︵‿ Chapter 30 ‿︵

3K 135 0
                                    

Suasana di majlis perkahwinan ini meriah sahaja kelihatan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Suasana di majlis perkahwinan ini meriah sahaja kelihatan. Ramai betul orang yang datang. Lagipun, buat dekat dewan. Jadi, mungkin jemputan dalam tiga ratus lebih juga, kut.

"Assalamualaikum cik," ucap Adriana. Tangan ibu kepada Maryam itu disalam dengan penuh lembut sahaja. Tengok sahaja wajah kedua ibu bapa Maryam ini. Berseri sahaja orangnya. Sejuk mata memandang.

Manakala Rayyan pula menyalam ayah kepada Maryam itu sebelum mereka berdua masuk ke dalam majlis perkahwinan ini. Adriana terlopong seketika. Tak pelik kalau majlis ni grand semacam sebab memang Maryam pun jenis orang yang suka akan kemewahan ini. Jadi, tak pelik.

"Abang cop tempat duduk dulu. Mia ambil makanan." Rayyan hanya angguk sahaja. Terus dia mencari tempat duduk. Dengan suasana dewan yang agak sesak ini, kenalah cari tempat duduk dahulu. Tak pasal-pasal nanti kena makan berdiri pula, kan?

"Cik, kerusi ni ada orang duduk, tak?" tanya Rayyan kepada pasangan yang kelihatan sudah berusia sedikit itu. Apabila mendapat gelengan dari mereka, Rayyan terus duduk di atas kerusi tersebut. Senang betul kerja.

Beberapa minit kemudian, Adriana datang bersama dengan lauk-pauk yang diambil itu. Dah namanya kerja kahwin, jadi mestilah menu pun menu kahwin, betul tak?

"Bismillahirrahmanirrahim." Adriana terus makan lauk di hadapan itu. Sedap. Getus hatinya itu. Betullah tu. Memang sedap. Pandai betul sahabatnya yang satu itu mencari chef yang sedap ini. Bukan semua orang boleh buat daging beriani ni sedap.

"Sepadan kamu berdua ni." Terkelip-kelip matanya memandang wajah dua orang tua sedikit yang sedang tersenyum manis ke arah Adriana. Terus wanita itu sengih kecil. Manakala Rayyan pula senyum manis. Pipi Adriana sudah berubah warna sedikit.

Malu kena puji.

︵‿︵‿୨♡୧‿︵‿︵

"Babe! Thank you tau sebab datang majlis kahwin aku ni. Ingatkan kau dah lupa aku dah." Adriana menjulingkan mata. Berdrama sangat kawannya yang satu ini. Tak tahulah mahu cakap apa. Macam nak tepuk sahaja kawannya yang satu ini.

"Tak payah berdrama kat sini. Malu je laki kau ni tengok," bisik Adriana keras di tepi telinga Maryam itu. Tetapi seperti biasa, Maryam buat tak endah. Sebaliknya, dia peluk kuat Adriana. Membulat besar mata Adriana dengan tindakan tidak menduga itu.

Gila ke budak ni? Getus hatinya.

"Lepaslah gila." Dengan pantas, Adriana merungkaikan pelukan itu. Wajah Maryam yang sengih macam kambing itu dipandang tajam. Adriana tahan senyum. Lucu melihat perangai Maryam. Dah kahwin pun perangai macam anak kucing ya.

THE KING : RAYYAN DARWISH Where stories live. Discover now