︵‿ Chapter 41 ‿︵

2.4K 107 1
                                    

Rayyan berjalan memasuki ruang bangunan miliknya itu

Ups! Tento obrázek porušuje naše pokyny k obsahu. Před publikováním ho, prosím, buď odstraň, nebo nahraď jiným.

Rayyan berjalan memasuki ruang bangunan miliknya itu. Tangannya yang digenggam itu sudah penuh dengan urat hijau. Malah, urat tersebut juga ada di sekitar leher dan dahinya. Wajahnya merah sekarang ini.

Pekerja-pekerja yang lalu-lalang pun gerun melihat wajah majikannya yang dilanda kemarahan itu.

Pintu bilik James itu dikuak kasar. Terpampang muka James di depan mata. Saat itu, memori tadi kembali berlegar dalam kepala. Kata-kata daripada doktor itu kembali diingati.

"Saya minta maaf. Kandungan puan muda tidak dapat diselamatkan akibat daripada pendarahan. Puan muda bleeding teruk pada bahagia abdomen yang menyebabkan kami terpaksa pindahkan puan muda di wad ICU sehingga keadaan dia kembali stabil."

Dia sudah menjangka akan hal itu. Dia sudah bersedia akan berita yang akan doktor itu sampaikan. Namun, tak disangka keadaan isterinya lebih kritikal daripada yang dia jangka.

Anaknya... yang tidak sempat bertemu dengan dunia sudah kembali ke rahmatullah.

Memikirkan hal itu membuatkan darahnya semakin menggelegak panas. Yang penting... isterinya. Bagaimana reaksi wanita itu bila dia bangun? Adakah dia akan menyalahkan dirinya sendiri?

"Tuan." James tundukkan kepala tanda hormat kepada Rayyan. Dia tahu... dalam keadaan sebegini tak patut untuk dia bertindak melulu. Takut itu yang membuatkan api yang marak itu semakin bertambah.

"Call Yana. I want to make business with her."

He means war.

︵‿︵‿୨♡୧‿︵‿︵

Leo tersenyum puas melihat gambar yang dihantar oleh Fakir dan Fikri. Tak disangka, kerana duit mereka lupa akan segalanya termasuklah pertalian darah. Puas dia menatap wajah Adriana yang sudah berlumuran darah itu.

Gambar yang diambil tadi diletakkan di atas meja apabila terdengar suara erangan dari luar. Leo mengerutkan dahinya.

Baru sahaja dia mahu dekati pintu, pintu itu sudahpun dikuak kasar dari luar. Membulat mata Leo melihat tubuh tegap di hadapannya sekarang ini.

"Y—you—"

"Curious how can I get in?" Suara garau itu memecahkan kesunyian. Disebabkan itu, suara tersebut kedengaran lebih jelas dan semestinya, lebih dingin.

Leo menapak ke belakang apabila tubuh itu semakin ke depan.

"Even in a mafia world, messing with enemy's relatives is the most stupidest thing and shit things you ever do. You're not making him sad, but making his dark side come to you. And you... know nothing. How stupid." Leo menelan kesar air liur apabila terpandangkan sepucuk pistol di tangan kanan Rayyan. Apatah lagi bila tangan itu penuh dengan darah.

THE KING : RAYYAN DARWISH Kde žijí příběhy. Začni objevovat