RASH: Bab 23

10.4K 744 75
                                    

DEDAUN pintu bilik aku diketuk dari luar.

"Masuk". Dedaun pintu bilikku dikuak dari luar. Aku lihat umi melangkah masuk ke dalam bilik aku sambil menatang dulang yang berisi secawan kopi dan sepinggan biskut.

"Terima kasih umi". Ucapku penuh sopan.

Umi mengukir senyuman nipis.

"Sibuk buat kerja lagi?" Soal umi tatkala melihat aku menatap skrin laptop. Aku terus memusingkan tubuh memandangnya.

"Bukan pasal kerja. Rash fikirkan tentang Ayeen. Dia dah nampak lain". Kataku.

Seusai menghidangkan secawan kopi dan sepinggan biskut, umi melabuhkan punggung di atas katilku.

"Sebelum ini memang dia rajin datang. Malahan, selalu bawakan umi makanan kalau dia yang masak. Tapi sekarang memang umi pun nampak yang Ayeen dah berbeza". Sokong umi.

Aku menggigit bibir.

"Rash ada terfikir sesuatu yang agak logik. Tapi, Rash tak rasa nak terus menuduh secara melulu. Rash perlu siasat berhati - hati. Apa pun terima kasih umi sebab buatkan biskut dan kopi. Rash suka sangat". Ucapku penuh sopan.

Umi tersenyum nipis.

Rambutku diusapnya.

"Jangan berputus asa pada Ayeen jika Rash benar - benar mahukan dia". Pesanan umi meresap masuk ke dalam jiwaku.

Aku memerhatikan umi keluar dari bilikku. Dedaun pintu bilik ditutup.

Aku membelek biskut yang dibuat umi.

Persis biskut kesukaan Ayeen.

Biskut bentuk 'love' dipandangku bersama - sama senyuman nipis. Love...

Ayeen suka love. Heh. Apa yang Ayeen suka semua aku suka. Dia pun aku suka juga.

Naz.

Nama lelaki yang disebut Ayeen mula bergema di dalam ruang ingatanku. Secara jujur, aku sangat - sangat cemburu. Malahan, aku terkilan kerana Ayeen lebih memilih lelaki lain berbanding aku. Sedangkan aku yang kerap menyatakan perasaan hatiku padanya.

Biskut dimasukkan ke dalam mulut.

Ayeen...

Kenapa kau buat aku macam ni? Aku tak pernah menangis jika bukan perempuan yang aku sayang. Aku buang ego aku sebab kau.

Sepasang mata Ayeen yang aku nampak penuh kesedihan membuatkan aku masih tak berhenti berfikir sehingga sekarang tentang tindakkan Ayeen yang begitu drastik.

Bersikap kurang ajar bukanlah diri Ayeen. Tapi kenapa dia jadi begitu?

Telefon bimbitku mula menjerit minta diangkat.

Ikon hijau ditekanku.

"Assalamualaikum".

"Waalaikumusalam. Ada apa hal Rash? Aku terkejut baca mesej kau tadi". Suara Fahim yang menyahut dihujung talian kedengaran begitu jelas.

"Aku nak kau tolong aku buat research. Aku nak siasat perangai Ayeen. Kau boleh tolong aku kan?" Soalku penuh berharap.

"Boleh. Kau nak aku buat research tentang haiwan apa?"

Aku tepuk dahi.

"Bukan tentang haiwan. Aku nak kau research tentang jin dan sihir". Pintaku.

"Oh... Aku akan cuba. Aku nak hubungan kau dan Ayeen seperti dulu. Kau bawa balik Ayeen yang dulu tau. Aku buat research sekarang. Assalamualaikum".

"Waalaikumusalam". Balasku. Panggilan diputuskan.

Dada memberat apabila fikirkan tentang Ayeen.

#Rasheen  -  Takdir  yang  Terukir [ɌȺSĦ]Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt