DIA Encik Crush Sombong! ✅

By mrsmeandyou17

345K 27.1K 6.7K

(3rd book of 'DIA ENCIK ' series.) "Yes I'm the most sombong human being that you ever seen. But, don't you k... More

nota author
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
12
13
14
15
16
17
18
11
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
61
62
63
60
64/semifinal
final la kot
NOT ABOUT HADIF AND ANGGUN
ii(▪︎~▪︎)
more of singa and pendek

iii (▪︎~▪︎)

3.2K 237 129
By mrsmeandyou17

I got a river for a soul , and baby you're the boat.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

"Mak! Ni nia nak get out dari rumah kejap. Nak beli topup! " selantang mampu dia bersuara mogahan manusia bernama mak di dapur tu dengar jeritan batinnya. Kalau tak dengar jugak hm. Tak tahulah.

"Bisinglah gemok ! Mengalahkan tarzan suara kau. Tahulah kecil kecil pernah tertelan speaker. "  Berkerut kening Qaylesh dengan tangan menyentuh telinganya tanda menahan bingit .  Mata tak payah cerita. Memang dah jeling tajam si adik yang sedang membetulkan tudung di hadapan cermin besar di ruang tamu. Geram gila dengan budak tu. Jerit macam dia seorang dalam rumah ni. Menganggu ketenteraman rakyat lain.

Hanania mengerling qaylesh yang tua 4 tahun darinya dengan bibir mencebik.
"Ek eleh. Macam tak biasa pulak. Eish mana mak kau ni. Aku jerit kuat sampai kau hampir pekak pun takkanlah dia tak dengar?" Haduh. Takkanla telinga mak dah menyusut keupayaan mendengar.  Tahulah dah tua.

"Woi! Amboi mengata mak pula kau ni. Apa fikir telinga mak rosak? Tak sekarang ni , eh apahal kau nak beria topup? Selama ni elok je kau sedut wifi si abang kau ni?" 

Terhenjut bahu hanania apabila tiba tiba maknya muncul di ruang tamu dengan muka gansgter nak duit . Alamak dia dengar pula . Ingatkan tak dengar. Alhamdulillah tak soundtrouble lagi orang tua ni.

"Entah. Setiap bulan aku yang bayar pulak tu." Belum sempat nak balas terjahan maknya, abangnya pula menambah perisa. 

Hanania mengherotkan bibir menyampah. Halamak tahulah kaya . Pasangkan wifi. Lepastu bayarkan pulak tu. Tapi berkira . Biadap betullah mamat ni. Eh siapa mak bapak budak kurangajar ni?

Oh mak bapak dia sama dengan mak bapak aku.

"Eish. Data habislah mak. Data dah tamat tempoh. Dah selamat sampai ajal 10 minit lepas.   Jadi, makanya memang nia kena beli topuplah dekat kedai pak jabit sekejap.  " dekat rumah memanglah berlambak wifi. Habis dekat luar? Nak aku guna apa? Air liur? Air mata?

Puan raziah membuat muka berfikir.
"Ha baguslah. Alang alang kau nak pergi beli topup kau tu, ni belikan mak telur 10 biji. Telur nak dekat habis tu. Dompet mak dekat atas. Guna duit kau dulu. Okay? Ha mak nak sambung basuh mangkuk. Yela kan, manusia dalam rumah ni mana reti basuh pinggan mangkuk lepas makan. semua nak harapkan orang. Nak kata cacat ada je tangan. Eh Ingat beli telur. Guna duit anda dulu. Okay caw. " sempat puan raziah  membuat simbol peace kepada anak anaknya sebelum selamba berjalan semula ke arah dapur.

Uish ayat mak.

Ingat sentap ah tu mak? Cacat bagai. Kalau mak ingat nia terasa memang taklah sebab  nia basuh pingganlah tadi. Ni mesti si qaylesh tak basuh. Sebab tu mata qaylesh dah pandang mak takut takut. Kantoi pemalas.

Lantaklah sama kes mangkuk tak basuh.

Hanania mengertap bibir tak rela. Yang aku geram, mana telur tak habis mak. Dah kalau setiap hari ada je lauk telur sambal lah, telur dadarlah, telur mata buffalow lah. Sebab tu lah anak mak ni hampir mengalami obesiti. Tapi bukan itu isu utama . Isu utamanya, kenapa guna duit aku? Tahukah kalian duit hanania ni cukup cukup makan nak membelanja untuk keperluan hidup sendiri?

Apa ni mak. Dah suruh macam macam, lepastu lari pulak. Duit dekat atas konon. Macam lah aku tak boleh tolong ambilkan purse dia. Sajalah tu. Alasan semuanya.

Eh. Kejap. Apa ada hal. Inilah gunanya ada abang. Pffft. Lupa pula aku ada abang kaya. Ada range rover. Sebulan beribu gaji. Baju semua branded. HSOWKDHDUDJA.

Lain bebenor dengan aku. Hm. Takdelah miskin cuma agak tak berharta hm.

Hanania berdehem mula mengatur plan baik punya. Dia mengukir senyuman secomel mampu sebelum setapak demi setapak dia melangkah perlahan lahan mendekati qaylesh yang mata sedang fokus melihat skrin televisyen. Dengan selamba tanpa salam, terus dia duduk di atas paha Qaylesh yang sedang fokus menonton televisiyen.

"Oi anak beruk kau ! " terkejut qaylesh apabila tiba tiba sahaja tanpa izin tanpa salam ada benda berat hempap pahanya. Anak beruk mana yang memandai duduk atas aku ni?  Apa lagi terus berkerut baliklah keningnya memandang wajah adiknya yang masih membuat wajah comel dengan jari telunjuk mencucuk pipi kiri. Euw ingat comel ke? Adik siapa ni? Euw. Jijiknya. Nak kitar semula boleh tak?

"Apahal kau ni? " tanyanya pelik tetapi tidak pula menolak badan adiknya turun dari pahanya. Dah biasa menjadi tempat adiknya duduk, baring, tendang, peluk. Tak tahulah aku ni manusia ke perabot.

Si nia ni.  Ini kalau buat senyuman ada udang di sebalik tabir, mesti ada la tu dia nak.

Hanania mengukir sengih. Kedua tapak tangan ditadah bagai membaca doa di hadapan abangnya.
"Nak duit. Nak beli topup. "

Ternaik kening qaylesh hilman mendengar permintaan secukup rasa hanania.
"Wah wah kau yang nak topup apesal aku pulak kena keluarkan dana?" Dah agak dah. Kan aku dah kata muka acah berlakon jadi kucing comel ni mesti nak sesuatu. Amboi asal nak minta duit je buat buat baik? Apa fikir aku ni bank bergerak kau? 

Hanania mencemik sedih.
"Ala bang long. Duit nia menipislah. Nia mana kerja. Lainlah nia kerja kaya raya memang taklah nak minta duit bang long. Lagipun duit nia nak guna beli barang keperluan nia. Bolehlah weh." Tangan masih menadah bagai pengemis. Eish kalau nak sesuatu memang masa tu jela dia nak ber nia-bang long dengan si qaylesh.  Kalau tak ,  euw aku-kau saja jadi kata nama mereka. Nampak bebenor unsur munafake si nia saat ni.

Qaylesh menggulingkan mata.
"Tula kau. Lain kali cepat sikit kahwin. Biar laki kau tanggung kau. Ini kau fikir aku laki kau nak tanggung semua benda baju , seluar, baju dalam kau? Ni topup pun minta aku."

Membesar mata hanania mendengar ayat minta penampar dari qaylesh. Weh apa ni lesh? Kau cakap tak bertapis ! Janganlah jujur sangat. Malulah weh kalau orang dengar . Ni readers semua mesti baca. Haduh. Jatuh saham adik kau.
"Oi ! Sampai hati kau kan ? Nak aku cepat cepat tinggalkan kau dengan mak baba? Sampai hati kau. Kau memang tak sayangkan aku. Aku ni satu satunya adik perempuan kau tau. Time kecil kecil kau yang asyik asyik nak main game apa semua dengan aku , manjakan aku, habis tu sekarang ni kasih kau dah berubah? Sampai hati bang long. Nia minta duit topup je. Itupun berkira. Bang long tak sayang nia. " Hanania membuat muka sedih bagai nak nangis.  Jari pula dah bergerak bagai menyapu bawah tubir mata.

Qaylesh menghela nafas lemah . Penat nak layan drama queen sejati sang adiknya.
"Okay. Aku akan pertimbangkan kalau kau bangun sekarang. Cramp kaki aku nia . Berat kau kalau bawah 10 kg takpelah. Ini entah berapa ratus. Bangun bangun.  " Laju dia menepuk nepuk lembut badan hanania supaya cepat cepat bangun. Weh kebas weh. Macam pangku anak gajah. Lain benar rasa dibandingkan bila pangku hanania masa remaja dulu. Nak buat drama pun jangan libatkan badan aku. Haih.

Hanania menyimpan senyuman . Wo hampir menuju kemenangan gais. Sipi je lagi nak dapat apa kita nak.
"Taknak. Aku tak nak bangun . Kau tak sayang aku." Tanpa mempedulikan tangan qaylesh yang menepuk badannya ,terus hanania melingkarkan tangannya pada leher dan bahu qaylesh.  Aku takkan bangun selagi aku tak dapat apa aku nak !

Ya hanania mengada tahu dah.

"Ya ya ya qaseh hanania. Aku sayang kau. Bangun sekarang cepat kalau kau nak duit topup ! Kalau tak , penumbuk aku je kau dapat. "

Yes! Dengan muka bangga terus hanania bangkit dari duduk . Senang sahaja nak pujuk qaylesh ni. Buat nada sedih je terus dia akan kesiankan adik kesayangan dia ni.  hohoho . Tambah sikit perangai mengada minta pelempang lagi lah akan berkesan.
"Cepatlah bang long. Kedai pak jabit nak dekat tutup." Tapak tangan sebelah disua hadapan qaylesh dengan muka ceria.

Ewah ewah budak ni. Dahlah minta duit orang. Lepastu demand nak cepat. Qaylesh dengan malas menyeluk seluarnya sebelum munculnya wallet kulit berwarna hitam . Dia melihat isi di dalam dompetnya sambil berfikir. Akhirnya selepas 1 minit berfikir, RM100 sekeping dikeluarkan. Dengan wajah biasa dia letakkan di atas tapak tangan hanania.
"Nah duit topup, duit telur mak, lebih kau simpan."

Apa lagi terus makin manis senyuman hanania melihat warna duit yang keluar tadi. Fuhlamak warna purple beb! Tak sia sia aku duduk atas bang long tadi.
"Aww terima kasih bang long. Ini lah sebab nia sayang sangat bang long." Terus dia mendepangkan tangan sebelum dia memeluk sisi qaylesh. Mana tahu lepas peluk bertambah 5 duit warna purple tu.

Qaylesh membuat wajah rimas.
"Eish sanalah! Aku nak tengok tv!" Berusaha dia menolak badan adiknya menjauhinya sehingga terjatuh duduk hanania dibuatnya.

Qaseh hanania bergelak ketawa gembira. Bukan gembira sebab kena tolak. Gembira sebab dapat duit. Sampai sakit pun tak terasa langsung.  Lalu pantas dia bangun dan menuju ke pagar bagai kanak kanak dapat aiskrim.
"Okay! Bye bang long thank you! Nanti gaji first nia , aku belanja kau oden ! Hooray! " Oh yeah . Begini barulah bersemangat nak keluar ke kedai pak jabit.

"Balik cepat! Apa apa call aku! Dah malam ni bahaya jalan seorang!" Kuat qaylesh berkata sambil matanya memerhatikan hanania yang sudah menghilang dari pandangan . Separa risau juga nak melepaskan  hanania keluar dari rumah waktu lepas isyak ni. Walaupun budak tu kerja nak menyakitkan hatinya, tapi budak tu jugalah yang dia sayang sampai protective lebih. Nak meneman hanania tu, memang taklah. Penat balik kerja tak hilang lagi ni. Baik aku layan Netflix.

"K!" Sayup sayup suara hanania membalas.  Itu mesti tanda dah keluar dari kawasan rumah.

