DIA Encik Crush Sombong! ✅

By mrsmeandyou17

356K 27.4K 6.7K

(3rd book of 'DIA ENCIK ' series.) "Yes I'm the most sombong human being that you ever seen. But, don't you k... More

nota author
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
12
13
14
15
16
17
18
11
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
61
63
60
64/semifinal
final la kot
NOT ABOUT HADIF AND ANGGUN
ii(▪︎~▪︎)
iii (▪︎~▪︎)
more of singa and pendek

62

4.2K 347 182
By mrsmeandyou17

Langkahnya dipantaskan apabila pintu lif sudah terbuka. Dia tanpa melihat kiri ke kanan terus menuju ke meja seseorang.

Setibanya di destinasi, dia mengetuk permukaan meja manusia yang ralit menghadap fail. Supaya manusia itu sedar akan dunia sekeliling . Dan sedar juga akan kehadirannya.
"Assalammualaikum kak zila."

Nazila yang sedang melihat fail yang telah ditandatangani CEO laju mengangkat kepala memandang gerangan yang tiba tiba menegurnya. Ternaik keningnya menunjukkan dia terkejut apabila menyedari suara yang memanggilnya adalah anggun.
"Eh anggun. Anggun buat apa dekat sini? Anggun masuk kerja esok kan?"  Ya tak silapnya anggun memgambil cuti selama 2 hari. Dan sepatutnya berada di pejabat pada hari esok. Ni apa kes pula tiba tiba rajin nak datang?

Sempat nazila memandang anggun dari atas ke bawah , bawah ke atas, kiri ke kanan. Baju yang dipakai anggun sangat sempoi dengan seluar jeans dan baju t-shirt dikenakan dengan cardigan. Okay baju anggun macam nak pergi shopping. Sah bukan nak kerja.

Anggun menarik senyuman nipis.
"Kak, had...erm maksud anggun tuan hadif rizki ada dalam pejabat tak sekarang? " Dengan wajah penuh mengharap dia menatap nazila.

Nazila menelan air liur mendengar soalan anggun. Dia mengigit bibir sebelum menggeleng.
"Dia tak ada dalam pejabat sekarang anggun. Dia outstation. Di melaka."

Tersentak anggun mendengar ayat yang keluar dari bibir nazila. Hadif.... outstation? Di melaka? Secara tiba? Kenapa dia tak pernah beritahu aku? Anggun mengerutkan kening halus.
"Sampai bila ya kak dia dekat sana?"

Nazila menyentuh dagu dengan wajah berfikir.
"Erm tak silap akak seminggu macam tu lah. Kenapa anggun? Anggun ada apa apa nak cakap dengan tuan hadif ke? Mana tahu akak boleh tolong?" Lembut dia menyentuh tangan anggun dengan muka risau.

Anggun menarik nafas cuba mengusir rasa sedih. Seminggu? Lamanya. Benarkah dia outstation? Atau dia sebenarnya tengah lari dari aku? Anggun mengeluh.  Dia kembali menatap nazila sebelum senyuman kelat dia berikan.
"Tak apalah kak. Erm terima kasih layan soalan anggun ni. Anggun balik dulu ya?"

"Eh awalnya. Anggun tak nak lunch sama sama dengan akak dengan shila? Rindu lah anggun."

Anggun mengukir senyuman semampu mungkin sambil menggeleng perlahan.
"Tak apalah. Anggun on diet sekarang. Lagipun anggun tak ada selera sekarang ni. Sorry eh? " sempat dia menyentuh tangan nazila di atas meja dengan tujuan nazila tidak bersedih dengan penolakannya.

Maaflah kak. Anggun bukan taknak join. Tapi anggun risau mood anggun ni tak stabil. Bila bila masa je boleh melalak depan orang ramai. Itu okay lagi. Tapi kalau aku kena serang soalan 'kenapa anggun nangis?' Huh Takkan nak jawab pasal hadif pulak.

Nazila mencebik sedih.
"Eleh. Baru nak belanja anggun."

"Okay esok kita lunch sama sama. Dan akak kena belanja anggun makanan harga cekik darah. Ha Nak sangat kan belanja? Okaylah anggun gerak dulu tau. Kirim salam shila. Assalammualaikum. " anggun menarik senyuman sebelum berpusing untuk melangkah pergi dari aras pejabat ini. Tak mampu nak berlama kerana hati sudah koyak.  Sempat dia melihat tempat shila. Kosong. Sah minah ni tengah lepak sambil membawang dekat pantri. Booo. Dasar steal bone. (Curi tulang)

Anggun menyentuh dadanya yang merasa seperti kecewa. Ya kecewa kerana pada saat dia ingin menerangkan segalanya pada hadif, tapi sayangnya jejaka itu tiada.  Hmmm. Mungkin lain kali aku boleh berbincang dengannya. Tapi..... sanggupkah aku menunggu selama seminggu untuk akhirnya mampu berjumpa hadif? Sudahlah berpuluh ratus dia cuba menghantar mesej dan menelefon hadif. Malang tiada satu pun dilayan.

Anggun mengeluh berat. Mungkin bukan rezeki kau nak jumpa dia sekarang.  Wahai anggun dellisya mohon bertabah. Kau kuat. 

Nazila yang melihat susuk tubuh angguh sudah melangkah pergi terus mengigit kuku ibu jarinya dengan muka risau yang amat.

Dia menghela nafas lemah kerana terpaksa membohongi anggun dellisya.

.

.

.

.
"Nazila, kalau ada orang cari saya , cakap je saya outstation di Melaka seminggu faham?"

Tersentak nazila apabila disergah secara tiba oleh tuan hadif.  Pergh nasib baik aku tak terkantoi nak masukkan keropok dalam mulut tadi. Fuh kalau tak terus kantoi aku asyik asyik senyap senyap melantak masa kerja.

