︵‿ Chapter 7 ‿︵

438 25 1
                                    

Adriana membulatkan matanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Adriana membulatkan matanya. Dengan pantas sekali, tangannya yang berlapik itu naik memukul kasar lengan Rayyan itu. Berkerut dahi itu dibuatnya.

"Tak selesalah kalau tuan panggil saya macam tu," kata Adriana separa berbisik kerana tidak mahu orang dengar.

"Lepastu! Saya tak stalk tuan tau. Tuan je mengada-ngada cakap macam tu. Eleh!" bidas Adriana tanpa sempat Rayyan mahu membalas.

Rayyan diam.

"Kau buat apa kat sini?" tanya Rayyan. Cuba untuk menukar topik. Takut nanti ada pergaduhan jika tidak menukar topik.

Adriana ni tengok aje kecil. Tapi mulut pun boleh tahan juga.

Adriana mencebik. Tahu yang majikannya itu saja mahu menukar subjek tapi dia hanya layan saja. Kalau tak di halayak ramai ni, memang tak adanya nak tukar subjek. Kat sini jugak dia ajak gaduh!

"Ajak Almira ni pergi jalan-jalan. Sambil tu, bolehlah beli barang sikit," jawab Adriana. Matanya tertumpu pada Almira yang tersenyum lebar di dalam stroller itu.

Refleks, Rayyan juga turut memandang wajah si bayi itu. Terdiam dia apabila bayi itu senyum kecil ke arahnya. Comel.

"Jomlah. Aku teman kau." Automatik Adriana angkat muka. Matanya membesar.

"Kenapa tuan kena teman saya pulak?" lawan Adriana. Tak faham dengan sikap bosnya itu. Sekejap dingin, sekejap lembut. Dia pun tak berapa nak faham sekarang ni. Tapi tak apalah.

Bibir Rayyan menyenget sinis.

"Aku tak sibuk harini. Lagipun, bolehlah aku monitor kau sama ada kau tu buat kerja bagus atau tidak." Cis! Jawapan yang sungguh menyakitkan hati kaum wanita ya.

Adriana berfikir semula. Tapi selepas itu dia hanya menganggukkan kepala saja.

Dia pun faham kalau-kalau Rayyan ada ragu-ragu ke terhadap Adriana sekarang ini. Dia sungguh faham.

"Boleh. Jom," pamit Adriana. Seakan baru terfikir akan sesuatu perkara, Adriana berhenti sekejap dari memegang stroller itu. Tajam matanya menikam wajah Rayyan.

Rayyan sudah menjulingkan matanya. Apa pula kali ni dia buat? Nak mengeluh, tapi takut dia kata kita tilh pulak. Layan sajalah.

"Kenapa? Ada lagi ke sayang?"

Zup!

Berdegup kencang jantung Adriana mendengar panggilan dari mulut itu selamba saja. Wajahnya juga tidak memberi sebarang reaksi.

Dear cheeks, please don't turn red now okay? Let's wait until we go home.

Sedar bahawa dia terlalu lama mendiamkan diri, Adriana laju berdehem bagi menghilangkan suasana yang agak canggung ini.

"Ada beberapa kedai yang saya nak singgah untuk beli barang sikit, lepastu saya nak jalan-jalan aje walaupun tak belo barang. Lama sikitlah. Tuan boleh ke?" tanya Adriana mahukan kepastian. Manalah tahu yang Rayyan ni ada masalah kaki jadinya dia tak boleh berjalan lama ke.

THE KING : RAYYAN DARWISH Where stories live. Discover now