Bab 13

9.8K 706 49
                                    

BEGITU  cepat  masa  berlalu.  Sedar  aje  lagi  sebulan  kami  bakal  menamatkan  sekolah  sebagai  tingkatan  satu  dan  tak  lama  lagi  kami  akan  menjadi  senior  kepada  adik  -  adik  tingkatan  satu  juga.

Sebenarnya,  aku  agak  gusar  kerana  memikirkan  tentang  hubungan  persahabatan  mereka  berenam.  Manakan  tidak,  pelajar  tingkatan  satu  pada  tahun  hadapan  akan  datang  ke  sekolah  ini  untuk  menduduki  ujian  yang  menentukan  kelayakan  untuk  mereka  memperolehi  kelas  hadapan.

Raf,  Rian  dan  Imdad.

Mereka  bertiga  sukakan  perempuan  yang  sama.

Ya  Allah...

Ya,  aku  sendiri  tak  nafikan  bahawa  Widya  itu  cantik  orangnya.  Tingkah  lakunya  yang  tampak  pendiam  membuatkan  orang  tertarik  dengan  dirinya.

“Ayeen!”

Aku  pandang  mereka  berenam  yang  datang  ke  arahku.

“Ya?”

“Jomlah,  usya  bakal  awek  aku”.  Ajak  Imdad  ceria.

Aku  memandang  wajah  Raf  yang  hanya  menayangkan  wajah  selamba.  Aku  tahu,  sebaliknya  dia  pasti  berkecil  hati  ataupun  terselit  rasa  cemburu.

“Jomlah!”  Gamit  mereka  lagi.

“Aku  nak  study...”  Balasku.

Aku  tak  sanggup  nak  lihat  mereka  bertiga  sebegini  rupa.  Walaupun  hubungan  masih  rapat  tapi  tak  mustahil  akan  bergaduh  kerana  melibatkan  seorang  perempuan.

Aku  tahu  bahawa  Widya  tak  bersalah.  Tapi,  aku  tak  nak  mereka  bertiga  putus  sahabat.

“Ayeen,  jomlah!”

Aku  tayang  muka  pasrah  apabila  mereka  menggesa  aku  untuk  mengikuti  mereka. 

Aku  pandang  muka  Raf  dan  Rian  yang  hanya  tampak  biasa  -  biasa.
Manakala,  aku  nampak  muka  Imdad  begitu  teruja  dan  berseri  -  seri.  Tentu  Imdad  sangat  sukakan  Widya.

Rash  tarik  aku  berjalan  bersama  -  samanya.

Aku  pandang  Rash.

“Jangan  munculkan  diri  depan  Widya.  Kita  tak  tahu  dia  baik  ataupun  tak”.  Pesan  Rash.

Aku  terkebil  -  kebil.

“Jadi,  aku  tak  boleh  berkawan  lagi  dengan  Widya?”  Soalku  polos.

“Tak  boleh”.

“Baik”.

Aku  hanya  akur  sahaja.

Lepas  apa  yang  terjadi  padaku  kerana  kes  Mia  hari  itu,  aku  langsung  tak  berani  untuk  membantah.  Aku  dah  faham.  Apabila  Rash  melarang  tentu  akan  ada  sebab.  Rash  takkan  menyekat  aku  dengan  sengaja.

Aku  pandang  Widya  yang  sedang  fokus  membaca  buku  dibawah  sebatang  pokok.  Disebelahnya  ada  seorang  lelaki  yang  agak  segak.

“Mata  kau  tu  jaga  sikit”.  Tegur  Rash  geram.

Aku  tersengih  kecil.
Aku  cuma  memerhatikan  lelaki  itu.

Mustahil  lelaki  itu  ialah  ayah  kepada  Widya.  Mungkin  lelaki  itu  ialah  abang  kepada  Widya.

“Ayeen!”

#Rasheen  -  Takdir  yang  Terukir [ɌȺSĦ]Where stories live. Discover now