Aik tapi tadi bukankah dia dalam pejabat?macam mana pula aku tak dengar pintu pejabat dia dibuka? Oh ini mesti sebab aku fokus sangat buat kerja sampai tak sedar. Fuh bagus aku ni. Sudahlah rajin, fokus pulak tu. Tolonglah bagi award pekerja berakhlak pada saya, tuan.
"Errr tapi tuan ... dalam jadual tuan tak ada pula.." berkerut dahinya pelik mendengar ayat hadif.  Melaka? Mana ada dia mesti ke sana harini. Seminggu pulak tu. Eh aku P.A dia aku tahulah jadual dia.

"Biarkan. Bukan saya pergi betul betul pun. Kalau ada orang datang cari saya , lagi lagi perempuan,  pastikan awak cakap ayat saya suruh tadi. Kalau tak , awak dah kira menderhakai syarikat ni faham? " Dengan muka serupa iceberg dia berkata separa kuat ingin menegaskan arahannya sebentar tadi. Sengaja dia guna perkataan derhaka. Nampaklah macam nazila akan buat satu kesalahan besar. Biar dia takut.

"Ya ya faham tuan." Laju selajunya nazila menganggukkan kepala sambil menunduk. Tak mahu pandang mata hazel singa jadian ni. Rasa kena tembak dengan pandangan lazer siot.

"Bagus. Saya nak ke site projek Hotel Del Luna kejap. Ingat ya apa saya pesan.  Assalammualaikum. "

"Wa...Waalaikumussalam. "
Nazila sekali lagi mengangguk faham sehinggalah hadif betul betul sudah berambus ke dalam lif. Terus nazila menyentuh dadanya. Uish boleh strok aku macam ni kalau hari hari kena sergah macam tu. Kenapa eh muka tuan hadif harini macam asam keping yang diletak perahan lemon biar dua kali gandakan lagi masam dia  tu ? Muka pun serius nak mampus dari pagi tadi bawak ke sekarang.  Dia okay ke? Ada masalah ke?

Nazila mengeluh.  Tak pasal pasal aku kena tanggung dosa menipu pada sesiapa manusia yang datang nanti gara gara si tuan hadif. Heisy. Aku ni dahlah tak reti menipu. Muka suci. Hati lagilah putih. Hmmm.

.

.

.

Tapi tak sangka. Sungguh dia tak sangka pula manusia yang datang mencari tuan hadif ialah anggun dellisya! Berat bahunya ingin memikul dosa menipu, berat lagi mulutnya ingin melontar kan kata dusta.

Dia akhirnya akur dengan arahan tuan hadif untuk menipu anggun tapi nazila pula rasa serba salah tahap phd kerana wajah anggun. Macamlah dia tak perasan wajah anggun yang seperti sugul menjadi makin suram apabila mendengar ayatnya tadi.

Heish apa sebenarnya masalah dua ekor budak tu? Takkanlah muka tuan hadif serius sebabkan anggun? Kenapa pula muka anggun macam nak nangis sebabkan tuan hadif? Apa sebenarnya benda yang dah jadi tapi aku tak tahu? Emmmm suspicious. Mindanya tiba tiba menjadi detektif sambil tangannya merayap mencari keropok yang disorok tadi. Sekali lagi mulutnya dibuka dan laju dia masukkan keropok ke dalam mulut. Ngappp.

.

.

*****************************************

.

.

.

.

.

"Kau tak rasa ke ni plan dia ? "

Ayat dari bibir ammar berjaya membuat irham menggeleng separa laju.
"Tak . aku tak rasa dia yang rancang semua ni."

"How do you know? Kau tak rasa pelik ke macam mana dalam banyak banyak orang, syafina jugak yang masa tu lalu kawasan tu. Then, call kau suruh hadif datang. It's weird. " kedengaran suara ammar masih bersyak wasangka dengan anak dato shah ali.

Irham mengangkat bahu walaupun ammar takkan nampak. Lainlah kalau mereka video call. Berkerut kening nya memikirkan ayat yang baru dinyatakan ammar.
"Entahlah ammar. Aku tak tahulah. Memanglah pelik tapi bagi aku dia tak akan buat kut . Dia bagitahu aku dia nak berubah. And suara dia masa tu pun sama panik. Lagipun rumah dia memang dekat dengan area situ. So, aku tak rasa dia punya angkara."dengan serius dia berkata membuatkan ammar di talian terdiam 2 saat. Sebelum kedengaran tawa kecil dari mulut rakan dunia akhirat konon till jannah nya tu.

Eh gelak pulak.

Irham mendecit. Apahal mamat ni? Aku punya bernada serius acah acah suara macam syamsul yusof tadi, dia boleh bantai gelak.
"Kau apahal gelak? Aku rasa ayat aku tak ada dalam kalangan ayat berjenaka tau."

Ammar masih tergelak sebelum berhenti. Mari berhenti gelak. Sebab takut kejap lagi irham sanggup datang ke rumahnya demi nak tumbuk mukanya pulak. Si iqi ni bukan boleh percaya. Kalau dah geram sangat, sanggup dia buat apa apa benda yang pelik.
"Wow backup syafina nampak? Dulu bukan korang ni musuh tradisi ke? Perang mulut mengalahkan perang dunia ketiga. Kalau ada benda jadi je, automatik kau cari syafina. Tapi sekarang, siap jadi saksi dia."

Mana nya dia tak pelik. Tak pernah pernah si iqi ni nak cakap benda baik pasal syafina, tiba tiba beria dia backup syafina tu. Sejak bila pula dia dan syafina ni berkawan ?

Irham mendengus. Kuaja. Sebab tu rupanya dia gelak. Apa salahkah aku nak jadi baik? Tak gaduh macam budak budak dengan syafina tu? Inilah manusia, bila kita nak jadi acah baik, dia gelakkan kita. Bila kita gaduh dengan orang macam budak tak matang, si ammar ni mengadu pada hadif pulak. Dengan readers sekali dia mengadu. Heh dasar ikan kekek mak iloi iloi.

