︵‿ Chapter 48 ‿︵

2.1K 101 11
                                    

Tiga bulan kemudian

ओह! यह छवि हमारे सामग्री दिशानिर्देशों का पालन नहीं करती है। प्रकाशन जारी रखने के लिए, कृपया इसे हटा दें या कोई भिन्न छवि अपलोड करें।

Tiga bulan kemudian.

"Sayang, sorry abang ada urgent meeting pula harini. Tak dapat temankan sayang pergi pasar," ujar suara itu. Jelas sekali kedengaran serba salah. Mungkin serba salah kerana biarkan isterinya pergi bersama dengan Nasuha dan Yusri sedangkan dia janji untuk teman.

Adriana senyum. Tahu sangat yang Rayyan rasa serba salah dengannya.

"Tak apalah. Saya boleh aje pergi sendiri dengan diorang. Tak jadi masalah pun," jawab Adriana lembut. Dia mahu Rayyan tahu yang dia tak kecil hati pun.

"Betul ke?" Sekali lagi suara garau itu bertanyakan kepastian.

"Betul! Dah, pergilah meeting awak sana tu. Good luck!" Serentak itu, talian dimatikan. Adriana terus berjalan keluar dari rumah itu. Wajah Yusri dan Nasuha menyapa kornea mata.

"Macam mana puan?" tanya Yusri sebaik sahaja Adriana menapak keluar dari rumahnya.

Adriana senyum manis. "Nampaknya hari ni kita pergi bertiga sahajalah."

Yusri menganggukkan kepala lalu laju menyediakan keretanya itu. Nasuha mencapai pintu kereta itu dan membuka pintu itu.

"Silakan masuk puan," ujarnya. Adriana tersenyum.

"Terima kasih."

︵‿︵‿୨♡୧‿︵‿︵

Suasana di pasar tani itu sungguh riuh sekali dengan suara-suara penjual dan pembeli. Namun, ia tidak langsung kedengaran bingit di telinga Adriana. Kerana dia sudah biasa akan tempat sebegini.

Barang-barang yang diperlukan itu diambil. Satu persatu dia memeriksa barang itu manakala Yusri dan Nasuha pula pergi mencari barang basah. Dia sudahpun menyediakan list barang basah yang diperlukan.

"Last sekali, sos," gumam Adriana lalu pergi ke tempat yang mempunyai sos. Semasa perjalanan ingin ke sana, tanpa sedar bahunya dilanggar seseorang.

"Oops! Sorry!" Adriana meminta maaf akan tetapi dunia itu bagai berhenti apabila matanya secara tidak sengaja terpandangkan tattoo pada lengan kekar itu. Tattoo itu. Dia kenal tattoo itu. Automatik kejadian hitam itu kembali bermain di mindanya.

"Ya Allah! Anak ibu. Tolong... tolong bertahan."

"Dah nak mati pun mata tu masih lagi boleh pandang itu. I. Hate. It."

"You don't deserve to be a mother."

Dia ingat! Memori itu masih lagi segar di dalam kotak ingatannya. Adriana membulatkan mata. Laju dia pusing ke belakang namun riak kecewa jelas terpancar apabila susuk tubuh itu sudahpun hilang.

THE KING : RAYYAN DARWISH जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें