DIA Encik Crush Sombong! ✅

By mrsmeandyou17

344K 27.1K 6.7K

(3rd book of 'DIA ENCIK ' series.) "Yes I'm the most sombong human being that you ever seen. But, don't you k... More

nota author
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
12
13
14
15
16
17
18
11
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
61
62
63
60
64/semifinal
final la kot
NOT ABOUT HADIF AND ANGGUN
iii (▪︎~▪︎)
more of singa and pendek

ii(▪︎~▪︎)

4.1K 272 285
By mrsmeandyou17

I want to know where I can go, when you're not around and I'm feeling down .

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

"Terima kasih pakcik gamsahamnida! Semoga hari pakcik indah! " Dengan senyuman dia berkata ceria sebelum melambai extra double ceria pakcik grab . Kita kena menegur sesama manusia dengan peramah ye gais. Lagipun pakcik ni dah penat penat drive kereta dia untuk hantar aku , so kita kena bagi semangat .

Pakcik grab itu tersenyum melihat wajah peramah berkaca mata . Pergh bukan kaleng kaleng budak ni. Pagi pagi dah terlebih dos aktif. Makan milo tabur banyak sangat ke apa? Bertenaga lain macam.
"Ha yela toceh toceh . Semoga urusan kamu dipermudahkan. Walau pakcik tak tahu apa urusan kamu." Tapi pakcik layankan je. Bagus pakcik ni.

"Aamiin. Okay bye pakcik assalammualaikum . Ingat, semua benda kita lalui, kita kena se? Senyum." Sempat dia menunjukkan senyuman di bibirnya menggunakan jari telunjuk. Yela nia. Memang kau seorang jelah yang reti senyum. Semua orang kau nak ajar .

"Insya-allah."
Kelihatan pakcik grab itu hanya mampu mengangguk melayan sahaja sikap periang nak mampus budak yang telah berambus dari keretanya. Tapi bagus juga ada anak muda begitu. Tak adalah hidupnya sebagai pemandu grab sunyi kesepian.

Hanania memandang teruja kedai yang dia sudah selamat tiba. Dia menadah tangan dan dengan wajah asyik bibirnya mula menggumam.
"Bismillah. Ya allah mudahkanlah aku mendapat kerja ini. Tolonglah mudahkan interview ni supaya mudah untuk aku menjawab segala soalan kbat mahupun dua alam . Tolonglah aku supaya dapat kerja ni sebelum mak aku rembat aku guna kuali baru dia tu sebab tak tahan tengok anak dia menganggur . Aamin ya rabbal alamin." Terus dia menyapu wajahnya dengan wajah penuh tulus dan berharap supaya dapatlah dia kerja ni . Tak tahan sebenarnya nak dengar maknya membebel....

'Bilalah kau nak dapat kerja Nia oi! Aku hantar kau belajar supaya kau dapat kerja elok , tapi kerja kau sekarang menganggur, melantak sepuasnya depan mak saja. Aduh seteghes mak macam ni nia!'

'Mak , kerja ini ibarat jodoh tau. Kalau ada, adalah. Kalau tak ada, maka kita sebagai manusia kena redho dan terima segala takdir Tuhan dah tetapkan untuk kita. Sebaga manusia, memang banyak pancaroba yang kita kena hadapi.... dan kita tak boleh mengeluh. Mak pernah dengar kehidupan bagai roda? Nia yakin mak pernah dengar. Ya benar kadang kala kita di atas puncak sana, kadang kala kita di bawah sana maka....'

Dan selepas dia berhujah memberi alasan dengan berhemah terus apa yang dia dapat adalah rembatan super maknya.

Bukan kaleng kaleng kena rembat guna mangkuk plastik mak yang mak dapat free lepas beli colgate tu. Hmmm.

Hanania menarik nafas memberi kekuatan lalu dengan langkah kanan terus dia menolak pintu kaca.

.

.

.

.

.
30 minit kemudian selepas temuduga.....

"Bagus nia. Aku bangga dengan kau. Kalau aku jadi mereka, mesti aku akan pilih kau. Ho ho ho." Sempat dia menepuk dada bangga selepas sudah melangkah keluar dari pintu masuk. Fuh muka yakin je minah ni. Mentang mentang soalan interview tadi senang dan memandangkan dia telah berlatih semalaman, bolehlah dia menjawab. Lepastu nak riak pulak.

Hanania tersenyum dan lalu mengeluarkan telefon bimbit dari poket baju blouse yang dipakai. Nak telefon mak, kata dah dapat kerja. Eh lambat lagi! Ini baru interview je . Bukan. Bukan. Hanania ingin membuka aplikasi grab dan mula menempah mana mana kenderaan ha. Haih satu hal nak membazir duit bayar grab. Sudahlah rm5. Eish mak bapak aku ni. Nama je orang have have. Tapi tak reti belikan aku kereta satu. Tak dapat kereta sport famous pun tak apalah. Janji dapat kereta yang lawa uhuk uhuk .

Kejap kau cerita ni macam kau ada lesen memandu pulak.

Lepastu nak salahkan mak bapak anda?

Eh eh. Lupa. Aku yang tak reti memandu. Haih. Ampun Mak. Ampun ayah. Tikam jela nia mak.

Kepalanya mula diangkat melihat kiri kanan suasana di jalanan . Nasib baiklah boutique ini berada di tepi jalan raya. Maka memang strategiklah kalau grab nak hangkut aku balik rumah. Sedang matanya melihat alam ,

Cinggg!

"Wo wo wooo! Sakit woi! " Terus hanania menutup mata dengen kening berkerut kerana silau pula pandangan matanya apabila ada objek berkilat berhampiran dengannya.

Pergh silau banget. Natang apa yang kilat sangat tu?

Terus langkah kakinya tanpa rasa takut terus mendekati objek itu dengan rasa curious yang amat tinggi. Nak tahu jugak benda apa yang berkilat sangat dekat tempat parking tu. Ada orang tinggalkan mutiara berkilat ke? Kalau ye, boleh aku rembat buat gadai. Uish kaya beb.

Semakin jaraknya dekat semakin jelaslah objek yang berkilat gila sampai menyilaukan mata orang. Bukan emas. Apatah lagi bukan mutiara seperti apa hanania harapkan . Tapi rupanya ia adalah sebuah kereta.

Ya hanya kereta.  Tapi, mungkin pada pandangan manusia normal itu adalah kereta biasa. Biasalah kereta. Roda 4. Ada pintu. Ada tingkap.

Tapi tidak bagi seketul Qaseh hanania. 

Mulutnya terlopong bagaikan lorong hitam laluan keretapi yang panjang .  Matanya  membesar . Nafasnya laju. Elok elok sihat, tiba tiba jadi pesakit asma. Tak percaya dengan apa yang sedang dilihat. 

Adakah benar ini dia?

Adakah benar objek ini adalah kereta itu?

Adakah benar?!

Kereta idamannya sejak bangku sekolah ...

Ada di hadapan matanya sekarang!?

Betul kah ini kereta yang aku terngingau masa tidur ? Sampai Sleepwalking tu?

Seriuslah?

Seriuslah depan matanya ni salah satu kereta dari brand JAGUAR?!

DAN INI ADALAH JAGUAR XJ?

PERGH. JAGUAR ni boleh berhenti dekat sini ?  Manusia mana pemilik kereta ni yang boleh sesatkan kereta dia dekat tepi jalan ni? Kereta macam ni patutnya berhenti dekat hotel 5 bintang weh!  Pergh. Untungnya. Mesti kaya tuan kereta ni. Patutkah aku tunggu pemilik kereta dan bodek dia supaya sekurangnya dapat rm100 ? Ah diam otak tak logik nia. Sila jaga reputasi anda.

Hanania menelan air liur kempunan. Fuh aku beli Myvi pun tak lepas. Inikan pula nak beli Jaguar. Jadi sebarang kereta Jaguar telah dia lupakan. Mencuba move on.

Bukannya keluarganya tidak mampu. Ayahnya merupakan peguam. Ibunya pula doktor. Memang terlebih mampulah kisahnya . Tapi tak pernah lagi mereka mengajar dia dan abangnya  membazirkan wang untuk membeli barangan mahal. Cukuplah beli keperluan penting.  Tak adanya kecil kecil ada iphone. Aku ni pun umur 20 tahun pakai SAMSUNG tau! Eleh.  Abangnya pun mampu memilki range   rover setelah bersusah payah bekerja sebagai engineer.

Aku ? Aku...  Baru je habis belajar hm. Kerja pun tak ada lagi.

Ya tahu aku ni sedehh! Pathetic!

Gaya hidup keluarga kami pun macam orang biasa.  Ermmm ha bayangkan kehidupan keluarga hagemaru. Ha bayangkan hagemaru tu aku. Mak bapak kedekut penuh sifat berjimat cermat tu mak dan baba aku.

Ya begitulah kisah nya.

Tak tahu nak sedih ke gembira.

Hanania melakar senyuman suka melupakan segala hal keluarganya tadi . Buat apa kita nak throwback kalau jaguar kesayangan ada di depan mata? Bukan selalu weh dapat jumpa kereta ni di malaysia apatah lagi tepi jalan !  So apa lagi?  Apa patut kita buat bila dapat peluang sebegini  ? Biarkan dan  meeruskan order grab ? Tettt salah !

Kenalah selfie secebis dua gambar dulu!

Ting. Betul.

Hanania mengertap bibir menahan teruja melampau sambil berusaha menahan untuk menjerit riang.  Dirinya sudah terpacak berdiri di tepi kereta JAGUAR XJ berwarna biru cair berkilat itu . Uish feeling feeling dia macam nak bergambar dengan superstar dunia!  Aduh kalaulah aku boleh minta autograph jaguar xj ni kan best. Ah kau fikir ini kartun cars sampai kereta boleh bergerak bagi autograph bagai?

Tangannya dinaikkan setelah kamera telefonnya ditukar kepada mode selfie.   Yang penting bila nak ambil gambar,  kena nampak lambang kereta. Ha gitu yang pentingnya . Acah macam kereta dia pulak. Maka terbongkok bongkok lah manusia bernama hanania ini bertungkus lumus mengambil selfie bersama kereta impiannya yang memang takkan mungkin dia dapat miliki apatah lagi naik. Emmm lesen pun tak ado!  Pergi balik universiti pun atas ehsan ditumpang abang nya . Itu pun kadang kadang abangnya yang terlebih budiman itu selamba meminta rm5 darinya . Katanya 'Duit minyak. Maaflah tak ada apa yang percuma di dunia ni dik . '

Memang tak ada apa yang percuma. Tapi tendangan laju nya memang percumalah kalau nak bagi kepada satu satu abang terbaiknya tu. Dah kata satu keluarga aku dah macam family hagemaru.

Sedang enak dia berselfie tak ingat dunia, membuat aksi bagai nak kiss kaca pintu kereta kekasih jaguarnya,

Ting ting!

Eh !

Ternaik bahunya apabila lampu kereta yang enak dia mengambil gambar tadi tiba tiba  berkelip sesaat sambil mengeluarkan bunyi . Tak ada angin tak ada hujan tiba tiba berbunyi. Terus wajah gembira tak ingat dunia tadi bertukar cuak.

Hanania menggaru kepala yang tiba tiba gatal.  Apahal ni? Aku... ada sentuh apa apa ke tadi!? Aku... aku buat apa tadi? Aku ada cederakan jaguar ke? Kenapa sayang jaguar aku ni berbunyi? Ke dia carut aku ? Sebab sukahati aku je datang ambil gambar banyak banyak buat macam kereta sendiri? Macam mana aku nak jawab pada pemilik kereta ni nanti kalau ada apa apa yang rosak? Tapi aku tak buat apa apa kan ? Aku just ambil gambar je. Itu pun tak sampai 20 gambar!  Berkira nya kereta ni.