"Dulu lah mar. Sekarang kitorang dah buat gencatan senjata. Masing masing naikkan bendera keamanan. No more WWE antara kami."

Ammar hanya mampu mengangguk.
"Heh yelah. Apa kata kau sendiri soal siasat dia. Mana tahu kau boleh detect dia bohong  ke tak kan?"

.

.

.

"So encik irham, ini air latte dan nasi goreng cendawan yang encik pesan. "

Terus hilang bayangan ingatan irham tentang perbualannya bersama ammar pagi tadi. Matanya memandang makanan yang baru diletakkan di atas meja sebelum laju menoleh menatap waiter yang baru sahaja menghantar makanan.
"Thank you." Ujarnya dengan senyuman kecil.

Puteri syafina turut mengukir senyuman . Membalas senyuman irham yang rasanya setahun 5 kali je dia dapat tengok.
"Sama sama. Lepas makan tak payah bayar tau. I dah settlekan bayaran makanan you ni." Dia mengenyitkan mata sebelah pada irham. Ya awal awal sudah dimaklumkan kepada irham yang dia akan belanja mamat ni makan. Kita kan dah berjanji haruslah ditepati ya anak anak.  Nasib baik jugak si irham ni beli makanan yang harga tak adalah cekik darah sangat. Kalau tak dia sendiri yang cekik irham dulu. Bukan kedekut. Cuma berkira aja.

"So enjoy your food. I pergi dulu." Syafina terus berpusing ingin menapak pergi tetapi terus dirasakan ada seseorang menghalang niatnya nak berjalan pergi kerana lengannya sudah dipegang lembut. Eh?

Pantas dia menoleh memandang irham dengan kening dinaikkan. Tanda 'apahal bro halang aku nak pergi? Kenapa? Makanan tak sedap ke?' Tapi rasanya irham belum rasa makanan tu.
"Kenapa?"

Irham melepaskan pegangan tangan pada lengan syafina.
"Duduk . Aku ada benda nak cakap."  Katanya sambil memuncungkan bibir arah kerusi di depannya. Tanda menyuruh syafina mengambil tempat di kerusi berhadapan dengannya.

Syafina terkebil kebil sebelum menggeleng.
"Mana boleh. I kerjalah. Nanti kalau pekerja lain nampak, nanti I dicop curi tulang tau. You makanlah sendiri eh?" Mungkin irham nak menyuruh dia menemani jejaka itu makan. Almaklumlah dia faham. Irham lonely. Tak ada awek nak temankan makan. Itu yang syafina kesiankan.

Irham mencebik mendengar alasan syafina sebelum spontan tangan kirinya di angkat tinggi.
"Erm bang! " katanya agak kuat kepada lelaki yang sedang berdiri di kaunter pembayaran.

Syafina menelan air liur sambil kepalanya laju dihala memandang gerangan yang irham panggil.  Akhirnya mata syafina bersatu dengan mata seniornya , hairul. Alamak. Apa pulak mamat ni nak buat? Apasal dia panggil abang hairul? Aduh... Anak bos aku tu! Jangan buat pasal lah nanti gaji aku yang kena efek nanti.
"Irham , you nak buat apa ni?" Tanyanya berbisik kuat menatap kembali irham.

Irham tersenyum kepada hairul sebelum tangan yang diangkat tadi diturunkan. Jari telunjuk pula di arahkan pada syafina.
"Bang, saya pinjam pekerja abang 10 minit kejap eh?" Agak kuat suara irham bertanya macam dalam kafe tu ada dia, syafina dan hairul sahaja.

Dan dia tidak sedar yang syafina sudah merasa malu apabila ramai pelanggan melihat ke arahnya dan irham. Cis. Apahal mamat ni kata kuat kuat macam tu! Dah semua pelanggan ingat aku tengah buat scene gaduh dengan boyfriend.Eish.

"Ha boleh boleh!" Kalini hairul pula berkata kuat supaya lelaki yang selamba minta izin nak pinjam pekerjanya tadi dengar.

Irham automatik tunjuk thumbs up kepada hairul sebelum matanya memandang syafina semula.
"Settle. Dah kau duduk sekarang."

Syafina mendengus geram dan terpaksalah dia duduk jua di kerusi hadapan irham kerana tak mahu mereka menjadi perhatian kafe tu lagi. Haiyo mesti pelanggan semua kata aku gedik nak perhatian sampai boyfriend pujuk. Bluek gais irham bukan boyfriend saya gais. Jadi tolonglah tamatkan gosip murahan ni.
"Now shoot je. You nak cakap apa sebenarnya?" Tubuhnya dipeluk dengan muka geram.

Tengah tunggu masa nak rembat irham.

Irham meletakkan sudu dan garfu kembali di atas pinggan. Dia memandang serius syafina.
"Okay actually aku nak tanya kau cik syafina...."

"Syaf. Panggil I syaf je. Syafina panjang sangat lah irham." Belum sempat irham nak habis berkata terus dipotong syafina yang masih tidak memandangnya.

Irham menggeleng kepala. Syaf? Pergh taknak ah. Nanti orang ingat syaf-iq pulak.
"Tak nak lah. Syaf tu macam ganas sangat.  Aku panggil kau puteri je lah." Rasanya itulah nama yang lebih sesuai untuk seorang gadis berbanding syaf yang lebih kepada nama lelaki.

Syafina yang memandang arah lain terus menoleh menatap tepat wajah irham dengan kening berkerut halus.
"Puteri? OMG gegirl sangatlah." Tak pernah pula orang memanggilnya puteri. Apatah lagi dari seorang lelaki.  Tapi terharulah jugak. Sekurangnya si irham ni tahu nama panjangnya. Huhu.

Korang tahu kan perasaan bila nama panjang anda orang tak ingat . Hanya dipanggil guna nama panggilan je. Tapi tiba tiba rupanya ada manusia hafal nama sepanjang keretapi anda . Lagi lagi crush kau yang hafal . Fuh amajing. Rasa nak terbang ke langit.

