DIA Encik Crush Sombong! ✅

By mrsmeandyou17

345K 27.1K 6.7K

(3rd book of 'DIA ENCIK ' series.) "Yes I'm the most sombong human being that you ever seen. But, don't you k... More

nota author
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
12
13
14
15
16
17
18
11
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
61
62
60
64/semifinal
final la kot
NOT ABOUT HADIF AND ANGGUN
ii(▪︎~▪︎)
iii (▪︎~▪︎)
more of singa and pendek

63

4.5K 318 188
By mrsmeandyou17

"Ish kau ni asyik asyik makan dekat sini je. Kau tak ada rasa nak pratikkan kepelbagaian dalam hidup ke? Haduh." Keluhan yang dari tadi ditahan akhirnya keluar dari bibir seorang ammar affendy yang menjadi mangsa pula kalini ke Kafe Manis menemani irham.

Irham rafiqi mendecit.
"Ala bisinglah. Order jela gemuk." Ala tak sampai 10 kali pun aku ajak dia. Berkira.

Ammar membuat muka menyampah sambil matanya atas bawah memandang irham yang berpura meneliti buku menu.
"Kau nak ejek aku gemuk pulak. Aku ikut kau ni dah kira baik dah tau! Macamlah aku tak tahu. Kalau boleh kau hari hari nak makan dekat sini kan. Nak duk perati crush kau tu. Tengah buat apa. Sihat ke tak. Dah berpunya ke belum. Kan?" Ammar menarik senyuman kecil tersirat.

Haih iqi iqi. Orang otak sel tak berhubung jela tak tahu niat sebenar kau tu. Aku yang berotak IQ tinggi ni sudah tentu automatik tahu. Haih member dah jatuh cinta. Patutkah aku gembira? Atau patutkah aku bersendu?

Irham rafiqi berdehem. Daripada mata meneliti menu, kalini berpura membetulkan tali leher pula. Orang kata,  kalau tangan tak reti duduk diam ni tandanya nervous.
"Amende main crush crush ni? Aku, irham  rafiqi, mana ada crush sejak pakai pampers."

Ammar mengangguk faham. Dia menaikkan kening sebelah ala ala ziana zain .
"Oh habistu nak meminang terus lah? Bagus.  Pergilah jalan pujuk mama dewi pergi meminang si syafina tu cepat. Jangan sampai aku pinang dulu. Yela... Baru aku perasan yang dia sebenarnya boleh tahan comel jugak an bila tak pakai makeup. Sejuk mata memandang. Fuh. " tangannya menongkat dagu membayangkan muka jelita syafina. Bibir pula dah tersenyum ulat bulu beria panjat daun.

Irham yang mendengar ayat miang ammar terus terasa telinganya panas. Telinga ni rasa panas macam bila kau tengok cerita melodi tv3 lepastu tengah topik hangat,tiba tiba elektrik rumah tak ada terus televisyen tertutup. Macam tu rasa dia punya annoying. Macam tiber tapi takpe.
"Kau berani kau try ah buat macam tu." Nada suara irham sudah bertukar sambil memandang tajam ammar.

Ammar affendy tersenyum sinis sebelum berpaling memandang tepat mata irham.
"Ingat aku takut? Aku boleh straightforward meminang dia terus tau."

Irham mengigit bibir geram. Rasa macam nak cekak kolar kemeja ammar lepastu meraung 'why endy? Why? Kenapa ramai ramai gegirl, si pekerja kafe manis ni jugak kau nak meminang? Dasar rubbish awam.'

Tapi baru sahaja dia nak membalas kata kata ammar terus mata mereka berdua menoleh pada figura yang baru sampai di tepi meja mereka.

Ah sudah datang dah heroin . Lagilah buat ammar rasa ingin cuba menjentik hati irham supaya panas dengan kata katanya.  Ammar terus menoleh lalu menguntum senyuman manis.
"Assalammualaikum puteri syafina." Lembut suaranya hari ini. Nak tau apa rahsianya? Gunalah downy.

Syafina terkebil kebil melihat senyuman manis ammar yang pertama kali dia dapat setelah berzaman mereka sama sama menyambung pelajaran dulu. Wow. Aku baru datang tiba tiba dia senyum. Dia senyum! Pelik tapi agak hensem ya dia ni.
" Waalaikumussalam ammar! Nampak macam you really in good mood ya tersenyum sebegitu hensem."

Ammar apa lagi . Tergelak suka dirinya sambil acah menutup bibir yang sedang tergelak menggunakan tapak tangan setelah dipuji hensem. Sungguh ayu sekali. Matanya pula sudah melirik irham yang mukanya sudah berubah ketat seperti tengah stres ekonomi syarikat tengah merosot.
"Ish. Tahu tahu je aku tengah good mood. Good mood lah sebab dapat jumpa kau."

Syafina mengangguk perlahan dengan muka sangsi sebelum tergelak kecil. Layankan jela mamat ni. Bukan selalu dia nak sporting sebegini.
"Oh okay... " matanya terus dihala pada seseorang yang turut berada di situ tetapi mata menunduk membaca buku menu. Aik apahal bang ? Muka kemain serius sahaja  cikgu bahasa melayu tak bertauliahnya ni?

