Bab 30

14.6K 845 61
                                    

PAKAIAN  yang  kotor  dimasukkan  ke  dalam  raga.  Rash  masih  belum  faham  tentang  cara  aku  mengemas.  Jadi,  mungkin  aku  kena  ajar  dia  supaya  faham.

"Love!"  Serunya  dari  tandas.

"Ya?"  Soalku  hairan.

"Bawa  baju  aku  sekejap.  Aku  terlupa  nak  bawa  baju".  Pintanya.

Baju?

"Kejap".  Almari  dibukaku  lalu  baju  t-shirt  dicariku.  Aku  nak  Rash  pakai  baju  yang  selesa  ketika  dia  tidur  nanti.  Selesai  memilih,  aku  membuka  langkah  menuju  ke  arah  pintu  tandas.

"Ini  bajunya".  Ucapku  tatkala  melihat  Rash  membuka  pintu  bilik  mandi  dengan  bertuala.

Eh,  nanti  dulu.  Kenapa  Rash  tak  keluar  je  kalau  dia  dah  bertuala?

Tak  sempat  aku  nak  tanya  tangan  aku  ditariknya  sehingga  aku  masuk  ke  dalam  bilik  mandi  dengannya.

Aku  terkebil  -  kebil  memandang  Rash.

Rambut  yang  basah.  Dadanya  yang  terdedah  dan  hanya  bertuala  separas  pinggang.  Aku  pula  dikepungnya.

"K-kau  nak  buat  apa  ni?"  Soalku  perlahan.

"Aku  tahu  kalau  aku  ajak  kau  datang  sini  mesti  kau  tak  datang.  Jadi,  aku  cari  alasan  yang  sesuai  untuk  umpan  kau.  Ayeen  Hazreen  yang  aku  kenal  memang  polos".  Tuturnya  sambil  menyelitkan  juntaian  rambutku  ke  telinga  kananku.

Pipiku  menghangat.

"Kau  tipu  aku?"  Soalku  geram.

"Tak  tipu.  Aku  cuma  umpan  anak  kucing.  Meow!"  Daguku  dicuitnya.

"Lepaslah.  Aku  nak  keluar",

"Tak  payahlah  keluar  lagi".

"Kita  nak buat  apa  dalam  tempat  syaitan  ni  lama  -  lama?  Takkan  nak  jadi  tetamu  mereka  pula?" 

"Tak  payah  jadi  tetamu.  Kita  jadi  pembunuh.  Nak?"  Soalnya.

Aku  blur.

Pembunuh?

"Kau  nak  bunuh  aku  ke?" 

Rash  tersengih.

"Love,  aku  cakap  tadi  'kita'.  Bukan  'aku'.  Kau  nak  tak  ikut  aku  jadi  pembunuh?"  Soalnya  lagi.

"Pembunuh  apa?" 

"Pembunuh  syaitan".  Seiring  dengan  jawapan  itu,  Rash  mencempung  tubuhku  keluar  dari  tandas.  Mataku  membulat  dengan  reaksinya.

"Apa  yang  kau  nak  buat  ni?"  Soalku  cemas.

Tubuhku  direbahkan  di  atas  katil.  Kalut  aku  mahu  bangun  apabila  Rash  naik  menindih.

"Nak  buat  cinta". 

"Ra-Rash...  Aku  tak  sedia  lagi.  Kesiankan  aku".  Pintaku.

Takut  aku  tengok  muka  gatal  Rash.

Rash  rapatkan  wajahnya  dengan  wajahku. 

"Aku  nak  kita  rasmikan  malam  pertama  kita".  Bisiknya  penuh  sensual.

Habislah...

"T-tak  nak".  Aku  cuba  menahan  dada  Rash  dari  bertemu  dengan  dadaku.

#Rasheen  -  Takdir  yang  Terukir [ɌȺSĦ]Where stories live. Discover now