Irham menggulingkan mata. Minah ni. Nama tu salah. Nama ni salah. Aku namakan dia guna nama haiwan kang, ha tahu pula nak mengamuk sakan.
"Fine. Aku tukar. Puteri kepada princess. "

Kata kata irham sudah berjaya membuat syafina menelan air liur pelik. Dia menyentuh anak tekak. Princess? Walaweh! Dia ingat aku ni kanak kanak nak dimanjakan ke? But aku jujur aku memang manja. Hm.
"Apa apa jela irham.  Sebelum I muntah hijau, you terus terang jela apa you nak cakap. Kali ni I tak main potong dah." Insaf dah nak potong ayat irham. Sebab takut dia pula yang sakit jantung.

Irham mengetap bibir serba salah nak bertanya. Takut pula akan mengoyakkan hati syafina. Hati koyak okay lagi. Buatnya si syafina emosi tak menentu lepastu buat kecoh, aku jugak yang malu.
"Yela yela. Aku nak tanya , tanya je tau bukan aku nak tuduh kau yang bukan bukan , erm...macam mana kau boleh nampak anggun kena masuk club semalam ? Melainkan kau...."

Terus membesar mata syafina mendengar ayat irham sebelum laju dia memotong lagi ayat irham yang tak sempat habis. Orang dungu je tak tahu hujung kepada ayat irham. Lain tak bukan nak kata dia penduduk tegar kelab malam lah tu.
"What? No! You nak tuduh I pergi clubbing eh? No okay? I ni suci tau. Tak pernah lagi masuk benda macam tu! " dengan muka cemberut dia cuba menegaskan fakta bukan auta semata.

Irham mengangkat bahu.  Eh minah ni. Kata tadi taknak main potong ayat aku dah. Tapi.... indah khabar dari rupa. Tak sempat nak habiskan ayat, dia dah bantai marah.
"Aku tak kata apa apa lagi. Kau je yang fikir aku tuduh kau. Aku cuma nak tanya je. Kepastian. "

"Dari pandangan mata you I dah tahu dah irham yang you nak kata I masuk kelab kan? Kan I dah kata. Kelab tu dekat dengan 7 eleven . Actually malam tu I on the way balik pergi apartment I , memang kena lalu kelab malam tu.  I pergi 7 eleven tu nak beli roti gardenia sedap dimakan begitu sahaja." Sebabkan irham ni masih ragu ragu terpaksalah dia buat alkisah pada zaman dahulu A sampai Z pada irham rafiqi. Haih.

"Eh mana ada . Letak kaya baru sedap. Mana boleh dimakan begitu sahaja." Irham laju menyatakan pendapat. Yang memang tak ada siapa kisah. Baik anda diam jela iqi.

Syafina terpinga pinga. Eh si irham ni ada orang tanya or kisah ke dia makan roti nak letak apa? Tiber bethiol ni.
"Whateverlah. You nak makan guna butter ke kaya ke miskin ke. But seriously sekarang, I nak tegaskan I tak pergi clubbing. I tak pernah jejak pun. I sekarang dah berubah. Ke arah kebaikan. You pandang mata i ni. Nampak kan ketulusan? Bukan pembohongan?" Dia menongkat dagu membesarkan mata kepada irham.

Irham akhirnya mengangguk mengiyakan mata kejujuran syafina.
"Yela yela aku percaya."  Dia kembali menyuap makanan ke dalam mulut. Orang dah belanja tak kanlah tak nak makan. Syafina belanja adalah benda paling rare dalam dunia.

"Dah makanlah cepat.  Lagi 7 minit je I boleh temankan you makan."  Sempat dia mengerling jam tangannya sebelum dia memerhatikan irham makan dengan riak wajah macam nak tidur. Bosannya tak ada kerja.

"Puteri, kau memang dah sebati dengan lidah mat salleh ke? Dari dulu I you I you. Dengan bos pun I you I you. Dengan pakcik makcik I you I you. Dengan budak pun I you I..."

"Habis you nak I buat ?"  Laju dia memotong lagi ayat irham sebab memang semua orang dah boleh agak hujung kata kata yang tak pengakhiran mamat ni. Sampai ke esok jugak dia I you I you.

Irham tergelak kecil melihat wajah syafina yang memang macam 'halaaa malas betullah nak layan mamat ni.'
"Tukarlah. Jadi melayu lagi. Jadi macam perempuan terakhir lah. "

Syafina mengerutkan kening. Melayu terakhir?
"So, I nak buat macam mana?" Hala mamat ni makan jelah. Sibuk betullah nak transform kan aku jadi minah melayu terakhir.

Irham mengetap bibir berfikir.
"Tukar I jadi saya. You jadi awak. Tak ke manis macam tu?"

Syafina yang mendengar terus wajahnya berkerut. Saya awak saya awak? Masyarakat. Apa kah? Aku puteri syafina nak guna saya awak saya awak?
"Oh please lah. Ini semua tiber. Entahlah I tak tahulah irham. I you ni dah sebati dalam diri I. Janggal lah nak guna perkataan you kata tu."

"Belum cuba belum tahu."

"Tak apalah. Tak apa. I tak nak." Laju syafina menggeleng apabila muka irham macam serius mengenai topik saya awak ni.

Irham menggeleng juga.
"No. Let's give it a try. Kalau kau tak berlatih sekarang, sampai bila bila kau takkan dapat berubah. Kau kata kau nak berubah ke arah kebaikan kan? So aku nak tolong kau berubah lah ni. " irham mengukir senyuman cuba meyakinkan syafina. Macam promoter produk tengah pujuk orang untuk cuba dan beli produknya. Okay dah tahu dan nampak dah cara Iqi lariskan produk dia.

