︵‿ Chapter 14 ‿︵

4K 184 1
                                    

Adriana menutup pintu biliknya dengan perlahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Adriana menutup pintu biliknya dengan perlahan. Nafas dihela perlahan lalu Adriana membuka shawlnya sebelum dimasukkan ke dalam bakul. Tuala di penyangkut itu diambil. Badannya diboloskan masuk ke dalam bilik mandi.

Selesai mandi, tuala kepala diambil dan digosok pada rambutnya yang basah dan lembap sedikit. Seketika pergerakannya terhenti apabila teringatkan sesuatu. Mata Adriana tertacap pada cincin permata yang dipakainya.

"Aku... dah kahwin." Adriana berbisik sendiri. Bagai tidak percaya yang dia sudahpun bergelar seorang isteri sekarang ini.

Entah kenapa, bibirnya menguntum senyuman manis. Betul. Itu memang kenyataan dan bukan mimpi.

Adriana baringkan tubuhnya di atas katil. Mata dipejam rapat. Barangkali penat kerana melayan banyak tetamu tadi. Kalau Rayyan cari tu biar sajalah. Adriana mahu lena sekejap.

︵‿︵‿୨♡୧‿︵‿︵

Rayyan memusingkan tombol pintu. Bibirnya tersenyum tipis saat pandangan Rayyan disajikan dengan Adriana yang sedang lena itu.

Terus kakinya melangkah mendekati katil yang menempatkan Adriana itu. Marah kerana tidak menunggunya? Jawapannya tidak sebab memang dia nampak hari ni Adriana memang penat. Almaklumlah, dia yang melayan semua tetamu tadi.

"Erm..." Pantas Rayyan melihat wajah Adriana yang mengumam kecil itu. Rambut yang menutupi wajah cantik Adriana itu diselak sedikit. Tangan Rayyan bergerak mengelus lembut pipi kemerahan itu.

Comel.

Tanpa dipinta, kucupan hangat dilabuhkan pada pipi gebu itu. Tersenyum sendiri Rayyan saat bibirnya berlabuh pada pipi itu.

"Selamat malam sayang," ucap Rayyan lembut. Untuk kali terakhir, dia mengucup sekilas bibir itu sebelum Rayyan bangun. Tuala diambil. Dia mahu membersihkan diri dahulu.

Tetapi, bunyi mesej masuk itu menghentikan Rayyan dari memasuki bilik mandi. Pantas Rayyan menghampiri telefon itu. Telefon itu diambil. Ini bukan telefon miliknya. Ini... telefon Adriana.

23 unread Instagram messages.

Dahi Rayyan berkerut. Lincah dia menekan ikon ungu bercampur merah jambu itu. Membulat matanya selepas itu.

-Tahniah sis dah kahwin.

-Uuu. Diam-diam ubi berisi ya. Tahniah.

-Pasangan yang syomel! Hope you guys stayed forever.

-Congrats ma friend!

-By the way, cantiklah kau hari ni.

Rayyan senyum melihat gambar dia mencium dahi Adriana semasa sesi pembatalan air sembahyang itu. Dia tak perasan pun yang perkara itu diambil gambar. Mesti kawan Adrianalah ni.

Tetapi untuk seketika, matanya tertacap pada satu komen itu. Terus berubah riak wajahnya.

-Congrats my ex girlfriend. Aku tahu yang kau akan bahagia dengan dia. Maafkan aku buat kau salah selama ni. Aku harap kau happy. Congratulations.

Rayyan senyum sinis. Heh. Nampak sangat yang komen itu ditulis dengan penuh tidak ikhlas sekali. Baca je pun dah tahu.

Rayyan geleng kepala. Sakit pula hati dengar komen ni. Tanpa dipinta, komen itu serta-merta didelete. Selepas itu, telefon Adriana ditutup semula. Langkah diatur masuk ke dalam bilik mandi.

Sepuluh minit kemudian, Rayyan keluar dengan hanya bertuala paras pinggang bersama dengan tuala di tangan yang sedang mengeringkan rambut. Dia memboloskan diri masuk ke dalam bilik persalinan dan keluar dengan baju t-shirt putih dan seluar slack.

Tuala yang tadi itu dilemparkan pada bakul baju. Usai itu, Rayyan mengambil tempat di sebelah Adriana. Penuh berhati-hati perlakuannya ketika itu. Tangannya naik melingkar pinggang Adriana. Wajahnya dirapatkan pada leher gadis itu. Haruman asli Adriana dibau.

Wangi. Tenang sahaja apabila dapat bau haruman itu. Tenang.

Sedar tak sedar, akhirnya Rayyan terlelap sendiri dalam keadaan memeluk tubuh Adriana.

Mat malam orang single.

︵‿︵‿୨♡୧‿︵‿︵

Adriana membuka perlahan matanya apabila telinga dapat menangkap bunyi azan subuh berkumandang. Baru sahaja dia mahu melihat jam di telefon, terasa tubuhnya diperangkap. Dapat dia rasa hembusan nafas di lehernya itu.

Adriana diam. Jantungnya berdegup laju. Baru dia sedar yang dia sudahpun kahwin sekarang ni. Laju wajahnya berkalih ke tepi. Mahu memerah pipinya saat terasa jarak dia dan Rayyan sudah tidak jauh. Terlalu dekat!

"Dah bangun?" Suara serak itu mematikan lamunan Adriana. Adriana kembali pandang wajah Rayyan.

"Dah." Perlahan sahaja suara Adriana menyapa gegendang telinga Rayyan. Rayyan senyum nipis walaupun mata masih lagi tertutup. Penat daripada malam tadi pun tak hilang lagi.

"Jom bangun. Nak solat subuh kan?" Adriana mengangguk. Dia mahu bangun tetapi baru perasan yang tangan kekar lelaki itu masih lagi melingkari pinggangnya.

Adriana menepuk perlahan tangan itu.

"Lepaskanlah saya. Macam nak mandi nanti," arah Adriana perlahan walaupun muka memang dah malu sedikit. Tetapi, tetap juga ditahan.

Lain pula dengan Rayyan, dia hanya senyum tipis. Walaupun wajahnya serius, tetapi nada suara Adriana sedang menunjukkan yang dia malu sekarang ini. Best rupanya kacau isteri ni. Patutlah... lain macam.

Pelukan itu semakin dieratkan.

"Awak... awak nak saya bangun ke tak ni?" tanya Adriana berbaur nada geram. Ish, benci!

Rayyan ketawa kecil. Pelukan itu dilonggarkan. Tetapi, bibirnya didekatkan pada cuping telinga Adriana. Cukup membuatkan Adriana terkedu seketika.

"Jangan lama-lama ya." Setelah itu, Rayyan berdiri sebelum dia bergerak keluar dari bilik itu. Mahu memberikan Adriana masa memandangkan mereka baru sahaja menjadi pasangan.

Adriana pula terkaku sendiri di tempatnya.

︵‿︵‿୨♡୧‿︵‿︵

︵‿︵‿୨♡୧‿︵‿︵

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
THE KING : RAYYAN DARWISH Where stories live. Discover now