Hanania dengan wajah risau memandang atas bumbung kereta sebelum memandang kiri kanan atas bawah kereta . Dia punya cuak sampai semua benda nak check.

Tak ada apa apa pun. Jadi kenapa dia berbunyi tadi ? Ke kereta ni tak suka aku yang nerd ni dekat dengan dia.... tak tak mungkin jaguar aku macam tu. Jaguar aku tak pilih kasih eh. Jaguar aku baik. Tak yang kau ni dari tadi jaguar aku jaguar aku. Masalahnya itu bukan kereta kau. Yang kau pandai pandai panggil jaguar aku kenapa. Ah sudah nia dah start gaduh dengan otak sendiri.

Tapi kenapa eh kereta ni....

"Sorry miss. But this is my car."

"Mak kau naik jaguar rawrr!" terus terlompat kecil hanania dibuatnya sambil tangannya membuat aksi kucing ber rawr setelah ada suara tiba tiba datang menyapa di sebelah telinganya. Muka tak payah cakap, reaksi memang macam beruk terkejut.

Dia mengangguk perlahan lalu memeluk tubuh menatap gadis yang rasanya bagai enak mengambil gambar bersama keretanya. Dari jauh dah boleh nampak.
"Yes jaguar. So, what are you doing just now with my car?"

Hanania menyapu dadanya setelah berjaya menenangkan hati  . Ya allah kalau aku kena sergah macam ni hari hari, mesti makin dekat ajal aku. Sempat dia menjeling sekilas lelaki berkaca mata hitam di sebelah. Eish tak reti bagi salam ke apa dia ni? Ini malaysia lah apahal nak berspeaking ni. Ergh. But, siapa dia ni? Dia nak saman kereta ni ke?

Tapi kan... Apa manusia ni kata tadi ?

.

So, what are you doing with my car just now?

.

Translation nya...Apa... awak buat dengan kereta saya.  Beria siap translate bagai kau nia.

Wait. Ke.. ke...Kereta saya?!

Maknanya dia pemilik kereta ni lah?! Dan aku sesedap rasa je menjeling dia tadi padahal aku yang bagai lalat hinggap di kereta dia ?!  Aduh mesti dia marah aku main selfie tepi kereta dia, lepastu aku jeling dia pulak ? Haduh. Mesti dia geram gila dengan aku. Patutkah aku tadah muka aku supaya dia boleh tumbuk sebagai tanda maaf? Eh merepek.

Hanania menelan air liur resah setelah menunduk kan kepala. Biasanya orang lepas buat salah ni kena tunduk. Acah acah insaf. 

Aduh . Kenapalah pemilik dia sampai awal sangat. Tak sampai 6 minit pun aku dapat bermadu kasih dengan jaguar merecik ni. Datang lepas 15 minitlah. Nak ber boomerang pun tak sempat tadi.

"Miss?"

Hanania mencebik sedih. Mampuslah aku dia dah seru tu. Hanania mengeluh.
"Huhu saya... em saya minta maaf. Saya mengaku salah saya. Saya tak buat apa apa pun dengan kereta encik. Dia yang tiba tiba berkelip keluarkan bunyi. Saya tak sentuh pun. Tapi memanglah ada niat nak sentuh. Tapi saya berusaha tahan nafsu saya. Jadi, apa kata maafkan saya? Sekali ni je." Jarinya telunjuk di angkat takut takut.

Perlahan hanania menaikkan kepala menatap jejaka di hadapannya . Kena buat muka paling kesian nia. Supaya dia mudah maafkan kau. Ha. Buat muka yang kau akan buat bila kau nak minta duit pada mak baba kau.

Eh?  Hanania yang berwajah puss in boots tadi terus terkejung. Matanya dikerdip berkali kali. Okay tak mungkin. Kalini dia menggosok matanya di sebalik cermin mata . Okay tak hilang juga. Okay kalini mesti jadi. Terus lengannya di angkat dan terus dipicit kuat lengannya.
"Auch!" Sakit. Sah sakit. Sah bukan mimpi.

"What are you doing?"

Hanania sekali lagi menatap tak percaya wajah di hadapannya yang sudah membuka kaca mata hitam tadi.  Mesti mamat ni pelik dah kenapa minah ni tergosok gosok mata. Picit diri sendiri macam orang gila. Ke dia memang gila? Hello wajah macam ni punya comel sukahati je kata gila. Cam yeye comel.

Patutlah aku macam kenal suara ni .  Aku macam pernah dengar tau. Rupanya..... rupanya...

Hanania mengertap bibir menahan excited.  Dari wajah resah terus bertukar ceria. Jodoh kfc haritu!  Ya allah macam mana aku boleh terjumpa dia dekat sini?!  Adakah ini memang jodoh aku?  AhUuahshsusjsjhs. Apa eh nama? Kejap kejap.  Nama orang hensem, memang aku akan hafal. Hmmmm. Amin? Aman? Annar?  Am..ammar!
" encik? Encik ammar kan?"

Dia mengukir senyum menahan gembira. Mesti dia ingat aku kan? Takkan dia tak ingat aku.  Adakah dia akan tersenyum juga apabila berjumpa aku?

Harapan hanania yang tadinya dari skala tinggi tiba tiba seperti makin menjunam jatuh apabila pandangan mata jejaka itu masih blur menatapnya. Dia blur gais.   Kening jejaka itu turut berkerut . Senyuman? Lambat lagilah nak senyum.

Hanania menaikkan kening dengan senyuman yang sudah pudar.
"Encik? Encik tak ingat saya?" Kenapa .... kenapa muka dia macam tak kenal aku?

"I guess....." terus mata itu makin fokus melihatnya dari atas ke bawah. Rasa macam kena scan pulak tiba tiba ni.

"No." Dengan wajah yakin jejaka itu berkata membuatkan hanania merasa hatinya agak sedikit retak dan rasanya jika berlarutan boleh mengakibatkan penyakit broken yang agak serius.

Hanania menarik nafas mencuba menghapuskan rasa agak kecewa tapi tak mampu nak buat apa . Wow dia tak ingat aku. Pfftt padahal aku ni teringatkan dia . Sampai gigih mencari nama Instagram dia tapi.... tak jumpa pula Instagram dia. Ingatkan nak minta username dia lah alang alang dah terjumpa semula ni tapi... tak apalah. Dia tak ingat aku. Sampai hati dia lupa pasal aku. Tapi bila fikir secara logik dan berfakta kukuh, bukan salah encik muka perfect ni pun. Yelah.  Siapa je lah nak ingat spesimen KENTANG macam aku ni. Takkan mungkin lah dia dapat ingat punya muka aku ni. Aku ni bukannya secomel maira falzah. Hm.

Ayat nia apabila sudah broken memang macam ni. ☝️

Hanania menarik senyuman kelat kepuraan.
"Ouh hm takpelah. Lupakan jela . Emm Sorry pasal tadi saya cuma terlebih excited pula lepas jumpa kereta idaman saya ni itu yang seronok berselfie sampai tak sedar pemilik dia ada dekat tepi . Maaf lah asyik sangat bergambar macam kereta ni saya punya. Maaf lah eh. Halalkan jugak eh gambar kereta encik saya tangkap tadi. Emm saya pergi dulu lah. Encik pun bukannya kenal saya .  Hmm assalammualaikum. "

Hanania mencuba mengukir senyuman lebih manis tapi tak termampu. Fuh betul betul kena move on ni. Nampaknya terpaksa lah gugurkan nama Ammar Affendy dari list calon suami hm. Terus hanania berpusing untuk melangkah pergi dengan rasa berdukacita. Takpe nia. Remy kahak lagi hensem. Rileks nia. Biarkan je encik ammar tu.

Ammar affendy mengerling hanania yang sudah berpusing. Satu senyuman kecil ditarik di hujung bibir.
"Kidding."

Langkah hanania terus terhenti. Aku macam dengar suara orang berkata. Tapi suara siapa eh? Suara encik ammar ke? Yela kot. Siapa lagi manusia ada dekat sini selain aku dengan dia? Aip nia.  Entah entah dia  bercakap dengan orang lain melalui calling  . Em apa kata pusing dan cuba tengok dia? Kalau dia bukan bercakap dengan kau, tak apa anggap je ini kalin terakhir untuk kau usyar dia. Ha bernas.  Laju kepala hanania bergerak berputar untuk melihat keadaan ammar affendy.  Dan ternyata tiada pula telefon di tangan lelaki itu. Dan mata manusia kacak itu sedang menlihatnya. Errr maknanya dia cakap dengan aku ke? Dia cakap apa tadi?

"Apa kitty?" Tanyanya semula dengan wajah dan kening berkerut tanda memang dia pekak . Dengar macam ada ki ki dekat depan tadi.

Ammar affendy perlahan menarik senyuman lebih lebar melihat wajah serabut hanania yang mempunyai masalah separa pekak.
"Kidding. I'm just kidding. Saya kenal awaklah . Awak minah sos tu kan?" Tanyanya dengan senyuman masih di wajah.

Hanania menelan air liur apabila  rama rama, arnab, piranha, gajah, zirafah, ah semua satu zoo lah secara tiba tanpa dijangka berkandang dalam perutnya.  Kenapa? Oh...Sebab senyuman ammar !  Senyuman dia weh! Dia senyum pada aku weh ! Pergh gila gila gila punya indah. Ini senyuman ke gula? Kenapa tak ada beza ? Dua dua manis.  Ah chia chia chia puih.  Dan juga sebab dia ingat aku! Dia ingat aku fuh. Tak sangka dia ingat kentang macam aku. Haih aku kira beruntung ke ni?

"Errrrr. Ha ha haah. Be... betul lah tu. " tergagap pula kitew kerana masih speechless.

Ammar menjongketkan kedua kening ke atas sebelah sambil melihat sekitar.
"So awak buat apa dekat sini selain curi curi ambil gambar jaguar saya ni? "

Alamak dia ajak borak pula. SHSIWNDBDHUSSJ.  Ini yang hanania suka ni.
"Oh saya datang sini sebab ada interview. Em dah habis dah.  Nak balik rumah semula lah ni. " laju dia menjawab dengan senyuman lebar yang mula terwujud kembali di bibir. Akhirnya tiada perasaan broken bersarang di hati ini.

Ammar memgangguk faham.
"Oh interview apa?"

Terus jari telunjuk lurus ditunjukkan arah satu kedai butik pakaian dan pengantin.
"Tu saya interview nak kerja di butik tu."

Mata ammar turut mengikut arah jari hanania dan ternyata ada sebuah butik yang mempamerkan pelbagai pakaian yang mewah dan cantik.
"Bidang fesyen rupanya." Tak sangka pula hanania ingin menjadi fashion designer mahupun penjahit baju. Agak kagum pula dia.

"Kenapa encik? Tak kena dengan muka saya ke ? Oh saya tau muka saya ada muka macam cikgu cikgu sikit. Ramai kata macam tu. Katanya muka saya ni nampak baik padahal Saya tahu mereka cakap macam tu sebab saya nampak nerd." Apa fikir muka nerd memang kena jadi cikgu ke?

Terkebil kebil mata ammar mendengar ayat hanania . Mulut dia ni memang tak boleh slow down ke ? Laju betul.
"Hey saya tak cakap apa apa pun. Mana ada saya fikir macam tu. "

Hanania terus tergelak kecil melihat wajah innocent ammar. Cuak terus anak orang dengar ayat aku.
"Saja je saya menokok nambah . Nak bagi information. Saya ni kan kaunter pertanyaan . Lah tiber. Tak apalah saya ke sana dululah nak balik rumah. Nanti mak saya mulalah call saya cakap tak reti nak balik ke?"

"Oh . Kereta awak parking dekat sana ya?" Mata ammar mula melihat persekitaran kereta kereta yang parking di kawasan itu . Ingin melihat yang mana satu adalah kepunyaan hanania.