Qaylesh menghela nafas risau. Budak ni entah dengar ke tak nasihat aku. Dahlah reply k je hmmph.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

*****************************************

.

.

.

.

.

"Haih senangnya dalam hati dapat duit purple~ seperti dunia ana yang punya muhahaha.~" gelak tak ingat dunia sempat dihamburkan.

Bukan. Bunyi gelak berdekah tu bukan sebarang hilaian kak ponti. Cuma hanya ada seketul qaseh hanania sedang beria menyanyi. Yang sedang berjalan balik menuju ke rumah kembali selepas berjaya membeli telur dan topupnya menggunakan duit siapa? Ya pandai. Duit si qaylesh.

" Hoi kepada crush tua , dinda sudah melupakanmu, kepada crush baru, I say I love you~" uish mantap nia. Dah boleh jadi producer. Sukahati sahaja menukar nukar lirik .

"I love you too."

Terhenti terus tapaknya. Matanya berkelip . Kenapa aku rasa macam telinga aku dengar something?  mana datang bisikan tu? Aku sekarang berseorangan kan? Aku sendu sangat ke sampai dengar bisikan begitu?

Pin pin!

"Woi ! Anak itik tokwi!  " tak sempat hanania ingin meneka makhluk mana yang menjawab lagunya, terus terlompat dirinya apabila bunyi sesuatu tiba tiba berbunyi kuat di sebelah. Tapi kenapa eh melatak anak itik tokwi yang tak ada kaitan dalam hal ni?

"Mandi dalam kolam. "
Hanania mengurut dadanya kerana perasaan terkejut tadi apabila baru sedar ada motor sudah berhenti di sisinya. Cis motor rupanya! hanania mengerutkan kening melihat manusia yang main jawab melatahnya. Geram . Tapi fuh lega juga . Ku fikirkan jembalang mana. Nasib baik manusia.  Lega sikit hati ni.

Hanania memandang mata manusia itu satu persatu. Suasana menjadi diam selama 3 saat. Err.... kalau macam takde apa apa, sambung jalan jela . Hanania memandang sekilas kehadiran motor di sebelah sebelum selamba badak berjalan dari situ.

"Jika kau fikir kan kau boleh, ku hampir boleh melakukan, jika kau fikirkan kejayaan...." sambung nyanyi pula si nia ni.

Pin! Pin!

Sekali lagi bunyi itu datang dari tepinya. Hanania menahan kakinya dari bergerak sebelum matanya melihat motor yang sama yang menegurnya. Eh yai ni kenapa ni main pin pin?

"Woi! Kau palau kitorang?" Berkerut kening hanania apabila salah seorang dari manusia berhelmet mencipta perbualan.

Hanania menggulingkan mata menyampah. Memanglah aku akan palau. Sebab tak kenal pun siapa manusia dua ekor ni. And eh apahal motor ni ikut aku? Tak ada life ke?

Ke..... dia ni.... bukan manusia? Tapi hantu? Hantu merempit? Mati tak tenang kerana tak sempat nak menang race?

Boleh jadi jugak. Dahlah dah malam. Sunyi pulak tu. Tiba tiba je ade motor. Pelik pula.

Hanania menelan air liur seram lalu memberanikan diri melihat ke arah suara tadi sekali lagi .
"Pergi! Jangan kacau aku! Pergi sebelum aku baca ayat kursi!"

"Woi buruk sangat ke mula kitorang? Kitorang manusialah. Bukannya hantu. Biadap lu."

Dia terdiam setelah mendengar kata kata si pembonceng motor. Em seriuslah dia manusia? Yela kot. Hantu mana boleh bercakap bahasa budak zaman now.
"Eh buat orang terkejut jela! Blahlah. Jangan ikut aku." Dia menjeling manusia manusia yang sedang melihatnya sebelum lagi sekali dia ingin buka langkah ingin menuju ke rumah. Lagi cepat sampai rumah lagi  bagus.

Tak sempat nak jalan terus lengannya dirangkul oleh pembonceng motorsikal .
"Eh kau fikir kau boleh lari? Kitorang dengar kau nyanyi tadi. Bak sini dompet kau!"

Tersentak hanania dibuatnya. Eh berani dia pegang lengan aku? Aku kalau santau dia. Eh kejap. La...lagu? Lagu apa?! Jap... senangnya dalam hati dapat duit purple?! Haduh duit purple.  macam mana diorang boleh dengar? Aku nyanyi kuat sangat ke.  Kejap kejap. Tak boleh.  Kau tak boleh bagi duit tu nia. Tu harta kau bang long baru bagi. Takkanlah aku nak senang senang bagi dua mangkuk hayun ni? Hak mesti dipertahankan

"Aik senyap pulak? "

Minda hanania kembali ke masa kini. Oh kita kena larikan diri .
"Eh apa benda korang ni. Lepaskan akulah!" Kuat dia cuba menarik tangannya kembali. Alamak kuat pulak mamat ni.  Ingatkan badan macam kayu papan buat rumah, tak ada otot.

"Eh kau pekak ke bak sini dompet kau! Baru kitorang lepaskan kau. Kitorang tahulah muka macam kau mesti anak orang kaya!"

Eh eh anak orang kaya? Aku pakai baju murah je kot. Sandal pun rm10 je. Tudung ni pun tudung biasa tak sampai rm20. Itu pun tudung mak yang aku main cekau je tadi sebab nak cepat . Mana pulak imej muka anak orang kayanya?! Nak aku pakai baju koyak koyak bertampal ke baru nampak aku tak ada duit?

Hanania menggeleng kepala berterusan.
"Eh aku miskin lah. Mama kedana. Tak ada duit. "

"Kau jangan nak tipulah. Kitorang dengar lagu kau. Duit purple kan? Mesti kaya!"

Hanania terdiam.  Alamak . Sibuk betul lah. Bab duit dengar je kan ?  Yang kau pun nia, beria nyanyi macam nak satu dunia dengar tadi kenapa? Aduh.
"Eh tu duit jutaria lah aku main tadi. Korang ni apahal nak meragut malam malam ni? Tak reti cari rezeki sendiri ke? Baik kau blah kalau tak aku jerit! "

"Berani kau jerit lah kalau nak mampus." Makin kuat pula genggaman pada lengannya. Hanania mengerutkan kening. Agak sakit sebenarnya.  Tapi dia tahan. Taknak tunjuk dia lemah. Apa ingat aku tak berani ke nak lawan cakap manusia dua ekor bertopengkan mask hitam ni? Malam malam pakai mask. Dasar tak kenal erti fashion.

Hanania menarik nafas secukupnya lalu...
"Tolong saya kena rom..!!" Dengan sekuat mampu bak suara ziana zain dia mula mengeluarkan suara kuat.

Tak sempat hanania ingin menghabiskan ayat, laju tangan pembawa motorsikal menekup mulutnya.  Baguslah . Sorang pegang lengan aku seorang tutup mulut aku. Satu set sangat.
"Eh diamlah! Kau memang nak mampus kan? Bak sini dompet kau, mana dompet kau!"

Hanania menggeleng kepala laju.
"Hmmmm mmm mm mmm."

"Apa kau cakap?!" Tak faham pula apa yang cuba dikatakan si nia ni. Oh lupa sebab mulut dia kita dah tutup.

Hanania terus menolak tangan yang menutup mulutnya.  Jarinya lurus ditunjuk arah kanan.
"Tu ! Ada tikus memasak! Eh bukan ada anjing wrestling dengan kucing ! Eh ada ada..ada......." aduh otak. Kenapa time macam ni alasan sampah je keluar dari bibir kau? Manalah mamat dua ekor ni nak percaya.  Kau fikir ni ratatouille ke tikus nak masak  bagai ?

Nampaknya alasan sampah hanania  berjaya buat salah seorang dari mereka tergelak sinis.
"Dahlah tak payah gebang lah. Nak buat alasan pun ingat kitorang bodoh ke? "

Hanania mendengus geram. Memang korang stupid pun. Merompak orang miskin macam aku. Eh pergila rompak mak datin tu. Aku yang dompet kering juga kau nak rompak. Halamak . Apa benda lah. Dia terus menaikkan plastik berisi telur di hadapan mata mereka.
"Eeeeee aku nak baliklah! Aku kata takda duit tu takdelah. Tak nampak ke aku dah beli ni! Telur! Maknanya dah tinggal telur jugaklah duit aku. Aku keluar ni pun sehelai sepinggang bawak duit nak beli telur je.  Dahlah lepaslah. Buang masa lah layan korang ni! " kuat dia mencuba menarik tangannya saat pembonceng itu sudah melonggarkan genggaman dan Alhamdulillah berjaya dia dapatkan semula lengannya. Lengan kembali kepada tuan asal. Jap macam tibe.

Nampak macam muka dua ekor mamat tu dah hampir putus asa setelah mendengar alasan hanania. Okay alasan nia kalini tak sampah. Agak logik sebenarnya.  Hanania menyimpan senyum gembira. Tak boleh tunjuk kita gembira. Nanti kantoi . Okay nampaknya hampir berjaya misi memperdungukan manusia manusia mask hitam ni. So apa lagi?blahlah.

Baru hanania ingin menjengket pergi dari situ selepas dua ekor manusia itu macam sudah mampu terima alasannya, tapi tiba tiba plastik yang berisi telur yang dia beli ditarik oleh satu tangan lalu diselak.

Halamak.

Tak

Mungkin.

"Weh sengal dalam plastik ni!"    pembonceng motorsikal terus menepuk helmet member di depan sambil menunjukkan ada beberapa helai duit yang ada di dalam plastik bersama resit pembelian.

Hanania melopong. Haduhai ! Macam mana dia boleh nampak duit baki dan resit dalam plastik ni? Aku dah tutup plastik tu pun dia perasan? Shit. Kuat dia menarik kembali plastik telur yang disentuh.
"Tu duit akulah! " kuat dia cuba menarik kembali plastik tersebut tapi dihalang oleh lelaki tukang bawa motor. Dua lelaki lawan seorang wanita ayu comel loteh . Memang aku kalah lah citer dia.

"Sanalah perempuan!" Dengan kudrat lelaki dia menarik kedua lengan hanania menjauhi plastik yang berisi wang lalu ditolaknya hanania sehingga jatuh terduduk.

Aurgh! Hanania memejam mata pedih.
"Sakitlah!"
Sakit lah woi punggung aku! Ini kalau aku susah nak buang air,aku saman kau. Eh tu okay lagi kalau aku mandul memang korang aku bunuh! Tiba tiba rasa macam lengannya dapat rasa angin sejuk malam. Laju matanya melihat perkara yang dia taknak berlaku dan ternyata baju lengan panjangnya sudah terkoyak panjang dari siku ke pergelangan tangan.  No!!!! Baju favourite aku!!!!

"baju kesayangan aku lah huwarg! Aku baru beli minggu lepas! Dah koyak! " macam budak kecik memberontak hanania menggoyangkan kaki menghentak hentak tanah. Tangan pula dah gosok mata nak menangis. Baju baru weh. Guna duit aku pulak tu. Baru pakai 2 kali. Dah koyak! Argh.

"Err... cah. Dah dah chaw chaw jela." Kata pembonceng motorsikal itu perlahan setelah mereka terdiam beberapa saat melihat aksi kalah budak nia .

"Errm okaylah. " duit di dalam plastik cepat cepat dia ambil. Plastik yang berisi hanya telur perlahan diletakkan di sebelah hanania yang sudah terduduk macam budak tengah menangis terhentak hentak kaki.

"Nah telur. Terima kasih. Bye." Selepas sempat berterima kasih, terus motornya di bawa laju pergi untuk tinggalkan hanania.

Hanania mengangkat wajah apabila telinganya menangkap bunyi motor bergerak. Matanya melihat plastik telur . Weh semua weh dia ambil! Tak ada tinggal untuk aku rm5 pun! Tak semena mena geram nya makin berbukit bukit.
"Hoi ! Dasar malaunta! Bak sini duit aku lah!" Jeritan kuatnya tak mampu memberhentikan motorsikal yang dah bergerak makin menjauhinya.