Sekali lagi dia senyum.
"Eh irham! You again. Hai. Seminggu banyak kali eh korang datang kafe ni. Terima kasih sangat." Lagi lagi irham. Ada sahaja muka pakcik mulut murai ni seminggu 4 kali ke sini. Kadang kadang solo. Kadang kadang bersama ammar. Dah paling rare bersama hadif.

Ammar mengangguk laju mengiyakan kata kata syafina.
"Ala aku datang sebab ada orang pak... argh!" Terus wajahnya dari ceria mentari bertukar berkerut. Tak sempat dia ingin menghabiskan ayat 'sebab ada orang paksa teman dia ke sini sebab nak tengok kau.'

"Eh ammar. Kenapa?" Terkejut pula syafina tiba tiba sahaja ammar seperti mengadu sakit.

"Eh? Endy kau okay tak? Kenapa kau ni? " Dengan wajah risau irham bertanya dengan mata membesar.  Orang lain yang melihat mesti berfikiran beruntunglah ammar mendapat rakan yang sangat merisaukannya dan sayangkannya.

Tapi lain pula apa yang dirasa ammar. Ammar mengetap bibir menahan geram apabila enak sahaja tadi irham memijak kakinya kuat secara tiba. Cis. Kaki kau dahlah saiz gajah. Boleh pula main pijak kaki aku! Tetapi akhirnya dia memaksa bibir tersenyum walau kening masih berkerut halus.
" okay okay. Tak ada apalah. kaki tiba tiba cramp.  Biasalah dah berumur kan? ha ha ha.  " kedengaran janggal sungguh bunyi gelak ammar yang sedang memandang syafina.

Syafina menghela nafas lega. Ingatkan apalah tadi. Kaki kejang rupanya. Dia menganggukkan kepala perlahan. Faham dengan situasi ammar. Kesian kaki cramp. Pergi jalan beli Anlene.
"Oh okay so ammar, awak nak order apa?"

Ammar yang pada mulanya ingin meneruskan aktivitinya mencarut irham di dalam hati terus terkelu. Terkebil kebil ammar menatap tidak percaya syafina. Aku rasa aku salah dengar tapi aku rasa aku tak salah dengar tapi aku rasa aku macam salah dengar tapi rasanya telinga aku tak salah dengar tapi aku rasa...

Dah dah enough. Sebabkan speechless, entah kenapa sel otak ni terus mengulangi ayat yang sama. Mananya dia tidak speechless,  sejak bila puteri syafina dato shah ali ini reti berawak? Ke mana perginya I you I you dan loghat salleh minah ni? Kenapa tiba tiba jadi melayu pulak ?
"Awak?" Automatik bibirnya mengulangi kata kata syafina.

Syafina mengukir senyuman malu malu. Alamak mesti ammar terkejut dengan perubahan kata nama yang dia sedang pratikkan. Maaflah mar. Sebenarnya I pun masih tak biasa. Tapi dah orang depan you tu suruh tukar, terpaksalah I tukar.
"Haah awak. Awak nak order apa? Kenapa? Ada yang tak kena ke? Janggal eh saya panggil awak macam tu? "

Ammar terdiam memerhati kan syafina. Sebelum dia menghamburkan gelak kecil. Comel pula dia melihat syafina berkata saya awak dengannya . Seperti kanak kanak baru ingin belajar bahasa melayu pula. Weh iqi kenapa crush kau comel ? Haduh. Bukan kita dulu sama sama benci syafina ke? Jadi kenapa tiba tiba rasa dia kiyut pulak ni?
"Tak ada apa apa. Okay je kau cakap macam tu. Tiba tiba cair hati aku kau panggil aku macam tu..comel... argh!"

Sekali lagi ayat yang hampir ammar habiskan terus terhenti kerana kesakitan yang sama berulang. Dia mengerutkan kening . Ish! Kalini bukan kaki kirinya sahaja yang dipijak tetapi kedua dua kakinya selamat dipijak oleh irham rafiqi.

"Eh endy kau okay ke tak ni? Risau aku. Maaflah puteri. Ammar ni kadang kadang memang kena sawan anjing sikit. Tu sawan dia tiba tiba datang lah tu. Kejap kejap cramp." Irham pantas menjelaskan perkara yang rasanya 99.9% adalah pembohongan kepada syafina yang sudah beriak risau.

"Ha ye ye. Aku okay." Dengan kesabaran yang masih tinggal walaupun hanya senipis kulit bawang, ammar masih mengukir senyuman terpaksa kepada syafina. Sempat matanya menjeling tajam irham rafiqi yang membuat muka selamba tidak memandang ke arahnya. Cis! Tiada sivik punya orang lah kau iqi! Sakit tau tak?  Nasib baiklah iman seorang ammar affendy masih utuh. Kalau tak di sini jugak kita wrestling wahai iqi.

Syafina sekali lagi mengangguk faham walaupun jiwanya sudah risau dengan keadaan ammar yang nampak terseksa.
"Oh okay . So nak order apa?" Baik kita blah cepat cepat.