Hanania yang mendengar ayat ammar makin mengeluarkan tawa. Aduh encik ammar ni. Jarang tak lawak.  Dahlah lawak bagi aku sentap. Tahu tahu je aku miskin kereta .
"Kereta? Kereta apanya encik.  Saya ni nak beli kereta mainan pun minta simpati baba saya . Apatah lagi nak kereta betul. Memang lambat lagilah jawabnya
Lagipun saya tak ada lesen memandu lagi. So apakah pilihan jawapan saya ada. A , naik grab. B  , tiada. Maknanya memang nak taknak saya kena naik grab. Ye tahu membazir betul rm5 saya." Dendam rm5 masih terbuku dalam hati eh.

Ammar affendy mengertap bibir melihat hanania yang sudah menekan apps grab dengan wajah tak puas hati hilang rm5 .
"Emmm biar saya tambah pilihan jawapan awak. A, naik grab. B, tumpang saya. "

Hanania terdiam. Matanya laju dialih melihat wajah biasa ammar yang tiada reaksi. Dia baru ajak aku tumpang dia ke tadi? Erk seriuslah ?
"Apa encik kata tadi?"

"Awak pilih A ke B?" Tanya ammar dengan wajah yang sama dan tanpa menjawab soalan hanania. Kerana dia tahu hanania bukannya tidak dengar apa yang dia kata tetapi inginkan kepastian. Biasalah perempuan.

Hanania menelan air liur. Omg. Maknanya betullah dia ajak aku naik kereta dengan dia? Pfft forget about username ig. Aku dah upgrade weh naik satu kereta dengan dia! Kejap kejap tak boleh tunjuk kau excited.
"Emmm apa benefit B ya? Saya perlu tahu jikalau saya ingin proceed." Dan mulalah hanania memeluk tubuh dengan wajah professional. Cam yeye minah ni.

"Jikalau awak pilih A , awak kena bayar rm5 atau pun lebih dari tu.  Kalau B , awak boleh naik free.  Macam mana? Mahu? " sempat ammar menaikkan kening sebelah melihat wajah acah serius hanania.

Dia menggeleng kepala. Menidakkan kata ammar.
"No . Kalau saya pilih B , saya kena naik dengan stranger. Baba saya pernah pesan. Jangan ikut stranger balik. Ha bahaya. " tiba tiba muncul pula wajah bapak kesayangan dalam minda. Nasib baik muncul wajah baba. Kalau tak dia dah ikut nafsu rompak ammar bawak balik rumah.

Sempat ammar menarik senyuman lucu mendengar ayat hanania.
"Awak, kalau saya nak culik dan apa apakan awak , dah lama saya tutup mulut awak, campak dalam kereta saya lepastu larikan awak jual awak dekat siam . Tapi saya tak buat apa apa kan?  "

Berkerut sedikit kening hanania mendengar kelogikan ammar . Eh benar jugak apa dia kata .
"Ye tak ye kan?" Boleh pula dia menaikkan kepala berkata pada ammar dengan wajah keliru.

"So macam mana?"

Hanania mengertap bibir. Berfikir sebaiknya sebelum membuat keputusan.
"Emmmm ..."

Adakah patut aku menumpang kereta encik ammar affendy ini? Patut ke tak?

Ada bunga tak? Aku nak cabut satu satu kelopak nak tentukan nasib.

Emm beria.

Ssap!

Hanania mengerling bahu kanannya.

Nia! Kan baba dah pesan . Don't talk with strangers.  Tapi kamu boleh pula nak naik satu kereta dengan dia! Eeee nak kena rotak budak ni. Kau siap kau balik ni.

Nia menelan air liur apabila dapat dia bayangkan wajah  ala ala guru disiplin miliknya ayahnya.  Dengan berkopiah tambah pula rotan keturunan di tangan. Gulp. Aduh baba ni . Buat nia serba salahlah.

Yela yela nia tak.....

Ssap!

Baru ingin mengikut kata babanya, mata hanania mengerling pula bahu kirinya.

Nia. Kan mak dah pesan. Usahalah sikit carikan mak menantu hensem. Mak ni nak juga ada menantu lelaki kacak bergaya. Jadi, kalau ada peluang, jangan disiakan! Kamu tu dah tua ! Patut kahwin dah! Nak tunggu beruban baru nak kahwin?! Ke nak tunggu mono paus? Eh monopos? Eh monopous? Entahlah lantaklah macam mana nak eja hmmph.

Nia menggaru dahi apabila wajah maknya pula singgah di bahu kiri. Ah sudah. Nak menantu pulak mak ni.  Nia tahu lah nak kahwin ! Eeee. Dahlah eja menopause pun tak reti.

Argh. Mana satu aku kena ikut ni. Stres lah.   Dah blah blah korang berdua. Tak membantu lah .  Wah sukahati je menghalau bayangan mak bapak sendiri. Dasar anak derhaka. 

Itu tak penting.  Yang penting sekarang.... kalau aku naik kereta encik ammar....

Aku dapat lihat keindahan JAGUAR XJ lebih dekat dan lebih hd!  Ya itulah poin terpenting.  Ya!  Kereta idaman aku sejak azali depan mata. Takkan nak sia siakan?  Maaf baba. Nia pilih kereta ehem.
"Saya... rasa saya nak usyar dalam kereta encik. Eheee boleh kan?" Sengihan tak malunya melebar kepada ammar .

Akhirnya itu lah jawapan yang dia ingin dengar dari bibir gadis berkaca mata ini . Dia menarik senyuman kecil membalas sengihan hanania.

"Ya absolutely boleh . Silakan cik..."
Ammar affendy menaikkan kening sebelum tangannya bergerak lalu membukakan pintu kereta bahagian penumpang untuk hanania masuk . Well people say...manners make a man.

Tapi.... manners makes ammar affendy looks really really bootiful in hanania's eyes.  Nia rasa macam tercekik ayamlah mak.  Alahai dia bukakkan pintu untuk aku lah. Ini yang rasa nak gila ni.  Fangirling weh HSIAIANSHHSUS.
"Hanania. Qaseh hanania. Panggil nia pun boleh." senyuman ulat bulu masih ditunjukkan.

Tetapi tak sempat badannya ingin masuk ke dalam kereta ammar,  laju dia menutup mulutnya dengan tapak tangan dengan wajah terkejut. Omg. Apa aku buat ni?

"Errr awak kenapa?" Risau mata ammar  melihat ekspresi muka hanania yang tiba tiba bertukar terkejut beruk. 

" Baba saya kata jangan bagitau strangers nama penuh saya. Tapi... saya dah terbagitau awak nama penuh saya. " Dengan nada takut dan wajah risau hanania berkata.  Omg. Dahlah aku derhaka naik kereta ammar. Lepastu derhaka bagi nama penuh. Omg. Double anak derhaka aku ni. Adakah aku kembar sazali?

Terhenti sesaat dia cuba memahami kata kata hanania. Adakah gadis itu membuat wajah risau nak mampus semata kerana melanggar arahan baba sendiri? Astagfirullah budak ni. Dia hanya mampu mengeluarkan ketawa halus menampakkan gigi tersusunnya.
"Cik Qaseh. Saya dan awak bukannya strangers. Awak tahu nama penuh saya . Muhammad Ammar Affendy. Dan saya tahu nama penuh awak. Qaseh Hanania. Jadi tak ada istilah strangers di sini. Kita saling mengenali. Jadi silalah masuk ya cik Qaseh. Don't worry. "

Hanania mengangguk kepala perlahan sambil minda memproses ayat suara lembut ammar . Ye tak ye juga kan? Bernas sungguh otak encik ammar ni. Aku dan dia bukannya strangers. Ah lantaklah.  Janji jaguar xj ada depan mata. Dengan wajah yang teruja semula menggantikan wajah muram tadi,  dia terus masuk ke dalam kereta jaguar xj ammar .

"Woah......" itu sahajalah yang hanania mampu kata dengan mulut ternganga. Mata pula bersinar melihat suasana sebenar di dalam kereta mewah ini. Bikin orang terliur.

"Woah....." dia menyandarkan badan pada permukaan kerusi kereta yang selesa nak mati berbanding kerusi di dalam kereta babanya. Maaf baba. Nia cuma bersikap jujur. 

Woah indah rupa dari khabar betul lah JAGUAR XJ ni.

Matanya yang  meliar akhirnya terpandang pula pada beberapa kot blazer yang tergantung pada seat bahaian penumpang di  belakang. . Uish banyaknya blazer encik ammar. Kebanyakan warna adalah warna hitam dan dark blue. Pelik. Emmm apa kerja dia sebenarnya sampai buat koleksi blazer dalam kereta?  Peguam? Doktor? Pembawa beca?

Ah tak kisahlah. Jangan jadi penyibuk life orang nia. Kau tu baru darjah 4. Encik ammar dah darjah 5. Kenalah hormat.

Dengan rasa gembira lantas hanania mengeluarkan telefon pintar tetapi pintarkah anda sebelum syok dia mengambil gambar suasana di dalam kereta bagai kereta itu miliknya.  Nak tunjuk bukti kereja jaguar ni lawa dan selesa gila pada keluarganya. Manalah tahu mereka tergerak hati kesihankan aku yang tak ada kereta ni. Hmm.

"Tak habis lagi ke ambil gambar tu?"

Eh ? Terus mata hanania melihat kerusi di sebelah dan ternyata ammar affendy sudah selamat duduk di bahagian pemandu sambil menatapnya. Aik sejak bila dia masuk? Tak dengar bunyi pun. Ke aku fokus sangat memgambil gambar kenangan?

Hanania menarik sengihan.
"Saja nak ambil gambar bukti kereta ni lawa dan selesa sangat . Nak try pujuk baba dan mak saya untuk belikan kereta . Manalah tahu dapat kereta idaman saya ni  konfirm mampu terbang ke angkasa lah jawabnya."

"Nak sesuatu kena usaha cik Qaseh. Saya beli kereta ni pun lepas saya beria kerja siang malam." Dengan muka tenang walau ayat deep ammar berbicara sambil menarik tali seatbelt dan terus dia pakai.

Tetapi ayat ammar nampak macam tak mampu hentikan hanania dari aktiviti mengambil gambar suasana kereta ammar.   Biasalah minah ni hati batu nisan. Mana reti sentap.
"Saya usaha lah ni. Saya tengah usaha ambil gambar paling perfect yang mampu menonjolkan keunikan dan keselesaan malah betapa berbaloinya kalau mak baba saya belikan kereta ini untuk saya. "

Ammar hanya mampu mengalah apabila melihat senyuman teruja gadis di sebelahnya ni. Biarlah asalkan dia bahagia hm.
"Yela. Excited excited pun, seatbelt jangan lupa pulak pakai. Nanti elok elok ada dalam kereta, tercampak pula dekat luar."

Terus hanania melihat diri sendiri.  Baru sedar dirini tak memakai seatbelt lagi.
"Oh alright." Laju dia menyatukan tali keledar dan Alhamdulillah selamat sudah dipakai oleh nia. Moga tak ada yang tercampak ke lombong.

Nia menyandarkan badannya dengan selesa setelah telefon bimbitnya disimpan kembali ke dalam beg. Penat dah nak jadi photographer.  Baik kita amati perjalanan indah bersama jejaka tampan bak bidadara di sebelah. Uhuks. Tak sia sia aku naik. 2 in 1 betul ni. Matanya melirik ammar yang diam memandu dengan wajah tenang di sebelah. Tahu tak lelaki bila memandu ni nampak pergh macho gila? Dahlah diri tu memang macho. Lepastu tambah pula macho dengan muka tenang dan tangan sebelah je pegang setereng kereta macam pro. Uish macho berlebihan ni terus jadi nacho. Eh macam makanan.

"Kenapa ? Ada apa apa ke dekat muka saya awak pandang lama macam tu?" 

