Bab 2

15.4K 950 63
                                    

DISEBABKAN oleh Rash, nama aku dikenali satu sekolah. Tapi yang bagusnya, tiada seorang pun yang berani menganggu aku kerana Rash memperkenalkan aku sebagai ‘gadisnya’. Buat pertama kalinya juga, aku berkawan dengan ramai lelaki.

Meskipun tak sampai sehari, aku sudah belajar untuk memahami perangai kawan - kawan Rash.

Misalnya, Raf. Orang gelarkan dia sebagai bad boy kerana perangainya yang hanya tahu mengikut kepala dia. Tapi bila melibatkan kawan - kawan, dia lah orang yang pertama akan menghulurkan bantuan.  Kata Rizky, Raf ada hubungan yang tak bagus dengan daddy dan mummynya. Sebab itulah dia sentiasa buat perangai di sekolah untuk menunjukkan rasa protesnya.

Kedua, Rian. Lelaki yang paling beku aku pernah jumpa. Selalunya, lelaki suka bermain kata dan bermanis mulut. Tapi bukan Rian. Rian lelaki yang kurang bercakap tetapi cukup tangkas menyiasat. Rahsia yang disimpul, cepat aje dia tahu. Satu lagi, dia ni bukanlah jenis lelaki yang suka tersenyum. Mukanya hanya tidak berperasaan. Sama juga, seperti Raf... kawan - kawan ialah nombor satu di dalam hatinya. Kata Rizky lagi, Rian begitu sayangkan Raf persis abang sendiri kerana Raf yang ada ketika dia tiada sesiapa.

Seterusnya, Rizky. Dia ni jenis yang jarang tak senyum. Ayat dia mesti mencuit hati aku. Dia ni kiranya spesies ‘pak cik bawang’.  Tapi dia juga jenis yang setia kawan. Arahan  yang diberikan oleh Raf, dia hanya turutkan  dan idea dia memang diluar kotak! Kata Imdad, Rizky jenis yang baik kalau kena gaya. Tapi kalau tak, dia lelaki yang tersangatlah degil!

Selain itu, Fahim. Jenis lelaki yang pemalu. Sepanjang aku berkawan dengan mereka... boleh kira dengan jari aje berapa kali Fahim  pandang dan senyum pada aku. Dia betul - betul tak banyak bercakap. Tapi Rizky kata, kalau tak ada aku mesti Fahim punya perangai nakal tahap dewa. Fahim juga sangat setia kawan. Meskipun, Raf sudah ada pilihan hati sendiri namun, mereka tetap utamakan kawan dan Fahim sangat - sangat malu dengan insan yang digelar perempuan. Rash cerita, bukan tak ada yang  mengurat Fahim. Ramai sangat. Tapi masalahnya, bila perempuan mengurat... Fahim tentu akan lari macam tak cukup tanah!

Terakhir sekali, Imdad Harizal. Lelaki ini, aku agak kurang suka. Perangai dia yang persis playboy buatkan aku agak takut dengan dia. Aura dia dengan aura Raf agak berbeza. Meskipun, kedua - duanya punya aura tersendiri. Tetapi, aura Raf lebih kepada seorang lelaki yang punya sifat untuk melindungi dan aura Imdad lebih kepada sifat untuk memiliki.

Pendek kata, hubungan mereka berenam sangat akrab dan lebih mementingkan kesetiaan persahabatan lebih daripada perempuan. Itu yang kecoh bila Rash heret aku bersama - sama dengan dia. Tak mahu berenggang langsung sehinggakan ada yang  menuduh kami bercinta. Pei!

Tak pernah terlintas dalam fikiran aku untuk jatuh cinta dengan kawan baik sendiri.

Lagipun, Rash dah ada Betty.

Pintu bilik aku diketuk dari luar.

“Masuklah!” Ucapku.

Pintu bilikku dikuak.

“Study ke?” Soal Abang Deel bersama senyuman manis. Dia melangkah masuk ke dalam bilikku.

“Baru je nak buka buku. Kenapa abang?”

“Kawan Ayeen datang. Lima orang lelaki”. Membulat mataku apabila mendengar Abang Deel kata begitu.

Lima orang lelaki?!

Oh my Allah!

“Rash datang?” Soalku risau.

#Rasheen  -  Takdir  yang  Terukir [ɌȺSĦ]Where stories live. Discover now