Bab 21

9.3K 722 96
                                    

Tujuh  tahun  kemudian...

SAMA  seperti  tujuh  tahun  yang  lalu.  Aku  masih  lagi  Ayeen  Hazreen  binti  Harraz  Izzaf.  Namun,  sekarang  usia  aku  menjangkau  dua  puluh  tahun  jadi  aku  memilih  untuk  bekerja  di  kafe  ini  kerana  ianya  salah  satu  cita  -  cita  aku  untuk  menjadi  pengurus  kafe.

Hampir  tiga  tahun  juga  aku  dan  Rash  tidak  bersua  muka  kerana  dia  masih  sibuk  belajar  untuk  mencapai  cita  -  citanya  menjadi  seorang  guru.  Manakala  Fahim,  masih  juga  belajar  untuk  mengejar  cita  -  cita  menjadi  seorang  doktor  haiwan.  Rizky  pula  masih  berlatih  untuk  menjadi  juru  gambar  perkahwinan  yang  terhandal.  Raf,  masih  belajar  di  luar  negara  untuk  menjadi  doktor.  Mungkin  setahun  atau  dua  tahun  lagi  dia  akan  pulang  dan  Rian...

Hmmm....

Aku  sendiri  tak  tahu  apa  kerjaya  Rian  kerana  dia  seorang  lelaki  yang  sangat  misteri.

"Selamat  datang!"  Sambutku  dengan  penuh  mesra  kepada  pelanggan  yang  hadir.  Senyuman  mereka  merupakan  kekuatan  aku  untuk  terus  bekerja  di  sini.  Aku  suka  melihat  mereka  tersenyum.

Mereka  mengambil  tempat  duduk  sambil  memerhatikanku.

"Jadi,  encik  nak  makan  apa?"  Soalku  lembut.

"Manisan  istimewa?" 

"Manisan  istimewa  untuk  hari  ini  ialah  truffles  chocolate  bersama  -  sama  aiskrim  pudina  yang  dibuat  khas  oleh  pembuat  dessert  istimewa  di  kafe  kami".  Balasku.

"Kau  tak  ada  dalam  menu?"  Soal  mereka  nakal.

Aku  blur.

"Apa  maksud  encik?"  Soalku  keliru.

Salah  seorang  daripada  mereka  menggenggam  tanganku  membuatkan  aku  spontan  mahu  menarik  semula  tanganku  namun  mereka  masih  memaksa  aku  merapati  mereka  bersama  -  sama  ketawa  jahat.

Zap!

Tangan  lelaki  yang  memegangku  itu  digenggam  kuat.

Mereka  terpana.

Aku  juga  mengangkat  wajah  memandang  seraut  wajah  majikanku  yang  tampak  serius.

"Lelaki  tak  guna  kalau  berkeras  terhadap  perempuan.  Pekerja  aku  bukan  untuk  kau  orang  kacau  atau  buat  dia  macam  mainan.  Dia  perempuan  dan  dia  dilindungi  di  sini".  Ujar  majikanku  senada.

Aku  lihat  dia  menggenggam  kuat  tangan  lelaki  itu  sehingga  lelaki  itu  berdesis.

"Lepaskan  tangan  Ayeen".  Arahnya.

Lelaki  itu  akur.

Aku  bingkas  mengundur  selangkah  menjauhi  mereka.

Majikanku  mengukirkan  senyuman  manis  ataupun  senyuman  membunuh.

"Sekarang  buat  pilihan.  Sama  ada  nak  makan  di  sini  atau  kau  nak  mengganggu  pekerja  aku".  Tegasnya.

"M-makan".

Majikanku  melepaskan  tangan  lelaki  itu  dan  dia  mengundur  selangkah.

"Pilihan  yang  bijak.  Naufal,  serve  mereka!"  Arahan  majikanku  dipatuhi  oleh  Naufal.  Pekerja  yang  seringkali  dipuji  orang  kerana  sikap  dedikasinya.

#Rasheen  -  Takdir  yang  Terukir [ɌȺSĦ]Where stories live. Discover now