Laju hanania kembali mengalihkan arah mata ke depan apabila matanya bersatu pula pada ammar yang tiba tiba menoleh. Alamak kantoi. Kantoi tenung jiwa raga anak teruna orang.
"Tak ... tak ada.. cuma Encik ammar ni nampak je pendiam kan? Rupa rupanya boleh tahan ya bibir tu macam mak saya eh? Pot pet pot pet?" Automatik satu topik tercipta kerana otak nia panik. Takkan nak kata saya tenung sebab encik hensem nak mampus macho nak mati . Nanti dah elok pakai seatbelt demi keselamatan , tapi akhirnya tercampak jua ke luar kerana ammar yang tendang . So apa function?

Mata hanania akhirnya dihidang muka ammar yang mengukir senyuman . Eh yai dia ni kejap kejap senyum. Tak tahu ke hensem? Ada kena culik kejap lagi. Haritu masa first time jumpa kemain kedekut senyum.
"Awak pun sama cik Qaseh . Nampak je lembut macam pelajar paling diam dalam kelas. Tapi bila bukak mulut, keretapi pun tak sepanjang ceramah awak." 

Hanania mencebik .
"Saya ni memang pendiam lah. Lagi lagi dengan kaum adam."  Masa dekat sekolah, jangan haraplah nak dengar aku bercakap dengan lelaki kecuali si izzraf tu. Suara ini suara limited edition tau.

"Habis saya ni bukan kaum adam? Awak anggap saya ni sejantina dengan awak ke? Sebab boleh tahan mulut awak bising bila dengan saya ." Ammar mengerling hanania dengan wajah pelik. Pendiam apanya. Mulut dia lah yang tak reti pasang lampu isyarat merah.

"Entahlah mungkin sebab saya selesa dengan encik kut." Dia pun tidak tahu. Kenapa bila dengan ammar, kemain bibirnya ni tak henti melalut merepek . Mungkin ini petanda dia jodohku?

Ah sudah nia. Usah bermimpi di siang hari.

Tapi bermimpi waktu malam boleh kan?

hsidjdujshdhdh.

"Seriously? Awak jumpa saya 2 kali je dan awak rasa selesa dengan saya?"

"Erm yela kut. Mungkin sebab muka encik muka orang baik. Lagipun nama ammar ni nampak macam good boy je. Pijak semut pun tak mati. Tapi apapun saya percaya encik ni baik hati orangnya. " dan sesuai dijadikan menantu mak saya. Eheee.  Senyuman suka hanania ukir sambil memandang sisi ammar yang sedang memandu.

Ammar affendy mengangguk faham sambil matanya menoleh dan membalas pandangan hanania dengan senyuman.
"Glad to hear that from you."

Hanania berdehem tersedar dari memandang mata bersinar ammar . Laju matanya dialihkan melihat arah lain membunuh penyatuan mata dia dan ammar. Tak boleh weh pandang mata dia lama lama. Takut hanyut. Hati pula macam kena gendang.
"En...encik memang tak suka pasang radio atau lagu ke masa memandu? Sunyi sepi macam gua lah kereta encik ni." Tu dia ratu tukar topik dah buat kerja balik.

"Tak. Macam tak perlu je dengar lagu."

"Perlu lah encik. Nanti barulah bertambah feeling bila drive sambil dengar lagu."

"Emmm saya tak tahu nak dengar lagu apa. Cuba awak recommended kan."

Punyala berbillion lagu dalam dunia ni. Satu hape pun dia tak layan? Dia ni normal ke tak?  Aku ni kalau tak dengar lagu rasa macam tak lengkap kehidupan fana.

"Emmm boleh saya pasang lagu?" Teragak dia ingin meminta izin. Yela ini kereta orang. Sukahati je nak bukak lagu.

"Pasang lah. Saya pun nak try dengar lagu tu helok ke tak. Mana tau kena dengan citarasa saya. "

Hanania menyimpan rasa gembira. Yahooo. Ammar affendy bagi. Yahooo. Kita kena pilih lagu yang sesuai. Tak boleh lagu rock. Tak boleh lagu broken. Kena lagu rileks sahaja. Emm.

Selepas beberapa saat berfikir,  akhirnya jari hanania menekan skrin pada permukaan dashboard kereta ammar sebelum menaip lagu yang dia inginkan.

Love At The First Sight - Annie Leblanc

You took me by suprise,
When I looked into your eyes,
It was so right,
It was love at the first sight.

Everybody knows,
Cause the feeling shows,
Every second it grows,
Love at the first sight.

Hanania mahupun ammar hanya diam. Ammar diam mungkin kerana fokus pemanduan. Hanania diam pula kerana menghayati suara merdu lagu yang berjiwa country. Erm encik ammar entah suka ke tak lagu ni. Lagu pasal jatuh cinta pandang pertama. Hemm macam budak budak baru nak up je.

"Erm Encik... encik percaya ke tentang fall in love at the first sight?" Setelah penat menutup mulut tak sampai 3 minit, akhirnya hanania bercadang ingin mengaktifkan semula mulutnya. Tak tahan dengan sifat pendiam ammar. Biasalah hanania semua orang dia nak ajar borak.

Hanania diam menunggu reaksi ammar. Tapi orang macan encik ammar pernah ke kena ? Tengok dari gaya macam ramai orang yang jatuh cinta dengan dia, bukan dia yang jatuh cinta dengan orang. Kan?

"Percaya. Sebab saya pernah kena. "

Fuh. Ternganga sedikit mulut hanania mendengar jawapan dari ammar yang berwajah biasa. Dia.... pernah jatuh cinta pandang pertama! Untung nya weh perempuan tu. Mesti dia tak kentang hm. sampaikan encik ammar boleh jatuh cinta dengan dia. Tak kenapa tiba tiba nak broken.
"Wow... jadi macam mana encik dengan dia sekarang? Masih bersama? " walaupun broken, tetapi hanania tetap maniskan wajah bertanya. 

Ammar diam. Sebelum satu senyuman terlakar di wajah. Senyuman sukar ditafsirkan sama ada gembira, atau sedih,atau suka, atau duka, atau..... pandai pandai fikir.

"Dia bahagia sekarang . Dia dah kahwin dah. Dengan kawan baik saya."

Terkelu hanania mendengar ayat ammar yang mampu mematahkan hatinya. Kalau aku yang dengar ni boleh rasa broken, crush kahwin dengan bff sendiri, apatah lagi encik ammar yang jadi mangsa. Tetapi wajah ammar tetap dengan senyuman pula.
" Hmmm it's okay encik. Steady encik. Encik anggap jelah mungkin jodoh encik lagi cantik, lagi menarik, lagi sesuai bersama encik dari dia. " dengan berhati hati hanania berkata tak mahu kerana dia ammar broken pula.

"Awak pula? Percaya ke?"

Giliran ammar pula bertanya apabila gadis di sebelahnya tiba tiba diam. Mungkin tak mahu isu tadi berulang tayang.

Hanania mengangguk.
"Saya percaya." Jawabnya sambil tersenyum memandang luar tingkap kereta. Padahal permandangan di luar hanyalah traffic jam. Entah apahal dia senyum.

Ammar menaikkan kening.
" Bila?"

Biarlah rahsia wahai ammar affendy.

"Sejak saya terjumpa encik ammar." Dengan senyuman lebar hanania selamba menjawab tanpa berfikir. Mata pun masih memandang luar. Tapi dalam minda terfikir wajah ammar yang terkena sos . Fuhlamak first time weh masa tu terdiam terkelu setelah melihat wajah seorang lelaki. Mungkin itu lah cinta pandang pertama nya. Cinta? Lol. Tak terlalu awalkah?

"Ha? " dengan nada terkejut ammar menoleh memandang hanania.

Hanania turut mengalihkan wajah menatap wajah keliru ammar. Apahal muka dia ni macam terkejut? Aku salah cakap ke? Jap tadi.....

Takkanlah mulut aku.

Tercakap kuat kuat yang aku jatuh cinta lepas jumpa dia?! Bukan aku jawab dalam hati ke tadi? Apahal bibir aku pun turut cakap? alamak macam mana ni? Mesti dia geli dengar aku kata macamtu. Aku ni dahlah jauh berbeza dengan crush dia.

"Eh... bu... bukan. Dengar boleh, percaya jangan. Ha itu prinsip yang encik kena pakai bila berbual dengan saya. Ha. " dengan laju dia bercakap dengan alasan yang selogik mampu tapi tak mampu nak tandingi pipinya yang sudah panas. Selepas   habis bercakap dengan kelajuan padu, terus dia menghalakan wajah menatap luar. Tak nak langsung pandang muka ammar. Malu weh malu. Halamak. Biadap punya mulut. Tak hormat hati tuan sendiri.
Mesti encik ammar dah tak selesa dengan aku. HMMM.

Terkebil kebil mata ammar cuba mentafsir ayat kelajuan lrt yang hanania baru katakan. Nampak bebenor gelabah dan kalut gadis di sebelahnya. Tambahan wajahnya pun gadis ini tak mahu pandang.  Satu senyuman senget bibirnya tarik .
"Comel . "

Hanania terus menoleh ammar yang memandu sambil tersenyum setelah mendengar ammar mengatakan sesuatu dengan nada perlahan. Dah kenapa dia ni senyum senyum. Aku tengah malu. Dia boleh senyum. Dahlah hensem.
"Apa ?"

"Comel. Awak ni comel. "

Allahuakbar. Hanania terasa badannya terkena renjatan elektrik yang padu apabila telinganya mendengar ayat ammar. Dia.... kata... aku comel?!?!?!?! Jap . Jangan perasan. Mana tahu dia kata dekat perempuan cina kereta sebelah ni kan mana tau.

Tapi mata dia pandang aku. Eh . Ya allah. Apakah ini. Sila berhenti encik ammar. Saya pengsan kejap lagi  , hancur awak kena kejar dengan parang oleh baba saya.

"En... encik ni kerja dekat kedai do...dobi eh? Banyak betul blazer yang ada dekat belakang. " sekali lagi selaju cahaya hanania menukar topik perbualan. 

Tergelak kecil ammar mendengar ayat hanania yang nampak sangat nak tukar topik. Tapi part kerja dobi tak boleh blah. Bagus gelabah balik gadis ni. Baru puji dah gelabah gila.
"Tu semua blazer saya."

"Oh encik kerja jual blazer ke?" Banyak betul jenis blazer. Konfirm mahal mahal harganya. Mesti untung kalau jual.

"Apa pula. Bukanlah... saya kerja......kerja....." kening ammar berkerut. Jarinya bergerak mengetuk stereng bagai cuma mengingat sesuatu. Tetapi apa yang perlu dia ingat.

Kerja!

"Astagfirullah....  saya lupalah. Saya kena pergi pejabat kawan saya. Perlu ambil fail penting . Erm... awak tak kisah ke kalau kita pergi pejabat dia dulu? "

Hanania mengangguk membenarkan. Tengok muka ammar macam fail tu betul betul penting. Takkanlah dia nak jadi gedik 'taknak. You kena hantar I balik rumah dulu. Asyik kerja kerja je you ni.' Euw. Memang ammar tinggalkan dia jela dekat highway ni.
"Er takpe saya tak kisah. Yela saya kan menumpang kereta encik. "

"Tahu pun."  Ammar tersenyum apabila matanya menangkap aksi hanania mencebik .

Halamak tahulah aku menumpang. Tak payahlah buat aku sentap. Tapi takpe. Boleh lama lama dengan encik ammar affendy lagi. UWISJDHEhdikdk. Juara menggatal.

.

.

.

.

.

.

.

(Ampunkan sifat terlalu gedik hanania. Dia cuma kanak kanak ribena bukan blackcurrant.)

.

.

.

.

.

*****************************************

.

.

.

.

.

"Tok tok tik tok tarik sis semongko tok."

"Masuk!"