Syafina mengigit lidah terdiam dengan ayat irham. Erk memanglah dia nak berubah nak jadi baik. Tapi nak berubah diri je. Bahasa I you tu kena tukar jugak ek? Haih. Nak kena tukarlah ni? Apa apa jela asalkan mamat ni puas hati.
"Erm fine. So apa kata you tolong I? "

Irham menyimpan senyum puas hati apabila syafina kepala batu berjaya mengikut cakapnya. Bagus iqi. Kau berjaya yakinkan syafina si kepala batu ni.
"Okay macam ni. Aku cakap ayat, kau kena ikut. Okay?"

Syafina yang innocent hanya mengangguk faham menunggu cikgu irham mengeluarkan ayat.

"Irham, "

"Irham," syafina hanya mengikut sambil fokus menatap irham.

"Awak...."

Syafina menelan air liur . Okay aku boleh. Aku nak berubah menjadi insan baik aku boleh.
"Awak..." dah dengan agak slang slang pelat akhirnya dia berjaya menyebut .

"nak makan apa?"

" nak makan apa?"

"Saya ..."

"Saya..."

"nak ambil order. "

" nak ambil order."

Irham dengan hati yang cekal berusaha menahan gelak melihat wajah fokus syafina. Fuh aku si iqi berjaya buat syafina ber saya awak. Banggalah siot.
"Awak..."

"Awak..." syafina dengan kenaifan masih mengikut bibir irham.

"Hensem. " irham dengan muka bercahaya berkata.

"Buruk." Tapi tak sangka pula idea irham irham inginkan pujian free tadi tiba tiba mendapat setepek panggilan buruk.

Irham menggeleng perlahan dengan mata dibesarkan.
"No , awak.. hensem. " takpe kita cuba lagi.

Syafina menggeleng perlahan juga dengan mata membesar mengikut irham.
"Yes awak buruk."

Beberapa saat mereka berlawan mata . Akhirnya syafina dulu yang tergelak suka.

"HAHAHA eish you ni irham . Sengaja je kan nak I puji you? You ingat I ni naif sangat ke sampai tak tahu plan noob you ?" Terkekek syafina ketawa sambil jarinya menunjuk nunjuk muka irham yang mula bertukar cemberut. Nak ejek irham sebenarnya. Ah noob punya irham. Iqi noob.

Irham mengigit bibir dengan muka cemberut. Ingatkan nak kenakan minah acah mat salleh ni, sekali aku yang terkena. Kuang asam pedas! Kalau aku tahu benda ni akan jadi akan ku order benda paling mahal tak kiralah dia comel mana pun.
"Ha apa kau cakap tadi? Apa I apa you? Apa aku ajar kau tadi?"

Syafina akhirnya berhenti mengelakkan irham dan akhirnya mencebik. Penyi-buk betul mamat ni. Dia berdehem.
"Irham, awak ni sengaja je kan nak kenakan saya tadi? Awak fikir saya bodoh ya? " Kali ni syafina bersuara lembut dengan senyuman palsu. Tapi ayat tetap nak sentapkan irham.

Irham yang mendengar ayat syafina bersaya awak dengannya hanya mampu mengukir senyuman puas hati. Terus terlupa kemarahan nya kerana mendapat ejekan setepek buruk dari gadis di depannya ni. Fuh iqi. Senangnya hilang marah? Selalunya tak nak kalah.
"Good try." Dengan kening dinaikkan dia memuji sambil kembali menyuap nasi.

Syafina menggosok hidung tanda bangga .
"Ha irham kenapa saya je kena? Apa kata awak tak nak ke berubah sekali? Macam saya?"

Irham menyedut air latte sebelum menfokuskan mata memandang syafina.
"Maksud kau?"

Syafina tersenyum nampak giginya.
"Yela panggil lah saya  guna saya awak. Macam awak ajar saya ni?" Yela apa kes dia je kena guna saya awak ? Si irham ni lagi teruk tau tak. Guna aku kau je dengan orang. Tak ke biadap.

Terus membesar anak mata irham mendengar. Aku? Aku nak guna saya awak? Aku si irham rafiqi yang macho lagikan gagah perkasa malahan hensem ni? Aku si idola gadis gadis ni? (Dah dah iqi calm down.)
"What?!hell no!"

Timbul lah muka tak puas syafina dengan penolakan irham.
"Mana adil macam tu awak!" Cis biadap irham. Dahlah gemuk. Tak hensem. Mulut puaka. Eeeee.

"Argh aku tak tahu mana adil.  Si adil tu dah sesat la kot. Bluek. Tak tahu tak tahu." Sempat iqi membalas dengan loyar buruk. Lambert lagilah dia nak bersaya awak. Rasa kembang anak tekak.

Nak bersaya awak konon.nanti nantilah. Tunggu jela lepas kita kahwin.

Eh eh iqi terspoiler. Abaikan dia.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

****************************************

.

.

.

.

.

Anggun dellisya membuka mata perlahan lahan dari lena. Dia melihat sekeliling nya. Aik ini bukan macam rumah aku. Sekelilingnya bagai di taman bunga bermacam macam warna!  Tanah pula sangat menghijau!  Masyaallah lawa nya suasana di sini macam aku. Pergh gilalah anggun. Dekat mana mana sempat puji diri sendiri.

Anggun perlahan bangun dari pembaringan dan duduk bersila. Dia tersenyum suka melihat suasana di sini yang aman damai menghijau.  Aku dekat switzerland ke ni? Tahu tahu je aku memang teringin nak pergi sini.

Pap.

Tiba tiba rasa bahunya ditepuk lembut. Anggun mengerutkan kening halus sebelum menoleh memandang ke arah belakang kepalanya. Manusia mana main tepuk tepuk tak reti bagi salam ni?

Keningnya yang berkerut terus lurus semula. Matanya bergerak setiap inci wajah yang sedang berdiri di hadapannya. Ya allah. Dekat sini pun... aku mampu jumpa dia?

Tak dirancang, mata yang pada mulanya kering tiba tiba basah kerana bergenang air mata. Tidak sekali pun dia beralihkan arah mata melihat manusia di hadapannya ni. Sesungguhnya dia rindu.