"Saya nak order iced americano,  dengan nasi goreng kampung jela awak. " spontan ammar turut berbahasa saya awak bersama syafina. Biarkan. Biar mamat tak ada sivik anak nazrul tu panas. Rasakan sebagaimana kepanasan hati aku.

"Aku macam biasa iced latte je." Ujar irham dengan nada biasa sambil masih membuat muka selamba. Walaupun dalam hati sudah menyumpah seranah ammar yang sukahati bersaya awak dengan syafina. Adakah jika dua dua kaki kau bengkak baru kau nak insaf ammar affendy ku? Ha?

Syafina tekun mencatit segala pesanan yang diujar oleh dua orang jejaka itu sebelum dia menatap irham dengan wajah risau.
"Taknak makan? Awak kena makan sebab nak bertenaga buat kerja tau. "

Irham yang mendengar ayat syafina terasa bibirnya ingin memguntum senyuman. Alamak caring nya. Mama ada orang risau pasal iqi mama! Mama banggalah sikit dengan anak mama ni woi! Ada gegirl risaukan anak mama.

Baru sahaja irham ingin menjawab tapi tiba tiba rasa ada suara lain lebih cepat memintas jalan.
"Nak. Cuma nak makan aw.... argh!"

Ammar mengetap bibir menahan sakit kerana kalini lututnya pula baru selepas ditendang irham. Sekali lagi kali ketiga pada hari ini dia tak mampu menamatkan semua ayatnya. Thanks to irham rafiqi. Si pendengki sejati.

"Dah puteri. Pergi cepat . Biar aku settlekan sawan si ammar ni." Terus irham menggerakkan tapak tangan menyuruh syafina pergi.  Pergi cepat puteri. Aku nak settlekan jebon sorang ni yang memang tak reti nak tengok kawan dia bahagia.

"Errr okay okay." Syafina sempat mengerling kesian melihat ammar lantas kakinya menapak pergi dari situ. Kesian ammar. Muda muda lagi dah sakit begitu.

Selepas matanya sudah pasti puteri syafina sudah melangkah pergi dari situ , terus irham mendengus geram menghalakan mata ke arah sahabat sejati nya semula.
"Kau ni saja je kan?" Macamlah dia tak tahu ini semua ketahian ammar ingin membuatkan hatinya panas.

Eeeee geram betul dirinya apabila ammar ingin memuji syafina comel. Menyesal pula aku ajar si syafina ni bersaya awak. Bahaya kalau lelaki lain dengar. Contoh nya si jebon ammar ni!

Ammar memuncungkan bibir sambil mengusap lututnya.
"Eh biarlah. Princess aku. Bukan kau. Kau bukannya suka dia pun. Bagilah aku yang single ni can. Halamak ai." Sengaja dia ingin menguji irham . Biarkan si iqi ni. Ego. Dah sayang tu cakap jela sayang. Ini bila aku nak rembat syafina tak bagi pulak.

Irham mendecit. Kalau single pun tak payahlah kacau syafina!
"Ish kau carilah perempuan lain! Kau nampak? Aku marah ni aku marah ni ha. " dengan muka acah marah dia bernafas kuat bagai ada asap keluar dari hidung. Nak tunjuk kemarahan dia bagai T-rex nak mengamuk.

Ammar menggulingkan mata melihat drama irham.
"Habis kau nak aku gelabah ke kalau kau nak marah? Aku ni yang patut marah tau terpaksa delay flight yang sepatutnya aku pergi harini semata mata si hadif tu." Ammar mengherotkan bibir geram memikirkan sang sahabat satu lagi yang entah di mana lokasinya.

Akhirnya irham hanya mampu menggelakkan ammar yang terpaksa stay di Malaysia dua tiga hari lagi kerana sang singa hadif. Sian eh sian. Tak dapat balik US eh sian.
"Em kata pasal hadif. Macam mana hadif sekarang?" Senyap je sekarang. Tak ada call atau mesej kita pun. Hmmph!

Ammar mengerutkan kening.
"Macam mana apa. Masih bernafas lah." Maaf dia masih tengah hangin dengan irham dan hadif sambil  mengusap lututnya yang sakit kerana ditendang irham. Jadi memang ayat sakit hati sahajalah yang mampu keluar.

Irham hanya mampu mengeluh geram. Aduh nak loyar buruk pulak si ammar ni. Ade yang jadi hulk ni karang. Muka dah hensem tapi biadaplah pulak. Patut single.
"Bukan! Maksud aku apa yang hadif ran..."

"Awak, saya sebenarnya dari tadi perati awak. Saya... nak nombor awak boleh?"

Irham yang baru ingin menempeleng ammar kerana berloyar buruk terus memalingkan wajah untuk melihat gerangan mana yang memekak bagai kafe ni bapa dia punya. Mananya dia tidak dengar, meja manusia itu betul betul di belakang nya. Haduh nak takel awek pun beradaplah sedikit dengan orang sekeliling.

Meh abang iqi ajar korang macam mana nak ngorat awek .

Tapi terus terpempam dirinya melihat situasi di depan mata. Cis rupanya manusia berjantina lelaki yang bising tadi tu sednag meminta nombor telefon syafina! Puteri syafina.