"Jom." Katanya kepada hanania sebelum dengan wajah biasa dia menolak pintu pejabat seseorang macam pejabat itu miliknya.

Hanania menelan air liur nervous. Weh dia pulak yang nervous berlebihan. Okay dia nervous sebab ada mata mata yang bagai mengerlingnya . Mungkin pekerja pekerja di sini pelik kenapa ada perempuan mengikut encik ammar yang fabulous tu? Hmmph. Rasa insecure di situ.

Yang kedua . Dia nervous membaca apa yang tertulis pada pintu kepada pejabat yang agak besar berbanding bilik lain.

                          Hadif Rizki
               Chief Executive Officer

Weh CEO weh. Tapi tadi encik ammar dengan muka selamba sahaja masuk tak beri salam. Lepastu takkan aku nak ikut? Aku ni tak ada pangkat. Bukan pangkat, pekerja pun bukan! Takkan nak menyemak mencampuri urusan encik  ammar dan kawannya tu. Jap jadi kawan encik ammar CEO? Pfft adakah encik ammar ini berpangkat besar juga dah kalau selamba sahaja masuk bilik ni tadi?

"Cik qaseh? Jom Masuk." 

Tersedar semula dirinya apabila dia melihat ammar berdiri di hadapannya sambil menahan pintu dari tertutup untuknya masuk. Alahai encik ammar janganlah gentleman sangat. Orang semua pandang saya lain macam.

Hanania menggeleng perlahan.
"Tak...takpelah encik. Saya taknak ganggu perbincangan encik dengan kawan encik tu. Saya ni orang luar. Tak apa saya tunggu encik dekat luar." Macam pantun pulak .  Hanania mengukir senyum jujur. Jujur memang tak mahu menyibuk hal orang.

Tapi salah kau juga nia. Encik ammar tadi dah tanya sebelum ni, 'Nak ikut saya jumpa dia ke?' . Hanania pun setuju sahaja kerana teruja pula nak melihat suasana dalaman syarikat megah. Tapi tak ku sangka kawan encik ammar ni CEO. Ketua syarikat. Hadeh.

"Tak apa. Masuk cik Qaseh. Kami tak kisah pun awak ada. " tangan ammar bergerak bagai mempelawa hanania masuk.

Tetapi hanania masih ragu ragu. Nak ke taknak? patutkah aku buat buat sakit perut untuk tolak pelawaaan encik ammar lepastu terus gerak ke tandas? Alasan nya saya termakan 6 keping roti expired yang mak saya lupa buang semalam?

Ammar mengeluh apabila melihat hanania bagai berfikir. Dia boleh jadi patung berfikir pulak dekat situ.  Terus tangannya bergerak memegang lengan hanania yang berbaju kurung moden.
"Awak ni. Sini."

"Eh eh!" Terkejut hanania apabila dirinya ditarik lembut oleh ammar supaya mengikut jejak langkah jejaka itu. Nak taknak memang kena masuk jugaklah pejabat CEO ini.

Membesar mata hanania melihat keluasan pejabat seorang CEO setelah dirinya dipaksa masuk . Wow. Kaya betul. Ini punya kaya mesti 6 keturunan tak habis. Cis. Matanya bergerak melihat sekitar permandangan pejabat yang luas sebelum matanya terhenti apabila baru perasan matanya bersatu dengan sepasang mata hazel . Gulp. Dia menelan air liur melihat wajah lelaki yang tiada senyuman memandangnya tetapi memang dalam hatinya berbisik.... 'PERGH hensem siot . Siapa ni? Apahal mata dia lawa sangat? Eh jeles siot. Nak tukar mata tak bang? '  Tapi laju dia menggeleng kecil apabila baru perasan lelaki tadi enak duduk di kerusi kepunyaan CEO. Oh alamak so inilah CEO syarikat ni?  Hensem dan agak ehem.... scary. 

"Hai." Mata hanania bertukar pula memandang seorang lagi lelaki yang berdiri di sebelah kerusi CEO tadi yang menegurnya. Wajah itu mengukir senyuman kecil kepadanya. Oh m g. Weh ini pun segak! Segak sungguh na. Walaupun mengukir senyuman kecil tetapi tetap nampak comel. Tapi siapa lelaki ni? Adakah dia juga kawan encik ammar? Dan kenapa... kenapa kawan kawan encik ammar semuanya sama kategori ? Hensem, segak, dan sengkatan dengannya? Tahu tak aku makin rasa insecure?

"Ha...hai." gugup pula nak balas hi dari mamat hensem.

"Cik qaseh."

Pantas dia menoleh apabila menyedari ammar sudah berada di kawasan kanan pejabat yang ada set sofa dan televisyen. Oh alamak terlalai pula dari ammar kerana diganggu bayangan 2 lelaki yang segak. Takpe cik mar. Saya masih setia.  Terus hanania menapak mendekati ammar affendy.
"Ya?"

"Duduk sini sementara tunggu saya. Don't worry . Sekejap je nanti saya datang balik."

Hanania mengangguk faham sebelum melabuhkan punggung pada salah satu sofa . Pergh selesa padu gila sofa ni. Ini kalau aku kahwin, nak beli sofa macam ni lah. Cam yeye nak kahwin. Jodoh pun tak sampai lagi ehem.

Apabila dia melihat ammar ingin berpusing ke arah di mana meja CEO tadi terus hanania menahan.
"Er encik ammar."

Ammar affendy menoleh menatap kembali hanania. Kening dinaikkan.
"Yes?"

Hanania mengertap bibir.  Rasa macam penyibuk pula kalau tanya. Tapi kalau tak tanya, nanti menyesal pula. Halamak tanya jela. Bukan kurang rm1 dalam purse aku pun.
"Erm... siapa dua orang lelaki tu?"

Uish bukan menggatal tetapi ingin menambah ilmu pengetahuan.

Ammar menggerakkan mata ke arah dua orang lelaki yang sedang bersembang.
"Tu. Mata hazel tu . Nama dia hadif rizki. CEO Blue Hazel Holdings. " jarinya ditunjuk arah hadif yang berusaha nak fokus baca dokumen tetapi irham di sebelah menghembus bisikan hasutan syaitonnirojim supaya membawang dengan si iqi.

Hanania mengangguk dengan mata yang bersinar melihat spesimen kacak bermuka serius. Uish ini single ke tak ni? Muka hensem hensem , mesti single. Eh fakta mana aku ambil ni.

"Dia tak single. Dah kahwin."

Hanania laju mengalihkan mata memandang ammar yang bersuara. Eish encik ammar ni tau tau je. Macam mana dia tahu apa aku fikir?  Jap tapi...ALAAA SERIUSLAH DIA DAH KAHWIN? Muda nya kahwin!  Aku ni calon pun pun takde .

Dia menelan air liur melihat ammar sedang menatapnya dengan pandangan serius memeluk tubuh . Gulp dah pahal dia ni. Muka takde senyum macam aku buat salah.
"Ohh ala...." dia mencebik sedih. Encik CEO dah kahwin.

Kejap. Baru seorang. Lagi satu tak tau lagi.

"Tu yang tu? Siapa?" Bibir hanania dimuncungkan arah irham rafiqi yang sedang acah mengurut bahu hadif rizki.

Ammar memandang sekilas iqi yang bagai sedang membodek hadif tetapi terus dia menatap kembali hanania. Malas nak pandang irham rafiqi lama lama.
"Tu irham rafiqi. Pengasas produk The Three Musketeers. "

What?! Melopong terus bibir nia. Dia... dia...  dia ke pengasas produk kecantikan yang aku selalu guna tu?! Ya Allah ! Dia ke heronya? Pergh gilalah. Nak minta autograph boleh tak? Eish muka boleh tahan hensem. Flawlesss gila pulak tu. Tak ada sebarang tanda jerawat pun. Lain bebenor dengan muka aku. Uish kalau dapat suami macam dia mesti senang.

"Dia tak single. Dah bertunang. Bulan depan kahwin."

Sekali lagi pantas ammar mencelah. Bagai tahu tahu sahaja apa yang bermain di dalam fikiran hanania. Dia mengecilkan mata menahan rasa tak puas hati melihat wajah melopong hanania merenung wajah dua ekor sahabatnya. Sebab itulah dia sudah tekankan perkataan tak single.  Wait kenapa kena rasa tak puas hati?

La yeke? Dah bertunang pulak dah. Dua dua melepaslah.
"Ala...." hanania mencemik kecewa. Baru lah nak carikan mak menantu kaya. sekali dua dua tak boleh pakai podahh. Dua dua taken!

"Tak payah nak alaaa sangat. Mereka berdua tu taken dah."

Hanania mengertap bibir mencekalkan diri pasrah. Argh takpela. Mesti nanti jodoh aku ada lagi hensem. Baik aku tanya encik ammar. Mana tahu kawan kawan dia memang sejenis. Hensem dan kaya. Senang sikit pencarian jodoh aku. Hanania menaikkan wajah menyatukan matanya dengan ammar yang sudah menatapnya mungkin dari tadi .
"Jadi siapa je yang single...."

Tak sempat hanania ingin menghabiskan ayat 'jadi siapa je yang single dalam kalangan kawan kawan encik? Bolehlah encik tolong saya cari jodoh.', laju pula suara ammar memintas percakapannya.

"Saya. Saya je single dan available." Katanya selamba dengan wajah yang masih tiada reaksi dan memeluk tubuh. Cinggg. Sempat dia mengenyitkan mata sebelahnya kepada hanania sebelum langkahnya diatur menuju ke arah hadif rizki dan irham rafiqi yang beria berbincang.

Allahuakbar. Apakah tadi itu?

Encik ammar dah gilakah? Dia kenyitkan mata? Dia tak tahu ke sekci??? Pergh. Itu okay lagi. Yang dia kata dia je single dan available kenapa?  Habis tu apa aku nak buat dengan information dia beritahu tu? Nak aku meminang dia ke ? melamar jadi suami? Halamak. 

Hanania menelan air liur menahan rasa terkejut. Jantung pula dah berdentum mengalahkan bunga api meletup masa hari raya. Calm down nia. calm down. Aduh macam mana nak calm down kalau dalam otak akan rewind benda yang sama. Iaitu kenyitan mata ammar. Astagfirullah. Okay otak sila beri kerjasama.  Jangan bagi hati aku laju . Eiiii.  Cara nak calm down dan lupakan tentang wajah ammar ialah.....

Bukak ig.

Search nama syafit kylio.

Okay jom tenung muka syafit.

Eh jap. Siapa perempuan sebelah syafit ni?

Capsyen : "Thanks for coming in my life♡."

Pantas hanania menekan nama yang di tag pada gambar wanita yang tersenyum sebelah syafit kylio.

MAMI LANA?

Sah. Syafit dan mami lana bercinta .

Hanania mendengus geram sambil laju menutup apps instagram. Ah sudah apahal semua nak taken ni?! Dah kalau syafit dah taken, mana boleh kita tenung.  Habis mami lana tu rembat aku nanti. Jadi, sekarang aku nak pandang apa sekarang?

Nak pandang apa eh?

Matanya bergerak cuba melihat ke arah encik ammar, encik hadif dan encik irham berada. 

Zapp! Automatik hanania laju menurunkan kembali matanya ke arah skrin telefon apabila matanya bersatu dengan mata bersinar ammar yang sudah menatapnya. Ya allah apahal dia pandang aku? Patutlah aku rasa diperhatikan. Halamak halamak jantung dah buat hal balik.

Kalut hanania menekan nekan skrin telefonnya dan akhirnya termuncul pula gambar ayahnya yang tidak mengukir senyum . Erk. Alamak. Gambar baba pula keluar.  Argh takpelah janji boleh buat aku lupakan mata encik ammar tadi.

Maaf baba, ya nia gunakan baba.

.

.

.

.

.

.

.

*****************************************

.

.

.

.

.

