SEJUJURNYA, aku kecil hati kerana Rash beranggapan aku mencuranginya apabila dia tiada dibawah pengawasannya.
Tapi aku juga bersalah kerana aku bercerita tentang Jibrael dengan penuh teruja kepadanya. Tentu sahaja dia cemburu. Jika aku berada di tempatnya aku juga akan cemburu malahan mungkin enggan bercakap denganku lagi. Namun, Rash masih melayanku dengan baik dan lembut. Cumanya, Rash mungkin jadi terlalu cemburu sehingga buruk sangka.
Aku mengemam bibir.
Rash dah meminta maaf. Aku pula masih belum meminta maaf. Kalau aku minta maaf pada Rash dengan cara biasa tentu dia sukar memaafkan aku.
Fikir Ayeen...
Aku melangkah turun dari katil lalu menuju ke arah almari. Sebenarnya, Rash ada belikan aku cat kitten lingerie dan dia suruh aku pakai bila aku dah jadi isterinya. Sah - sahlah aku takkan pakai sebab aku malu.
Tapi, kali ini...
Aku rasa aku kena pakai juga demi Rash.
Telefonku yang berada berdekatan dicapai. Aku mencari nombor Abang Deel.
Abang Deel - You.
Aku menunggu Abang Deel membalas mesejku. Lingerie itu dibelekku.
Tak terdedah sangat. Cuma jarang.
Ting!
Aku kembali memandang telefon bimbitku.
Ya? Kenapa mesej? Nak Abang Deel datang ke? - Abang Deel☆
Ya, tentu Abang Deel pelik kenapa aku mesej dia sedangkan kami berada di dalam satu rumah. Bezanya, aku berada di dalam bilikku dan Abang Deel berada di ruang tamu.
Ayeen? - Abang Deel☆
Tak, Abang Deel. Ayeen nak minta Abang Deel beritahu Rash suruh dia masuk bilik lepas balik nanti. Ayeen ada suprise untuk dia - You.
Suprise? (´・ﻌ・') - Abang Deel☆
Yup. Beritahu tau. Sebab Ayeen duduk dalam bilik tunggu Rash - You.
Baik anak kucing! - Abang Deel☆
Selesai menghantar mesej kepada Abang, aku terus sahaja meletakkan telefon itu di atas meja belajar dan mencapai lingerie itu masuk ke dalam tandas.
Demi Rash.
Jarum jam menunjukkan pukul 1.00 pagi. Lama juga aku berteleku di atas katil sambil menunggu kepulangan mereka.
YOU ARE READING
#Rasheen - Takdir yang Terukir [ɌȺSĦ]
Romance-Jangan menganggu hartanya kalau kau tak mahu terkena racunnya- .... KAHWIN dengan kawan baik sendiri? Itu bukan jadi masalah. Tapi apa yang bermasalahnya apabila perangai gatal Rash yang terus muncul sebaik sahaja mere...