"BESTNYA dapat baring". Aku rasa lega bila dapat baring atas katil di dalam bilik Ayeen. Setelah tiga hari berlalu, akhirnya bilik yang wangi ini bertemu juga denganku.
Bilik wangi.
Tuan dia pun wangi.
Arghhh aku ketagih dengan Ayeen!
Aku ingat lagi sewaktu kami nak balik Abang Deen memberikan Ayeen beberapa beg plastik yang terisi makanan. Abang Deen memang suka betul menjamu isteri aku dengan makanan. Mungkin dia asyik membelek makanan itu kut menyebabkan dia masih belum naik ke tingkat atas atau Ayeen takut aku heret dia naik atas katil?
Heh...
Aku bangun dari katil lalu aku keluar dari bilik Ayeen untuk mencari isteri aku yang satu itu.
"Meowyeen". Seruku sambil mencari Ayeen.
"Kamu cari siapa?" Tegur papa hairan. Papa baru selesai mandi agaknya.
"Cari meow-mak-maksud Rash, Rash cari Ayeen". Tukasku seraya menayangkan sengihan pada papa.
"Ayeen ada kat ruang tamu. Tengah makan. Pergilah cari dia". Ujar papa seraya berlalu ke dalam bilik semula.
Aku bingkas menuruni anak tangga lalu aku membuka langkah ke arah ruang tamu. Memang betul apa yang papa kata. Ayeen memang tengah makan.
"Dapat makanan sampai lupa suami sendiri?" Tegurku tatkala melihat bibir nipisnya itu menikmati yogurt strawberi.
Aish, geramnya aku.
Nak aje aku gigit - gigit bibir dia tu. Grrr!
Sepasang mata bulatnya memandang ke arahku. Secara automatik seluruh kulit wajahnya mula bertukar merah. Sudahlah mulutnya comot dengan yogurt.
Isteri aku ni betul - betul buat aku geram. Aku nak heret dia masuk bilik sekarang jugak!
"Kau nak?" Soalnya mesra.
"Tak nak. Aku nak kau je". Balasku seraya melabuhkan punggung di sebelahnya.
Banyak betul Abang Deen bagi makanan kat adik dia. Ini serupa nak buat isteri aku gemuk je.
"Makan banyak nanti kau gemuk, Ayeen".
"Kau kata aku gemuk? Takkan sebab bersama dengan kau... Aku dah jadi gemuk? Kalau macam tu aku tak nak bersama dengan kau. Aku takut jadi gemuk. Nanti kau tinggal aku..." Suaranya mula bertukar gusar.
Ah, sudah. Aku salah cakap pulak.
"Janganlah tak nak bersama aku. Aku cakap jangan makan selalu semu benda ni. Nanti kau gemuk". Terangku lembut.
"Tak apa. Aku akan habiskan makanan ni hari ni juga. Lagipun, Abang Deen kata air ni boleh bantu aku kuatkan stamina". Aku tersengih melihat air kacip fatimah yang dipegang Ayeen.
Ya... Ya... Kuatkan stamina.
Ehem. Stamina kat atas katil. Heh.
"Abang Deen ada bagi tongkat ali tak?" Soalku nakal.
ESTÁS LEYENDO
#Rasheen - Takdir yang Terukir [ɌȺSĦ]
Romance-Jangan menganggu hartanya kalau kau tak mahu terkena racunnya- .... KAHWIN dengan kawan baik sendiri? Itu bukan jadi masalah. Tapi apa yang bermasalahnya apabila perangai gatal Rash yang terus muncul sebaik sahaja mere...