Penat aku bodek bang long! Duit tu aku baru nak guna berbelanja! Eee geramnya.

Dengan nafsu nak jadi hulk,  hanania membuka kotak berisi telur 10 biji lalu tangannya mengambil satu telur. Bersama perasaan yang berdendam dan geram sekuat mampu dia membaling telur dan target yang ditetapkan adalah pada manusia manusia yang sedang syok melarikan diri .
"Eeeyargh! Mampus lo!" Tembakan dilepaskan.

"Argh!" Alhamdulillah balingan hanania berjaya mengena helmet sang pembonceng  . Kelihatan lelaki itu meraba belakang kepala sebelum berpusing dan matanya dan hanania bertemu.

"Woi! Busuklah nanti!" Jerit lelaki itu apabila baru menyedari apa yang hanania baling ialah telur.

Hanania menjelir lidah.
"Lantak sama kau lah! Aku nak duit akulah!"  Sebabkan dendam tak habis lagi, satu telur lagi dia baling. Dua telur dia balik. Tiga telur dia balik. Semua kena pada badan dan helmet perompak tadi.

"Argh sakitlah perempuan!"

Hanania memekakkan telinga. Selagi tak bagi duit aku. Jangan harap aku nak berhenti. Dahlah bawak motor lembab.

Akhirnya motor itu sudah betul betul hilang dari pandangan mata. Hanania mengeluh. 

Erm. Dah hilang.

Diorang dah hilang.

Dan duit aku pun hilang.

Erm telur mak. Dah pecah . Memang nahaslah aku.

Baju favourite aku koyak.

Apa ke bala lah malam ni.

Pin pin !

Hanania mengigit  bibir. Alamak ai sapa lagi lah hon kan aku?! Nak meragut rompak aku lagi ke?! Aku betul betul mama kedana lah!
"Takde! Aku takde duit! Blah jela dari sini. Duit aku...." bibir hanania mencemik sedih. Nak nangis balik lah macam ni.

.

.

.

"Cik qaseh?"

*****************************************

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

"Jom."

Selepas selesai dia meletakkan kereta pada parking, tenang dia mengajak. Tangannya bergerak ingin membuka tali pinggang keledarnya. Sempat matanya mengerling hanania di sebelah dan nampaknya mata gadis di sebelahnya sudah galak memandang kiri kanan persekitaran luar tingkap kereta. Serupa macam baru first time datang bumi. Haih. Dia menarik senyuman kecil.

"Uit." Terhenjut bahu hanania apabila tiba tiba suara jejaka muncul di belakangnya. Eh terkejut saya. Nasib mamat tu tak mencuitnya kalau tak entah entah tertumbuk pula mula bidadara ni. Habis aku ter rosakkan muka khazanah alam. Lepastu satu dunia kecam aku.

Laju hanania memusingkan kepala memandang ammar affendy yang tenang menatapnya. Gulp apahal lah malam malam ni makin hensem pulak anak orang ni. Mungkin kah sebab dia yang jadi hero aku tadi ? Eh tibe apa kaitan. Jap wake up nia woi . Jangan terkhayal . Payah lah mata encik ammar ni macam dadah tau. Woi dah dah.

Ya hero yang menyelamatkannya adalah encik ammar affendy.  Fuh siapa sangka dia mampu bertemu encik ammar pada waktu macam tu? Ha nak kata apa? Ini semua takdir nak menyatukan kami. Ceh puih.  Nasib baiklah rumah member encik ammar di taman tu. Dapatlah dia jumpa encik ammar lepaskan rindu. Lah pulak. 

Hanania berdehem kecil .
"Erm encik ammar, kenapa eh kita berhenti dekat sini? Saya rasa ini dah jauh dari taman rumah saya tadi. "

Mananya tak terkejut hampir jadi alien dia apabila bukak bukak mata sahaja bukannya imej rumah nya yang berwarna kelabu yang ada tapi benda lain pula tersaji hadapan matanya. Bukan encik ammar nak hantar aku balik?  Kenapa encik ammar membawanya ke pusat beli belah pulak ni ? Siapa pulak nak bershopping?  Kitorang bukan nak balik rumah ke? Jap ayat kau nia macam aku dengan cik mar serumah. Uhuk! Uhuk ! Mohon doakan eh tak mohon dijauhkan. Ha astagfirullah .

Ammar menaikkan kening.
"Nak beli telur mak awaklah. Kan dah pecah tadi. " tergelak kecil dia apabila teringat tindakan brutal nia membaling telur bertalu pada perompak tadi dengan muka berani habis. Padu betul. Nasib baiklah dia lalu kawasan taman tadi setelah melepak di rumah hadif. Apa lagi matanya disajikan pula aksi dasyat seorang gadis membaling selamba beberapa biji telur. Berani giler budak ni. Dan siapa sangka budak yang dia puji itu ialah cik qaseh. Dari warna cermin mata dia sudah pasti,memang gadis itu cik qaseh.

Hanania mengerutkan kening keliru mendengar ayat ammar.  La beli telur je pun? Apahal bawa aku sampai ke sini? Kedai pak jabit tu rasanya berlambak lagi stok telur. Kalah penternak ayam. Kalau aku curi ambil satu pun bukan orang tua tu perasan. 
"Eh  kalau setakat beli telur,  kedai runcit pak jabit tu pun bolehlah encik. Tak perlulah sampai ke shopping besar macam nak beli macam macam."

Ammar menggerakkan kepala ke kiri kanan perlahan. 
"No. Kita bukan nak beli telur je. Kita nak beli baju awak sekali." Jari nya ditunjuk arah lengan hanania lokasi di mana kekoyakkan baju berlaku.  Kekoyakkan eh. Haih.  Entah ada ke tak dalam dewan bahasa hm. Hentam sajalah labu.

Hanania membesarkan mata.
"Ha baju saya?"

Kalau tadi dia geleng sekarag dia angguk kepala. Harap tak jadi macam lagu angguk angguk geleng geleng tunduk tunduk.
"Yela. Baju awak tu kan dah terkoyak? Alang alang tu baik kita beli sekali gantikan baju tu. "

Mata hanania melihat badan diri sendiri yang telah memakai jaket hitam ammar untuk menutup koyak pada lengan bajunua. Ya, setelah kejadian tadi,laju ammar memberikan dia jaket yang dipakai untuk lindungi hanania. Itu pun dah bermakna bagi hanania.
Hanania mengertap bibir menahan perasaan terharu. Haih lah cik mar. Bersinar mata saya melihat awak.  Caringnya awak ni halamak ai . Tapi... tak apalah. Sesungguhnya diriku tak mahu menyusahkan mu. Setakat baju ni, tak apalah. Aku redho dengan segala yang terjadi pada bajuku.
"Eh tak apalah cik mar. Koyak sikit je. Balik rumah pandai pandai saya jahit.  Kalau tak pun, nanti saya buanglah baju ni. "

Cik mar?

Ammar affendy terdiam sesaat . Encik ammar, singkatan cik mar? Dia menutup mata sedaya mampu menahan gelak ketawa yang akan teburai. Tak pernah pula selama hampir 30 tahun dia hidup , orang memanggilnya cik mar. Bila dengar rasa kelakar pula. Macam nama burung je . Tak pun macam nama makcik kampung.

Oi cik mar. Buat apa tu?

Tak ada apalah cik seh. Tengah kupas bawang ja.

Eh jap macam dah terbabas ke mana pulak ni. 

"Cik seh, saya betul ikhlas . Awak sendiri kata baju ni baju favourite awak kan? Jadi saya bawaklah awak datang sini. Kita cari baju lain supaya awak ada baju favourite yang baru. "

Cik seh?

Terbatuk kecil hanania mendengar nama tu. Uish cik seh weh.   Dia balas balik. Aduh buat malu je la kau ni nia. Tapi nama cik seh macam makcik makcik kepochi pulak. Tapi bukan aku memang kepochi ke?

Tapi tapi kan tapi kan sekarang ni adakah encik ammar kata tadi yang dia ingat kata kata aku bahawa ini ialah baju favourite aku? Pergh ya allah. Dia ambil serius semua tu? Dan sanggup ke sini semata taknak aku sedih pasal sehelai baju. Haih tahan aku tahan aku. Manalah aku tak rasa nak jatuh pada dia. First time jumpa dah jatuh. Second time jumpa makin jatuh.  Sekarang aduh bengkak dah aku asyik jatuh pada ammar affendy ni. Argh. Erm dilarang menggedik . Sekarang kena serius.

Nak pergi shopping dengan encik ammar ke tak nak?

"Ermm.... tak apalah." dengan berat hati dia menggeleng menolak. Haduh. Sedih sebab terpaksa melepaskan peluang nak dating dengan cik mar . Tapi Bukan apa cik mar. Sedih lagi saya sebab duit nak beli baju pun entah ada entah tak ada haih. 

Ammar yang bagai tahu apa yang ada dalam kepala minda hanania terus mencelah.
"Eh jangan risau.  Saya belanja semuanya . Dah jom. No excuses. Jangan risau sebelum pukul 10 saya hantar awak balik okay?" Yela kita ni tengah bawa anak dara orang keluar kan. Mana mahunya lama lama. Takut kena rejam dengan baba cik qaseh pulak.

Fuhlamak. Dia nak belanja aku? Uhuk uhuk. Apa lagi nia jomlah dating dengan cik mar. Halamak. Eish tapi berat hati ini ingin mengikut. Kerana aku tak mahu menyusahkan dirinya. Jikalau diriku menyusahkan abangku qaylesh tak mengapalah juga. Tapi ini? Aku akan menyusahkan jejaka idaman malaya. Jap penatlah guna bahasa baku.
"Erm...Nanti kan...mesti family saya pelik.  Pergi get out dari rumah pakai baju lain, balik pakai baju lain. " itu dia alasan sudah muncul lagi di bibir spesimen hanania.

"Tak apa. Cuba slowtalk bagitahu mak baba awak yang awak hampir kena rompak. Dan ceritalah apa yang berlaku. Saya konfirm mereka takkan marah awak. Okay? Dah jom. Cepat pergi,  cepatlah kita balik. " ammar terus membuka pintu kereta untuk keluar.

"Cik mar !"  tetapi terhenti pergerakannya apabila hanania menahan menyentuh bahunya. Dia berpaling wajah kembali menyatukan matanya dengan mata hanania.

Hanania laju menarik kembali tangan. Eish maaf cik mar tersentuh pula awak tanpa sengaja tapi agak sengaja lah juga eh tak tak saya suci orangnya.
"Erm saya nak pinjam telefon sekejap boleh tak? Sekejap.... je. Telefon saya tengah cas dekat rumah." Hmm. Patutlah aku tak sedap hati nak tinggalkan fon dekat rumah tadi. Itulah kau pun satu nia bateri dah 90% yang kau mengada nak caj lagi kenapa? Ingat boleh sampai 500% ke? Haih yela aku salah.

Ammar menarik senyum kecil. Pinjam telefon je. Ingatkan ada masalah negara.
"Oh boleh je. Nak telefon mak eh?" Tangannya bergerak mengambil telefonnya yang diletakkan dalam poket kemejanya lalu ibu jarinya diletak pada permukaan telefon iphongnya.

Tertelan air liur hanania mendengar ayat ammar. Alahai ayat awak. Macam mak saya mak awak. Mak saya mak mentua awak. Aduh hati saya ni rasa macam tengah sambut tahun baru cina dah ni. Dum dum ceh dum dum ceh. Hmmm.
"Er haah."

"Nah. Saya tunggu dekat luar." Selamba dia hulurkan telefonnya pada hanania dan dengan sopan hanania mengambil.  Mata hanania melihat sahaja ammar yang dah menutup pintu kereta. Fuh encik ammar ni. Selambanya bagi aku pinjam telefon tanpa memerhatikan aku. Tak takut ke aku godam ke curi maklumat ke apa ke dalam fon dia ni?

Hanania terus memandang skrin telefon ammar ingin mencari ikon bentuk telefon. Gulp. Nak tersedak hanania melihat wallpaper ammar. Masya-allah gambar kaabah. Auto insaf diri dan hidupnya. Hilang niat nak godam telefon ni.

