Bab 17

8.6K 657 49
                                    

MEREKA  fokus  memerhatikanku  yang  memegang  microphone.  Aku  menarik  nafas  sedalam  yang  mungkin  dan  nafas  dihembus  perlahan  -  lahan.

Aku  boleh  buat.

Lagu  sahabat  mula  dimainkan  oleh  pihak  majlis.  Aku  memandang  Rash  yang  berada  di  sebelah  kananku.  Dia  tersengih  memandangku.  Kemudian,  aku  memandang  Rian  yang  berdiri  di  sebelah  kiriku.

"Kau  boleh".  Ucapnya.

Aku  menghela  nafas.

Ya,  aku  boleh.

"Kau ada dikala ku suka
Dikala ku duka
Setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada dikala ku perlu
Setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh", 

Aku  senyum  pada  Rash.

Rash  tersengih.

Rian  bersorak  teruja. 

"Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku",

"Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku",

Aku  tunding  jari  padanya.

Rash  mula  acah  mahu  pengsan.  Namun,  dia  pantas  mengimbangi  tubuhnya.

Aku  ketawa.

Rash  berjalan  mendekatiku.  Dia  menyambung  nyanyianku.

"Kau ada di kala ku jatuh
Di setiap bangunku
Terus menemaniku
Tanpa rasa jemu",

Aku  tersenyum.

Teringat  pula  disaat  dia  betul  -  betul  kecewa  atas  kecederaannya  dan  dia  tak  mampu  untuk  bermain  bola  sepak.

"Kau ada di setiap tawa
Di kala bahagia
Kau menjadi sahabatku
Selamanya",

"Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku",

"Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku",

Rash  kenyit  mata  padaku.

Wajahku  membahang.  Pantas  aku  mengalihkan  wajah  memandang  Rian.

Baru  aje  dia  membuka  langkah  dihadapan  kami,  hampir  separuh  pelajar  perempuan  menjerit  seperti  histeria.

Okey...

Peminat  Rian  memang  menakutkan  aku.

#Rasheen  -  Takdir  yang  Terukir [ɌȺSĦ]Where stories live. Discover now