Rindu dengan

Manusia yang sedang tersenyum manis menatapnya.

"Awak...." ujar anggun dengan suara perlahan.

Bibir anggun mula mencemik sedih.
"Awak..... saya rindu awak. Saya tahu... saya salah..." air mata anggun mula mengalir di pipi dengan wajah bagai budak budak meroyan menangis tak dapat aiskrim. Wajahnya automatik menunduk . Malu nak nangis depan crush hm.

Kelihatan hadif rizki yang berdiri menunduk sedikit. Tiba tiba ada tapak tangan yang dihulur depan mata anggun. Dia perlahan mendongak. Ternyata tapak tangan itu dihulurkan oleh hadif .

Bibir lelaki itu masih terukir senyuman indah.
"Jom. Jalan jalan."

Anggun yang tadinya sedih automatik pantas mengangguk setuju  sambil tangannya meraih tapak tangan hadif. Hati yang tadi nya sebak dan sedih tiba tiba bertukar gembira dan ceria.  Maybe sebab hadif mengajaknya jalan jalan dengan muka paling hensem. Bukan sahaja hensem. Malah comel weh. Kiyut bethiol. 

Mereka mula berjalan bersama di taman yang penuh bunga yang paras pinggang mereka sambil berpegangan tangan.

Serius anggun bagai lupa segala masalahnya. Hati dan mata hanya terarah pada jejaka yang berwajah bahagia menemani di sebelah.

Tergelak suka anggun apabila hadif  memetik pelbagai jenis bunga dan terus memberi kepadanya. Dan hasilnya sudah ada sejambak bunga yang dia sedang pegang. Haih tak pernah dia rasa sebahagia ini . Rasa seperti tiada apa yang perlu dia risaukan apabila bersama jejaka bermata hazel ini. Rasa seperti dia sentiasa dilindungi dalam lindungan hadif rizki. Rasa seperti matahari menyinar apabila hadif sering kali tersenyum sambil melihat wajahnya.

Omg. Bahagia nya aku. Tapi sekarang ni aku dengan dia tengah honeymoon dekat Switzerland ke ?

Sambil mereka masih berjalan, anggun menggoyangkan tangannya yang digenggam hadif untuk mendapatkan perhatian si kekasih hati. Fuh kekasih.  Sebenarnya dia agak pelik. Kerana dari tadi satu patah perkataan langsung tak keluar dari bibir hadif. Hanya dua patah je . Itu pun yang jom, jalan jalan tadi. Selepas itu jejaka itu hanya tersenyum aja. Tak lenguh ke otot muka tu bang tersenyum senyum. Tapi takpe anggun suka. Muahahah.

Dan dia juga pelik kenapa baju yang dipakai hadif seperti set baju berwarna putih. Putih suci. Bagaikan warna telekung.  Dan dirinya juga seperti memakai baju kurung berwarna putih suci seperti hadif. Pelik kan?

Hadif yang merasa tangannya digoyangkan terus menoleh menatap anggun dengan kening dinaikkan tanda 'apa'. Tetapi senyuman masih tidak  pudar. Sentiasa tersenyum. Eish cair pula hati saya wak. Elok elok anggun nak tanya soalan, tiba tiba cair. Woi dah jangan melayang.
"Erm awak , kenapa kita tiba tiba ada dekat sini? Dengan pakai baju putih bagai? Kita tengah shooting kuch kuch ho ta hai ke? Kalau macam tu saya rani mukherjee ke kajol? Saya tak kira saya nak jadi dua dua. Sebab nanti dua dua tu jugak awak cinta. Saya tak nak ada yang ketiga tau."  Dengan muka insecure anggun berkata sambil pandangan mata masih bersatu dengan hadif.

Hala tiber betul anggun.

Hadif tergelak kecil mendengar kata kata anggun. Tiba tiba mata hazel itu bergerak melihat sekeliling. Sebelum dia kembali menatap anggun . Hadif mengukir senyum sambil mengelus tangan anggun yang digenggamnya.
"Anggun dellisya, "

Anggun yang masih berfikir automatik fokus otaknya hanya tertumpu pada hadif. Woah finally. Dia bercakap! Ya allah rindunya nak dengar dia panggil aku macam tu. Rindu sangat.
"Ya saya kenapa awak?"

Hadif melakar senyuman nipis. 
"Anggun dellisya, saya cuma nak pesan. Jaga diri elok elok. Walau tanpa saya. Saya ni hanya pinjaman sekejap je di dunia ni. Inshaallah jika ditakdirkan, mungkin kita akan berjumpa semula di jannahtul firdausi. "

Anggun yang mendengar ayat hadif sudah tercengang mendengar ayat hadif. HADIF RIZKI.... BERSAYA AWAK?  Ya Allah betapa cairnya hatinya kini. Manusia yang iceberg macam hadif bersaya awak dengan aku. Comelnya. Tapi hatinya mula rasa pelik tambah pula tak sedap hati memikir ayat hadif . Senyuman hadif juga bagai memberi suatu makna. Kenapa dia berkata begitu?
"Hadif, kenapa ni? Apa awak cuba kata? Saya tak faham." Tolonglah cara bercakap jangan puitis sangat. Otak saya tengah jammed nak proseskan ayat awak ni.

Hadif mengeluh kecil sebelum dia kembali mengukir senyum yang lebar.
"Saya... bukan selamanya di sisi awak anggun. Dunia ni sementara je. Sama macam nyawa. Nyawa kita sementara sahaja. Kita tak mungkin tahu sama ada panjang atau pendek. Itu semua rahsia allah. Tapi ingat tau pesan saya. Jaga diri awak elok elok. Jangan,  jangan menangis lama sangat. Saya tak nak awak nangis sebab saya. Saya sentiasa ada dengan awak. " ujarnya lembut sambil tangan sebelah nya naik membelai lembut kepala dan rambut anggun yang masih blur memandangnya.