"Oi!"

Pantas ammar affendy memusingkan kepala memandang suara yang menegurnya.

Dan permandangan yang disajikan ialah irham rafiqi yang sedang tersenyum nakal sambil menaikkan naikkan kening ke atas.
"Pandang apa tu?"

Ammar mendengus lalu terus dia menfokuskan mata menatap hadif yang sedang menulis sesuatu pada dokumen. Dari pandang muka iqi. Baik pandnag izki. Dari wajah irham yang bagai high macam baru lepas hidu gam, nampak sangat muka tu adalah sesuatu nak membahan dia .
"Dif, mana fail untuk projek Marina Island tu? "

Hadif rizki terus menghentikan aktivitinya lalu tangan kirinya menggapai satu fail hitam . Terus dia hulurkan kepada ammar .
"Nah. Aku ingatkan kau lupa nak ambil. Almaklumlah lupa dunia sebab dating."  

Ammar menggulingkan mata melihat senyuman kecil di hujung bibir hadif.  Siot aku fikirkan hadif matang sikitlah dari irham. sekali diorang satu team pula nak bahankan aku.
"Enough.  Aku tak dating okay? " laju dia mengambil fail di tangan hadif.

"Weh mar." Satu tamparan tak berapa nak ayu mendarat pada lengan kanan ammar.

"Apa?" Kening ammar berkerut kepada irham yang selamba menampar lengan anak orang. Dia ni memang tak berubah kan? Dari dulu tak ada adab.

"Tu. Siapa nama dia?"  Irham rafiqi memuncungkan bibir ke arah seorang gadis berkaca mata yang sedang melihat skrin telefon. Gadis yang datang bersama ammar tadi.

"Qaseh hanania." Walaupun geram, tetap ammar menjawab. Dengan nada paling malas sekali. So irham ketahuilah ammar affendy memang malas nak layan hang sekarang ni.

Irham mengangguk faham.
"Habis tu kau panggil dia apa?"

Ammar mengerutkan kening curiga
mendengar soalan irham.
"Cik qaseh." Layankan saja iqi walau dia pelik.  Almaklumlah irham rafiqi kan memang pelik. Pernah ke mamat tu normal?

"Cik qaseh?" Dengan muka terkejut tambah tak puas hati tambah muka tak boleh brain irham mengulang. Seriously cik qaseh si ammar ni panggil awek tu?

"Apahal kau buat muka beruk tercekik pisang ?" Apa salah ke aku jawab? Betullah aku panggil dia cik qaseh? Dah cukup jujur dah tu.

"Apahal? Yela kau fikir kau tu driver dia? Bodyguard dia? Nak bercik cik bagai?"

Ammar mencebik menyampah mendengar kata kata irham. Penyibuk je mamat ni. Sukahati akulah.
"Eh biarlah. Habistu kau nak aku panggil apa?"

"Haduh kau ni. Dif, settlekan member kau ni. Bagitau dia kebenaran." Selamba irham menepuk bahu hadif sambil buat muka give up dan pening. Jari pula memicit dahi. Selepas itu badan dipusingkan arah membelakangi ammar. Acah stres dengan perangai ammar affendy.

Hadif mengeluh kecil sambil menggeleng kepala memandang ammar. Muka hadif juga bagai kecewa dengan ammar.

"Kenapa siot?" Berkerut kening ammar apabila mendapat pandangan begitu oleh hadif dan irham. Tak apa salah aku ? Apa yang diorang kecewa sangat? Eh yai.

Hadif menghela nafas berat.
"Ammar ammar. Kau masih mentah mar. Aku faham kau masih mentah bab bab begini. Tapi kau tak patut berdiam diri. Kau lupakah? Kau masih ada kami di sisi kau? Kau boleh je tanya kami apa apa yang kau tak faham. Aku faham kau takut. Kau masih mentah. Tapi tak apa. Kami akan tolong kau." Raut wajah pandangan simpati hadif berikan pada ammar.

Apa lagi makin berkerut lah kening ammar setelah mendengar kata kata hadif yang baginya sangat mengarut. Dan apahal guna bahasa baku weh? Bm sangat apahal ni?
"Apa yang mentah? Apa yang aku noob. Korang boleh cakap straight tak sebelum aku rembat korang ? Aku tak faham ni."

Irham perlahan memusing menghadap kembali ammar. Mata memandang atas dengan dramatik lalu dia mengeluh. Ya allah dahlah iqi. Tak payah beria sangat. Pandang atas bukannya nampak langit. Nampak siling je pun.
"Ammar affendy. Kau tak faham lagi? Masalahnya di sini , kenapa kau panggil dia cik? Weh apahal kau panggil dia cik qaseh? Aku tak  boleh brain. Banyak lagi nama weh. Sayang , ayang, yayang, layang layang,   kasih sayang, cinta...."

"Woi woi. Cinta aku dah guna. Tak payah nak menyibuk guna sekali." Laju hadif mencelah dengan muka tak suka. Cinta tu hanya untuk aku dan anggun dellisya.  Mohon segala yang sibuk nak guna sekali, sila masuk ke loji.

"Okay fine. Ha baby sayang , lepas a apa? B. Ya sayang? Eh tu pickupline. Lebah bahasa inggeris apa?  Heh Ya sayang? Eh tu pickupline lagi. Apa lagi eh? Manja, darling, love, comel , my honey bunny sugar, my..."

"Woi woi ! Apa kau mengarut setan? " terus tangan ammar menarik kolar kemeja irham dengan muka geram. Ini je caranya nak buat mulut irham tu berhenti.

Terhenti ceramah irham apabila kolar kemejanya ditarik ammar. Okay plan ammar berhasil. Irham menaikkan kening dengan muka innocent.
"Apa? Aku tengah mengajar kau kata nama yang digunakan untuk kau panggil cik qaseh banana...."

"Hanania ." Dengan suara mendatar ammar membetulkan typo irham yang buatkan dia makin sakit hati.

"Ups sorry. Untuk....Qaseh hanania kau tu.  Apa kes weh panggil cik qaseh. Tak sweetlah kau mar. " mudah dia menolak tangan ammar dari kolarnya .

Ammar meraup rambutnya ke belakang. Stres.  Kadang kadang penat jugak eh dapat kawan yang dah kahwin. Yang dah tunang.  Mesti acah acah nak mengajar kita pasal bercinta.  Pfft. Puih.
"Buat apa aku nak bersweet bagai kalau aku dengan dia memang tak ada apa apa? Kitorang bukan bercinta lah weh."

Irham terdiam. Hadif rizki turut terdiam. Irham melirik mata menjeling hadif. Hadif rizki juga mengerlingkan matanya kepada irham.

1... 2... 3.

"HAHAHA!"

Membulat mata ammar melihat dua ekor beruk ups salah dua orang kawan dunia je akhirat tak pasti laginya sedang gelak ketawa bagai mengejeknya. Irham rafiqi sudah gelak sambil menampar nampar bahu hadif. Sementara hadif rizki pula gelak sambil menendang kaki irham.

What the....

Mereka ni gelak ke nak bergusti?

Entah apalah reaksi qaseh . Atau mungkin terkena culture shock. Laju dia memusingkan badan untuk melihat keadaan qaseh hanania dan ternyata qaseh hanania sedang menatapnya atau lebih kepada pelik melihat makhluk manusia hadif dan irham tiba tiba gelak. Ammar hanya mampu menarik senyuman kecil kepada qaseh hanania sebelum kembali berpaling menghadap teman temannya yang sudah reda gelaknya tapi masih ketawa halus.

"Diamlah. Korang ni memalukan aku depan dia." Sambil ammar berkata sambil itu giginya dikertap. Geram tambah malu.  Rasa macam tak nak ngaku kawan pun ada.

Irham tergelak kecil sambil menepuk bahu ammar.
"Dude, maybe betul lah aku percaya kau dengan dia tak bercinta. Tapi kau... kau tu..." okay. Nampaknya irham dah gelak balik. Maka hadif lah yang kena sambung ayat.

"Takkan kau tak suka dia? Bro, aku nampak anak mata kau membesar tau masa berborak atau pandang dia. Lepastu kejap kejap mata kau tu nak tengok dia kan? Lepas tengok kau buat apa? Senyum seorang diri. "

Ammar mendecit.
"Fakta mana kau ambil ni? Kau tu bukannya bidang psikologi pun nak perhati mata orang, gerak badan semua." Anak mata membesar konon. Podah.

"Eh eh eh hormat sikit aku ni. Aku dah kahwin. Dah bercinta. Dah ada bini. Kau tu single lagi. Noob pulak tu pasal percintaan. Jadi sila respect kata kata aku. " hadif berbicara sambil tangan kanannya diangkat sambil beria menunjukkan cincin kahwinnya yang berkilat pada ammar yang dah buat riak wajah geli. Euw berlagaknya dah kahwin.

"Eh korang bincanglah pasal projek apa benda natang tadi tu. Aku nak pergi berbual sekejap." Irham menghulurkan senyuman dan membetulkan sedikit bajunya supaya nampak hensem.

Tak sempat irham ingin berjalan, laju tangan ammar menahan lengan irham dari terus melangkah.
"Berbual ? Dengan siapa?"

"Siapa lagi? Cik qaseh hanania awaklah. " irham mengenyitkan mata sebelah dengan bibirnya dah menarik senyuman tersirat. Mati kau mar. Mati kau.

Ammar mengertap bibir geram. Cis dah agak. Mesti irham nak kacau qaseh hanania. Itu okay lagi. Tapi kalau mulut irham ni menyebarkan bahan tak betul? Eish.
"Kau jangan berani nak cakap benda bukan bukan eh iqi kalau taknak mati awal..."

Irham mengangkat bahu sebagai jawapan kepada ugutan dan mata tajam ammar lalu selamba dia menapak pergi dari meja hadif . Arah perjalanannya mestilah ke arah wanita yang elok duduk di sana.

Ammar memejam mata menarik nafas menggunakan hidung lalu menghembus nafas melalui mulut cuba bersabar dengan sikap irham rafiqi yang takkan berubah. Pandai buat orang naik darah. Pandai buat orang nak carut. Tapi pandai juga mengajar manusia erti kesabaran. Ammar membuka mata menahan sabar.
"Apahal si iqi tu ada eh waktu sekarang? " kan bagus kalau dia tak ada.

Hadif hanya mampu menahan senyum melihat wajah tahan bengang ammar kepada irham.
"Biasalah dia tu. Kalau bosan permandangan office dia, memang office kau atau aku lah dia menyibuk menempel macam tak ada life. So, apa kau nak bincang tadi? " 

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

"Assalammualaikum. "

Opocot !

Hanania tersentak apabila tiba tiba sahaja ada suara menegurnya. Weh nasib tak melatah.  Lagi dia terkejut apabila manusia yang tegurnya tadi dah selamat duduk berjarak 1 meter darinya di sofa yang sama . Bagus. Ikut sop. Tapi sejak bila dia datang sini?

"Wa...Waalaikumussalam. " tersekat pula suara ni nak balas salam dari manusia popular macam encik irham rafiqi ni . Sudahlah dia yang jadi pengasas produk kecantikan yang femes tu. Ya allah rasa kecil betul diri ini. Ceh.

Irham mengukir senyuman kepada hanania.
"Nama awak qaseh hanania ya?"

Hanania menelan air liur mendengar namanya diseru. Tapi lagi sesak nafas tengok senyuman dan muka licin irham rafiqi ni. What the... kenapa dengan lelaki pun aku rasa insecure? Apasal dia cantik sangat?
"Mana encik tahu nama saya?" Setahunya dia tak berkenalan lagi dengan irham rafiqi mahupun encik ceo mata hazel tadi tu.

Irham menaikkan kening dengan senyuman jahat atau mungkin nakal atau gedik atau lantak andalah nak kata apa si iqi ni.
"Mana lagi? kekasih awak lah yang bagitahu. " kepalanya di halakan sesaat arah ammar yang sedang bercakap bersama hadif sebelum kembali menatap hanania yang bagai membeku.

