HARI ini merupakan hari pertama keluarga kami bermalam di rumah Abang Deen. Abang Deen punya teruja papa dan mama sampai sehinggakan dia lupa habis kerja yang perlu dia lakukan.
"Ayeen!"
Tubuhku terasa dipeluk dari sisi sebaik sahaja seseorang melabuhkan punggung di atas sofa bersebelahan denganku.
Aku memandang Abang Deen yang tersengih senget.
Abang Deel dan Abang Deen. Perangai mereka berbeza sedikit. Abang Deel punya aura yang tenang dan Abang Deen punya aura yang memikat. Yelah, Abang Deen bekas playboy yang berjaya. Bekas. Bukan playboy dah. Niaya aje nanti dia kena kejar dengan Kak Qisha kalau ulang perangai lama.
"Abang Deen dah lama tak tengok muka si cantik ni. Berapa bulan mengandung? Anak lelaki atau perempuan?" Soalnya seraya menekup pipiku.
Mengandung? Lelaki atau perempuan? Apa yang Abang Deen merepek ni?
Aku mengalihkan tangan Abang Deen.
"Bila pula Ayeen mengandung?" Soalku geram.
Abang Deen terkebil - kebil.
"Oh, tak mengandung lagi eh? Abang Deen ingat Ayeen dah mengandung". Tuturnya sambil mencapai sebalang coklat yang berada di atas meja kaca.
"Mana ada mengandung lagi".
Abang Deen menghulurkan balang coklat itu kepadaku. Kemudian, dia membelek leherku dan bahuku. Tumitku juga dilihatnya dan dipicit perlahan.
"Ayeen virgin lagi kan?"
Aku menjauhi Abang Deen.
Macam mana dia boleh tahu dengan tengok je? Kuasa jenis apa yang abang aku ada ni?
"Kenapa Ayeen pandang Abang Deen macam tu?" Soalnya aneh.
"Macam mana Abang Deen tahu?"
"Ayeen kena faham perangai Abang Deen dulu macam mana. I loves woman".
"Abang Deen bukan 'loves' perempuan. Abang Deen 'make loves' dengan perempuan". Tukasku sambil menekankan perkataan 'loves' dan 'make loves'.
"Dulu je banyak perempuan. Sekarang, seorang je". Tukas Abang Deen sambil menyandarkan tubuhnya pada sofa.
Aku mencebik.
"Kenapa Rash tak sentuh Ayeen lagi?" Soal Abang Deen. Dia kembali menyentuh hal itu.
"Ayeen tak sedia".
"Ayeen 'malu'. Bukan tak sedia". Bidas Abang Deen sambil menekankan perkataan 'malu'.
Aku mengemam bibir.
Balang coklat dibukaku.
Abang Deen memang penggemar coklat. Dulu dia pernah ketagihan merokok jadi dia gunakan coklat untuk membuang perasaan ketagihannya. Sekarang, dia cuma ketagihan cinta Kak Qisha je.
"Kesian Rash kena berpuasa. Dah lah sebelum kahwin Ayeen asyik melekat dengan dia. Lepas kahwin Ayeen tak nak bagi apa yang dia nak. Kalau Abang Deen jadi Rash mesti Abang Deen rasa terseksa. Duduk pula satu bilik dengan Ayeen dan hadap perangai manja Ayeen yang suka bercuddle. Fuh, seksa. Abang Deen tabik kat Rash. Tahap kesabaran dia memang tinggi".
YOU ARE READING
#Rasheen - Takdir yang Terukir [ɌȺSĦ]
Romantik-Jangan menganggu hartanya kalau kau tak mahu terkena racunnya- .... KAHWIN dengan kawan baik sendiri? Itu bukan jadi masalah. Tapi apa yang bermasalahnya apabila perangai gatal Rash yang terus muncul sebaik sahaja mere...