︵‿ Chapter 40 ‿︵

2.6K 106 9
                                    

Tersenyum puas Fikri apabila pisau yang tersimpan di dalam poket seluarnya tadi dihunus tepat pada perut Adriana

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tersenyum puas Fikri apabila pisau yang tersimpan di dalam poket seluarnya tadi dihunus tepat pada perut Adriana. Menitis darah hingga ke lantai.

Puas.

Itu yang dia rasakan sekarang ini apabila melihat wajah adik kembarnya.

"K—kau." Tersekat-sekat Adriana berkata. Nafasnya sudah semakin sempit. Tangan kanan memegang perutnya yang dihunus tadi. Air matanya tanpa sedar mengalir.

Ya Allah. Anaknya...

Matanya mencerlung ke arah wajah Fikri itu. Wajah itu ditatap dengan penuh rasa benci sekali.

Fikri ketawa sinis.

"Dah nak mati pun mata kau tu masih lagi boleh pandang aku macam tu. I. Hate. It." Serentak itu, pisau tadi semakin didalamkan.

"Arghh!" Adriana mengerang sakit apabila pisau tadi itu semakin ditusuk ke dalam perut. Tak lama kemudian, matanya turun pada betisnya yang sudah basah dengan darah.

Anaknya. Ya Allah!

"You should die, don't you think? And you... don't deserve to be a mother." Keras suara itu berkata. Air mata Adriana semakin deras mengalir. Dia mohon sangat pada Tuhan untuk tidak mengambil nyawa dalam kandungannya ini. Dia mohon sangat.

Rasa sakit di perut dan rahim Adriana semakin berdenyut-denyut. Malah, darah pun semakin rancak mengalir jatuh ke atas lantai. Adriana mengetap rahang. Cuba untuk mengatur nafasnya satu persatu namun gagal.

Dia sudah mahu kehilangan nafas.

Adriana angkat muka lagi sekali. Dengan kudratnya yang masih tersisa lagi, tubuh Fikri ditolak sedaya-upaya.

"Kau..." Adriana pantas memusingkan tubuh lalu membuat gerakan ura mawashi geri itu. Fikri terus jatuh tidak sedarkan diri di atas lantai.

"Ya Allah! Anak ibu. Tolong... tolong bertahan..." Adriana menangis sendiri. Kakinya sudah tidak cukup kuat untuk menampung badannya sendiri lalu dia jatuh terduduk di atas lantai itu. Lantai yang sudah dicemari darah itu, kini penuh dengan darah Adriana yang keluar dari perutnya dan celah kelangkang.

"Puan!" Adriana dapat rasakan ada sentuhan pada belakang tubuh. Matanya yang sudah kuyu itu angkat muka. Saat itu, wajah Aliana yang risau itu masuk ke dalam kornea matanya manakala kepala Adriana direhatkan pada dada gadis itu.

"Puan! Bangun puan! Jangan tutup mata puan!" rayu suara itu perlahan.

"Tol—tolong selamatkan an—anak saya, Aliana." Suara itu sudahpun tersekat-sekat. Bukan itu sahaja, nafasnya juga sudah mula hilang satu persatu. Walaupun dia cuba untuk membuka mata, akhirnya dia tewas. Dia sudah tidak terdaya mahu melihat dunia itu.

Adriana mahu lena. Dia mahu sakit itu hilang. Dan sakit itu akan hilang jika dia tenggelam dalam lena, bukan?

"Puan? Puan! Sekejap puan! Ambulance nak sampai ni puan. Tolong sabar!" Suara yang merayu padanya itu sudah kedengaran sayup-sayup. Adriana dapat rasakan pipinya ditepuk lembut namun hampa.

THE KING : RAYYAN DARWISH Where stories live. Discover now