Terkebil kebil hanania mendengar ayat irham. matanya mengerling ammar affendy sesaat.
"Ha? Apa encik kata tadi?" Boleh ulang balik? Aku macam dengar kekasih tau tadi? Dia kata ammar affendy kekasih aku ke?

"Eh maaf salah. Ammar yang bagitau saya nama awak. Saya salah sebut. " Hehehehehehe. Saya bukan ter salah. Saya sengaja salah. Mati kau mar mati kau.

Tapi kalini sengaja dia ingin menguji hanania. Dan akhirnya irham hanya mampu menahan gelak melihat pipi hanania yang sudah agak merah. Sah. Dia malu.

Hanania mengangguk perlahan .
"Oh. " tapi encik janganlah salah cakap macam tu lagi. Seram saya dibuatnya. Bukan seram. Broken sekali. sebab saya tahu saya takkan mampu dapat encik ammar. Apatah lagi jadi kekasih.  Hm.

"Ammar tu okay tak?"

Hanania yang menunduk laju menyatukan semula matanya dengan irham. Ammar okay tak?
"Ha? Maksud encik?" Dia nak kata encik ammar tu sihat ke tak ? Kut.

Irham rafiqi gelak kecil.
"Apa ni ber encik dengan saya. Panggil je saya irham. Saya panggil awak hanania boleh?" Tak payah lah formal sangat. Nanti kita jadi keluarga juga nanti. HAHAHA mati kau mar. Mati kau. Aku jadi cupid.

Hanania mengertap bibir. Fuh. Pengasas produk kecantikan nak aku panggil dia guna nama ? Uisyo ini kena cerita pada mak ni. Automatik aku jadi kebanggaan keluarga sebab dapat kenal orang ternama.
"Ermm... panggil je saya nia , err.. enc.. ehem irham." Fuu irham je weh aku panggil. 

Irham mengangguk puas hati.
"Okay nice. So nia, berbalik pada soalan saya, maksud saya, ammar macam mana? Baik tak? Suka senyum tak bila bersama awak? Awak rasa selesa tak bersama dia? Dia gentleman tak?"

Okay satu satu boleh tak bang? Ini sekaligus nak tanya. Saya ni manusia je. Bukan mesin jawab soalan. Tapi apahal soalan dia macam pelik? Dah macam polis.
"Errr encik ammar baik . Dia hormat saya , dia buat orang rasa selesa nak bersama dia . Entah kenapa dia buat orang rasa selamat bersamanya. Dia tumpangkan saya balik rumah . Erm... dia errr selalu senyum.  And... aah bagi saya dia gentleman dengan cara dia sendiri . Tapi...Kenapa awak tanya?"

Irham menayang sengihan. Padulah kau mar. Ini kalau kau dengar nia puji kau melambung macam ni, mesti jadi tomato mamat tu.
"Oh saja nak tahu kawan saya tu macam mana .  Em nia, awak... suka ammar?"

Ayuh straightforward.

"Ha?!" Terus ternaik satu oktaf suara nya dan berubah wajah hanania kerana terkejut dengan soalan begitu tiber dari irham. 

Gulp. Apa... aku dah buat? Laju hanania menutup mulut menggunakan tapak tangan. Alamak kau ni nia! Tahulah terkejut tapi apahal nak cakap kuat kuat? Terus dia menepuk lembut  bibir sendiri. Amboi biasa dia. Biasa dia.

Tapi kenapa aku kena terkejut sangat?

Terkejut sebab soalan irham sangat tepat? Kerana dia sukakan encik ammar? Well, siapa je tak sukakan encik ammar? Semua suka kan. Ha ha ha. Dahlah baik. Hensem. Tinggi. Kan kan? Halamak kemonlah.

Ayat cover hanania menutup perasaan sendiri.

Ternaik kening irham apabila hanania berkata kuat. Wow saya tak jangka reaksi dia sebegitu. Laju matanya teralih melihat arah sahabat sahabatnya dan memang bagai apa yang dia sangka ammar affendy sudah memandang hanania risau. Tapi tak sampai sesaat mata ammar beralih dari hanania kepada mata nya. Dan bukanlah riak risau ditunjukkan tapi pandangan tajam dengan mulut bergerak
'Apa kau kata shaiton?'

Irham menayang senyuman suci .
'Nothing.' Elok sahaja bibirnya bergerak sekaligus tambah lah satu dosa kecil menipu member sendiri.

Irham terus menghamburkan gelak kecil kembali fokus kepada hanania.
"Joking. Saja je bergurau. Tak sangka pula awak terkejut gila. Sorry eh?"

Hanania terkebil kebil. Lah dia bergurau? Kupikirkan serius. Nasib baiklah gurau. Kalau tak, tak tahulah nak jawab apa.
"Eh tak apa . Of course lah awak bergurau kan. Ha ha ha..." hanania turut gelak. Pura pura gelak. Beria cover hm.

RING! RING ! Telefon.  Telefon berbunyi~

Hanania memandang sekeliling. Siapa tengok wonderpets tak ajak tu?

"Kejap eh."

La ringtone encik irham rupanya. Hanania tersenyum kecil tanda tak apa kepada irham yang sudah mengeluarkan telefon dari poket kemejanya. Mantap encik irham. Ringtone suara wonderpets.  Kalah ringtone budak budak zaman sekarang.

Irham melihat nama pemanggil . Dia tersenyum lalu terus sebelum simbol loud speaker di tekan.
"Assalammualaikum ."

"Waalaikumussalam.  Irham rafiqi,"

Uish. Nama panjang dah kena seru. Mesti adalah something tu.
"Ya sayang."

Hanania menaikkan kening. Fuhlamak sedapnya suara irham memanggil sayang. Jap ni mesti tunang encik irham. Kalau dah bersayang bagai.  Tapi apa poin dia bukak loud speaker? Memang nak riak dia ada tunang ke pada aku yang sendu ni? Jap jap husnuzon nia. Kau jangan tuduh irham bukan bukan. Sedar diri anda. Bukan salah irham kau sendu. K done sedar diri.

"Mama call saya. Katanya awak tak nak lunch betul ke?"

Irham rafiqi mencebik. Puan dewi insyirah ni kan. Kalau bukan pada hadif dan ammar, mesti tunang aku jugalah dia nak mengadu macam macam. Eh yai. Nasib baik awak syurga saya puan dewi. Kalau tak.... dah lama saya rosakkan bunga bunga yang awak tanam dekat rumah tu. Dendam betul.
"Alaa... saya tak lapar."

"Mana boleh. Lunch tu penting tau tak. Kalau awak tak lunch, mana awak larat nak kerja sampai petang? Awak tu dahlah sekali hadap kerja, orang berperang dekat sebelah pun tak sedar. So, kenalah makan wak..."

Irham memejam mata . Ini lah perempuan. Kuat membebel. Benda kecil sebesar zarah, nak juga diperbesarkan kalah gajah. Ini lagi sorang. Nasiblah kesayangan, kalau tak dah lama aku main tarik rambut macam zaman tak matang dulu .
"Okay saya tahu awak risaukan saya sayang. Tapi ala sehari je saya skip lunch. Saya lepak dekat office hadif ni. "

"Awak lepak dekat office dia? Oh lepak ada masa. Lunch demi kesihatan awak tak nak pula? mana boleh macam tu awak."

"Ala sayang. Sehari je . Kalau saya makan, nanti saya gemuk. Otot saya hilang . " bantai jela bagi alasan.

"Eh awak tu memang dah gemuk. Apa ada hal? Makan jela banyak lagi."

"Ha ye kalau saya gemuk, awak tu gendut."

"Biadap punya irham. Siap awak esok."

Irham menjelirkan lidah dengan wajah cari gaduh bagaikan tunangnya mampu lihat.
"Ne ne ne ne ne. Bluek. Saya tak takut. Berani meh ah . By one. "

"Heh . Awak tu makan maggi pedas giler pun nangis. Ada hati ajak orang lawan."

Irham mengertap bibir. Kuajo punya tunang. Apahal dia bongkarkan rahsia aku? Habislah jatuh air muka aku depan  hanania ni. Tapi yang kau pun satu , tekan loud speaker apahal? Irham mengerling sekilas hanania yang melihat siling bagai tak nak masuk campur. Ok hanania macam tak dengar.
"Eh biarlah. Sekurangnya saya mencuba. Dari awak, suruh makan sambal belacan pun lari. Ha noon. Apa apa saya lagi hebat. Iyakan benerkan. "

"Erm k penat nak debat.  Apapun jangan lupa eh esok pukul 2. Awak lambat,  saya merajuk."

Senyuman lebar terlakar pada wajah irham rafiqi apabila teringatkan dia perlu menjemput tunangnya di KLIA esok memandangkan gadis kesayangannya akan jejak Malaysia semula setelah 5 hari pergi bercuti bersama rakan rakan. Yahooo esok tunang balik! Yahoo boleh lepas rindu. Yahoo! Saya tak single.
"Awak merajuk saya pujuk. Deal sayang?" Ala ala acah sweet pulak.

"Whatever.  Saya kena gerak ni. Bye assalammualaikum iqi sayang. Apapun siap awak. Tahulah nasib awak kalau buat hal esok. "

"Saya tak nak ambil awak kalau awak tak belikan saya cenderahati paling mahal dari Switzerland tu." Dasar materialistik.

"Ish ye saya ada beli something.  Kalau awak tak ambil saya, tahulah nyawa awak tu panjang ke tak , pendek ke tak, lebar ke tak. Faham iqi? Assalammualaikum. "

Irham tergelak . Angau betul ni. Tunang ugut pun dia suka dengar.
"Waalaikumussalam princess sayang."

Tetttt. Panggilan ditamatkan.

Hanania berpura melihat perhiasan dalaman pejabat encik hadif. Saja nak buat buat tak dengar perbualan irham dan cik tunang . Padahal telinganya bagai antena dengar segalanya.  Saya ulang. Segalanya. 

Uish. Brutal gila encik irham layan tunang dia. Kenakalan dan gaduh gaduh manja lebih dari sweet nya tu. Orang dengar pun mesti tak sangka diorang tunang sebab beria nak gaduh. Tapi nasib encik irham guna kata nama sayang. So nampaklah romantik di situ. Dan agak sendu orang single mendengarnya.

"Oh tunang saya call." Dengan senyuman kecil irham menerangkan kepada hanania maklumat yang rasanya semua orang tahu. Bahkan readers pun tau.  Kalau tanya pada dinding pun, mesti tahu.

Hanania terus berpura mengangguk faham. Errr. Bukan nak kata apa.  memanglah bersayang dengan tunang kan? Takkanlah si encik irham ni pasang banyak pulak? Halamak. Takpelah layankan jela .

"Awak mesti pelik kan kenapa saya dan tunang saya macam kaki gaduh, suka tikam lidah?" 

Hanania diam membalas pandangan irham rafiqi . Tak tahu nak jawab apa kepada soalan irham. Nak kata ya  macam penyibuk. Nak kata tak, nanti si irham ni ingat orang malas nak layan dia. Argh. Angguk jela! Terus nia mengangguk dengan ragu ragu.

"Hahaha sebenarnya saya dan tunang saya dulunya musuh. Pantang jumpa , mesti ada benda nak gaduh. Kitorang pernah gaduh sampai tarik rambut tau. Tapi tu dululah. Saya pun tak sangka saya akhirnya akan jatuh cinta pada dia. Padahal dulu saya rasa dialah manusia paling gedik dan mengada malah paling minta pelempang sekali. Tapi sekarang, saya nak usik dia pun tak mampu. Sebab sayang sangat kan? Hehe. " Irham rafiqi tergelak gedik sambil tapak tangan menutup mulut gaya ayu. Tanda malu malu untuk bercerita tentang kisah percintaanya. Yang memang tak sapa nak tahu. Malah tak da sapa suruh cerita. Tapi ehem.