"Saya kena pergi dulu. Jaga diri ya. Assalammualaikum. "

Anggun masih terkaku. Dia sungguh terkelu dengan setiap patah hadif. Selepas memberi salam hadif nampaknya masih tersenyum sambil kepalanya menunduk ke arahnya. Lembut dirasakan dahi hadif diletakkan pada dahinya .

Anggun menutup mata mengalirkan air mata yang sendiri yang keluar tanpa izinnya dan tanpa dia sedar. Entahlah. Sekarang dia cuma rasa mahu nangis je. Dia kembali membuka mata apabila hadif sudah kembali berdiri tegak dan tiada sentuhan pada dahinya.

Dia melihat tangan hadif bergerak dan melonggarkan genggaman tangan mereka. Lembut tangan kananya yang tadinya menggengam tangan hadif akhirnya menggengam tangan sendiri setelah hadif menyatukan dua tapak tangannya bersama memegang jambakan bunga.

Hadif meletakkan tangannya di belakang badan . Tidak lagi menyentuh anggun.
"Jaga diri. Assalammualaikum. " sekali lagi salam diberi dan anggun hanya mampu menjawab dalam hati kerana tiada satu perkataan mampu diluah. Ya dia hanya mampu nangis dan memerhati. Tak tahu mengapa.

Perlahan hadif berjalan menjauhinya .

"Awak..." lirihnya perlahan. Akhirnya suaranya keluar walaupun sangat perlahan.

"Awak... jangan tinggalkan saya..." akhirnya air mata makin lebat apabila bayangan putih hadif makin menghilang di sebalik kabus.

"Awak...."

"Awak...."

.

.

.

.

.

"AWAK!"

Laju anggun membuka mata . Air liur pahit ditelan. Nafasnya sangat laju bagai lepas masuk marathon sekolah . Walaupun dia bukanlah atlet.

Matanya melihat sekeliling. Dia di atas katil.  Bukan lagi di taman bunga. Dia memakai baju mickey mouse pijama favoritenya, bukan lagi baju kurung putih.

Dia meraba pipinya. Tiada kebasahan air mata. Sah mimpi.

Dia menyentuh dadanya. Ya allah. Apa yang cuba kau tunjukkan? Kenapa aku bermimpi benda pelik pada waktu begini?

Kenapa kata kata hadif bagai memberi sesuatu makna?

Kenapa aku tidak sedap hati ni?

"Nyawa kita hanya semetara...."Perlahan anggun mengucap kembali ayat hadif.

Nyawa kita

Sementara....

Sementara...

Mata anggun terus membesar.

Hadif rizki!

Dengan kelajuan luar kawalan dia menggapai telefon nya lalu menekan sesuatu pada skrin. Telefonnya terus diletakkan pada telinga. Dia menanti dengan separa sabar.

Tit... tit...

Dengan penuh debar dia menanti. Bunyi tittt yang bagai tiada akhir. Aku tak kisah! Sekarang aku cuma risau pasal dia! 

Tit... tit...

Anggun mengetap bibir. Jawablah. Jawab! Jejaka ini tak jawab kerana dia sengaja tak mahu atau sebenarnya dia..... ditimpa masalah ? Anggun mengeluh dengan fikiran diri sendiri yang semakin meracuni minda.

Tapi kalau korang mimpi macam tu, bila seseorang korang sayang kata ayat yang sedih sayu begitu, mesti korang akan risau jugak! Sangat risau . Huwa!

Tit... tit....

Hidung anggun mula mengeluarkan hingus. Haduh. Mata pula sudah berair. Haduh. Sah anggun nangis lagi.

"Please jawab. Saya risaukan awak tahap boleh terjun kolam ikan sebelah kedai pak munaweh ni..." dengan esakan dia berharap hadif mampu dengar permintaannya. Dan cepat cepat mengangkat panggilannya.

Tit.... tit...

Tit...tit....

Tit... tit....

Tit.... tit....

Anggun tersenyum pahit.  Ternyata hajatnya tadi hanya angan. Nampaknya tiada guna. Hadif gagal dijejaki. Lagipun mestilah hadif tidur sekarang. Jam menunjukkan hampir pukul 4 pagi. Haih itu mengikut logiknya. Tapi kalau ikut hatinya pula , dia sangat sangat sangat merisaukan Hadif sekarang. Rasa tidak sedap hati makin berleluasa.

Tapi apakan daya. Waktu tak menyebelahinya.

Anggun mengeluh . Dia ingin menekan butang merah di skrin supaya telefonnya berhenti membuat bunyi tittt.... tit..... sesungguhnya dia broken .

Tit.. tit...

.

.

.

"Hm why ?"

Kaku.

Anggun terkaku.

Bagai patung.

Tangan anggun yang memegang telefon tiba tiba mengigil.  Suara yang jawab panggilannya ini.... HADIF RIZKI kan?

Anggun tak tahu kenapa. Tetapi perasaan sebak mula menjelma. Dia mula memuntahkan air matanya kembali. Ya allah dia sangat beryukur kerana dapat mendengar lagi suara hadif.  Alhamdulillah ya allah.

"Hey wait a minute. Why?"

Anggun menyedut nafas sekaligus menyedut hingus. Tisu habis pula tak mampu nak keluarkan hingus dari hidung ni. Mesti hadif pelik kenapa malam malam eh tak pagi pagi buta begini dia call secara tiba lepas itu boleh pula melalak macam orang biul.

"Awak.... jangan tinggalkan saya... saya tak kuat..." itu dia ayat yang memang dia ingin luahkan sejak dari dalam mimpi tadi dia akhirnya terluah. Tetapi bukan pada hadif rizki hensem gila yang dalam mimpi tadi, tetapi terluah pada hadif rizki yang real di hujung talian sana.

Nampaknya seperti hadif terkelu beberapa saat di hujung talian.