Apabila sudah jumpa ikon berbentuk telefon laju jarinya mendail nombor ibu terchenta. Harap haraplah mak jawab. Risau kadang kadang.  Yela mak tu pantang nombor tak dikenali call mesti decline. Katanya taknak kena scam. Harap harapla nombor encik ammar ni tak ada lah mak fikir scammer ke apa. Kalau mak jawab ni mesti tahu tahu je ni nombor bakal menantu dia.

"Assalammualaikum?" Suara ayu sopan kedengaran.

Woah. Suara mak. Mak jawab . Gilalah!  Adakah ini bermakna nombor encik ammar ni memang bakal menantu dia. Dah dah jangan berangan nia. Dari chap chap lepas tak habis habis berangan. Hanania berdehem membetulkan suara.
"Waalaikumussalam mak! Ni nia ni. "

"Ha kau nia. Lama benor pergi kedai pak jabit . Ni nombor siapa pula kau guna ni? Ha?"

Hamboi mak. Masa jawab call tadi ayu bebenor suara.  Sampai dah tahu ini anak dia mulalah suara singa buat comeback. Heyyai.
"Nia pinjam telefon kawan nia.  Erm mak, nia balik sebelum pukul 10 boleh? Kawan nia ni tiba tiba minta tolong nia teman dia pergi pusat beli belah. Okay mak? Jangan risaukan anak mak ni. Anak mak elok je ni."

"Ha? Siapa pula kawan kau ni? Kau mana ada kawan selain izzraf dengan si hanis tu!"

Ewah ewah apa mak ingat dua ekor tu je kawan nia? Apa nia ni katak bawah tempurung ke? Eh katak pun ramai kawan. Inikan nia. Heh.
"Bukan. Bukan diorang. Erm kawan..... erm kawan.. ala kalau sebut pun mak bukannya cam pun muka dia. Ha okaylah nia tak boleh cakap lama lama. Kredit orang ni mak. Okaylah love you bye mak Assalammualaikum. " terus dia menekan end call tak sempat mak nya ingin membalas apa apa.  Sengaja tambah love you dalam ayat supaya mak tak jadi mamazola.

Hanania menghela nafas lega . Okay settle. Now.... yeah yeah dah boleh dating dengan encik ammar dengan aman. Iqksnshshshsusjdb. Haih. Tak sangka ku mampu pergi shopping dengan jejaka idola  gadis gadis. Tapi haduh time nak dating jugak lah penampilan aku macam budak hingusan. Tudung bawal ni pun awning entah elok ke tak. Argh lantaklah. Janji comel.  Cam yeye comel.

Hanania melihat senarai kenalan ammar . Erm.... jarinya menaip .

Sayang.

No contacts found.

Baby.

No contacts found.

My gf.

No contacts found.

Tunangku.

No contacts found.

Wife.

No contacts found.

Babysayangushukmasham

No contacts found.

Okay clean semuanya.  Sah encik ammar single. HAHAHAHAHA.  Hanania terus menampar pipi sendiri. Woi dah jangan kacau fon orang. Dia bagi pinjam dah cukup baik. Bawak bawaklah sedar diri. Dahlah kesian dia tunggu dekat luar lama lama. Haduh.

Laju hanania keluar dari kereta dah berlari  ke arah ammar yang setia menunggu di luar. Sempat hidungnya menghidu aroma bau  yang datang dari jacket ammar. Fuh wangi siot. Dari tadi aku tahan je nak bau sepuasnya. Ya,jacket itu ammar yang bagi. Untuk menutup koyak pada bajunya. Haihlamak cik mar aroma cik mar sunggu wangi haushshshs. K dah jom keluar.

Ammar yang mendengar bunyi kereta ditutup automatik matanya melihat hanania yang sudah berada di sebelah.
"Dah?"

Hanania mengangguk.  Senyuman diukirkan.
"Sorry lama sangat guna. Terima kasih." Telefon ammar dihulur kembali kepada pemilik asal.

Ammar menggeleng kepala tanda tak mengapa. Dia mengambil semula telefonnya sebelum dia membuat keputusan menghulurkan semula iphongnya kepada hanania.
"Nah."

Hanania melihat telefon yang dihulur lantas mengangkat kepala memandang ammar yang lebih tinggi dengan pandangan keliru. Aik apahal? Tak sampai 5 saat dia pegang telefon takkan nak bagi aku semula ? Kenapa tak kata awal awal nak bagi fon tu pada aku?  tak payahlah aku nak buat plan nak rompak dia. Eh astagfirullah kau jangan nak jadi macam dua ekor mamat rompak tadi nia.

.

.

.
"Masukkan nombor awak." Tenang sahaja suaranya berbicara.

"Ha?" Muka nia tak payah cerita. Dah terkejut beruk. Adakah aku salah dengar? Tapi tak mungkin aku salah dengar? Tapi mungkin juga sebab aku pun kadang kadang soundtrouble macam mak.

Ammar menarik senyuman nipis.
"Nombor awak cik qaseh. Nah cepat.

Betullah weh nombor aku.

Hanania dengan terketar mengambil semula telefon ammar. Sah . Dia nak nombor aku! Haduhai jantung. Janganlah rancak sangat buat irama. Kalini rasanya sistem badannya tengah buat tarian hindustani . Dengan nia sekali nak menari. Okay calm down nia. Setakat minta nombor kau . Itu aja pun. Entah entah sajalah tu dia nak tambah contacts kenalan dia kan. Haih apalah kau ni. Husnuzon.

Selesai menaip nombornya dia mula berfikir. ha nak save apa? My nia ? Cik kesayangan? Si comel hanania? My girl?  HSHSHSHS kepala brain kau nia. Kau nak mampus awal ke buat macam tu? Encik ammar tendang kau bertalu talu nanti.

Erm save sajalah qaseh hanania. Hm paling formal dah tu. Tak ada unsur menggatal. Kot.
"Nah. " lagi sekali dia hulurkan kembali pada pemilik asal.

Ammar memandang skrin telefonnya sebelum mengangguk kepala dengan muka puas hati dan senyuman yang tak lekang dari bibir.
"Good. Now let's go."

Hanania akur mengikut langkah ammar menuju pintu masuk mall.

Yeah yeah dapat dating dapat dating dengan cik mar dengan cik mar. Aku ada korang takde. Yeah yeah. Uwek.
.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

"Jom masuk kedai ni." 

Ajakkan ammar spontan buat hanania menelan air liur. Seram weh masuk kedai ni. Barang barang dia semua macam berjenama weh.

Hanania sempat menjeling tanda harga salah satu baju.

Rm53? Rm64? Rm76?

Melopong hanania melihat harga harga pada tanda harga. Masyarakat. Apa yang mahal sangat baju baju ni? Gila ke apa?  Tak boleh jadi ni. Laju dia menarik hujung kain baju bahagian lengan ammar menahan ammar.
"Encik... saya rasa kan. Erm kita pergi kedai lain jom?" Dengan suara perlahan dia berkata apabila ammar sudah memandang.  Jangan kata kuat kuat. Nanti pekerja kedai ni dengar, mengamuk sakan kang. 'Apa hal kau tak nak masuk kedai ni?' Ha nanti takkanlah nak jawab ' apahal mahal bebenor kome semua letak harga ha? ' Automatik memanglah wwe lah akan terjadi citer nya.

"Kenapa? Tak apa. Kan saya kata saya belanja. Jom. Macam lawa je baju dekat sana." Kalini giliran ammar pula selamba menarik lengan hanania menuju ke arah pakaian wanita. Hanania pula dah sedaya upaya cuba brake kan kaki tapi redho jela ikutkan sahaja ammar. Haih encik ammar punya eksited nak beli baju kalah aku yang perempuan ni tau.

Hanania mengeluh perlahan menbiarkan ammar di sebelah. Apalah encik ammar ni. Aku dah cukup baik ajak dia pergi kedai murah sikit. Untuk apa? Untuk jimatkan duit dia. Itu pun dia tak reti bersyukur. Matanya kembali melihat ammar. Ammar affendy yang tenang melihat satu persatu baju blouse wanita.

Fuh kalah perempuan babe. Beria betul cik mar melihat depan belakang baju lepastu kalau tak berkenan sangkut balik. Lepastu pilih lagi , lepastu sangkut balik. Haih apalah. Pilih baju pun hensem. Aik tibe. Nak buat macam mana dah memang hensem? Puji jela.

Tapi kan bukan sepatutnya aku yang pilih baju ? Yela baju aku kan? Tapi.... Hanania tergelak kecil. Tak apalah. Bukan senang nak tengok lelaki pilihkan baju untuk perempuan. Nampak kiyut gila encik ammar fokus semata nak pilihkan baju aku. Tambahan dahlah encik ammar yang pilihkan tak ke untung ? Aku akan pakai baju yang ammar affendy pilihkan? Woah peluang satu dalam sejuta. Memang automatik baju tu la baju favourite aku.

Ammar melihat satu baju blouse berwarna pink lembut dan bersorak bunga bunga di bahagian lengan. Dia mengangkat baju tersebut dan melihat depan belakang. Dia
terus berpaling melihat hanania di sebelah yang tersenyum melihatnya.
"Kenapa awak senyum?"

Doom. Terus hanania menghilangkan senyuman.  Kantoi pulak tersenyum senyum pandang dia haduh. Encik ammar ni kalau nak toleh tu bagilah signal dulu. 
"Erm mana ada saya senyum.  Saya errm saya exercise mulut tak nak bagi cramp."  Lalu dia ukir senyum lalu hilangkan ukir senyum lalu hilangkan ukir lagi hilang lagi.  Macam tak betul.

Ammar tergelak kecil. Qaseh Hanania. Jarang tak ada alasan.
"Apa apa lah awak ni. " tangannya yang masih memegang hanger yang tergantung baju blouse bergerak dan diacukan pada badan hanania.

Hanania terkaku. Okay encik ammar tengah cuba tengok baju ni muat ke tak pada aku ke? Okay erm aku mula rasa macam mak aku tengah pilihkan baju sekolah aku.

Ammar mengangguk perlahan setelah memastikan baju tersebut kena atau tidak dengan hanania.
"Okay tak baju ni? Awak suka tak? Bagi saya baju ni lawa. "

Hanania menatap baju yang dipegang ammar. Erm cantik. Bijak ammar memilih. Macam tahu tahu je aku suka baju longgar dan girly. Senang betul hidup bini dia nanti. Kalau tak tahu pilih baju, ammar yang pilihkan.  Jap sendu datang balik.
Dia mengangguk.
"Cantik. Tapi kan encik. Erm kenapa encik berusaha pilihkan baju saya? Buat susah encik je."

Ammar mengukir senyuman pencair hati manusia lagi lagi hanania. Haduhai makin lama makin bergelora nafsu nak culik anak orang.
"Mana ada susahkan. Saya saja je. Saya sebenarnya teringin nak pilihkan baju untuk perempuan. Saya tak ada adik perempuan atau kakak. Kekasih lagilah tak ada. Jadi alang alang awak nak beli baju, tiba tiba saya rasa macam nak pilihkan. Awaklah perempuan pertama yang saya buat macam ni. Erm atau... awak tak suka ya saya pilihkan baju awak? Kalau macam tu tak apalah saya...."

"Eh mana ada! Saya suka. Saya tak kisah pun. Lagipun encik yang baik hati belanja saya. Saya tak kisah. Baju tu pun cantik sangat.  Pandai encik ammar pilih." Hanania terus menarik senyuman lebar. Entah kenapa rama rama eh bukan semua jenis binatang dah ada dalam perutnya mendengar ayat comel ammar tadi. 'Awaklah perempuan pertama yang saya buat macam ni.' Argh! Ya allah. Aku tahu aku tak patut rasa begini tapi haih . Kenapa lah aku rasa makin sukakan dia? Comel sangat lah dia ni. I kennot i kennot.

Ammar terdiam mendengar kata kata laju si nia. Sebelum akhirnya ammar turut sama sama membalas senyuman hanania.
"Terima kasih."