"Nombor! Nombor! Nombor!" Bersemangat pula kawan kawan kepada lelaki yang sedang berdiri itu menyorak rakan mereka.  Bagus memang bagus ada nilai persahabatan di situ. Tapi tak bagus. Tak bagus kepada lelaki bernama irham rafiqi.

"Errr..." syafina buntu. Rasanya dia ke meja sini kerana lelaki ini memanggil waiter. Fikirnya tadi mungkin lelaki ini ingin meminta barang seperti sudu ke tisu ke garfu tetapi sekali, nombor  telefonnya pula di minta! Automatik memang terkejutlah dia.

Ammar yang turut enak menonton drama yang sedang berlangsung tergelak kecil mengerling irham yang sudah berwajah ketat padat.
"Fuh aku fikirkan aku yang jadi watak perampas merampas syafina dari kau dalam cerita ni. Tapi, sekali ada watak tambahan pulak yang take over job aku. Cis melepas lah kau iqi. Takpe iqi. Balik nanti aku teman kau menangis dekat bucu katil kau ya?"

Irham mendengus. Matanya masih tidak lepas dari memerhati drama di  belakang walau hatinya geram benar dengan ayat member nya ni.  Bagus ammar. Bagus.  Membantu sangat kau ni.

Syafina menggeleng perlahan.
"Sa...saya tak boleh bagi.  "

Ternyata lelaki itu membuat wajah sedih.
"Ala awak. Tolonglah.  Saya rasa saya dah jatuh cinta pandang pertama dengan awak ni. Tolonglah." Kali ini dia menapak beberapa tapak mendekati syafina membuatkan gadis itu makin gugup.

"Err tak boleh! " Lantak anda lah. Anda jatuh cinta pandang pertama.  Tapi saya ni  pandang awak ke berapa ratus kali pun masih tak jatuh cinta. So, nak buat macam mana bro? Blahlah. Tapi biar kita sahaja yang blah. Syafina memberanikan diri berpusing tak mahu melayan lelaki tadi.

Tapi tersentak dirinya apabila ada seseorang sudah menggengam lengannya. Syafina mengetap bibir menoleh . Ternyata lelaki tadi sudah bertindak berani memegangnya.
"Ala...Kedekutnya awak ni. Please... mana tau kita ni jodoh?"

Syafina menelan air liur resah. Nak jodoh apa nya dengan kau? Eeeee. Ya allah tak faham bahasa ke dia ni.
"Lepaskan saya." Dengan nada tegas dia berkata sambil dengan sekuat tenaga cuba menarik kembali lengannya tapi lelaki itu berdegil. Sakit pula lengannya ini apabila digenggam sebegitu erat. Kalau lebam ni, memang aku lebamkan muka jantan ni.

"Eh bro. Jangan nak paksa dia. Dah dia taknak . Kenapa nak paksa jugak?"

Lelaki yang memegang syafina itu terasa ada tangan menyentuh bahunya. Terus dia menoleh dan ternyata pandangannya sedikit ke atas kerana ketinggian jejaka yang berani menegurnya. Dia tersenyum sinis.
"Eh kau siapa? Jangan kacau urusan oranglah. "

Syafina menghela nafas lega apabila matanya jatuh pada jejaka berwajah bengang yang datang menyelamatkannya.

Irham rafiqi mengertap gigi. Matanya tajam memandang tangan yang menggengam kuat lengan syafina. Dari wajah syafina , dia sudah tahu pegangan itu agak sakit.
"Lepaskan dia. Kau dah sakiti dia , bro." Dengan nada tegas juga dia berkata. Cinta pandang pertama konon. Pfft. Aku kalau bantai kau budak.

Lelaki itu mendengus sebelum melepaskan genggamannya pada lengan syafina. Dia memandang tepat wajah irham.
"Dah. Kau dah boleh blah. Jangan nak semak dekat sini."

Irham yang dari tadi menahan geram akhirnya tersenyum penuh sinis. Automatik wajah irham yang comel bertukar seperti wajah singa hadif apabila ingin membunuh, tetapi yang lainnya ialah wajahnya lebih kepada serigala ingin menerkam mangsa. No more iqi cute. Ni lencai irham sudah mari.
"Kau yang patut blah dekat sini, budak. Umur kau berapa ni? Dah tak reti nak hormat orang?  Kau tak sekolah ke? Kau nak aku call parents kau kutip kau ke? Dah perempuan ni tak nak pada kau, yang nak paksa dia kenapa? Kau genggam lengan dia kuat kuat, dia sakit tau tak? Kalau lebam tangan dia tu, kau nak bayar kos rawatan? Hormat lah sikit kaum perempuan walau kau jatuh cinta pandang pertama ke kedua ke kesatu juta empat puluh persen poin tiga  ke. Faham ke tak?" Dengan penuh nada sinisnya irham sempat berceramah.

Ternyata wajah lelaki itu dan kawan kawannya berubah.

"Dah le lif. Jom ah cau." Ternyata salah seorang rakan lelaki itu sudah seperti takut dengan irham rafiqi.

Alif mengetap bibir geram. Dia mengangguk faham.
"Okay aku blah. Tapi sebelum tu..."

