Highschool Memory♡

9.8K 649 19
                                    

BUKU  sejarah  yang  dipegangku  tak  mampu  menjadi  tumpuan  apabila  aku  melihat  Widya  melintasiku.

Rash  kata  aku  boleh  tegur  Widya  kalau  dia  ada.  Tapi,  aku  lihat  Widya  kelihatan  merajuk  sekarang  ini.

Apa  salahnya  jika  aku  menegur  dia?

Memandang  sekeliling  mencari  kelibat  Rash.  Tak  kelihatan.  Aku  terus  sahaja  bangkit  lantas  membuka  langkah  menuju  ke  arah  Widya.  Lengannya  dicapaiku  lembut.

Widya  memusingkan  tubuh  memandang  seraut  wajahku.  Dia  nampak  terkejut.

"Hai,  Widya!"  Sapaku.

"Apa  awak  buat  kat  sini?  Rash  mana?"  Soalnya  hairan.  Tentu  saja  dia  hairan  kerana  Rash  pasti  akan  berada  di  mana  aku  berada.

"Rash  pergi  tolong  cikgu  sekejap.  Awak  nak  pergi  ke  mana?  Muka  nampak  berangin  aje".  Tegurku.

Widya  merengus  geram.

"Raf.  Suka  cari  pasal  dengan  saya.  Sakit  hati  tau,  Ayeen.  Saya  cemburu  juga  dengan  awak  dia  boleh  cakap  lembut  -  lembut.  Tapi,  bila  dia  bercakap  dengan  saya  serupa  nak  cari  gaduh  aje.  Benci  betul  dengan  bad  boy  tu!" 

Aku  menyimpulkan  senyuman  hambar.

Raf  ni...

"Saya  rasa-".

"Raf  berlembut  dengan  Ayeen  sebab  Ayeen  bebola  kapas.  Raf  berkasar  dengan  kau  sebab  dia  cintakan  kau.  Diri  Raf  yang  sebenar  kasar  bukan  lembut.  Kau  patut  bersyukur  sebab  Raf  cintakan  kau".  Aku  dengar  suara  Rash  menyampuk.

Pandanganku  dan  Widya  tertumpu  ke  arah  Rash  yang  memandang  geram  seraut  wajahku.

Aku  tersengih.

Widya  menghela  nafas.

"Saya  pergi  dululah.  Jumpa  lagi".  Pamitnya  lantas  melangkah  pergi  meninggalkan  kami.

Rash  mendekatiku.

"Ayeen  Hazreen  yang  degil.  Berapa  kali  aku  nak  pesan  pada  kau  supaya  tunggu  aku?"  Soalnya  geram.

"Aku  nampak  Widya  mendung.  Aku  kesian  jadi  aku  tegurlah  dia".  Balasku.

Rash  menghela  nafas.

"Aku  tak  percayakan  Widya".  Tuturnya  ringkas.

"Mana  boleh.  Kau  kena  percayakan  Widya  juga.  Kau  yang  cakap  aku  boleh  berkawan  dengan  perempuan  kawan  baik  kau.  Jadi,  Widya  perempuan  Raf.  Aku  boleh  berkawan  dengan  dia". 

Bibir  Rash  mengukir  senyuman  senget.

"Habis  kau  perempuan  aku  lah  kan?"  Soal  nakal.

Mataku  membulat.  Wajahku  membahang.

Apa  yang  Rash  merepek  ni?!

"Kau-gila!"  Gumamku  lantas  aku  berura  mahu  berlalu  dari  situ.  Rash  lebih  pantas  menahan  tanganku.

"My  love".

"Rashhhhh!"  Aku  menjerit  geram.

Rash  ketawa  kuat.

Rash  memang  tak  guna.  Sengaja  nak  mengusik  aku!

+++





#Rasheen  -  Takdir  yang  Terukir [ɌȺSĦ]Where stories live. Discover now