Hanania senyum melihat  ammar yang pantas mengangkat tangan sebagai isyarat kepada pekerja kedai itu . Nampaknya tangan ammar berjaya mendapatkan perhatian perkerja wanita yang cepat cepat bergerak ke arah ammar. Amboi. Cepat betul datang ya . Cuba kalau aku yang angkat? Entah entah kena palau.

"Sorry, baju ni berapa harga?"

Pekerja wanita itu tersenyum.
"Baju ni harga asalnya RM68.90. Tetapi sekarang kedai kami ada buat promosi. Kalau encik dan isteri encik nak lah. Promosinya kalau encik beli baju dari baju wanita di sini dan beli satu lagi baju lelaki di sana jenama yang sama, akan dapat diskaun 40%. "

Hanania terdiam. Bukan. Bukan sebab ada perkataan diskaun. Sesungguhnya saya memang sukakan perkataan diskaun.  Tapi ayat akak ni. Fuh sukahati je cop aku ni isteri encik ammar. Apahal eh? Eh eh yai! Tahu tahu je aku suka! Ha panggillah lagi macam tu. Boleh saya aaminkan. La nia ingatkan nak marah tadi.

Mata hanania mengerling cuba melihat ammar . Eh pipi encik ammar merah. Sekali lagi? sekali lagi ke dia pakai makeup tak ajak aku ? Aduhai . Eh jap apahal pula encik ammar nak makeup lagi? Chapter lepas pun dia macam ni. Eh jap... takkanlah dia macam ni sebab dia blushing! Alamak dia blushing sebab ayat akak ni jugak kan?

Cis akak ni. Akak dah buat member sebelah saya jadi tomato.  Ha bak sini bayar ganti rugi. Tiber.

Ammar menggosok belakang tengkuknya.
"Erm kalau macam tu , saya pilih promosi tu lah. Erm jom cik seh . Kita pergi bahagian lelaki pulak."

Hanania akur mengikut jejak langkah ammar yang lurus bergerak ke arah pakaian lelaki. Yang kelakarnya tangan encik ammar ni masih pegang hanger baju perempuan untuknya. Haduh.

"Ha ni lah baju jenama sama dengan baju awak. So , kena pilih baju area sini jela."  Ammar memandang papan tanda nama jenama dan nama jenama pada baju hanania. Ok sama.

Hanania mengigit bibir.  Alamak ai. Maksudnya baju kita sama jenama lah? Haduh couple set sangat.  AGAGAGAGA. Dah jangan nak buat kerja gila nia. Cik ammar cuma nak diskaun je. Kan promosi tu. Memang tak lah dia nak ada couple set dengan kau.
"Haah. Kalau macam tu... meh baju saya biar saya pegangkan. Encik pilihlah baju apa encik nak. " tangannya bergerak ingin mengambil hanger yang masih dipegang ammar. Sian lenguh tangan member pegangkan baju aku. Tapi tak sempat dia nak rampas hanger tersebut, laju ammar naikkan tangan mengelak hanania untuk berjaya mendapatkan apa yang gadis itu nak.

Hanania memandang ke atas arah tangan ammar affendy.  Apa masalah encik ammar ni? Dia sengaja ke nak ejek aku pendek tak sampai nak ambil hanger tu. Tapi memang aku pendek pun. Hm.
"Kenapa?"

"Saya dah pilihkan baju awak. Apa kata kalini awak pilihkan baju saya, cik qaseh? Yela awak kan lagi pakar bab fashion ni. " Senyuman nakal terukir dihujung bibir .

Hanania menelan air liur menatap tepat mata ammar. Apa ni? Jangan pandang saya macam tu cik mar. Saya rasa attacked.  Heart saya kena attacked.  Apa ingat sweet ke main pilih baju sesama sendiri? Argh memang sweet pun! Sweet kan saya dan encik ammar.

Nak buat macam mana nia? Anggaplah ini membalas jasa encik ammar. Dia dah belanja kau baju dan telur mak kau.
"Fine." 

Jelas riak wajah gembira terlakar pada wajah ammar affendy mendengar kata hanania.

Hanania terus berjalan mendekati pelbagai baju yang tergantung.  Erm macam macam design ada. Mengikut cita rasa saya, saya suka lelaki yang pakai hoodie. Nampak cool and cute gila lelaki yang pakai hoodie ni. Tapi kita kena sedar diri eh. Yang pakai hoodie tu negara diorang sejuk. Tak kan aku nak pilih hoodie untuk encik ammar? Negara malaysia ni dahlah jarang tak panas. Habistu nak suruh encik ammar pakai hoodie? Memang strok haba lah member sebelah ni.

Jadi, kita pilih calon kedua. Saya juga suka lelaki yang pakai baju macam kemeja tapi bukan kemeja kerja tapi kemeja kasual santai. Mata hanania terhenti memandang salah satu kemeja yang tergantung. Dia cuba menyentuh tekstur kain kemeja tersebut dan ternyata kainnya jenis lembut macam apa yang dia sangka. Kain jenis lembut selalunya tak panas. Tambah pula kemeja ini sangat cantik di mana hanania. Warna pink pastel tambah pula corak yang ada pada kemeja tersebut membuatkan sesiapa yang memakai mesti nampak macho dalam masa yang sama cool.

Tapi itu citarasa aku. Encik ammar belum tentu suka. Mana tahu dia haters warna pink. Naya jugak nanti. Dia berpusing untuk melihat muka ammar sekaligus meminta pendapat. Sangkanya ammar sedang melihat skrin telefon.  Biasalah lelaki kan bila bosan tunggu perempuan shopping , tak lain tak bukan tengok telefon lah. Tapi ehem lain pula jadi kerana mata ammar sudah melekat menatapnya. Uhuk encik ammar ni apa yang suka sangat pandang saya? Saya ni kentang cik mar.

"Encik suka warna apa? Erm yang ni encik suka tak? " tangan hanania memegang lengan kemeja pink pastel menunjuk kepada ammar.

Mata ammar yang dari tadi memandang hanania beralih melihat kemeja yang hanania sentuh. Terus dia gelak menonjolkan gigi yang tersusun.

Aik? Apa kena encik ammar ni? Aku tanya punyalah serius dia boleh gelak? Aku ada buat lawak ke? Ke dia tak suka pilihan aku?   Tapi not bad apa. Muka encik ammar yang kacukan tu konfirm sesuai pakai baju ni. Tapi yela nia sedar diri. Lain orang lain pendapat. Dah dia tak suka nak buat macam mana kan.

"Awak ni saja je kan? "
Tak sempat hanania ingin tanya 'encik tak suka baju ni eh apahal gelak' tiba tiba sahaja ammar memotong peluangnya nak bercakap.

Hanania menaikkan kening tanda tak faham dengan maksud ayat ammar. Apa yang aku saja? Muka aku macam tengah kenakan dia belikan baju pink ke?
"Ha?"

"Awak ni saja je kan. Pilih warna pink jugak baju saya . Nak matching dengan saya eh? " dengan gelak yang masih bersisa ammar menunjukkan hanger tersangkut baju yang dia pilih untuk hanania.

Hanania terkaku. Matanya meneliti baju yang dipilih ammar. Warna...warna baju sama weh. Halamak ai. Kenapa aku tak perasan baju warna kitorang sama? Aduh mesti dia ingat aku gedik nak samakan matching kan baju dengan dia. Haduh malu lah haiyaa. Pipi hanania dari normal tiba tiba rasa panas.
"Eh eh ma..mana ada. Saya baru perasan baju saya tu warna pink jugak. Er... tak...tak apalah. Saya pilih baju lain untuk encik." 

"Eh tak payah lah. Saya suka kemeja awak pilih tu. Ambil saiz L . Bagus lah awak ni pilih baju yang matching dengan baju awak.  Jom . Kita ke kaunter pembayaran." Sempat ammar kenyitkan mata sebelah kepada hanania sebelum selamba berjalan ke arah kaunter meninggalkan hanania.

Qaseh hanania rasa macam tercekik. Jantung tak payah cerita. Dah buat persembahan drum bergendang. Apa? Apa maksud encik ammar? Dia suka ke dapat baju matching dengan aku? Cik mar jangan macam ni cik mar. Saya lemah orangnya. Saya tak nak perasaan saya ni makin berbuah untuk encik ammar. Argh no.

Dah nia. Kita kena move on. Anggap jela cik mar kawan baik. Awak tu tak mungkin akan bersama ammar affendy. Baiklah. Saya sedar diri. Hanania menarik nafas lalu menghembus. Menghilangkan rasa nervous. Lalu kakinya pantas mengejar ammar. Jangan tinggalkan saya encik ammar. Telur mak saya belum beli lagi!

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

"Eh aku punyalah!" 

"Bluek siapa cepat dia dapat lah." Selamba sahaja biskut bentuk bear yang terakhir dia masukkan ke dalam mulut tak mempedulikan member sebelah yang dah naik hangin.

"Eiiyai samdul lah kau ni ! Aku ni owner biskut ni sepatutnya tu aku punya. Kau ni memang minta rembat lah!" Dengan geram dia membantai kuat izzraf di sebelah dengan kusyen sofa. Biar patah tulang .

"Argh argh sakitlah ! Mak usu! Nia rembat izz mak usu!"  Lantang darwish izzraf mengadu mogahan mak usu nya dengar jeritan batinnya. Tak sanggup kena bertalu talu dibantai hanania. Dahlah padu dia pukul .

"Kau diamlah! Ini memang balasan untuk perbuatan keji kau." Kalini rambut acah kpop tutup dahi izzraf dia tarik. Geram gila dengan mamat ni. Sukahati je makan biskut orang tanpa kebenaran lepastu boleh habiskan?! Dahlah guna duit aku. Bukan duit dia.  Kepala brain dia. Memang minta rembatan lah jawabnya.

"Weh sakitlah babun. Weh rambut aku! Argh! Mak usu!" Dengan muka perit izzraf cuba menolak badan hanania tapi apahal tah sepupunya macam nekad sangat nak bantainya. Kuat semacam. Sudahlah rambutnya yang jadi mangsa. Baru semalam aku buat treatment rambut. Harini dah rosak balik haih.

"Eh ya allah nia! Kau nak bunuh kazen sendiri ke nia! Jangan nia. Kesian dia . Dia tu single lagi nia. Ya allah." Hanania yang sedar maknya sudah berlari ke arah mereka dengan senduk di tangan terus melepaskan rambut izzraf dengan rasa puas. Tambah takut sikit. Yela dah nampak ada senjata di tangan maknya. Memang tak berani nak lawan. Takut benjol kepala kena hentak guna senduk tu.

"Si izz ni lah mak. Ada ke patut habiskan biskut bear nia. Memang kena pelangkung habis habisan lah cite dia." Dia melirik mata cuba melihat keadaan izzraf . Ternyata izzraf sudah membetulkan rambut dengan muka yang masih menanggung seribu satu kesakitan. Heh nak nangis le tu.  puas hati aku. Patut aku tarik sampai botak je rambut dia.

Izzraf dengan geram menjeling tajam hanania. Perangai macam eh yai. Nak carut nasib baik sayang.
"Ek eleh. Biskut je pun. Kedekut tahi hidung masin. Rambut banyak kutu. Hati busuk."

"Woi tahi hidung aku manis ah! Nak rasa ke? Ha kejap." Jari hanania mula bergerak ke arah hidung sendiri. Rasanya semua orang dah tahu apa minah ni nak buat.

"Eh kau tak payah nak tunjuk perangai tak senonoh kau pada readers nia. Kau duduk diam. Mak ada benda serius nak kata pada kau."

Hanania terus memandang maknya yang dan naikkan senduk nak baling ke arahnya. Laju dia duduk sopan kembali menghentikan niat jahat tadi. Nasib baik maknya halang kalau tak ha... mampus lo izzraf.
"Apa mak? Nak bincang apa? Serius sangat ke? " Fokusnya teralih pada mak. Apa benda agaknya dia nak kata? Serius bebenor ke? Mak menang cabutan bertuah? Mak dapat gelang emas baru dari baba? Takkanlah.... mak nak bagitahu aku akan dapat adik lagi?? Eh tak mungkin. Never.