Puk!

Laju penumbuknya naik ke wajah irham.

"Irham!"

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

"Argh!"

"Ha tahu pun sakit! Tadi acah acah hebat bagai hero dalam drama pukul 10 tak ada pula fikir apa akibatnya." Sekali lagi dengan geram dia menuam wajah irham rafiqi yang sudah terduduk di atas kerusi pada bahagian belakang dapur Kafe Manis.

Irham rafiqi memuncungkan bibir tak puas hati mendengar ayat sentap syafina. Orang dah tolong dia, begini balasannya. Hmmph!
"Habistu kau nak aku bersorak ke lepas kena tumbuk? " logiklah lepas kena tumbuk orang kata argh. Takkan nak hoora hooray pulak. Haiya.

Syafina mengeluh perlahan. Sebenarnya dia berasa serba salah. Gara gara masalah dirinya, wajah irham pula yang mangsa.
"Awak ni , kenapa awak masuk campur tadi? Saya boleh je settle jantan tu sendiri. Kan dah bercalar pipi awak ni. Ada lebam sedikit. "

Irham menggeleng .
"Tak apalah. Tak sakit pun. Sebab budak tu tumbuk macam pondan je. Lembik! " irham menarik nafas mengumpul kesabaran apabila teringatkan lelaki yang biadap tadi. Kalau bukan kerana dia malas panjangkan hal tidak matang budak tadi tu, rasanya sudah ke balai polis kes ini. Kau beruntung budak. Abang iqi kau ni baik orangnya.

Syafina masih beriak risau. Yeye je tak sakit.
"Ye ke tak sakit? " apa lagi tangannya menekan tidak terlalu kuat bekas tumbukan padu lelaki tadi.

Terus menyeringai irham dibuatnya.
"Argh "

Syafina mendecit. Tak sakit konon! Inilah lelaki.  Kalau nak cover macho mesti ego tak bertempat kan.
"Ha sakit jugak kan? Ish. "

Irham menggerakkan tangan menyentuh dadanya.
"Bukan. Itu bukan sebab tumbukan tu. Tapi   sebab bunyi jeritan hati aku."

Syafina mengerutkan kening konfius mendengar ayat irham.
"Aik sejak bila hati ada mulut nak buat bunyi jeritan batin bagai ?"

Irham mengeluh. Syafina , kau tak sedar ke aku tengah berpuitis? Haih. Dia menepuk nepuk dadanya berulang kali.
"Hati aku ni berteriak sakit sebab jantan taraguna tadi tu pegang kau . Lepastu, minta number bagai. Eih dahlah pondan. Lembik! Hati tisu cakap sikit koyak. Eish geram betul aku."

Syafina akhirnya mengangguk memahami ayat irham.
"Habistu lelaki macam mana pulak boleh minta nombor saya ? Yang tu pondan. Yang tu mak nyah. Yang tu biadap. Habistu lelaki macam apa? Macam sotong?" Aku ni pun nak bercinta jugak. Dah semua lelaki tak boleh pakai. Apa pula masa depan aku nanti hm.

Irham menguntum senyuman kecil lalu tangannya menyentuh kain tuaman yang syafina masih pegang di pipinya supaya dapat menarik perhatian gadis itu. Dan Alhamdulillah ternyata plannya berjaya apabila Syafina sudah terkelip kelip menatapnya.
"Lelaki macam saya. Lelaki macam irham rafiqi je boleh minta nombor awak. "

Syafina menaikkan kening. Lelaki macam irham rafiqi? Apa maksud dia? Ciri ciri apa yang ada pada irham yang buatkan dia layak? Hmmmm. Tetapi laju dia membesarkan mata apabila perasan sesuatu.
"Wait what? Apa awak baru bahasakan diri awak tadi? Awak?" Ya rasanya irham  bersaya awak dengannya tadi. Konfirm aku tak salah dengar!

Irham memeluk tubuh selamba.
"Tak boleh repeat."

Ternyata kata kata irham berjaya membuat syafina membuat wajah tak puas hati.
"Ala kenapa?" Kedekut. Nak suruh ulang pun kedekut. Irham kedekut gemuk tak hensem. Eish.

Irham menggeleng laju.
"Tak boleh! Saya malu." Dengan gediknya irham menutup wajah dengan dua tapak tangan. Ala ala fikir comel ke?

"Eh tu boleh! Eish dia ni." Automatik tangan syafina menampar lembut lengan irham yang menggedik. Elok je irham bersaya dengannya.

Irham memghamburkan gelak lalu tangannya kembali diturunkan memeluk tubuh.
"Okay tu je last." Aik happy semacam ya kau iqi. Happylah dapat dating kan hm. Ada hikmah juga eh budak tadi tumbuk aku? Haih dunia dunia.

Syafina turut tersenyum lebar melihat wajah irham yang bergelak ketawa. Manis sahaja wajahnya. Jauh bebenor dengan muka garang nak makan budak tu tadi. Dia kembali menuam lembut pipi irham.
"Awak, terima kasih tau selamatkan saya tadi. Sebabkan saya,  habis bercalar pipi awak. Serba salah saya ni. Nanti orang kata produk awak penipu pulak. Bukan lagi cerahkan wajah tapi tiba tiba muncul warna purple pada muka. Siap bercalar lagi eee seram."

