RASH: Bab 42

12.4K 780 127
                                    

AYEEN yang tertidur di atas katil dipandangku dengan penuh rasa bersyukur. Aku fikir yang aku tak mampu berjumpa dengan Ayeen lagi setelah apa yang berlaku.

Rambutnya diusapku.

Lehernya yang memerah dipandangku dengan penuh rasa. Ayeen kata Jibrael tu baik. Habis kenapa ada love bite pula kat leher dia ni?!

Aku membuka baju yang dipakai Ayeen.

Ayeen terpisat - pisat bangun.

"Kau buat apa ni?" Soalnya hairan.

"Kau bangun sekejap". Arahanku dipatuhi Ayeen. Ayeen cuma bangun dalam keadaan mamai lalu bajunya ditanggalku.

Mata Ayeen meluas.

"Rash apa ni?" Soalnya.

Aku merapatkan tubuhnya dengan tubuhku. Ayeen nampak tak selesa.

"R-Rash, aku tak larat. Tolonglah kesiankan aku. Aku nak tidur sekejap je". Tuturnya seraya menahan tanganku dari bertindak menanggalkan baju dalamnya.

"Love bite".

Ayeen nampak terkedu.

"Ayeen. Kau beritahu aku yang Jibrael tu lelaki baik. Habis macam mana love bite boleh ada kat sini?" Soalku kasar.

"Kau tergoda dengan dia kan? Kau biar dia sentuh kau!" Amukku. Berasap hatiku apabila memikirkan Ayeen bersama lelaki yang digelar Jibrael itu.

Ayeen nampak mahu menangis.

Jadi, memang betul dia bersama dengan lelaki tu?

"Tergamak kau. Tergamak kau buat macam ni pada a-".

"Kau yang tergamak tuduh aku macam ni! Kau kata kau sayang aku. Kau cintakan aku. Habis mana perginya kepercayaan kau pada aku?!" Soalnya bersama - sama tangisan.

Aku tak faham.

"Ya, badan aku memang ada love bite. Bukan Jibrael yang buat. Tapi, ada lelaki tua yang sebaya dengan tok babah yang cuba nak rogol aku. Lelaki tua tu yang buat semua ni. Bukan Jibrael. Kalau Jibrael yang buat aku sendiri pun takkan dekat dengan dia".

"Kau mesti bergurau kan?"

"Bergurau? Aku tak bergurau tentang hal serius ni. Nampak sangat kau pun termakan hasutan Betty kan? Kau tak percayakan aku. Aku yang cuba untuk hidup supaya aku dapat kembali pada kau. Aku jaga diri ni dari disentuh sesiapa. Tapi kau senang - senang je tuduh aku". Dia teresak - esak.

Shit.

Apa aku dah buat?!

"Ayeen..." Aku cuba memeluknya. Namun Ayeen menolak aku. Dia menjauhkan diri.

"Aku rindukan kau. Aku tunggu kau balik sebab aku nak makan truffles sama - sama. Kau balik lambat. Aku tetap tunggu. Betty pula yang musnahkan segala - galanya. Tergamak kan kau?"

"Ayeen, aku minta maaf". Meskipun dia menolak aku tetap menariknya ke dalam pelukan.

"Ak-aku tak curang dengan kau".

"Aku minta maaf, Ayeen". Ucapku memujuk. Lehernya diciumku dengan lembut. Air matanya disekaku.

Kesian isteri aku.

Aku terlalu cemburu sehinggakan memikirkan semuanya dengan mudah. Malahan, aku menuduhnya secara melulu.

"Aku minta maaf". Bisikku lembut.

Aku biarkan Ayeen menangis di dalam pelukan aku.

Aku akan pastikan Betty terima padahnya. Perempuan tak guna tu memang dah betul - betul melampau!

#Rasheen  -  Takdir  yang  Terukir [ɌȺSĦ]Where stories live. Discover now