︵‿ Chapter 10 ‿︵

4.6K 235 14
                                    

Adriana tersenyum melihat cerita yang diluahkan oleh Maryam

Rất tiếc! Hình ảnh này không tuân theo hướng dẫn nội dung. Để tiếp tục đăng tải, vui lòng xóa hoặc tải lên một hình ảnh khác.

Adriana tersenyum melihat cerita yang diluahkan oleh Maryam. Gaya gadis itu cerita memang nampak sangat dia tu sedang bahagia sekarang ni. Adriana pun tumpang bahagia sama.

"Kau dengar tak ni?" soal Maryam di sebalik talian itu. Adriana pasrah sahaja apabila nada Maryam itu kedengaran seakan curiga akannya.

"Iye. Kau ingat aku ni buat kerja lain ke?" Kali ni dibalas dengan soalan pula.

"Macam bising je," kata Maryam. Sebernanya, dia sudah lama dengar, cuma sekarang bunyinya macam semakin kuat pula. Tadi taklah kuat mana.

"Haah. Aku kat pantai sekarang ni," jawab Adriana sambil menatap kanak-kanak riang yang sedang berlari itu. Sebab itulah rancak. Mana taknya, ada yang main kejar-kejarlah, inilah, itulah.

Tetapi seronok je dengar. Taklah rasa sunyi sangat.

"Oh, patutlah!" Adriana dapat dengar Maryam tarik nafas lega. Bibirnya menguntum senyuman.

"So, dia lamar kau ke?" Adriana mula berbalik pada topik asal Maryam menelefon Adriana selain bertanya khabar. Dapat Adriana rasakan yang Maryam tersengih di sebalik talian itu.

"Tak adalah sampai lamar aku. Jujur, aku masih lagi was-was walaupun kita orang pernah kawan masa kecil dulu. Macam awkward pula rasanya," jelas Maryam perlahan sambil tangannya menggaru kening yang tidak gatal.

Giliran Adriana pula yang tersenyum gatal.

"Kahwin cepat." Sempat dia titipkan pesanan nakal untuk sahabat baiknya itu.

"Eh, kau ni! Ke situ pula." Adriana tahu di sebalik ayat itu, wajah Maryam sedang memerah sekarang. Dia tahu itu. Sudah lama dia kenal Maryam. Dengar suara pun dah tahu Maryam blushing sekarang ni.

Ceh.

"Macam mana kau jaga? Okey tak?" Adriana melepaskan keluhan. Memang setiap kali dia menelefon, pasti sahaja soalan ini yang akan keluar dan menjadi topik utama. Dia pun tak tahu kenapa.

Sedang leka dia membalas pertanyaan itu, mata Adriana tertacap pada susuk tubuh Rayyan yang hanya mengenakan kemeja putih bersama dengan seluar slack. Membulat mata Adriana.

Lelaki ni memang tak tahu malu ke?

Tiba-tiba jantungnya tidak berdegup apabila pandangan mereka dengan tiba-tibanya bersatu. Dapat dia lihat bibir itu mengukir senyuman senget sebelum dia mendekati Adriana.

"Weh, aku call kau balik nanti." Belum sempat Maryam mahu membalas, Adriana sudah menamatkan panggilan. Dia pandang ke arah Rayyan semula. Senyuman sedaya-upaya diukir untuk menghilangkan rasa awkward berselang dengan rasa terkejut.

THE KING : RAYYAN DARWISH Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