Irham rafiqi menguntum senyuman menatap syafina.
"Ala kau ni. Risau sangat. Biarlah apa orang nak kata. Janji kita bahagia. Tapi apa kata kau rawat je muka aku ? Sakit jugak ni." Dia menutup mata ingin menghayati saat dirawat doktornya. Amboi. Ambil kesempatan selagi ada ke ni.

"Tak payah. Rawat dekat rumah je nanti. "

Baru sahaja irham ingin merasai dunia indah tiba tiba muncul suara yang rasanya dia selalu dengar. Tapi last dia dengar sebelum scene dia kena tumbuk tadi. Automatik matanya terbuka dan dikerling arah tepinya. Ternyata ada jejaka sedang berdiri memerhatikannya.
"Eh mar. Lupa pula kau ada." Irham melambai hi kepada ammar selamba. Dia punya bahagia sampai terlupa dia lah yang jadi tukang heret ammar ke kafe ini.

Tapi memang taklah ammar ingin membalas lambaian kasih irham. Sebaliknya dia mencebik dengan muka tak puas hati.
"Memang! Memang bila orang dah mabuk buat drama tv3 dia dekat sini, kawan baik sendiri pun lupa. Enak betul aku makan seorang seorang tadi iqi. Aku happy sangat. Aku tak kira. Jom! Dah jom balik. Biar puan dewi je rawat kau." Terus ammar menarik tapak tangan irham supaya bangun. Jangan risau walaupun irham ni degil, tapi apabila mendengar nama puan dewi, memang agak nervous jugaklah si iqi ni.

Irham yang mendengar perkataan nama puan dewi sudah menelan air liur gementar. Alamak. Mampuslah aku kalau mama nampak muka aku! Eish aduh. Lepastu mesti nanti kena soal siasat macam macam. Susah jugak eh dapat family keturunan polis ni.
"Ha puan dewi? Eh taknaklah mar. Mampus aku nanti. "

Ammar mengelengkan kepala laju. Kuat tangannya menarik irham hingga jejaka itu sudah berdiri dari posisi duduk.
"Ah kau pandai buat hal pandai la kena bebel. Nak sangat jadi hero kan? Jom balik!" Gaya bagai bapak budak sedang heret anak masuk sekolah sahaja gayanya.

Mata ammar terus jatuh pada syafina yang terdiam memandang mereka. Lalu dengan hati yang suci ammar menghulurkan senyuman.
"Kami balik dulu ya syafina. Assalammualaikum.  Dah baliklah iqi!"

"Ish . Kejaplah!" Irham mendecit merentap tangannya dari pegangan ammar. Laju dia menoleh memandang syafina . sibuk lah ammar ni. Orang belum sempat lagi nak berbabai dengan puteri lah! Tak menyabar!

"Bye puteri ! Kalau budak tadi kacau kau lagi, call je aku. Assalammualaikum!" Sempat dia mengenyitkan mata sebelah kepada puteri syafina sebelum dengan gaya hero macho dia berjalan berlalu dari situ. Bagus iqi. Kau memang hebat. Osem betul scene tadi.

Ammar yang melihat irham hanya mampu membuat wajah jijik. Haih. Teruk dah member aku ni. Siap acah acah hero shah rukh khan pulak. Tapi kan...Kenapa aku je yang sendu ni?

Jodoh cepatlah datang!

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

****************************************

.

.

.

.

.

"Semua okay? Tak ada apa apa masalah?"

Jefry mengangguk tanda menjawab semua persoalan yang diajukan oleh tuan CEO di sebelah.
"Semua okay. Cuma sebahagian kayu kayu yang kita dapat kan dari syarikat Nusantara Sdn Bhd tu kualiti dia agak kurang memberangsangkan , tuan. Yang lain semua okay."

Jejaka di sebelah yang memakai topi keselamatan berwarna kuning hanya mampu menggerakkan kepala mengangguk sambil memeluk tubuh . Mata hazelnya pula tak lepas melihat bangunan yang masih belum siap sementara buruh yang lain bertungkus lumus bekerja.
"Tak apalah. Masalah kayu tu , yang mana kayu yang memang low sangat kualiti, tak apa jangan guna,  biar saya uruskan perihal kayu kayu ni dengan pembekal kayu lain."

Hadif rizki mengeluh. Masalah betul lah Nusantara Sdn Bhd ni. Ini lah orang kata , kalau murah tapi kualiti dia low , lebih baik beli barang yang mahal tetapi berkualiti perfect. Sudahlah syarikatnya akan mengalami kerugian. Eeeiyai. Jangan elok elok rambut saya hitam berkilat tiba tiba tukar putih beruban sebab stress sudahlah.

Jefry menghalakan mata mengerling hadif rizki di sebelah.
"Tuan sihat ? Muka tu macam pucat je."

Hadif rizki tergelak kecil mendengar pertanyaan pekerjanya itu. Muka macam ni punya handsome pun ada orang perasan eh pucat.
"Sihat saja. Cuma nervous."

