HUD hello kitty yang dibelikan papa dibelekku dengan penuh teruja. Sebenarnya, apa yang Nazhan telah lakukan kepadaku masih tak dapat dilupai kesakitan dan ketakutannya. Cuma, pakaian ini dapat menceriakan aku.
Kata Abang Deel, bila aku suka mempunyai barangan hello kitty ini bermakna aku ialah Ayeen Hazreen yang asli.
Aku mengaku aku obses sikit dengan hello kitty dan anak - anak kucing. Aku tak boleh tahan sebab mereka terlalu comel!
Bahu kiriku dilihatku sekilas.
Masih ada kesan lebam.
Padanlah aku tak mampu dekat dengan Rash. Rupa - rupanya ada makhluk halus yang telah dipuja Nazhan untuk berdamping dengan aku supaya hati aku tak boleh berubah pada Rash dan terus membenci Rash.
Aku menarik hud menutupi wajahku. Kemudian, aku sandarkan tubuh pada seat kereta.
Pesan papa, aku kena berhati - hati dengan lelaki ajnabi kerana kita tak tahu apa yang mereka fikirkan. Lebih baik aku keluar dengan lelaki yang mahram bagiku. Selepas kes ini aku tahu bahawa semuanya aku harus berhati - hati.
"Kita dah sampai". Kata Abang Deel.
Aku memandang ke arah rumah. Aku nampak mama dan Rash sudah menunggu kami berdua pulang.
Aku terus sahaja keluar dari kereta apabila melihat Abang Deel juga keluar dari kereta untuk mengambil barang.
Tubuhku tiba - tiba ditarik ke dalam pelukan sebelum aku sempat berlari ke arah mama. Aku terkejut bila Rash peluk aku.
Papa, mama dan Abang Deel tersenyum melihat kami.
"Rash..." Pipiku menghangat.
"Aku rindu kau. Betul - betul rindu". Ucapnya perlahan.
"Aku rindukan kau juga, Rash. Tapi jangan peluk aku kat sini. Malulah". Tegurku lembut.
Rash meleraikan pelukan.
Sepasang mataku memandang tepat ke arah anak matanya yang tak lepas memandang aku. Rash menekup lembut kedua - dua pipiku.
"Ini Ayeen Hazreen kan?" Soalnya.
Aku kerut dahi.
"Mestilah".
"Kalau aku nak cium kau boleh?" Soalannya membuatkan wajahku mula terasa membahang.
Penggatal!
"Papa Rash nak cium Ayeen!" Aduku.
"Ala cium je la. Ayeen kan isteri dia". Balas papa selamba.
Hmph!
"Jadi?"
"Tak nak cium. Malu!" Balasku seraya berusaha menolak dada Rash dari menjauhiku. Rash mencium lembut dahiku dihadapan papa, mama dan Abang Deel.
Aku terdiam.
"Selamat pulang, Ayeen". Ucapnya bersama - sama senyuman manis.
Aku mula terasa sebak.
Air mata bertakung ditubir mata.
Mulalah aku kembali terimbau apa yang aku dah buat pada Rash. Aku tak hargai dia.
YOU ARE READING
#Rasheen - Takdir yang Terukir [ɌȺSĦ]
Romance-Jangan menganggu hartanya kalau kau tak mahu terkena racunnya- .... KAHWIN dengan kawan baik sendiri? Itu bukan jadi masalah. Tapi apa yang bermasalahnya apabila perangai gatal Rash yang terus muncul sebaik sahaja mere...