"Erm tak adalah serius sangat. Cuma haritu orang datang meminang kau. Jadi, mak terima.  Ha Ni cincinnya." Selamba muka tak bersalah ibu tercinta mengeluarkan satu kotak baldu kecil lalu letakkan atas meja kecil ruang tamu. Rileks dia macam yang kena pinang itu adalah lembu ternakan.

"Ha?! Meminang?!"

Berkerut kening mereka melihat izzraf yang kuat bersuara dengan muka tak puas hati.
"Eh kau kenapa izz? Macam lagi terkejut dari yang kena pinang. Oh mak usu tahu. Kau jeles eh tak ada siapa minang kau? Padan muka kau. Mak usu dah ajar kau skill pikat perempuan kau degil tak nak cuba. Ha kan dah single lama lama."

Izzraf menggeleng tak percaya. Nia dah kena pinang?! Habis.. aku...

Aku macam mana?

Hanania terkaku. Tak dihiraukan maknya yang dah membahan izzraf secukup rasa. Matanya membesar melihat kotak berisi cincin. Weh. Seriuslah? Ada orang masuk meminang aku? Gila ke apa? Aku mana kenal mana mana lelaki selain izzraf? Takkanlah dia yang pinang aku. Eiiish tak mungkinlah. Muka mamat ni tadi lagi terkejut dari aku. Habistu siapa?! Siapa ? Siapa pula kurang cerdik yang pinang aku ni.  Dahlah mak taram terima je . Eh yai.
"Mak! Kenapa mak terima? Nia tak kenal pun dia! Nia taknaklah mak kahwin dengan orang nia tak kenal. Haduh mak. Pusing kepala nia macam ni mak." Muka stres dia tunjukkan sambil acah jari memicit dahi. Nak tunjuk dia memang pening dengan tindakan selamba maknya. Terima pinangan orang tanpa minta pendapatnya. Sekarang ni mak nak kahwin baru ke nia yang nak kahwin?

"Betul tu mak usu! Nia mana boleh kahwin dengan orang dia tak kenal. Dia kena kahwin dengan orang dia kenal. Ni contohnya..." izzraf yang sudah  menghalakan jari ingin menunjuk diri sendiri sebagai calon terus terhenti ayatnya apabila hanania sudah memandangnya dengan pandangan maut. Pandangan berani kau cadangkan diri kau, aku sembeli kau buat lauk malam ni .

Izzraf memuncungkan bibir sedih akibat di friendzone. Eh Bukan . Tapi cousinzone.

"La kau tak kenal ke? Pelik pula. Budak tu kata kau kenal dia. Jadi kau tak nak lah ni? Kalau macam tu, mak call dialah kata kau tak nak. Sebelum mak terima, mak ada kata lepas mak beritahu kau, tanya pendapat kau, baru mak akan bincang balik dengan dia. Tapi dia suruh terima je cincin ni dulu. Mak ambil jela. Eish peliklah budak budak zaman sekarang ni." Sorang kata kenal. Sorang kata tak kenal. Halamak menyusahkan hidup aku. Amboi maknya. Brutal betul.

Kotak cincin baldu merah dibuka memperlihatkan sebutir cincin permata silver yang berkilauan. Hanania menelan air liur.  Pergh lawa gila cincin tu! Nampak macam mahal gila! Kaya ke lelaki tu? Kalau aku kahwin dengan dia agak agak jadi mak datin tak aku?

No nia. Kau kahwin kena ikhlas. Jangan sebab harta. Hm tahan nafsu tahan nafsu. Matanya ditutup walaupun kejap kejap dilirik pada cincin yang baginya tersangat menawan. Pandai lelaki tu pilih. Tapi sayang,terpaksa aku tolak.

Telefon di dalam poket baju mak nia keluarkan ingin mendail nombor seseorang.

Baru nak mendail, laju maknya berpaling memandang hanania.
"Betul kau tak nak? Rugi tau. Helok pun helok. Kaya pun kaya budak tu..keturunan pun baik. Betul tak nak?" Muka promote orang dah keluar.

Hanania dengan muka nekad hanya mampu mengangguk .
"Ya mak. Ha cepatlah call budak tu."
  Tak ada niat nak halang. Sebab memang itu lah keputusan terbaik. Iaitu dia tak nak berkahwin dengan orang dia tak kenal. A

Hanania mengalihkan mata menonton televisyen. Serabut minda tadi beransur hilang setelah melihat wajah shah rukh khan. Janam janam janam.

"Ha assalammualaikum.  Ini makcik ni. Mak hanania. Ingat lagi tak? "

Hanania menelan air liur.  Itu ka manusia yang pinang aku? Dia cuba mendekatkan telinga kepada telefon maknya tetapi hampa suara lelaki itu tak dapat sampai kepada pendengarannya. Haduh mak ni. Bukaklah speaker.

"Oh nasib kamu kenal. Ini makcik nak sampaikan berita sedih sikitlah pada kamu pasal pinangan haritu . Eh jap sebelum tu. Makcik nak tanya semula apa nama penuh kamu? Maaflah otak makcik ni sebesar semut je. Terlupa pulak. "

Hanania menggulingkan mata mendengar suara maknya. Hamboi bagitahu jela cepat mak yang nia taknak dia . Boleh pulak tanya nama panjanglah apalah. Ingat ini interview ke apa? Tapi bagus juga. Apa nama dia eh?
.

.

.

.

.

.

.

"Oh ha. Muhammad ammar affendy bin dato mustapha husin. Ha baru makcik ingat.  Maaflah panjang nama kamu ni berbelit lidah makcik ni nak menyebut. "

What.

The.

Fish?

Hanania membeku. Tangannya tak mampu bergerak. Matanya membesar dua kali ganda dari saiz normal. Tak mungkin....

Tak mungkin...

pandangan laju dihalakan arah maknya yang sedang tersenyum bersembang dengan orang yang meminangnya. Dan kalau tak silap telinganya dengar nama orang tu.

.

.

.

Nama yang dia semat dalam minda sejak bulan lalu.

Nama yang lama dia tidak bersua muka.

Dan nama tu.

Nama tu.

Yang mak sebut ke tadi?!

Kenapa nama orang yang pinang aku tu....

SAMA DENGAN NAMA ENCIK AMMAR!

.

.

.
AMMAR AFFENDY!

takkanlah?

Takkanlah orang yang masuk meminang aku tu?

Dia?

Cik mar aku?

Oh my allah!

Kuat dia dapat rasakan jantungnya berdegup kuat kencang. Mungkin dia akan mengalami high blood pressure. Atau dia akan pengsan. 

Sebab ini semua mustahil! Adakah ini semua mimpi? Jikalau ya jangan bangun kan aku.  Orang yang aku suka pinang aku. Mimpi apa lagi yang indah selain tu?

"Oh ha makcik nak kata pasal nia. Makcik dah  bagitau pasal pinangan kamu tu. Dan maaflah. Makcik tak sampai hati nak bagitau kamu ammar. Tapi si nia tu dia kata dia nak to...."

Hanania membesarkan mata. Apa?! Mak nak cakap apa ? Dia nak kata aku tolak pinangan encik ammar? Tak boleh! Tak boleh no way!

Secara tiba kelajuan normal bertukar kepada 0.5×.

"To....l...lak..." dengan slowmonya bibir itu bergerak ingin berkata.

"Ja.....ngan......" tangan nia bergerak slowmo juga ke arah sesuatu.

Zap!

Kelajuan normal kembali.

"He..hello?!hello? Ini... ini encik ammar ke? Saya... saya ni hanania. Hello?"  Dengan nafas laju hanania  berkata selepas meletakkan telefon maknya pada telinga.

Ya. Akibat panik , sepantas mampu dia bangun lalu merampas telefon maknya dan akhirnya dia cepat cepat bercakap pada orang di talian . Sebabkan kalut dan berdebar sangat terus mulutnya main cakap saja ayat. Tak dihiraukan wajah terkejut maknya dan wajah bingung izzraf dengan tindakan tiber nya. Tadi cakap nak tolak. Tiba tiba bangun berdiri rembat fon orang.

Nampaknya orang di talian sana terdiam 5 saat setelah mendengar suara hanania sebelum kedengaran bunyi berdehem .
"Cik qaseh ya? Erm.. ya saya ammar. Erm tadi mak awak nak cakap apa pasal pinangan saya. Dengar macam ditolak."

Di... di.. tolak?!

No!

Takkanlah aku nak tolak! 

Idiot nia. Patutnya tadi kau tanya mak apa nama dia awal awal. Kan dah malu.
"Eh bukan bukan! Takkanlah saya tolak. Eh no.  Mana ada perkataan ditolak . " dengan  suara yang panik dia menjawab. Tambah lagi malu.

Nampaknya sekali lagi ammar affendy terdiam.
"Jadi....... maknanya pinangan saya awak terima ya? Macam tu ke cik qaseh? "Kalini dengar pula gelak halus jejaka tampan yang nampaknya berjaya buat hanania rasa panas. Woah. Ayat aku tadi. Nampak sangat ke aku taknak tolak pinangan dia.

Kali ni hanania pula yang berdehem kecil. Nak bagi hilang nervous.
"Ehem. Not too fast encik ammar affendy.  Saya takkan terima selagi saya tak dapat dengar penjelasan encik. Saya nak jumpa encik." Dalam hati yang excited crush meminangnya  , ada juga terselit perasaan curiga. Yelah. Mananya tak curiga.

Encik ammar affendy?

Yang segak bergaya? Yang kalau senyum , antartika pun boleh cair tu? Yang nampak hot kalah sauna tu?

Yang tu? Takkanlah yang tu meminang aku? Aku yang kentang ni. Tak lawa. Tak hot. Tak tinggi. Gedik terlebih. Mengada ter over ni?

Eh dia gila ke apa?

"Hmm...okay. Esok saya datang rumah awak. Saya kena letak ni . Ada meeting kejap lagi. Bye cik qaseh assalammualaikum. Take care."

Dan panggilan telah ditamatkan.

Hanania mengerlipkan mata berkali kali.

Tak percaya.

Tadi tu betullah encik ammar. Encik ammar meminang aku. Meminang untuk dijadikan isteri dia.

Wait. Ke untuk isteri orang lain?!

"Mak! Dia meminang nia untuk siapa? Untuk jadi isteri dia ke adik dia ke abang dia?!" Dengan muka cuak hanania kuat bertanya.  Perasaan teruja tadi tiba tiba bertukar risau. Lengan maknya digoyang goyang . Kaca mata sudah senget.

"Eh kau ni bijak betul! Dia pinang kau untuk dialah. Dia tu anak tunggal. Yang kau ni apasal? Biul ke? Tadi eksyen nak mak tolak. Ni tiba tiba gelabah gedik semacam kenapa? Okay tak okay kau ni?"

Hanania hanya mampu menadah telinga mendengar segala kata kata maknya. Kadar kelajuan kata mak tak mampu nak atasi kadar jantung nia yang tiba tiba laju berdegup.

Haih.

I believe i can fly. I believe i can toing the sky.
.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

"Nah."

"Terima kasih makcik ." Huluran air itu dia sambut dengan sopan.

"Eh apa makcik makcik ni. Panggil mak jela. Nanti kita kan nak jadi satu keluarga." Ammar tergelak kecil mengikut mak hanania yang dah beria gelak .

"Err.. tapi kena tunggu kata kata nia mak. Mana tahu dia tak suka ammar." Ammar mengertap bibir. Ya mana tahu. Hanania tak suka padanya.

Dia menaikkan kening apabila sekali lagi mak hanania menggelakkan kata katanya.
"Tak suka apanya. Haritu masa mak kata ammar yang pinang dia, elok elok dia taknak terus nak. Nampak sangat setujunya tu. Eh mana budak ni tak turun turun. Dasar tak berbudi bahasa. Kejap eh." Nampaknya mak hanania sudah bergerak masuk ke dalam rumah.

Ammar affendy terdiam sambil melihat pokok bunga di laman rumah qaseh hanania. Betul ke apa yang mak hanania cakap? Betul ke cik qaseh buat macam tu. Ammar menggosok dadanya supaya surut sedikit rasa debaran di dada.