Jefry mengerutkan kening halus.  Nervous? Nervous apa? Ingin sahaja dia mengikut kata hati untuk bertanya, tapi taknak dicop penyibuk pula. Akhirnya dia mengangguk. Buat buat faham jela apa hadif kata.
"Tuan hadif bila nak kahwin? Dari dulu saya bekerja dengan tuan tak pernah pula nampak tuan bersama sesiapa."

Tetapi apabila jefry melihat wajah hadif bagai berubah terus dia memyampuk. Uish kalau tersalah soalan , takut gaji nya pula terkena tempias. Bahaya wo!
"Eh maaflah tuan kalau soalan saya ni tak selesa untuk tuan jawab. Tak apalah lupakan sahaja soalan tadi."

Hadif yang melihat jefry sudah seperti serba salah terus menggerakkan tangan tanda tak apa.
"Eh tak adalah tak salah pun soalan awak tu . Saya tau saya dah tua. Layak kahwin dah ni. Calon tu memang dah ada tapi....." hadif mengertap bibir. Rasanya sampai situ sahajalah dia mampu memberi jawapan. Tak berani nak kata apa apa! Nanti gossip tentang dirinya akan mudah tersebar ke serata dunia. Yela hadif kan bagaikan Cristiano Ronaldo malaysia. Popular sangat .Eh eh. Lelebih.

Jefry menghela nafas lega apabila hadif beriak okay dengan soalannya tadi. Dia bukan apa. Dia cuma mengambil berat tentang hadif. Tuan besarnya ni pada pandangan matanya sungguh kacak tambah pula mata dan bibir jejaka itu yang bagai elok terletak. Kau tengok aku yang lelaki ni pun rasa tuan hadif handsome gila nak mampus apatah lagi kaum wanita.

"HATI HATI ! KAYU JATUH!"

Tiba tiba kawasan yang tadinya aman terus bising dengan jeritan dari buruh di tingkat atas bangunan. Siren tanda hati hati sudah dibunyikan. Cukup membuatkan jefry dan hadif tersedar akan keadaan sekeliling.

Hadif mengerutkan kening memandang sekeliling. Dia melihat ada beberapa kayu panjang benar benar sedang dalam perjalanan jatuh ke tanah.

Tetapi membesar terus mata hazelnya melihat ada seorang pekerja yang bagai tak nampak di mana arah kayu kayu itu. Hadif mengertap gigi. Jika pekerja itu tidak beralih sekarang sudah tentu ada yang mungkin cedera parah ataupun lebih teruk akan mati kerana dihempap kayu kayu tersebut.

"Woi! Beralih! Jangan diri dekat situ!"kuat hadif menjerit dengan harapan pekerja itu dengar tapi sayang nampaknya pekerja seperti berbangsa bukan malaysia itu tidak mendengari apa apa. Cis pekak betullah! Kalau ye pun pekak, takkan mata tu tak nampak yang sebenarnya kayu tu arah atas kepala dia!

Hadif menelan air liur gemuruh. Matanya bergilir memandang kayu yang sudah hampir jatuh ke tanah , dan wajah pekerja itu. Hadif keliru sama ada ingin mengikut sifat perikemanusiaan nya ingin menyelamatkan sesama manusia atau menyerah dengan takdir yang akan terjadi kepada lelaki itu kerana rasanya kayu itu sudah hampir sampai ke tanah sekaligus akan menghempap diri si mangsa.

"Woi kamu! Bergerak! " kali ni jefry pula menjerit kepada pekerja itu. Tapi sama sahaja. Suara mereka tidaklah kuat mana untuk sampai ke pendengaran pekerja yang berjarak bermeter dari mereka.

Hadif mendengus. Dia memejam mata sesaat mengumpul keberanian sebelum perkataan bismillah keluar dari bibirnya. Dia nekad.  Dan dengan kelajuan cheetah yang sudah diaktifkan, laju hadif berlari ke arah pekerja bangladesh yang berjarak beberapa meter darinya.

"Tuan jangan! Bahaya!"

Hadif hanya mendengar sayup sayup pekerja pekerjanya menghalang niatnya. Argh aku lagi sanggup mencuba daripada membiarkan seseorang mati kerana sifat takut orang lain untuk datang menyelamat.

"Argh!" Hadif terus menerkam pekerja itu walaupun dia tahu kayu itu sudah sampai ke arahnya.

PAKKKK!

"YA ALLAH TUAN! CEPAT CALL AMBULANS!"

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

KRING! KRING!

"Kak blahlah jawab siapa yang call tu. Bagi nazmi pulak main game PUBG ni. " tangan nazmi sudah bersedia untuk menarik telefonnya dari tangan anggun dellisya. Haih kakaknya ni. Dah bosan sangat, habis telefon aku jadi mangsa. Pergilah download game ini di dalam telefon sendiri. Ish penat aku caj telefon sampai bateri penuh,  tetapi akhirnya kakaknya jugak menjadi tukang habiskan bateri. Kakak tak kakak , kalau perangai tu memang minta kaki , memang kasut saiz 9 aku dekat luar tu on the way ke muka dia.

