbang pergi. Air mata sudah bergenang.

"Saya... nak air," ujar suara lemah itu bersama dengan getaran sedikit menahan rasa.

Patuh. Laju Rayyan mencapai jag lalu dituangkan air itu ke dalam cawan. Kemudian, Rayyan memberikan cawan berisi air tersebut dengan penuh berhati-hati.

Selesai sahaja meneguk air, Adriana diam sambil termenung di luar jendela. Sebelah tangan naik memegang perutnya yang sudah kempis itu.

Rayyan yang melihat perbuatan isterinya itu mengeluh kecil. Dia mendekati Adriana. Tangan isterinya itu dipegang lembut. Tetapi, tak sampai sesaat dia terkejut melihat air mata yang sudah keluar membasahi pipi mulus isterinya. Malah, bibir pucat itu juga turut bergetar sama.

"Ma-maafkan saya, abang. Saya-saya tak dapat jaga baby kita dengan baik. Maafkan saya-maafkan saya. Semua ni salah saya. Maafkan saya." Rayyan terus memeluk tubuh kecil Adriana. Tidak sanggup dia melihat keadaan isterinya begitu.

Diusap tubuh itu dengan penuh kasih sekali. Dia tahu wanita itu sekarang ini dalam fasa emosi tidak stabil. Apatah lagi bila memori dia hampir gugur itu adalah memori yang paling buruk sekali.

Dikhianati oleh kedua abangnya sendiri. Itu yang paling sedih.

"Bukan salah sayang. Maybe Allah loves them more. Jangan salahkan diri sayang," pujuk Rayyan lembut meskipun dia terasa ingin menangis sahaja tika ini.

Tetapi dia bertekad untuk tidak menangis di hadapan isterinya. Dia takut perasaan bersalah di dalam hati isterinya semakin meningkat.

"Maaf-maafkan saya, abang. Kalaulah-kalaulah saya tak pergi waktu tu. Kalaulah saya tak melawan, mesti benda ni takkan terjadi." Adriana masih menyalahkan dirinya. Salah dia. Semua salah dia.

"Sayang, look at me." Rayyan melepaskan pelukan. Dia tersenyum nipis lalu menekup pipi wanita itu lembut dengan kedua belah tangan sambil cuba untuk menghapuskan segala air mata yang mengalir di pipi.

Matanya bertembung dengan mata wanita kesayangannya itu. Dia dapat lihat mata itu sambil lagi penuh dengan air mata. Rayyan mengesat lembut. Tanpa dipinta, kucupan hangat dilabuhkan pada dahi Adriana.

Terkejung tubuh Adriana.

"Listen here. Apa pun yang terjadi, ia tetap bukan salah sayang. Ia tak lain tak bukan lagi aturan dari Allah. About the baby? Of course I was sad too but as long as I have you, it'll be okey. Sebab abang tak sanggup nak hilang sayang. Pasal anak kita boleh buat lagi. Kalau ditakdirkan tak boleh mengandung, pergi ajelah dekat rumah anak yatim tu." Adriana diam. Rasa seperti semua persoalan yang bercelaru dalam otak sudah terjawab.

"Tapi... abang okey ke kalau macam tu?" Perlahan suara Adriana bertanya kepada Rayyan. Jujur, dia takut. Takut jika luka tikaman itu boleh menyebabkan dia tidak boleh untuk memiliki anak.

Rayyan senyum.

"Sayang, tahu tak berapa ramai budak dekat rumah anak yatim sana yang perlukan kasih sayang daripada ibu bapa? Tahu tak? Jadi, tak perlu risau pasal tu. Kalaulah ditakdirkan lepas tujuh lapan tahun baru boleh ada anak tapi masa tu kita dah ambil anak yatim, no hal sebab sayang dah jadi ibu susuan. Tetap tak boleh kahwin." Entah kenapa tetapi Adriana rasa sebak.

Dia rasa sebak kerana semua persoalan itu dijawab tanpa rasa ragu-ragu sekali. Dia sedih. Suaminya itu selalu ada pada waktu yang dia perlukan. Dan dia bersyukur akan hal itu. Dia bersyukur sangat.

"Abang tak nak sayang nangis lagi lepas ni. Nak nangis boleh. Tapi kalau melebih, itu maknanya kita masih masih meratapi. Maksudnya kita masih lagi tak boleh terima hakikat. So, jangan nangis-nangis, okey?" Perlahan nada suara Rayyan memujuk isterinya itu.

Air mata yang mencuri keluar itu dikesat lembut oleh ibu jari Rayyan. Rayyan senyum manis. Betul. Dia memang tidak kisah akan hal anak. Janji, dia sudah ada isterinya. Hanya itu sahaja yang dia perlukan.

"T-terima kasih abang." Sekali lagi, tanggisan Adriana pecah. Rayyan ketawa kecil lalu kembali memeluk tubuh itu. Diusap tubuh itu dengan manja sekali. Kadangkala, kucupan hangat dilabuhkan pada ubun-ubun Adriana.

"Abang bersyukur sangat bila sayang masih lagi ada di sisi abang. Sekurang-kurangnya, abang masih lagi ada sayang," luah Rayyan perlahan.

Adriana senyum. "Saya pun."

Lama mereka berpelukan antara satu sama lain. Masa bagai memberikan mereka ruang untuk menebus semula segala masa yang telah mereka berdua korbankan pada waktu itu.

Masing-masing tenggelam dalam dakapan mereka berdua. Sehinggalah Rayyan melepaskan pelukan itu. Bibirnya tersenyum ke arah isterinya itu.

"Nak makan tak? Sayang dah dua hari tak makan." Rayyan memujuk Adriana lembut. Mahupun begitu, kelihatan isterinya tetap penting. Lagi-lagi sebab baru sedar.

"Doktor kata, disebabkan sayang baru lepas keguguran, jadi sekarang ni sayang dalam fasa berpantang. Sama macam ibu baru lepas bersalin. Jadi, makanan pun mengikut makanan ibu berpantang. Oleh itu, mulai hari esok abang akan masakkan sayang sup ikan, okey?" Adriana mencebir mendengar perkataan 'sup ikan' itu. Memang kena menu tu aje ke?

"Tak ada menu lain ke?" tanya Adriana. Perlahan dan cuba untuk dileretkan suara itu. Bagai memujuk suaminya agar bermurah hati.

Rayyan angkat sebelah kening mendengar suara yang seakan mahu menggodanya itu. Namun dia tahu, di sebalik suara itu ada benda yang dia sedang fikir sekarang ini.

"Of courselah abang ada masak menu lain juga. Tapi still sama. Berasaskan ikan dan sup. Bukan kering. Ingat! Jangan nak minta abang masak ikan masak cili padi pulak!" Adriana ketawa kecil.

Semasa dia mengandung, Adriana dilarang untuk makan makanan kering seperti begitu sebab alahan teruk kalau makan. Tetapi, hmm nampaknya kena tunggu dua bulanlah baru boleh makan.

Dahlah favorite dia tau!

"Abang panggil doktor sekejap. Stay here, okey?"

 Stay here, okey?"

Rất tiếc! Hình ảnh này không tuân theo hướng dẫn nội dung. Để tiếp tục đăng tải, vui lòng xóa hoặc tải lên một hình ảnh khác.
THE KING : RAYYAN DARWISH Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