"Ehem. Encik ammar?"

Ammar laju berpaling melihat manusia yang menyeru namanya yang sudah mendekatinya. senyuman lebar terus ditarik.
"Cik qaseh. "

Qaseh hanania mengertap bibir terpukau melihat senyuman manis berlemak ammar .  Kaca mata berpura dibetulkan. Haduh aku baru sampai dia dah senyum eyesmile charming tunjuk gigi macam tu. Baru nak mula bincang hati aku dah tak tenang. Acane ni.
"Er... ya saya. Saya duduk eh?" Salah satu kerusi disentuh  dan apabila mendapat anggukan ammar, punggungnya dilabuhkan pada kerusi . Tapi apahal aku kena minta izin dia untuk duduk? Ni rumah aku kan?

Krik krik.

hanania mengerling ammar yang pendiam sedang syok merenung pokok pokok bunga milik maknya. Erm...  kenapa tiba tiba rasa awkward ni? Encik ammar malu ke? Jangan kata dia,aku ni lagila malu sebenarnya nak jumpa dia. Hmm dahlah dia pinang aku. Arghh. 

"Sihat?"

Mata hanania terus melihat ammar yang mengeluarkan suara tadi selepas 5 minit berdiam diri. Tetapi mata lelaki itu masih menatap bunga. Alamak finally. Keluar pun suara hang. Tapi awat hangpa pandang bunga ja? Pandang la aku. Okay aku tau bunga tu lagi lawa dari aku. K k. K.
"Si..sihat. encik pulak?" Hala cliche nya retweet soalan.

Habistu takkan aku kena kata
"Sihat je encik lepas kena pinang ni. Apa lagi encik jomla kahwin sekarang."

Hanania melihat ammar mengangguk kecil kepala.
"Sihat ."  Encik ni kenapa jawab sepatah? Tahulah suara encik seksi nak mampuih.

Kalini giliran hanania pula mengangguk walau bukannya ammar pandang.  Okay. Keadaan menjadi Krik krik semula.  Ini kalau semut lalu pun boleh dengar tapak kaki semut.

"Awak dah dapat kerja yang awak interview tu?" Sekali lagi suara ammar keluar bagi menutup perrsekitaran krik krik tadi.

"Errr entahlah . Dari hari itu tak ada kata apa apa pun pada saya. Apa saya ni tak menepati ciri ciri mereka nak ke? Diorang tak tahu ke susah nak dapat pekerja berdedikasi macam saya?" Podahh. Dah sebulan tak ada khabar berita. Reject aku lah tu. Hem takpe. Banyak lagi kedai lain nak aku. Kah kah kah.

Macam yeye kalau macam tu kenapa sampai sekarang menganggur. Hm.

Hati hanania yang membara dendam tadi terus bertukar sejuk tenang permai aman sentosa jaya semarak semangat merdeka tanggal 31 apabila bunyi gelak kecil ammar kedengaran. Muka ammar pun berseri bagai baru lepas makan kuih seri muka berlebihan. Gulp encik ammar memang pandai buat saya hilang marah .

Baru hanania ingin membuka mulut ingin mencipta apa apa topik sebab takkan ammar je nak cipta topik . Bagilah turn aku pula untuk berfunction di sini. Baru sahaja nak berkata terus terhenti pergerakan apabila secara tiba ammar memusingkan kepala menghadap wajahnya lalu menyatukan pandangan mereka.

.

.

.
"Saya nak kahwin dengan awak."

Beku. Dia membeku. Nia, Semalam kan kau ingat nak korek telinga tak? Erm. Rasanya tak. Maka adakah apa yang aku baru dengar tadi adalah khayalan. Tapi kenapa pandangan encik ammar kepada aku bagai mengharap?
"A...apa?" Dengan suara acah ayu dia bertanya walhal ikutkan dia sudah bertanya APA?! menggunakan suara not tinggi mengalahkan penthouse.

Ammar menarik nafas mencuba menghilangkan rasa nervous. Dadanya bagai sesak ingin berkata kata. Adakah ini perasaanya jika ingin berkata sesuatu tetapi takut ditolak?
"Saya nak kahwin dengan awak cik qaseh. Saya nak jadikan awak isteri saya." Pandangannya masih bersatu bersama mata hanania dan ternyata mata gadis itu membesar bermakna terkejut dengan pernyataannya. Hm adakah aku terlalu straightforward?

Tapi iqi bagi tips semalam supaya jadi straightforward. Baru macho lebih katanya. 

Hanania menyentuh dada yang berdubdab
Sah dia tak pekak. Sah telinganya normal. Encik ammar sedang melamarnya. Untuk dijadikan isteri. Isteri weh. Bukan pekerja part time. Omg. Adakah ini mimpi? Adakah semua ini benar benar terjadi pada seketul hanania? Erm tapi dia betul betul nak kahwin dengan aku ke? Atau..... dia sebenarnya.  Ada niat lain?
"Ke...napa encik ammar nak kahwin dengan saya? Encik ada niat lain eh? Encik nak minta tolong saya kahwin dengan encik supaya harta ayah encik jatuh pada encik? Atau... encik penat orang asyik tanya 'bila mu nak kahwin ammar?' Macam tu?" Padah membaca wattpad berlebihan telah merasuk hanania.

Tetapi ada logik juga katanya bagi dia. Yela mana mungkin seorang ammar affendy nak berkahwin dengan kentang macam aku ni. Aku tak tahu kenapa. Tapi

Aku rasa tak layak.

Pergh asal ayat broken sangat.

Broken lah. Kita sedar diri kitew.

Ternyata wajah ammar bagai blur beberapa saat. Otaknya mencuba loading kan kata kata hanania. Dan akhirnya dia memahami maksud di sebalik ayat nia.
"Astagfirullah. Takkanlah saya nak buat macam tu pada awak? Takkanlah saya nak mempergunakan awak demi kepentingan saya cik qaseh?"

Hanania mengertap bibir. Hm tah kau nia. Kau hengat ni novel ke nak memperguna bagai? Tapi haih berat bahu memikul dosa,berat lagi hatinya ingin mempercayai fakta bahawa ammar ikhlas.
"Ja...jadi kenapa encik nak kahwin dengan saya? Encik...rabun dekat ke rabun jauh? Nak pinjam spek saya?" Tangannya bergerak ingin menarik kaca mata yang dipakainya untuk diberikan pada ammar.

"No. Saya tak rabun apa apa. Mata saya sihat lagi. Kenapa lagi saya nak kahwin dengan awak? sebab saya sayangkan awak cik qaseh . Saya jujur. Saya dah jatuh cinta pada awak.  Saya memang ikhlas nak kahwin dengan awak. Tak ada siapa pun paksa. Trust me. Please. "

Tergamam. Dia tergamam . Dia terkaku melihat anak mata ammar yang bercahaya tambahan pula ayat ammar. Ayat yang 'saya sayang awak.'  Tu okay lagi walau dah tahap koma. Tapi ayat 'saya dah jatuh cinta pada awak.' buatkan nia ingin kritikal. Encik ammar sayang aku? Dia sebenarnya cinta pada aku? Dan dia sebenarnya mempunyai perasaa yang sama macam aku ? Like really? Seriouslah. Ya allah. Adakah ini dugaan?

Hanania menggeleng kepala perlahan. Memang benar dia tak mampu bohong hatinya berasa seperti sedang membuat festival bunga api. Tapi dia harus berpijak di bumi yang nyata.
"Tak...tak mungkin. Saya tak percaya.  Encik. Encik sedar tak? Encik nampak tak muka encik bila tengok cermin dengan diri saya? Berbeza sangat encik. Saya ni kentang, cik mar ."

Ammar terkebil kebil melihat muka stres hanania. Matanya bergerak memandang hanania atas bawah.
"Macam manusia je saya tengok. Sejak bila pula awak bertukar jadi sayur."

Hampir ternganga mulut hanania mendengar ayat dengan muka polos ammar. Aku punyalah baru nak buat drama air mata. Dia boleh spoil kan macam tu je dengan ayat deep tu. Apalah encik ammar ni. Tak tengok tiktok ke makna kentang? Hanania menggeleng kecil.
"Tak..bukan. Maksud saya..."

Baru sahaja dia nak menjelaskan maksud ayatnya tadi , tapi dipotong pula ammar yang sudah tergelak kecil.
"Okay okay saya faham lah . Saya faham bahasa kiasan 'kentang' budak budak zaman sekarang selalu guna tu . Tapi saya nak cakap.  Saya tak suka awak cakap macam tu. Awak bukannya 'kentang'.  Awak terlalu insecure dengan diri awak qaseh hanania. Awak terlalu percayakan apa yang awak fikir. Serius apa yang awak fikir tak sama macam saya fikir. Kenapa pula awak ni kentang? Kenapa pula awak rasa awak ni kentang? Awak ada mata. Mata yang cantik. Awak ada hidung. Hidung comel. Awak ada bibir. Awak ada hati. Hati yang sangat baik. Semua awak ada. So bukankah awak dikira perfect? Awak sempurnah cik qaseh bagi saya. Jadi tolong jangan asyik asyik rasa diri awak tak layak tak setanding tak mampu diri sama sama dengan saya malah orang lain. Awak kena sayang diri awak cik qaseh. Macam mana saya sayang awak." Sempat mata kiri dikenyitkan setelah selesai berkata dengan wajah serius.

Panjang pula hanania kena tazkirah harini. Alhamdulillah.

Hanania menunduk kan kepala.  Sungguh kata kata ammar berjaya menusuk ke dalam hatinya. Membuatkan dirinya berasa apa yang ammar katakan ada betulnya. Padu weh ceramah cik mar.

Kenapa aku selalu rasa aku kentang? dari chapter lepas lepas aku asyik asyik kata diri aku kentang kan ? Tak caya? Pergi selak chapter lepas. Hmmm rupanya bagi encik ammar aku ni cantik. Fuh. Comel pulak tu. Hanania mengigit bibir menahan rasa . Maafkan aku diri sendiri. Kerana jarang menyayangi . Kerana selalu bandingkan dengan orang lain. Maafkan aku. Aku sayang kau nia. huwaaaa.

Ten ten teng tet tengtet na na na

Hanania pantas menyeluk poket seluarnya untuk mencari telefon yang berbunyi. Ya itu adalah bunyi ringtone nya. Jangan tanya rentak ten teng tet tengtet nanana tu macam mana. Pandai pandai bayang sendiri. Skrin telefon di lihat. Emmm nombor siapa ni?

Ya jelas terpampang nombor seseorang yang dia tidak save menelefonnya. Nombor siapa eh?  011 7834....? K jangan try call.
Laju jarinya menekan skrin tanda menjawab panggilan.
"Hello?" Perlahan dia bersuara memandang arah kiri tak mahu ammar mendengar.

"Janganlah sedih. Maaflah kalau kata kata saya buatkan awak terasa ke apa. Saya cuma jujur je.  Maaf eh?"

Hanania mengerutkan kening . Aik suara ni. Macam suara seseorang. Suara berlemak merdu ni macam suara.... encik ammar !  Dia mengangkat kepala ingin melihat ammar. Ternyata ammar sedang memandang kanan dengan telefon pada telinga tidak memandangnya. Betullah encik ammar. Tapi kenapa dia call?Hanania menarik senyuman berpaling ke arah kiri semula.
"Mana ada saya sedih. Saya lagi nak ucap terima kasih pada encik ammar sebab sedarkan saya. Encik dekat mana tu? Tak busy ke call saya?" Nia mengerling ammar affendy yang nampaknya turut menarik senyuman.

K sah ni nombor ammar affendy.  Nombornya ialah 011 7834 5521 . Siapa siapa nak try ammar affendy bolehlah save. Finally dapat nombor crush kan?

"Tak adalah busy sangat. Tengah dating je. Awak nak join? "

Dating? dating dengan aku? Hanania menelan air liur.  Halamak dia anggap kami tengah dating ke? Pergh aku dan cik mar dating UFUFUFUFUFY.
"Boleh jugak encik ammar. Teringin saya nak kenal dengan perempuan yang bertuah tu. Mesti mata dia cantik. Hidung dia comel. Kan?"