"Ala! Baru nak chicken dinnerlah!"
Anggun mendecit geram. Dia akur membiarkan nazmi menarik telefon dari tangannya. Dia terus bangkit dari pembaringan atas katil nazmi lalu dengan geram dia melangkah ke arah telefonnya di atas almari di dalam bilik nazmi. Inilah ciri kakak yang baik. Adik tengah study hard, tapi kakak dia boleh pula senyap senyap ambil telefon adiknya semata nak main pubg.

Dia melihat nama pada skrin telefon. Dia mengeluh menahan geram sebelum akur jarinya menyentuh skrin untuk menjawab panggilan.
"Ya irham. Assalammualaikum kenapa?" Awak tahu tak sebab awak habis peluang saya nak menang game tadi?

"Anggun! Anggun bagi alamat rumah mak ayah awak. Saya nak ambil awak ni!"

Anggun mengerutkan kening halus mendengar ayat irham. Dah pahal pulak nak datang rumah mak ayah aku ni pulak? Ada apa apa majlis ke? Tambahan pula nada irham bagai kalut semacam. Kena kejar harimau ke dia ni?
"Eh awak ni kenapa ni? Kenapa nak datang sini?Kenapa macam nak cepat je suara awak tu? Cuba selow selow. Tarik nafasss hembus nafasss. Ha." Eh anggun ni sempat pula mengajar orang.

"Tak ada masa dah ni anggun nak tarik hembus nafas. Sekarang ni awak bagi location awak. Kita gerak terus ke hospital."  

Kening anggun yang memang dah berkerut sudah tambah pakej dahi berkedut pula. Dia punya blur bukan kaleng kaleng. Aduh hospital lah pulak. Anak siapa yang sakit ni?
"Kenapa nak ke hospital? Awak sakit ke?" Takkan dia nak aku teman dia ke hospital?

"Bukan saya! Tapi hadif! Hadif  accident dekat site projek.  Sekarang ni dia cedera parah! Cepat anggun bagi location . Kita terus ke sana nak tengok hadif. Saya tahu awak mesti risau kan sekarang?"

.

.

.

.

Boom!

Anggun Dellisya terkaku. Dia menyentuh dadanya yang berdegup pantas dengan nafas yang laju. Tak mungkin.... tak mungkin apa yang dia dengar tadi adalah betul.

Ha.....hadif cedera parah?

Jadi takkanlah mimpi tu.... mimpi tentang hadif berkata kata tu....

Nyawa kita sementara sahaja. Kita tak mungkin tahu sama ada panjang atau pendek. Itu semua rahsia allah. Tapi ingat tau pesan saya. Jaga diri awak elok elok.

Adalah benar ?

Anggun menutup mulut nya. Ya allah jadi adakah mimpi itu petunjuk untuk hari ini ? Adakah itu petunjuk untuk dirinya dan hadif? 

Nyawa hadif...sementara sahaja?

Anggun mengertap bibir membiarkan air matanya sekali lagi turun untuk jejaka bernama hadif rizki. Argh sudah anggun. Kalau kau terus melalak dekat sini, dia akan terlepas peluang ingin melihat hadif!

"Sa...saya dah hantar location. Cepat irham saya risau sangat hadif ni." Anggun terus end call dengan suara yang sebak.

Ya allah hadif. Mengapa semua ini berlaku secara tiba? Janganlah tinggalkan saya.

Saya tahu nyawa awak sementara tapi tak bolehkah biar kita bahagia dulu?

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Maaf maaf ampunkan saya. Huwaaaa busy gila. Biasalah online class jaman now mana reti nak tengok orang bahagia.  Ada jee benda kena buat.

Sorry tau lambat update dari yang telah dinyatakan. ♡ UWUWUU.

APAPUN, push the star and comment lah apa korang nak komen ya anak anak. But komen with respect. Ah cheh.

So, spoiler for 4th book eh.

1) no more CEO. Penat lah buat pasal chief executive officer ni. HAHAHA sis nak try benda baharu.

2) gabungan teenager love story and normal adult love story. Maksud saya bukan adult 18+ tu. Bukan ya astagfirullah .

3) dah dah lelebih pulak nak spoiler. Ish.

Okay done. Ampun typo bang. Spread love okay? Bye love yall.

Continue Reading

You'll Also Like

1.4K 114 4
PILIHAN HATIKU ©️ 2024 Status: On-going Muhammad Hezra | Najiha Asyikin Kerana patah hati, Najiha buat keputusan untuk bernikah dengan lelaki lain. H...
238K 15.9K 62
[COMPLETED] Tengku Farish Iskandar. Pernah dikecewakan oleh bekas kekasih hatinya yang bernama NAURA INSYEERAH suatu ketika dahulu. Sejak kejadian it...
581K 34.7K 70
(1st book of 'DIA ENCIK ' series.) "Yes I am an iceberg. But don't you realise that I can be like a melting ice when I'm with you, sweetheart?" CEO...
436K 30.7K 65
Hidupnya tidak dilimpahi kemewahan dan harta, namun Erina Natasha bersyukur dengan apa yang dia ada. Dia gembira tinggal di Mahligai Zaaba, sebuah ru...