"Anggun, aku... aku.. aku perlukan masa. Everyone needs some time to be alone. To think the bestest things for their life. So, buat masa ni aku minta bagi aku masa. Aku perlukan masa. Kau juga perlukan masa sebabkan kejadian hari tu.  "

Sudah tiada saya awak. Sah tadi tu memang mimpi. Manakan mungkin hadif ingin bersaya awak.

Tapi anggun masih terpempan . Dia menelan air liur.  Dia memejam mata cuba menghalau rasa pedih. Akhirnya senyuman kelat yang mampu dia ukir walau hadif takkan mampu lihat. Bukan kerana isu hadif bersaya awak , tetapi ayat hadif.
"Ba..baik. saya akan (tarik nafas mendapatkan kekuatan) berikan awak masa. Dapat dengar suara awak... dah cukup bagi saya. " anggun mengangguk lemah. Ya mengetahui hadif tidak ditimpa masalah sudah cukup baginya.  Jikalau dia jadi hadif, mesti dia akan buat benda yang sama.

Masa untuk bersendirian.

"Hm okay. Kau sambunglah tidur . Aku letak dulu. Assalammualaikum. "

Tet~

Bunyi talian sudah dimatikan jelas kedengaran . Anggun tersenyum pasrah. Dia menarik nafas .

Sokay anggun. Dia hanya perlukan masa. Mimpi kau tadi mungkin mainan tidur. Yang kerana kau tak basuh kaki betul betul sebelum tidur tadi. Patutnya kena sental betul betul guna sabun agaknya. Hm.

Don't worry anggun! Wake up! You're stronger than this!yeah! Anggun mengangguk membenarkan kata kata di minda sebelum perlahan bangkit ingin keluar dari biliknya.

Ada baiknya dia minum air untuk menyedarkannya. Oh ya nak ambil sekotak tisu dekat almari dapur jugak. Hingus ni makin menutup laluan pernafasan haih.

Tangannya memegang tombol pintu . Seperti biasa dia memutarkan tombol pintu  . Tetapi baru sahaja ingin meneruskan langkah, dia terkaku beberapa saat apabila menyedari ada manusia sedang berdiri di hadapan pintu biliknya.

Dia melihat figura ini atas bawah. Memakai kopiah . Berkain pelikat. Mesti ayahnya baru selesai mengerjakan solat sunat berqiammulail. Yela waktu sekarang pula hampir 4 pagi.
"Eh ayah. Kenapa diri depan bilik anggun ni?"

Encik mazlan menunduk sebelum perlahan mengangkat wajah nya yang sayu dan masih mempunyai kesan lebam.
"Ayah... ayah nak minta maaf. Kalau bukan sebab hutang ayah.... tentu anggun tak jadi mangsa dan sedih macam ni. Ampunkan ayah anggun. Ayah memang bersalah. Ayah bodoh. Maafkan ayah anggun." Tiba tiba sahaja encik mazlan mula menangis sambil memohon maaf. Melihat wajah basah anggun lagilah buatkan hatinya retak.

Anggun menelan air liur. Hari ni bukan hari raya kan. Hala tiber lah anggun. Anggun akhirnya menggeleng kepala perlahan sambil tersenyum.
"Ayah... ini semua takdir. Anggun dah lama maafkan ayah. Ayah janganlah rasa serba salah lagi eh? "

"Maafkan ayah anggun. Ayah minta maaf sebab jadi ayah yang jahat. Sekarang ayah sedar, betapa indahnya keluarga ayah. Ayah sayang sangat kamu anggun. Ayah minta maaf."  Masih kedengaran esakkan encik mazlan sambil tangannya lembut menggosok kepala anaknya.

Anggun yang pada mulanya dah penat nangis akhirnya kalah. Air matanya turut mengalir. alaaaaa. Tisu tak amik lagi! Makin basahlah pipi aku! Hidung makin sarat dengan hingus!
"Anggun pun sayang ayah..maafkan anggun jugak tak jadi anak yang baik.  Kosong kosong ya ayah. " jujurnya. Dia sayangkan ayahnya. Benar kata adiknya. Ayahnya sudah bertaubat. Dan dia sangat gembira dengan keadaan keluarganya sekarang.

"Ayah anggun nak ambil tisu dulu. Takut anggun sesak nafas pula hidung tersumbat hingus. "

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Apa eh sebenarnya mimpi anggun tu?

Ada di kalangan anda yang tiba tiba sebak tak dengar ayat hadif ver mimpi.tu? HAHAHAH.

Look. Cerita ni nak habis dah..road to final dah. Sila sedih. Eh gembira ke?

Siapa nak 4th book spoiler? UWU

Hmm takpela macam ramai tak nak hm.

HAHAHAHAHA.

However tekan bintang kecil tu anak anak. Ha. Tekanlah woi.

Ampun typo ya ufu ufu ufu.

Assalammualaikum love yall! Muah.
I am me.

Solat isyak lu baru baca anak anak HAHAHAHHAH .

Continue Reading

You'll Also Like

519K 14.1K 59
❛ 𝐈 𝐰𝐢𝐬𝐡 𝐲𝐨𝐮'𝐝 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐦𝐞 𝐥𝐢𝐤𝐞 𝐭𝐡𝐞 𝐰𝐚𝐲 𝐈 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐲𝐨𝐮 Beria? Ya, itulah Nayla Atheera. Jatuh cinta pada lelaki itu pad...
170K 14.3K 130
Syed Taufiq Cazran. Umpama siluman serigala suatu ketika dahulu. Panahan matanya mampu melumpuhkan musuh-musuhnya. Bahkan keluarganya sendiri gerun a...
53.9K 2.7K 39
[ Book 1] Tiada apa yang sempurna pada diri aku . Aku hanyalah seorang wanita yang biasa . Aku dibesarkan oleh makcik dan pak cik aku kerana kedua...
206K 8.8K 80
Afaf Adra. Seorang gadis yang berketinggian sederhana dan bertubuh sedikit berisi. Sudah biasa digelar dengan panggilan 'makcik' atau 'puan' dari s...