Bunyi gelak tawa ammar jelas kedengaran pada telinga hanania.
"Haah . Dia cantik. Sebab tu saya sayang. Tapi ada sesuatu saya nak tanya dia."

Kening hanania terangkat. Soalan? dia nak tanya aku soalan ke?
"Apa kah soalan tu agaknya?" Dia kekal bersabar mendengar  ammar berdehem.

.

.

.

"Jom kahwin?"

.

.

.

"HA?!"

Hanania membesarkan mata. Laju tapak tangannya ditekup menutup mulut setelah merasakan suara nya tadi dah macam speaker. Aduh nia tahulah kau terkezzut dengar ayat encik ammar tapi you're too loud! Dahlah encik ammar letak telefon di telinga dia. Kalau telinga dia sakit macam mana?nak dia pekak ke? Terus hanania mengangkat wajah untuk melihat keadaan ammar. Ingatkan ammar sedang menggosok telinga kerana bingit tapi enak gelak pula. Makin cuak hanania dibuatnya.  Emmm encik ammar punya telinga sakit sangat sampai dia gila ke?
"Encik? Encik okay ke? Telinga encik okay ke? Maaf sangat sangat.  Saya terkejut tu yang suara boleh kalahkan speaker Sony. "

Ammar menyentuh perutnya. Sakit pula perut bila banyak gelak ni. Dia menggeleng kepala sambil ketawanya masih belum pudar.
"Tak apa. Tak apa. Awak ni . Kelakarlah."

Hanania hanya mampu menarik senyuman malu. Em malu sebab gelabah sampai terjerit . Nasib baiklah muka ammar bagaikan mentari menyinari hari apabola gelak macam tu . Comel betul . Mata hanania terpandang pula telefon ammar di atas meja yang masih bersambung panggilan dengannya.

                               On call
                         

               Cik Qaseh (my treasure )♡

                                  5: 57

      

Gulp! Adakah mata aku tak buta?!  Spek aku tak berkabus kan?! Adakah benar. Adakah benar encik ammar save contact aku dengan nama tu ? Siap simbol love lagi? Omooo omooo omoooo pergh. Ya allah redakan rasa berdebar ini. Dia bukannya save cik qaseh hanania, sayang , babysayang , babygurl, bushukmasham ke apa.

Tapi rupanya dia save treasure untuk orang yang dia sayang?!

Omg ENCIK AMMAR NI UNIK LAH DAN SWEET SANGAT!

AKU QASEH HANANIA. DISAVE SEBAGAI TREASURE!

KAU HADO?

"Apa? Ouh treasure. Saya memang dah lama save macam tu sejak awak bagi saya nombor awak. Awak je tak save nombor saya ."

Hanania mengangkat mata memandang ammar yang mencebikkan bibir gaya gaya budak budak tak dapat aiskrim.  Nak save macam mana cik mar? Nombor cik mar pun saya tak tahu!
"Erm sorry saya save sekarang." Pantas matanya ke bawah melihat skrin. Ufufufu nak save apa eh? Dia save aku treasure.  Aku nak save sebagai? Hmmm...

"Sayang."

Sekali lagi pada hari ini mata hanania membesar dan jantungnya berdegup kencang kalah atlet. Aku dengar apa tadi? Itu suara encik ammar kan? Dan dia... dia panggil sayang?!  Dia panggil siapa? Aku ke?!  Eh tapi tak boleh perasan.

Perlahan kepalanya diangkat melihat ammar yang sudah menatapnya dengan pipi yang dah panas.
"Err a..apa encik kata tadi?"

Ammar mengukir senyuman manis.
"Sayang. Awak boleh save nama saya 'sayang.' Saya tak nak awak panggil saya encik . Panggil ammar je. Tapi panggil sayang pun saya tak kisah. " Senyuman nakal mulai terbit di hujung bibir ammar affendy.

Pergh siapa... siapa yang ajar ammar affendy mengayat ni?!

Ammar mengertap bibir lalu tangannya naik menggosok tengkuk apabila mata hanania lama menatapnya.
"Erm...tak apalah. Awak save lah apa yang awak suka. Saya... saya bagi cadangan je. " first time dirasakan pipinya sudah membahang . Nasib baiklah mukanya bukan jenis yang senang merah. Kalau tak mungkin rasanya dia dah jadi warna merahmu bara semangat waja.

Hanania berusaha menahan gelak melihat muka malu ammar. Itulah tadi beria jadi buaya nakal sekarang diri sendiri malu.  Aku yang patutnya malu malu tau. Dahlah rasa debar tak habis lagi. Dia nak aku panggil dia sayang. Omemji.

Thanks mak. Sebab melahirkan nia lalu nia mendapat kebahagiaan mampu melihat keindahan ciptaan Allah bernama ammar affendy. Alhamdulillah syukur!

Terus jarinya menaip

Sayang cik mar ♡

Done. Omg akhirnya aku dah ada contact untuk disave sebagai sayang. Akhirnya. Aku dah tak sendu.

"Erm jadi... awak terima pinangan saya? " hanania berpaling melihat ammar yang sudah tekun memandagnya.

Hanania menaikkan kening. Erm nak terima ke taknak? Adakah aku rasa dia mampu bahagia kan aku?

Ya.

Adakah aku rasa dia mampu membimbing aku ke jalan yang baik?

Ya.

Adakah aku rasa dia lah jodoh aku?

Ya.

Adakah aku cintakan dia?

Ya.

"Ya. Saya terima."

"Alhamdulillah. Seriuslah ni? Awak terima? "

"Ya ammar. Saya terima." Tergelak hanania melihat wajah tak terkata ammar yang bagai terkejut. Apa lah ammar ni. Dia yang tanya. Dia yang terkejut. Elok elok fikirlah. Takkanlah aku nak reject dia pulak. Muka kalahkan model takkanlah aku nak tolak. Rawr.

Ammar terus meraup wajahnya. "Alhamdulillah.  Okay. Let me ask you properly. Will you marry me qaseh hanania? Be my treasure for my whole life and afterlife?" Sebabkan nervous,ayat yang patutnya perlahan lahan dituturkan tiba tiba berkelajuan sedikit laju. Matanya dibulatkan fokus menatap anak mata hanania. Nervous punya pasal.

Bak kata iqi. Lelaki sejati kena melamar perempuan guna ayat full tambah romantic. Hmm harap harap lah qaseh terima.

Qaseh hanania tersenyum.  Poket seluarnya diseluk mencari sesuatu dan akhirnya dia mengeluarkan sebutir cincin yang berkilau . Dengan senyuman dia menyarungkan diri sendiri cincin tersebut pada jari manis nya lalu tangannya ditunjukkan kepada ammar.

"Yes I will."  Lama woi tahan nafsu nak pakai cincin ni. Akhirnya dapat juga pakai.

Ammar terkelip kelip matanya tidak percaya dengan apa yang qaseh hanania baru lakukan. Sesungguhnya gadis ini memang menarik. Selamba sahaja tetapi mampu membuatkan dirinya berdebar. Dia ... dia pakai cincin tu! 

Tak semena mena ammar menghela nafas lega berserta senyuman bahagia.
"Yeah gembiranya saya. So bila kita nak buat majlis nikah? sanding? Baju nikah kita pun tak tengok lagi. Awak suka warna apa? Katering pun tak settle lagi.  Barang hantaran pun belum beli . Lepastu...."

"Woah. sabar cik mar sabar." Tangan hanania digerakkan ke atas ke bawah tanda supaya ammar bersabar.  Kemain laju cakap. Barang hantaran bagai.

Ammar menggaru dahi menyedari sikapnya . Memang macam tulah dirinya bila excited . Pernah sekali dia excited sebab dapat pergi kem perkhemahan peringkat kebangsaan bersama iqi. Terus mulutnya tak henti senaraikan barang barang yang dia ingin bawa dengan laju. dan kemudian ? Nak tahu apa jadi? Kemudian penampar iqi hinggap pada pipi kanannya manakala penampar hadif pada pipi kiri demi menyedarkannya. Alhamdulillah tak lebam .

Indah betul throwback.  Tapi kenapa eh kena throwback waktu sekarang? Kenangan tu bukannya kenangan manis pun. Sakit adalah. ah lantaklah.

"Maaf maaf. Saya excited sangat sebab nak kahwin dengan awak sebab saya sayang awak."

Qaseh hanania menggengam tangan cuba menahan nafsu nak cubit pipi amamr sebab woi kiyut weh kiyut. Teruja sangat nak kahwin dengan aku. Seriously I feel loved sangat.

Ya Allah aku bahagia.

"Saya pun sayang awak."

Ayat hanania berjaya membuat ammar affendy ketawa. Ketawa suka mendengar ayat hanania. Tapi tidaklah segedik irham rafiqi.

Dan akhirnya mereka berdua sama sama ketawa padahal benda bukannya lawak.

Dan ternyata

.

.

.

Itulah

.

.

.

Dinamakan

.

.

.

Power of love.

.

.

.

.

.

.

.

.

Sekian.

               

                     AMMAR AFFENDY
                                    &
                      QASEH HANANIA

                                 END

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Omooo ammar dah bahagia! Hepi tak HAHAAHAHAHAHAHA.

Janganla kome telefon bebetul nombor ammar tu. Kang orang bangladesh jawab ha tau nak nyesal.

Sorry gais sebab lama sangat nak update. Macam dah hampir nak dekat sebulan jugaklah menyepi. HAHAHAHAHA sorry.

But today saya update kerana

OMOO GAIS THANKS FOR 100K ! 
DIA ENCIK CRUSH SOMBONG DAH 100K GAIS  . LOT OF LOVE.  ♡ THANKYU SO MUCH.  I LOVE YALL.

hadif : thank you yall. Nanti sape sape nak cupcake free boleh order pada mama aku.

Iqi : thanks for loving me heh . *kenyit mata

Ammar : *senyum eyesmile*  terima kasih ya semua . Oh dan ya doakan urusan nak kahwin saya lancar.(tibe)

MRSMEANDYOU17: yeah gamsahamnida shei shei thankyou arigatou meow!♡ if not because yall. Takkan mampu terjadi weh.

Ok dah. Selamat berpuasa . Selamat berbuka. (Lol jangan buka sekarang awal nau buka. Zohor pun tak jejak lagi)

But WAIT YA FOR ONE MORE SPECIAL CHAPTER FOR HADIF. 3 bab pasal ammar je kan, hadif mengadu yang dia semakin dilupakan. Im sorry hazel. (Sure sebelum raya i update)

Emmmm crush. Agak agak crush raya tahun ni warna apa eh hm.

Saya hijau . (Lol pencinta alam sekitar jadi pokok sangat)

Ade geng tak?!!!!! Put your hands up!

Okay maaf terpanjang bebel. Excited punya pasal. Puasa pun entah penuh ke tak, dah fikir raya.

K done merapu.

Tekan bintang kecil FOR THIS 12K WORDS CHAPTER!  APPRECIATE IT A LOT.  Abaikan typo. Time puasa ni lepu nak reread byk kali betulkan typo. HAHAHAHAHA.

Bye assalammualaikum.

Love yall.
Horanghae♡





Don't forget to letak awal awal new story sis di library! Best lah weh halamak.

K byebye!♡

Continue Reading

You'll Also Like

436K 20.9K 51
"Hanya kerana seutas tasbih, Kita ditemukan." Cinta hadir tanpa diduga, cinta juga hadir tanpa dipinta.Semua yang berlaku atas kehendak-N...
436K 30.7K 65
Hidupnya tidak dilimpahi kemewahan dan harta, namun Erina Natasha bersyukur dengan apa yang dia ada. Dia gembira tinggal di Mahligai Zaaba, sebuah ru...
581K 34.7K 70
(1st book of 'DIA ENCIK ' series.) "Yes I am an iceberg. But don't you realise that I can be like a melting ice when I'm with you, sweetheart?" CEO...
5.9K 117 71
Kisah seorang gadis muda yang jatuh miskin dan ditinggalkan oleh teman lelakinya. Lalu dia bertemu dengan keluarga asalnya dan telah menjadi seorang...