Takpela layankan iqi jela.

Wow. Inikah orang kata, jangan benci lama lama nanti jatuh cinta? Ku fikirkan frasa ayat tu bohongan semata. Tapi irham rafiqi adalah mangsa kes ini. Hanania mengertap bibir menahan rasa kagum. Kisah encik irham ni patut dibuat novel weh! Sweet pulak eh?

"Erm... kalau macam tu, macam mana awak bagitahu dia yang awak cintakan dia walhal awak dengan dia musuh?" Gila kau nak confess pada musuh sendiri. Berani gila. Tak takut kena reject ke?

Irham menarik bibir membentuk garis senyuman.
"Ermmm yang tu? Saya pun masa tu takut takut juga jena reject.  Tapi saya terus melamar dia jadi isteri saya. Dan tak sangka pula jawapan dia... yes. Erm begini kisahnya....." irham rafiqi menaikkan muka memandang atas bagai melihat langit.

ah sudah irham rafiqi nak bukak cerita panjang pasal kejadian indah dia pulak.

Hanania terkebil kebil. Menunggu irham bercerita sambung bercerita.  Apahal tak sambung sambung ni?

"Nia,"

"Ya saya?" Terkejut hanania apabila irham menunduk memandangnya kembali.

"Kalau nak bercerita,  awak kena sama sama pandang langit macam saya. Pura pura awak nampak awan minda saya. Ala macam dalam kartun tu. Ha barulah feeling. Okay ha pandang atas." Terus irham rafiqi menaikkan lagi sekali mata memandang siling.

Hanania akur. Mata turut pandang atas pura pura nampak bayangan awan fikiran irham. Yang rasa macam takde siapa boleh nampak. Kecuali irham. Hmmm layankan.

"Kisah dia begini...."

"Kisah tamat. Jom cik qaseh. Saya hantar awak balik sekarang."

What the..... aku baru nak sambung ayat dan kisah indah aku. Makhluk mana yang pandai pandai potong barisan ni? Eh masa sekolah dulu tak belajar ke jangan potong barisan sila queue ueuueueueue?! 

Irham dan hanania terus mengalihkan muka dari tatap siling kepada muka ammar yang telah berdiri di sisi hanania.

Irham yang geram terus mendengus.
"Kau ni potong lah mar ! Aku baru nak storytelling . Haduh. Kau pergilah borak apa apa dengan hadif kejap. Kacau lah kau ni." Dengan muka stress irham rafiqi menggaru dahi. Kecohlah si endy ni. Orang baru nak cerita. Pada nia. Pada readers. Pada dunia.  Aish. Tolonglah author, potong gaji ammar sebagaimana dia main potong kata kata saya .

Ammar membuat muka I dont give a damn care.
"Dah tak payah. Setakat kisah kau melamar syafina yang rasanya kau dah ulang sampai 10 kali pada orang,  baik tak payah. Muak telinga aku dengar. Lagipun aku kena hantar cik qaseh balik. Kesian dia tunggu lama. " 

Hanania terus menggerakkan kedua belah tapak tangan.
"Eh tak apa. Tak lama pun saya tunggu." Laju dia memintas percakapan antara dua sahabat itu. Tak mahulah sebabkan hal remeh dia ni, irham dan encik Ammar nak gaduh. Halamak beria nia acah dua orang lelaki tampan nak gaduh sebabkan kau.

Irham menjeling geram ammar.
"See? Dia tak kisah pun. Kau sabar lah kejap mar. Aku nak bercerita dengan nia ni. Tak puas aku nak berborak dengan dia. Kan nia kan?"

Hanania melemparkan senyuman menyejukkan hati irham supaya tak marah ammar.
"Ya irham ya."

Ammar mengerutkan kening halus. Nia  ? Irham panggil dia nia? Dan qaseh hanania panggil irham, sebagai irham? Sejak bila pula diorang tukar kata nama? Ergh entah kenapa rasa tidak puas hati pula dia.
"Tak apa. Lain kali ya awak berborak dengan irham . Kita balik dulu. Mesti mak baba awak risau." Ammar menarik senyuman kecil apabila hanania sudah menatapnya.

Mak baba ? Halamak encik ammar ni! Kenapa panggil mak baba saya macam tu? Rasa macam panggilan dari seorang menantu pada mak dan ayah mentua lah !HAISJSDJSJS. Tapi ..... entah entah encik ammar memang saja nak pratikkan awal awal . USUDJDJJD. Eh dah nia. Tak payah over.

Hanania menelan air liur melihat senyuman ammar. Entah kenapa sejuk hati ni setiap kali tengok manusia ni senyum. Dah boleh dah buang air conditioner dekat bilik tu. Dah boleh ganti letak ammar affendy je. Konfirm sejuk. Bukan badan je. Hati dan mata sekali. Ah chia. UAJNSSHUSS.

.

.

.

.

.

"Heh patut nak cepat. Nak jumpa bakal mentua ke mar?"

"Uhuk uhuk!"

"Eh eh awak? Awak okay tak?" Laju ammar menundukkan badan risau apabila tiba tiba hanania tersedak. Eeeeee. Ini semua sebab kata kata iqi. Kalau dia yang dengar pun boleh terkejut . Apatah lagi hanania. Lalu matanya tajam menjeling irham.

Irham rafiqi mengukir senyuman suci dalam debu membalas pandangan tajam ammar yang macam dah simpan dendam. Ingatkan nak buat ammar sentap.  Sekali nia yang tersedak. Saja dia cakap begitu selepas melihat sesi renungan ammar dan hanania. Yang si ammar pula mula mula pandang aku muka berkerut,  tapi pandang hanania boleh pulak senyum. Halamak. Tak adil. Maka biarlah saya menjadi cupid untuk mereka.

Hanania menggeleng kepala apabila batuknya sudah reda.
"Tak apa. Saya okay. Maaf tekak saya kering itu yang tersedak. " ya allah boleh pula aku tersedak. Irham ni memang ayat tak tapis. Macam tahu tahu je apa yang bermain di minda aku.

"Haih nasib tak ada apa apa. Jom, kita balik. Kalau awak rasa tak sihat, kita pergi hospital. " dengan pandangan masih risau ammar memandang hanania.

Hanania mengertap bibir . Jantung sila jangan buat hal. Jangan mudah goyah. Yang encik ammar pun satu. Apahal caring sangat! Argh sesungguhnya aku tak kuat.
"Eh tak apa...."

"Woi mar. Sampai hospital kau nak bawak nia. Klinik sudahlah. Tahulah kau risau dengan bakal menantu mummy kau. Eh gurau gurau." Ah irham dah mula lagi. Sengaja dia tambah perkataan gurau. Takut ammar tumbuk muka dia pulak nanti.

Hanania terkebil kebil mendengar ayat irham. Ya tuhan mulut encik irham ni !  Gurau kasar betullah. Dia nak bergurau macam tu mesti encik ammar tak selesa. Yela saya kan kentang.

Terus matanya teralih melihat muka ammar yang sedikit kemerahan. Aik apahal muka encik ammar merah? Pakai makeup tak ajak.  Wait apahal dia nak pakai makeup pulak time macam ni? Habis tu macam mana muka dia tukar warna. Omg. Weh. Takkanlah.  DIA BLUSHING KE?

Dia blushing ke lepas kena bahan dengan irham. Blushing sebab marah sangat kena gurau dijodohkan dengan aku yang kentang ni atau malu malu kucing. Ah tak mungkin dia sukakan aku. Takpelah walau agak broken, kita kena selamatkan encik amamr dari sini. Kita taknak perang dunia antara ammar affendy dan irham rafiqi berlaku ya.

"Errr irham. Saya balik dulu nanti kalau awak nak berborak dengan saya , datang jela rumah saya. Okay bye. Jom encik." Terus hanania melangkah pergi keluar dari pejabat luas itu. Fuh lepas keluar rasa barulah dapat oksigen. Dekat dalam tadi nak bernafas pun susah lah . Jantung pun asyik asyik buat hal.

"Aik bang? Blushing ke bang? suka cakap suka. Nanti melepas. HAHAHAH. Dif , member mau blushing ni! Tak nak tengok ke?!"

Ammar mengertap gigi menggulingkan mata. Dalam hati nak je tumbukkan muka irham rafiqi sebab memalukannya depan hanania. Tapi kalau ikut otak , nak pula bunuh irham rafiqi 16 kerat. Tapi kalau ikut undang undang dan dari arah islam. Dosa pulak. Nasib baik.
"Kau..... memang tak guna. Tunggu nasib kau. Aku call princess kau tu mengadu pada dia." Sempat dia menjeling padu irham sebelum laju dia berjalan keluar dari pejabat ingin mendapatkan hanania.

"Weh apa ni! Tunang orang jangan mainlah !" Sian. Kata katanya dipalau ammar. Aduh. Mengadu puan dewi aku tak kisah sangat. Tapi jangan puteri syafina lah! Aduh mar. Aku menyesal mar.

"Dif tolong aku!"

Hadif rizki tergelak sinis.
"Padan muka kau. Aku harap kalini syafina brainwash kau sejam." Biar kau nazak dengar ceramah tunang kesayangan kau!  Tulah siapa suruh nakal sangat? Kecil kecil taknak belajar adab .kan sekarang dah menyusahkan orang? Layak pupus je anda irham rafiqi.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Weh lamanya sistur tak update!!!!! 😭

Hampir sebulan! Sorry sekalian alam yang menanti♡

Okay seriously tak tahulah kenapa susah sangat sis nak update special chap ni.
1) busy studies.
2) dia punya mood kadang kadang ada kadang kadang takde.
3)  awwww sis takut hambar
4) panjang siot chap ni 12k mat. Apahal 12k un tak taulah. Beria nau menulis.

So sorry guys lama menyepi!♡ well saya rindukan korang sangat . Tak tahulah kalau korang rindu saya ke tak eceh. 

So ramai tanya bila nak publish new book. Okay sabar eh. Tinggal  2 chap je lagi untuk special chap ni. Ya sis memang sejenis nak lengkapkan betul betul sesebuah story barulah boleh publish new book dengan tenang. So stay tune♡ tak lama pun. Maybe lagi seminggu. (Jangan percaya, baca je)

Im sorry guys kalau chap ni hambar tapi haraplah lawak sis menjadi♡ duduk rumah lama lama , lawak pun berkurang hm. Jangan kata lawak, nama member pun lupa.

And, kepada fans ammar mohon bertenang bukan bertendang. Nak special chap ammar tapi anda semua broken pulak eh tak fahamlah sis. HAHAHAHAHAHAH. Takpelah redho eh redho. Nanti dalam new books sis banyak lagi crush baru untuk anda semua jadi sila lepaskan ammar. AMMAR PUN CRUSH SIS! TAPI KITA LEPASKAN!

So guys tekan bintang kecil tu!!!!! Maafkan segala typo. Kalau rindu ayat ni cakaplah HAHAHAHA tibe.

Love yall assalammualaikum.

Oh ya macam biasa HAHAHAHAHA SIS UPDATE AWAL AWAL PAGI MACAM KELAWAR.

Lot of love good morning HAHAHAHA.

Continue Reading

You'll Also Like

1.3M 62.5K 57
SYED ZARIF IZZHAN jatuh cinta pandang pertama kepada NUHA QISRINA, adik kembar NURA QISTINA. Dia sanggup merendahkan egonya untuk meminta bantuan dar...
3.4M 297K 95
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
123K 11.3K 54
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
213K 8.3K 53
SYED EIJAZ HAIDER. Dingin, beku. Itu semua sudah sebati dengan orang sekeliling yang mengenalinya. Seorang yang bekerjaya dan amat meminati dunia per...