Bab 40

11.1K 716 57
                                    

KESEJUKKAN  terasa  meresap  sehingga  ke  tulang  hitam.  Aku  berusaha  untuk  mengeluarkan  tanganku  dari  ikatan  tali  yang  terasa  ketat.

Air  sudah  meningkat  separas  pinggang.  Pelbagai  jenis  bunyi  kedengaran.

Takut.

Telefon  tiada  bersama  -  samaku.  Aku  tertinggal  di  rumah.  Tentu  sahaja  papa,  mama,  Rash  dan  Abang  Deel  risaukan  aku.

Sejuk.

Mama...  Papa...

Kalau  aku  mati  mesti  Betty  akan  rampas  Rash.  Betty  akan  miliki  Rash. 

Tak.

Aku  takkan  biarkan.

Aku  cuba  berusaha  membuka  tali  itu  sementara  air  semakin  naik  sehingga  ke  paras  dada.

Aku  tak  tahu  haiwan  apa  yang  bakal  menyerang.  Tapi,  aku  sangat  takut  kerana  keadaan  yang  gelap  membataskan  pandangan  aku.

Tali  akhirnya  terlerai.

Aku  membuka  ikatan  kaki  kemudian  aku  bangun.  Memang  semuanya  nampak  berair  sahaja.  Tiada  tanah.

Allah...

Aku  takut.

Di  tengah  hutan  sebegini  pelbagai  perkara  boleh  terjadi.  Apa  yang  aku  nak  buat?

Takkan  aku  nak  tunggu  sehingga  tengah  malam?  Kebarangkalian  air  meningkat  naik  adalah  tinggi.  Aku  boleh  lemas  atau  mati  dimakan  haiwan  yang  buas.

Aku  membuka  langkah  penuh  berhati  -  hati.

Tubuhku  terasa  sejuk.

Tanpa  berputus  asa  aku  mencari  daratan  yang  tinggal.  Aku  nak  berehat.  Tapi,  aku  takut.

Cahaya  kecil  yang  berada  tak  jauh  dari  sini  membuatkan  aku  membuka  langkah  menuju  ke  arah  sebuah  rumah  kecil  yang  tampak  agak  usang  itu.

Dedaun  pintu  diketukku.

Tiada  sahutan.

Sekali  lagi  aku  mengetuk  pintu.

Tiada  sahutan.

Agaknya  tiada  orang  di  sini.  Takut.

Perlahan  -  lahan  dedaun  pintu  dikuak  dari  dalam  rumah  itu.  Seorang  lelaki  yang  cukup  tua  menayangkan  wajah  dihadapanku.

"Kau  siapa?"

"P-pak  cik,  saya  nak  tumpang  rumah.  Tolong".  Rayuku.

Pak  cik  itu  memandang  aku.  Tubuhku  yang  basah  dipandangnya  lalu  dia  menguak  pintu  membenarkan  aku  masuk.

Perlahan  -  lahanku  masuk.

Rumah  yang  persis  pondok.  Hanya  ada  katil  dan  barang  di  rumah.  Senapang  juga  ada.

Aku  telan  liur.

Pintu  rumah  ditutup.

"Kau  datang  dari  mana?"  Soal  pak  cik  itu  sambil  memandangku.

"Saya  sesat".

"Kau  dah  kahwin?"  Soal  pak  cik  itu  lagi. 

Aku  menggangguk.

#Rasheen  -  Takdir  yang  Terukir [ɌȺSĦ]Where stories live. Discover now